Khamis, 19 Januari 2012

AKU LEMPANG KAU!




  First time aku jejakkan kaki kat university.Agak takut jugaklah.Yelah,lepas ni mana boleh balik selalu.Jauh tu dari Johor ke Terengganu.Naik bas pergi balik dah buang RM100 dalam tangan.Nak tak nak terpaksalah tahan rindu dekat family,lagi-lagi dengan mak.Yelah,nie kali kedua aku jauh daripada mak.First dulu kat Tangkak sebab belajar kat matrik.Huyo!Bangga tu family aku sebab dalam family aku sorang je yang senang-senang dapat masuk matrik.Padahal result SPM aku dulu bukan gempak mana pun.Sekarang ni aku sambung degree pulak.Ambil business operation management.Jauh aku merantau kat Terengganu ni.
   “Eh,Mira kau tau tak nama aku?”Tulah Niesa roommate aku.Ayat first dia masa tegur aku tu memang gempak habis.Selalu orang first time jumpa bahasa punya cantik,saya-awak lagi.Sekali dengan Niesa ni,hambek kau!Aku dah tak reti nak guna ayat sopan dah.Lepas tu aku kenal pulak Rda.Orang Kelantan.Mula-mula tu aku takut jugak dengan dia orang ni.Sekali dah gurau memang pecah kepala.”Rda,Rda ade-ade aje,”tulah trademark aku dekat Rda.
    “Assalamualaikum,Niesa ade?”Aku memberi salam ketika masuk ke bilik.
    “Wa’alaikumsalam…Niesa?Mane Niesa?Mana Niesa?”Rda pulak yang sambung melawak.
    “Alah wak,Niesa tak adalah.Dia gi mana tah,”sambung Rda lagi.Kita orang dah tersengih-sengih.Sedangkan Niesa ada dalam bilik.Tengah tengok drama Korea.Khusyuk tu!Dalam bilik ni Cuma ada dua orang hantu Korea.Tak lain Niesa dengan Rda.Kalau nak tau synopsis cerita Korea tanya je Kat dia orang ni,confirm dapat.
    “Cerita apa ni?”Aku menyoal Niesa sambiltangan aku sibuk mencucuk bahu dia guna batang pensel.”Cek,cerita apa ni?”
    “Hah?Kau Tanya apa tadi?”Soal Niesa kembali.Dia ni kalau dah tengok dengar sesuatu benda tu khusyuk sangat sampai tak ingat dunia.Nak tunggu dia respon tu punya lah lama.Loading!Macam nak loading internet pun ada.
    “Wah,cerita apa ni?”Tu dia!Ni lah kawan aku lagi seorang ni.Pangkat kakak sebenarnya sebab umur atas kita orang.Nama dia Lin.Dia ni selalu lepak kat bilik kita orang.Nak rasa jiwa muda katanya layanlah kita orang bertiga ni.Memang pecah kepala dia lepas tu.
     “Tak tau,jangan tanya aku.”Aku menjawab setelah melihat Rda dan Niesa tidak memberi respons langsung.


   “oww,cerita ni,”Lin menghampiri Rda dan Niesa.Haha,3 orang hantu Korea dah mari.Sekejap lagi adalah yang gelak sakan.Malas aku nak layan,baca novel lagi baik.

“EH,Miera semalam aku jumpa ‘mamat president’ .Bila aku tengok dia aku teringat cerita kau orang.Nasib baik aku tak tergelak masa tu,”
     “Haha…”Gelak sakan kita orang masa tu.Dengar je cerita ‘mamat president’laju je semua tinggal kerja.Almaklum,gossip pasal mamat paling popular dalam kampus.
         “Aku pun ada cerita,”sampuk Niesa.”Tapi aku lupa…”
        “Esok je lah kau cakap,”aku memotong.Niesa terdiam terus lupa benda yang nak diceritakan tu.
        “Eh,hari ni…..”
        “Esok je lah kau cakap,”selepas lama aku guna ayat tu,aku terkena balik.“Ayat aku tu,”aku memprotes.Niesa buat muka double jerk dia.“Aku lempang kau!”
        “Wekk…berani buat a,”aku mengerutkan dahi.
       Masa study week memang paling aku benci.Dah lah tension dengan tak ada makanan.Kafe pulak satu pun tak bukak.Geram aku.Banyak pulak topic yang aku kena cover.Ah,tensionnya.
      “Miera,”
     “hmm,”itu je jawapan aku.”Kenapa malam ni aku malas nak study ni,”aku memandang Rda yang sudah melepek kat atas tilam.”Tidur lah,”senang je jawapan aku.Aku tengok Lin baca novel atas lantai.Niesa pulak khusyuk study math.Tiba-tiba….
      “Ci ci cinta……aishiteru,”aku pandang Niesa dan Rda bersilih ganti.Dia orang pun sama.Lepas tu kita orang gelak.“Ape?”
     “Dari semalam aku dengar ayat tu.Ci ci cinta…aishiteru….”aku mengulang kembali nyanyian Lin.habis dia kena gelak.Sampai jam berapa entah aku study aku pun tak tau.Tapi sebelum tu aku dengar lagi suara sumbang kawan aku ni.Dah lama dah aku dengar.Tapi saja je aku,Rda dan Lin nak sakat Niesa.
     “Ku petik bintang…”
     “Syhh…”Aku menyakat.
     “Ku petik bintang,”lagi kuat dia bersuara.
     “Aku lempang kau!”
     “Aku lempang kau!”Niesa mengulang.
     “Ishh,budak ni.Aku lempang karang!”Rda dah bersuara.Aku dan Niesa terdiam.Kemudian tersenyum nakal.
     “Aku lempang kau!”Kami berkata serentak.Gempak suara kami dalam bilik.
Exam dah nak habis.Semua orang dah sibuk mengangkut kain baju bawak balik.Tapi aku,Niesa ,Lin,dan Rda buat tak tau je.Macam tak ada jiwa nak balik kampong.Sedihnya!Lepas ni dah tak lepak sama.
      “Ish,mamat ni asyik kacau aku je.”Niesa mengeluh tiba-tiba.Sony Ericson diletak kembali atas meja study.Masa tu aku dah tahu sapa tu.Apalagi agenda jahat aku datanglah.
      “Siapa tu?”Lin menyoal.
       “Kekasih gelapku….”Aku bernyanyi tanpa jiwa.Rda dah menyengih nakal.Dia pun dah tau.
      “Owh…kekasih gelap rupanya.Dah pandai kau eh.”Lin dah ketawa.”Minah ni tengok je ganas,ada peminat rupanya,”
       “Yelah,orang pemalu lah katakan,”Rda menyambung.
       “Aku  lempang kau,”
      Aku ketawa terkekek.”Kekasih gelapku…..”
       “Aku tak tahulah….”
       “Dihati ini…hanya Tuhan yang tahu….”Aku,Rda dan Lin sama-sama nyanyi untuk Niesa.Muka dia dah berkerut seribu.Merah pun ada.Dia dah pandang semacam je.Aku lempang kau!
     "Di mana-di mana..."Aku dah kebosanan yang teramat dahsyat.Pening pulak aku baca buku MGT417 aku ni.Dah lah tebalnya semacam je.Nasib baik isinya tak buat aku termuntah. 
       "Salah lah.Dimana-di mana..."Lin menegur langsung bernyanyi dengan antonasi yang berbeza.
       "Suka a..."Aku membalas selamba.Dengan muka double jerk aku tenung macam nak tembus balik buku MGT 417 aku ni.Lin dah tenung aku semacam.Dengan beraninya aku membalas.Nak lawan balik.Biasa,aku dengan dia ni memang kaki gaduh.Tak lawan kata,lawan kaki.Kalau lawan kaki biasa aku yang menang.Dia tu salah target nak kenakan aku.
      "Ci ci cinta..."Aku dan lin dah pandang tepat pada Rda yang duduk kat katil atas.
      "Aik,dah berjangkit dah?"Soalku.
      "Boringlah...."
      "Nape?"
      "Pak we aku busy je.Boring aku,"rungutnya.Aku pandang Rda.Apalagi ayat tak ada jiwa aku bagi pada dia,tak dapek den nolongnye,"

"MIERA..."Niesa panggil aku.Aku yang tengah khusyuk update blog apalagi jawabnya pun tak tengok orang."Apa?"Macam kasar je kan?Satu minit aku tunggu dia cakap.Idea jahat aku tu datanglah nak pekena dia.
     "Esoklah kau cakap,"belum sempat aku nak cakap Rda dah cakap.
     "Nak main game,"
     "Tak boleh,"cepat je aku menjawab.Saja je nak kenakan Niesa.Lin dah tersenyum-senyum."Dia tak puas hati aku daah tolak semua nama dia,"
    "obsesnya.Nasib baik aku dengan Rda tak obses."
    "Tau tak tak pe."Jawab Rda.Aku,Rda dan Lin pandang Niesa."Alah,nak jugak,nak jugak..."Kata Niesa.Dah macam budak kecil dah aku tengok.Tu pun ayat aku.Dia orang ni memang suka copy paste aku punya ayat.Tau lah sedap!
     Niesa dah ambil dah handphone aku yang aku letak atas katil.Pantang aku lepa sikit memang kena sapu handphone aku tu.Canggih sangat pun tak,setakat Nokia X2-01.Itupun pinjam dengan adik aku yang baru lepas SPM.Maklumlah,aku  punye handphone cikai(murah) je.Setakat boleh main message dan telefon orang jadilah.
     Cerita sedih aku,Rda dan Lin dah berakhir bila exam dah tamat.Sukanya masa tu tak terkata."Yeah,paper habis!"Aku dengan Lin dah bersorak saje je nak pekena Niesa ni."Ha'ah,malam ni kita tengok cerita nak?Kita gelak sakan,"sambung Rda.Tanduk dia pun dah rasa naik tu.
      "Untunglah.."Tanpa jiwa Niesa membalas.Malam semalam kita orang macam pecah kepala study dia pulak gelak sakan tengok cerita Korea.Hah,hambek kau!
      "Esok pegi Mesra Mall nak?tengok wayang,"kata Lin.Aku dengan Rda dah pandang-pandang Niesa.Minah tu buat muka double jerk.
        "Cairlah aiskrim ni.Bila nak makan?"
         "Makan jelah.yang kau tunggu buat apa?"Jawab Rda.Aku yang duduk sebelah pemandu si Lin tersengih."Tak nak ah.Makan sama,"kataku.
         "Tempat...."
         "Tahun depan jelah kau cakap,"aku yang baru nak cakap dah kena sampuk dengan Niesa.Copy paste ayat je keje dia.Aku toleh ke belakang."Hei,aku lempang kau nak?Dah lah guna ayat aku,"
        "Wekk....biarlah."Kata Niesa.
         "Tak apa,tak apa.kau guna tahun depan aku guna esok,Fair?"Putusku pula.Yang lain dah bersorak riang.dah macam kanak-kanak ribena dah kita orang ni.Umur masing-masing dah 20 21,perangai ,masih macam budak-budak lagi.Nasiblah siapa yang kahwin dengan kita orang ni.Opss!Terlebih sudah.Ada jugak yang kena lempang kejap lagi.'AKU LEMPANG KAU!'
                             
                                                                 -THE END-^_^
    



P/s:sorry korang…aku ubah ni.Kalau nak cerita semua memang tak habis.Yang penting,kita memang gempak!

2 ulasan:

P1001C berkata...

Salam kenal, ini adalah kunjungan saya yang pertama... saya tertarik dengan tulisan tulisan Anda sangat menyentuh... terus berkreasi ya..

NAKA berkata...

agk2 ble aq blh lempang ko???haha....