Jumaat, 5 Ogos 2016

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 7



            “Nak tidur dah ke?”Soal Adam kepada Hani yang sudah naik ke atas katil.Dia turut melabuhkan duduknya di atas katil.Novel Inggeris yang berada di meja tepi dicapai.
            “Tak lah.”Kata Hani spontan.Adam sudah duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen.Tipikal orang kaya,dalam setiap bilik mesti ada sebuah televisyen agaknya.“Habis tu nak buat apa?”Soal Adam dari jauh.Hani sudah tersenyum.Senyuman menggoda.“Aik,nak ngurat abang nampak,”
            “Kenapa,tak boleh ke?”
            “Boleh je,”kata Adam.Lelaki itu sudah bangkit dari kedudukannya.Hani membuntangkan matanya yang sepet.“Abang nak pergi mana tu?”Adam tersenyum nakal.Alamak,matilah aku!Menyesal pulak goda dia tadi.

Khamis, 30 Jun 2016

Sangkar Bab 2



2
Tahun 2003
“Cikgu cakap adik selalu tak siap kerja sekolah. Kenapa dengan adik ni? Tahun depan kan nak UPSR dah.”Marah Abdullah kepada Qisya Qasrina yang sudah berusia sebelas tahun. Wajah anak kecil itu kelihatan ketakutan. Kedua-dua tangannya memintal-mintal hujung baju kurung yang dipakainya. Mereka bertiga baru sahaja pulang dari sekolah untuk mengambil buku prestasi Qisya sempena hari terbuka. Habis segala rahsia Qisya diluahkan oleh cikgunya. Apalagi,mengamuklah ayahnya.

Jumaat, 17 Jun 2016

Sangkar Bab 1



Awal tahun 1992
            “Ya Allah,abang kereta depan tu kemalangan!” Zaiton menunjuk pada kereta yang sudah terbabas melanggar pokok di tepi jalan. Wajahnya panik melihat kemalangan yang berlaku di depan matanya. Suaminya ,Abdullah yang sedang memandu mula memberi signal untuk memberhentikan kereta dan membantu mangsa kemalangan.
            Zaiton tergesa-gesa membuka pintu kereta dan turun untuk membantu mangsa yang mungkin masih dalam keadaan selamat. “Abang,mereka masih selamat!”Ujar Zaiton setelah melihat isi kereta. Abdullah segera mendapatkan isterinya.
            Bau minyak kuat mencengkam deria pernafasan pasangan suami isteri itu. Ditambah lagi dengan bau hanyir darah. Baru sahaja Abdullah cuba untuk membuka pintu yang sudah tersekat,tangisan bayi kedengaran.

Selasa, 19 April 2016

Hanya Satu Jadi Milikmu:Bab 6






“Besarnya rumah abang,”puji Hani dengan ikhlas.Adam mengulum senyuman.Beg pakaian sudah dijinjitnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.“Hadiah arwah papa untuk mama dulu.Abang menumpang je kat rumah ni,”kata Adam.Hani tersenyum.Rendah dirinya suami aku ni.
            “Assalamualaikum,ma Adam balik ni!”Laung Adam saat dia membuka pintu yang terukir indah.
            “Wa’alaikumsalam,”jawab Sofea yang berada di kaki tangga.“Eh,Along!”Kata Sofea riang.Dia menghampiri Adam dan Hani di pintu.Tangan Adam dan Hani di capai dan dikucup tanda hormat antara adik,abang dan kakak.Kemudian,tubuh kakak iparnya dipeluk mesra.
            “Mama mana Fea?”Hani menyoal.
             “Mama?Hmmm….Mama!Along dengan Kak Long dah balik ni,”laung sofea.Hani terkesima mendengar jeritan Sofea.Ya Allah,adik dengan abang sama je suka jerit-jerit. Detik Hani dalam hatinya.
            “Astaghfirullah al azim budak ni.Kalau tak menjerit tak boleh ke?”Kata Puan Aisyah dari dapur.Tangannya masih memegang senduk.Sedang memasak mungkin.
            “Menantu mama ni dah sampai dah ni.”
            “Ya Allah,budak ni.Kenapa tak cakap nak balik hari ni?”Soal Puan Aisyah.Baru dua hari lepas Hani dan Adam bernikah.Belum sempat sesuaikan diri di sana,Adam sudah membawa isterinya ke sini.
            Hani hanya mampu menguntum senyuman.Pasti idea suaminya kerana tidak melapor.
            “Saje je,ma tak nak bagitahu.Nak buat surprise.”Kata Adam selamba.Hani mengkerling suaminya.
            “Along kan memang ma,kalau dia rasa nak balik dia balik.Kalau tak nak,telefon pun tak mahu.” Sofea berkata dengan selamba.Adam membulatkan matanya.Dengan berani dia memusingkan telinga adiknya.“Adoi,sakitlah Along.Mama,tengoklah Along ni,suka sangat buli Fea,”adu Fea.Dia yang duduk di antara Adam dan Hani beralih tempat ke sisi Puan Aisyah.
            “Tengoklah ni Hani,budak berdua ni memang selalu macam ni.Asal jumpa je macam anjing dengan kucing.Yang Fea ni tak padan dengan umur dah 18 tahun masih nak bermanja lagi.Si Adam ni pulak tak padan dengan dah kahwin,tu pun tak puas lagi nak mengusik adiknya.Tu belum tambah lagi dengan si kembar.Pening mama dibuatnya,”terang mama dengan mesra.Hani hanya tersenyum.Namun berkaitan dengan kembar itu dia tidak tahu langsung.
            “Biasalah tu mama.Macam Hani dengan abang Aiman jugak.Abang Aiman tu memang suka menyakat.Hmm…kembar?Mama ada anak kembar ke?”Hani menyoal untuk mendapat jawapan bagi persoalannya.Adam hanya mampu tersenyum.Senang melihat isterinya yang bijak membawa diri di rumah orang tuanya.
            “Ha’a kembar.Adam ni ada adik kembar bawah dia ni.Sepasang.Tapi dia orang tak ada dekat sini.Sambung belajar dekat overseas,”terang Puan Aisyah lagi.Hani mengangguk tanda mengerti.“Dah lah Along.Bawak isteri kamu ni naik bilik.Nanti turun makan sekali.”Arah Puan Aisyah.
            “Jom,sayang.”Kata Adam.Dia bangkit dan mencapai tangan isterinya.
            “Amboi,romantiknya Along!!”Kata Sofea.Hani sudah tersipu malu.Adam pula dengan wajah tak malunya.Tak malunya laki aku ni!

“EII,pergi mandilah sana.”Ujar Hani.Rimas rasanya apabila dipeluk lelaki itu.Mujur sahaja dia sudah menunaikan solat Maghrib sendiri.Tadi suaminya tidur pulas kerana kepenatan. Tidak sampai hati pula mahu memujuk lelaki itu lalu dibiarkan lelaki itu tidur untuk seketika.
            Elok sahaja dia menyudahkan solat,dia melihat suaminya sudah bangkit dari lenanya.Wajahnya kelihatan seperti tidak siap dengan rambutnya yang berserabut dan matanya yang kuyu.Selepas melipat telekung,dia duduk di birai katil bersama suaminya.Baru sahaja melabuhkan duduk dia sudah dipeluk oleh suaminya.
            “Alah,sayang ni!Abang nak peluk kejap pun tak boleh,”kata Adam dengan suara yang serak-serak basah.
            “Geli tahu tak?”Kata Hani selamba.Tangan Adam yang berlingkar di pinggangnya ditolak.“Nantilah sayang.”
            “Pergi mandi sana dah Maghrib ni.Kalau tak malam ni tidur luar,”Hani mengugut.Adam buat tidak endah.Semakin  kuat pula tangannya melingkari batang tubuh isterinya.
            “Ish dia ni kan,rimas tahu tak.Dah la bau badan tu busuk.Berpeluh.Pergilah mandi sana.”
            “Wanginya rambut Maira.”Kata Adam pula. Lari topic!
            “Tahu pun wangi.Dah bercampur bau badan abang ni jadi busuk tahu.”Marah Hani.Adam hanya tersenyum.“Tak apalah,sama-sama busuk,”Hani membuntangkan matanya.Kurang asam jawa punya laki.Orang dah wangi dia busukkan pulak.
            “Abang…pergilah mandi,”kata Hani lembut.Dia sudah penat memarahi Adam.Adam mengangkat wajahnya.Wajah isterinya ditenung.“Alo lo…merajuk pulak tuan puteri ni.Yelah,abang lepas,” kata Adam.Tangannya pantas melepaskan rangkulan.Sepantas kilat,bibirnya pula singgah di pipi gebu isterinya.Cup!
            Hani membuntangkn matanya.Lelaki itu sedah berlalu ke kamar mandi dengan tuala yang bersangkut di bahu sambil senyuman tidak lekang dibibirnya.Kemudian,Hani menguntum senyuman penuh bahagia.Hani melangkah keluar kamar menuju ke dapur untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang menantu pula.
            “Mama masak apa ni?”Hani menyoal sambil matanya menjengah ke periuk.
            “Mama masak asam pedas je.Tak masak apa pun,”kata Puan Aisyah.Api didapur sudah dimatikan.
            “Nak Hani tolong?”
            “Hmm…Hani tolong ambil pinggan dengan gelas letak atas meja makan.Nanti mama cedokkan lauk ni.”Hani mengangguk sambil menguntum senyuman. Pinggan diambil berhati-hati kerana takut pecah.Demi melihatkan pinggan yang terukir cantik itu membuatnya lebih berhati-hati.Kalau pecah siap aku nak menggantinya.Desis Hani dalam hatinya sambil seulas senyuman terbit di bibirnya.
            “Hai,sayang!”Hani kaget.Pastinya Adam sudah memeluknya.Sebuah kucupan singgah dipipi Hani.Hani melepaskan nafas panjang.“Abang ni kan….”
            Adam sudah tersengih.“Rajinnya,isteri siapa ni?”
            “Entah isteri siapa tah,tak tahu pun.”Balas Hani juga membalas usikan suaminya.
            “Amboi,balas dendam nampak.Kecil hati abang tau,”
            “Ingat abang seorang je yang boleh kecil hati?Hani pun boleh.Bukan setakat hati.Jiwa,urat saraf,jantung,semuanya sakit.”Adam ketawa mendengar jawapan Hani.Hani turut ketawa mendengar jawapannya sendiri.
            “Along ni nak berasmaradana tak tengok tempat,”suara Sofea menyapa.Laju sahaja langkah gadis itu masuk ke dapur.Hani dan Adam saling memandang.Kemudian,Sofea keluar dari dapur dengan membawa mangkuk nasi.
            “Nampak ke?”Adam menyoal bagaikan orang dungu.
            “Kesian Kak Long.Orang berasmaradana dalam bilik.Along ni tak malu,dekat dapur juga tempat dia tunjuk kasih sayang.Punyalah luas rumah ni,dapur juga yang dipilih,”
            Wajah Hani sudah merah.Adam buat muka tak malunya.“Jeles cakap jelah,”
            Sofea mencebik. Malas mahu melayan abangnya.


Rabu, 6 April 2016

Hanya satu Jadi Milikmu: Bab 5








Adam menyentuh bahu Hani apabila melihat wanita itu tidak mahu berganjak dari tempat persemadian orang tuanya.“Sayang?”Adam menyeru isterinya yang masih duduk berteleku di atas tikar mengkuang yang dibawa mereka tadi.
            Hani menoleh.Matanya berkaca saat bertentang mata dengan suaminya.Lelaki itu mengulum senyuman.“Jom kita balik,”kata lelaki itu.Hani mengangguk. Huluran tangan Adam memaksa Hani untuk bangkit. Dia tidak mahu lelaki yang baru dua hari menjadi suaminya terus tertunggu-tunggu.“Kita doakan ibu dengan ayah senang di sana ya?”Kata Adam cuba untuk memujuk isterinya yang dilanda gundah.Hani menguntum senyuman.Mereka beriringan meninggalkan tanah perkuburan Islam.
            Selamat tinggal ibu,ayah.Adik janji adik akan jadi isteri yang solehah untuk suami adik.Kata Hani dalam hatinya.
            “Abang nak pergi mana ni?”Soal Hani hairan apabila Adam menghentikan kereta di tepi jalan.
            “Abang nak beli kuih.Dekat rumah mak su kan ramai,”kata Adam.Hani mengukir senyuman.“Maira ikut,”kata Hani.Adam mengangguk.Mereka berpimpim tangan saat melintas jalan.Jalan kampung pun boleh dikatakan sesak juga.Jangan kata bandar je yang sesak.
            “Sayang nak beli apa?”Soal Adam.Hani mengangkat bahu.Dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dibeli.Hani Humairah,tipikalnya bila dah keluar memang tidak pandai membelanjakan wang biarpun wang dalam tangan beratus.“Abang pilihlah,Maira tak tahu.Abang kan terror,”kata Hani.
            “Hmm,jangan menyesal tau nanti.”Hani tersenyum.Pandai-pandailah.

“AMBOI,pengantin baru pagi-pagi lagi dah hilang,Pergi mana?”Aiman yang sedang membaca surat khabar di beranda rumah sibuk menyergah.
            “Pergi jenguk kubur ayah dengan ibu,”kata Hani tenang.Dia sudah membimbit beg plastic untuk dibawa ke dapur.Aiman terkesima mendengar jawapan adiknya.Adam yang baru sahaja melangkah masuk tersenyum kepadanya.
            “Aku mandi dululah.Nanti sarapan kita borak,”kata Adam.Umurnya dengan umur Aiman hanya muda setahun dari Aiman.Mereka lebih selesa menggunakan bahasa aku kau.Kononnya lebih mesra katanya.
            “Abang nak mandi dulu ya?”Kata Adam sewaktu dia mencapai tuala di penyidai.Hani yang baru sahaja menanggalkan tudungnya di kamar mengangguk.“Nanti Maira siapkan baju abang ya?”Kata Hani.Adam juga mengangguk tanda setuju.
            Hani terus menghampiri beg pakaian suaminya yang terletak di sudut bilik.Pakaian suaminya dicapai dan diletakkan di atas katil.Hani mencapai pula iPhone milik Adam yang berbunyi di atas meja.
            “Nak angkat,ke tak?”Hani bersoal sendiri.
            “Buat apa ditenung iPhone tu? Macam nak tembus je abang tengok,”kata Adam yang baru sahaja melangkah masuk ke kamar dengan hanya berbaju t-shirt dengan tuala.
            “Tadi ada bunyi.Maira takut nak angkat,takut abang marah,”kata Hani telus.Adam tersenyum.Telusnya isterinya.Bertuah dia kerana memiliki wanita itu.“Nanti abang call baliklah orang tu.Maira nak mandi pulak,”iPhone sudah diserahkan kepada Adam.Lelaki itu menyambut sambil tersenyum.

“BILA balik sana?”Soal mak Su sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi.Hani dan Adam saling berpandangan.
            “Hmm,kalau ikut perancangan petang ni.Adam cuti pun tak panjang.Mama pun cakap nak buat majlis dekat dewan.Nak kenalkan menantu pada kawan-kawan,”
            “Hmm,tak apalah kalau macam tu.Bawaklah Hani ni jumpa dengan keluarga kamu.Biar dia sesuaikan diri di sana.”Kata Mak Su.Adam hanya mengangguk.Hani sudah menundukkan wajahnya memandang mi goreng di pinggan dengan pandangan kosong.Sayu pula hatinya apabila Mak Su berkata begitu.“Hani dah jadi isteri Adam,dah tak boleh dah nak bermanja dengan Mak Su.Kena pandai bawak diri di tempat orang.”
            “Mak Su ni buat Hani sedih je,”kata Hani selamba.Dia menguntum senyuman kerana mahu menyembunyikan rasa dalam hatinya.
            “Adik dah tak boleh tengok cerita Barbie dah lepas ni,”sakat Aiman.
            Hani mengerutkan dahinya.“Benci ah abang ni.”
            “Tengok tu Mak Su,budak ni dah tak marah-marah macam dulu bila orang tak bagi tengok cerita Barbie.”Tambah Aiman lagi.Hani sudah memandang Aiman dengan pandangan yang tajam.
              “Abang!”Semua yang berada di dapur sedah pecah perut kerana telatah Hani.Adam hanya memerhatikan gelagat isterinya.Karakter Hani apabila masih bujang dia seorang perempuan yang garang.Apabila berkahwin dengan Muhd Adam Hariz Hamidi,terus berubah seratus peratus menjadi seorang yang sangat manja.

Isnin, 28 Mac 2016

Hani Humairah: Bab 4





Solekan yang melekat pada wajah mulus Hani terasa memberat.Solekan yang tebal amat merimaskannya apatah lagi mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan.Sudahlah dia tidak suka berdandan.Tetapi hari ini dia terpaksa lakukannya kerana majlis akad nikahnya bakal berlangsung jam 10 pagi  nanti.Kamudian,akan diteruskan dengan majlis persandingan pada petang nanti,selepas Zohor.

            “Lambat lagi ke kak?”Soal Hani dengan perasaan tidak sabar.Dah lah tak boleh tengok muka sendiri.Desis Hani dalam hati.Cermin di belakangnya ditutup dengan kain supaya tidak dilihatnya.Pelik dibuatnya.Kononnya,orang tua-tua cakap nanti hilang seri bila tengok cermin.Layankan ajalah.
            “Hish,duduk diam-diamlah.Sekejap lagi siaplah.”Kata Sally,mak andamnya.
            “Akak ni dari tadi cakap kejap.Tak siap juga.Penatlah,”Rungut Hani.

Khamis, 3 Mac 2016

Hani Humairah:Bab 3





Masa seakan pantas berlalu.Dua bulan yang dijanjikan akhirnya tiba untuk segalanya dimeterai.Segala perancangan dilakukan dengan teliti.Hati Hani kian berdebar kerana tinggal beberapa jam sahaja lagi dia bakal menjadi hak milik Muhd Adam Hariz Hamidi.
            Bagaikan baru sahaja semalam dia bergelar kanak-kanak.Bermain pondok-pondok bersama kawan-kawan.Selepas itu,menjadi pelajar di sekolah seterusnya seorang graduan.Bagaikan mimpi sahaja.
            “Apa ni bakal pengantin termenung.Tak eloklah,”

Jumaat, 26 Februari 2016

Hani Humairah:Bab 2



2

            “Eh, cerita Barbie lah.Nak tengok nak tengok,”kata Hani apabila dia menekan remote control Astro.Aiman yang baru sahaja tiba di anak tangga menggelengkan kepalanya perlahan.Apa nak jadilah budak ni.Dah nak jadi bini orang pun perangai macam budak-budak lagi.Desis Aiman sendiri dalam hatinya.
             “Kenapa bang?”Wilda yang muncul dari dapur berbisik dengan Aiman.Aiman memanjangkan muncungnya menunjuk ke arah Hani yang khusyuk di hadapan televisyen.Wilda hanya tersenyum sambil turut sama memandang ke arah Hani.“Tengoklah adik siapa.Dah lah panggil budak tu sana.Ajak sarapan,”Aiman mengangguk mengerti.Wilda sudah masuk ke dapur kembali.
             “Dik,jom.”
            “Sibuklah abang ni.Orang nak tengok Barbie la…nak pergi mana tah.Sibuk je,”Hani berkata tanpa memandang sedikit ke wajah Aiman yang sedia menunggu di sisi.
            “Amboi,sesedap rasa je.Jom,sarapan.”Remote control di tangan Hani dirampas.Dengan selamba dia menekan butang off.Berkerut wajah Hani menahan geram.“Abang!”
            “Dah,tak ada tak ada.Nanti boleh sambung.Pergi sarapan sana.”Marah Aiman.Dia perlu bertegas dengan hani.Adiknya,jika sudah menontan rancangan kesukaannya tidak ingat dunia.Jika dua jam rancangan itu,dua jam jugalah dia duduk di depan televisyen tanpa berkutik sedikitpun.
             “ Tak nak,”spontan Hani menjawab.

Rabu, 17 Februari 2016

Hani Humairah Bab 1



1

Hani melangkah lemah ke ruang tamu.Wajah kepenatan jelas terpamer di wajah mulusnya.Beg tangan sudah dicampak di atas sofa.Tudung pula tidak ditanggalkan.Tubuh yang kepenatan dilabuh kasar pada sofa.Aiman  yang duduk di sisinya hanya melihat adik manjanya yang selamba.

“Penat ke?” Tegur Aiman. Kepalanya digelengkan perlahan apabila dengan selamba Hani melentukkan kepalanya di bahu lelaki itu.
“Penatlah…”Kata Hani lemah.“Tak pernah adik keluar penat sampai macam ni.Ni dah pecah rekod tau adik keluar dengan Adam berdua je.Nak kahwin pun susah.Penat je lebih,”
“Baru sikit dah merungut.Tak payah kahwinlah macam tu.”Kata Aiman sengaja mahu menyakat adiknya.“ Macam tu lah abang masa nak kahwin dulu.”Sambungnya.Sempat juga lelaki itu menceritakan pengalamannya dahulu.
“Masalahnya abang kahwin dulu tu sempat juga ambil masa nak siapkan semua.Bukan macam adik ni.Mamat tu punya pasallah nak kahwin cepat.Suka-suki dia je cepatkan tarikh.”Kata Hani.Betul-betul membangkang tindakan yang diambil oleh Adam yang mahu mempercepatkan tarikh pernikahan mereka.Bukan lama,hanya tiga bulan.
“Amboi,tak baik tau kutuk bakal suami,”kata Wilda yang baru muncul dari dapur.Aiman sudah tersenyum melihat isterinya.
            “Biar padan muka dia.Nanti dah kahwin dah tak boleh kutuk dah,”kata Hani spontan.Gadis itu mengulum senyuman manja.
“Alahai,bang.Tengoklah tu,dah nak jadi isteri orang pun manja lagi.Nasiblah lepas ni dah tak boleh bermanja lagi dah dengan abang.”kata Wilda sambil mengerling adik iparnya.Duduknya mendarat pada sofa dua berangkai di hadapan Aiman dan Hani.
Hani menjeling ke arah Wilda.Dia menegakkan tubuhnya.Minuman yang sudah tersedia di atas meja dicapai lalu diteguk penuh tertib.
“Eleh,akak tu jeles sebenarnya.Saja tak nak mengaku,”kata Hani selamba.Nasib baik kakak iparnya satu-satunya itu seorang yang amat sporting.
Cawan diletakkan kembali di atas meja.Dia kemudiannya bangkit.Aiman dan Wilda hanya menjadi pemerhati.“Nak kemana pulak tu,”
“Nak pergi mandilah.Dah nak masuk Maghrib pun.”