Khamis, 30 Jun 2016

Sangkar Bab 2



2
Tahun 2003
“Cikgu cakap adik selalu tak siap kerja sekolah. Kenapa dengan adik ni? Tahun depan kan nak UPSR dah.”Marah Abdullah kepada Qisya Qasrina yang sudah berusia sebelas tahun. Wajah anak kecil itu kelihatan ketakutan. Kedua-dua tangannya memintal-mintal hujung baju kurung yang dipakainya. Mereka bertiga baru sahaja pulang dari sekolah untuk mengambil buku prestasi Qisya sempena hari terbuka. Habis segala rahsia Qisya diluahkan oleh cikgunya. Apalagi,mengamuklah ayahnya.
Mata Qisya melihat ibunya yang duduk diam memerhatikan dirinya dari sofa. Perlahan kakinya bergerak sedikit untuk mendekati Zaiton. Baru sahaja kakinya bergerak,ayahnya sudah menyergah. “Qisya Qasrina,ayah belum habis cakap lagi. Jangan mengada pergi dekat ibu.” Abdullah berkata dengan tegas.
Saat itu,gugurlah air mata Qisya sambil matanya masih setia menatap wajah Zaiton.“Ibu…”Perlahan suara kecil Qisya memanggil ibunya meminta belas kasihan. Zaiton yang memerhati anaknya hanya mampu melihat. Kasihan juga melihat anaknya menangis kerana di marah teruk oleh Abdullah. Sejak akhir-akhir ini kesihatan Qisya menurun. Kemungkinan,itulah salah satu punca anaknya selalu tak siapkan kerja rumah yang diberikan disekolah.
“Abang,sudahlah tu. Kesian anak tu.” Akhirnya suara lembut Zaiton kedengaran membela anaknya.
Abdullah menghela nafas panjang selepas diminta oleh Zaiton untuk menghentikan amarahnya. Mata lelaki itu menatap anak gadisnya yang sudah menangis tersedu-sedu di tengah-tengah ruang. Runtuh juga hatinya melihat wajah sayu dan sendu itu.
“Adik,mari sini sayang.”Lembut Zaiton memanggil anaknya. Senyuman indah terukir pada wajahnya sambil tangannya didepangkan supaya dia boleh memeluk Qisya dengan sayang.
Qisya mengangkat wajah. Takut-takut dia melihat ayahnya yang berdiri mematung menatap tajam padanya. Lelaki pegawai bomba itu benar-benar menunjukkan ketegasan yang selalu digunakan pada anak buahnya di tempat kerja kepadanya. “Tak apa sayang. Mari sini anak ibu.”
Dalam takut-takut,Qisya mula mengangkat kaki menghampiri Zaiton. Tubuh ibunya dipeluk erat dan wajahnya dibenamkan pada dada Zaiton untuk menghamburkan segala kesedihan.“Ayah marah adik…”Sayu dan perlahan suara Qisya menyapa pendengaran Zaiton. Wanita itu mengangkat wajahnya memandang sang suami yang sudah duduk di kerusi hadapannya.
“Syhh..tak pe.Ibu sayang adik,”ujar Zaiton memujuk anak kecil yang sedang kesedihan. Tangan kanannya sibuk mengusap belakang tubuh Qisya. Gadis kecil itu menangis tersedu-sedu dalam dakapan Zaiton. Sedih benar dimarahi Abdullah.

“MANA adik?”Abdullah yang sedang duduk di meja makan menyoal setelah matanya tidak melihat kelibat Qisya Qasrina yang selalu meriahkan suasana dapur.
Zaiton meletakkan piring yang berisi telur dadar dan sayur goreng di atas meja.“Ada,kat kat bilik. Dia cakap tak nak makan.”
“Merajuklah tu.”Ujar Abdullah. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja.Matanya menatap terus pada makanan yang terhidang di atas meja. Sunyi pula bila tak ada Qisya Qasrina bersama mereka di sini.
Zaiton memandang sekilas suaminya.Tahulah dia bahawa suaminya itu pasti teringatkan anak mereka.“Tulah,lain kali jangan keras dengan budak tu. Nanti abang pujuklah Qisy tu. Kerja sekolah dia melambak tu.”
“Kerja sekolah banyak?”Abdullah mengulang.
“Yelah.Abang bukan selalu ada dengan dia.Adik tu penat bang. Tuisyen lagi,mengaji,kerja sekolah lagi.Mana sempat dia nak buat. Buku latihan dia bukannya satu dua.”Terang Zaiton.“Nanti abang bawaklah adik jalan-jalan.Dah lama dah abang tak bawak dia berjalan.”
Abdullah masih mendiamkan diri. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata isterinya. Mungkin benar,selama ini dia sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak mereka.
“Nanti-nantilah fikir tu abang. Sekarang kita makan dulu.” Suara Zaiton mematikan lamunan Abdullah.Lelaki itu menarik nafas dan dihembus perlahan. Kemudian,tangannya diangkat menadah untuk membaca doa makan.
Setelah memastikan semua pintu dan tingkap dikunci,Abdullah berjalan untuk masuk ke kamarnya. Sebelum itu,lelaki itu masuk ke kamar anak gadisnya untuk menjengah Qisya. Sudah menjadi rutin dia dan isterinya menjengah anak mereka sebelum masuk tidur. Biasanya,Qisya Qasrina sudah terlena dibuai mimpi sambil memeluk bantal peluknya di atas katil. Kali ini,Abdullah melihat anaknya sedang terlena dengan kepalanya diletakkan di atas meja belajar. Baku pelajaran juga masih terbuka. Tahulah dia bahawa anaknya terlena sewaktu membuat kerja sekolah.
Tanpa sedar,senyuman tipis terbit dari bibir Abdullah. Tangan kasarnya mengusap kepala Qisya Qasrina perlahan dan penuh kasih sayang. Kasihan pula melihat anaknya terlena dengan keadaan tidak sempurna. Sudahlah tadi anaknya langsung tidak menjamah makan malamnya.
“Kesian,anak ayah.”
Penuh berhati-hati,Abdullah mengangkat tubuh Qisya Qasrina  dan diletakkan di atas katil supaya anaknya tidak terganggu. “Selamat malam anak ayah.”

Tiada ulasan: