Rabu, 10 Julai 2013

Ingin Kamu Part akhir.

AQIEL merenung Iman dengan tajam selepas dia dimarahi ibu kerana memarahi wanita itu.Geram rasa hati mahu sahaja dia lepaskan amarahnya ketika itu juga kepada Iman.Iman menundukkan wajahnya.Pedih rasa pipinya selepas dia ditampar Aqiel kerana memaksa lelaki itu untuk makan.

Aqiel
            “Engkau tunggulah nanti.Mampus kau aku kerjakan.”Bisik Aqiel ketika melintasi Iman untuk masuk ke rumah.Iman tersentak.Wajahnya di angkat.Ibu sedang memerhatikan mereka.Habislah aku.
            Apabila malam tiba,Iman menjadi gerun.Berdua di kamar bersama Aqiel bagaikan mimpi ngeri buatnya.“Engkau memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?”Jerkah Aqiel apabila lelaki itu masuk ke kamar.Iman tersentak.Hampir sahaja pakaian yang sudah dilipat bertaburan.Wajah suaminya dipandang dengan gerun.Dia pernah melihat wajah itu sekali dahulu.
            “Iman tak sengaja.Iman minta maaf.”
            “Maaf.Itu je yang kau tahu.Kau sengaja nak malukan aku depan ibu kan?”Aqiel mencengkam lengan Iman dengan kejap.Wanita itu mengadu kesakitan.“Sakit,bang.Iman minta maaf.”
            “Kira apa aku dengan maaf kau tu.”Serta merta tubuh Iman dihempaskan di atas katil.Iman cuba untuk melarikan diri.“Kau nak pergi mana ? Ke mari sayang.”Air mata Iman mengalir dari tubir matanya.Dia takut peristiwa lama itu berulang.Dia takut.Dia tidak rela jika semuanya terjadi lagi.Iman beranikan diri turun dari katil untuk menyelamatkan diri.Namun pantas sahaja suaminya menarik baju yang dipakai sehingga terkoyak di bahagian belakang lalu menampakkan tubuhnya.Iman menggelengkan kepalanya.Dia tidak rela diperlakukan begitu.Aqiel mengukir senyuman sinis.Dia mendekatkan wajahnya pada telinga Iman.“Kau nak aku paksa atau kau serah diri.”Bisik Aqiel.Lemah lutut Iman saat itu.Di mana maruahnya di hadapan lelaki bernama suami?

***Ingin Kamu***

IMAN kelesuan selepas mengemas meja makan.Tubuhnya dihempaskan di atas sofa.Tubuhnya benar-benar lemah sejak beberapa hari ini. Mahu mengadu kepada suaminya takut dikatakan mengada-ngada.Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.Aqiel sudah naik ke bilik untuk menunaikan solat Isya’ barangkali.
            Perlahan Iman mendaki tangga.Tiba di bilik Aqiel yang tidak ditutup rapat membuatkan dia menghentikan langkahnya.Dia tersenyum melihat suaminya sedang menunaikan solat.Teringin rasanya mahu menjadi makmum kepada lelaki itu.
            “Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku selama ini Ya Allah.Isteriku tidak lagi membenci diriku.
            Ya Allah,aku berdosa terhadap isteriku.Terlalu banyak khilaf yang aku buat sehingga mengalirkan air matanya.Ya Allah,jika ini yang harusku bayar untuk semua kesakitan dan kesengsaraannya selama hidup bersamaku,aku akur.Aku tak sanggup menerima kebaikannya Ya Allah.Dia wanita dan isteri yang terbaik yang Engkau tentukan buatku.Tapi aku tak sanggup melihat dia menangis lagi.Jika perpisahan jalan yang terbaik buat kami,aku redha dengan ketentuanMu.Aku amat menyayanginya.Terlalu banyak air mata yang mengalir selama dia bersamaku.
            Andai masih ada lagi jodoh antara kami,aku terima dengan seikhlas hati.Hanya padaMu aku meminta.Amin Ya Rabbal A’lamin.”
            Iman yang mendengar jatuh terduduk di atas lantai.Air matanya mengalir laju.Suaminya tidak pernah melupakannya.Suaminya hanya berpura-pura supaya dia terus membenci lelaki itu.Itu matlamat sebenarnya.
Iman
            “Iman?”Iman mendengar namanya disebut.Dia mengangkat wajah dan melihat suaminya.“Kenapa abang tipu Iman?Abang tak pernah hilang ingatan kan selama ni.”Soal Iman dalam sendunya.Aqiel terdiam.Rahsianya sudah terbongkar.
“Abang minta maaf sayang.Abang tak nak Iman bersama abang sebab perasaan bersalah Iman terhadap abang.Abang nak Iman kembali pada abang sebab Iman sendiri.Sebab hati ini untuk abang.Itu je.”Terang Aqiel.Iman menghamburkan tangisannya.Tubuh suaminya dirangkul kuat.
“Kenapa abang buat macam tu?Iman tak boleh bila abang tak ada.Iman sayangkan abang.”Luah Iman.Aqiel tersenyum.Kata syukur diucapkan.Semuanya sudah kembali pulih.“Abang minta maaf.Abang pun sayangkan Iman.I love you more.”Rangkulan Iman dibalas.Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.

***Ingin Kamu***

“ABANG,cepatlah bangun.Iman nak makan jagung bakar.”Pinta Iman.Aqiel yang terlena dikejutkan.“Ala...sayang.Mana ada jagung bakar pagi-pagi ni.Tengok tu jam dah pukul berapa.”Aqiel beralasan.Iman mencebikkan bibirnya.“Abang ni memang tak sayang Iman kan?Tak apalah,Iman nak drive sendiri.”Ujar Iman.
            Pantas Aqiel bangkit dari pembaringan.Segar terus matanya setelah diugut oleh isteri tercinta.Mana boleh dibiarkan isterinya memandu dengan keadaannya yang sarat membawa perut itu.Sememangnya sejak Iman disahkan hamil 7 bulan yang lalu,selera makannya tidak menentu.Selalu benar dikejutkan si suami untuk meminta makanan yang diinginkan.
jagung bakar
            “Sayang ni kalau tak mengugut tak sah agaknya.Yalah-yalah.Jom kita cari.”Iman menguntum senyuman kemenangan.“Abang,”Iman memanggil Aqiel yang baru sahaja mahu masuk ke kamar mandi.Lelaki itu menoleh.“Iman nak pakai baju ni dengan cardigan je boleh tak?Malas nak tukar baju.”Soalnya.
            Aqiel memandang isterinya dari atas ke bawah.Baju tidur paras lutut corak minni mouse dan seluar tidur kotak-kotak.Haila...nasib baik bini aku ni comel.“Baju tu dah okey.Seluar tu tukar.”Iman mencebik lagi.“Ala...boleh la..”Pinta Iman lagi.
            “Iman Rania,abang cakap tukar.”Huh,bila Aqiel Faheem sudah menyebut nama penuhnya maknanya lelaki itu benar-benar serius.“Yelah-yelah.”Iman menurut.Akhirnya dia tersenyum sendiri sambil mengusap perutnya.Bahagia itu miliknya juga.Yang dia mahukan hanyalah Aqiel Faheem menjadi Imam dalam hidupnya.


                                                ---Tamat---

***opss macam nak cepat habis ke?Maaf..
jangan lupa tinggalkan jejak ya.***

Tiada ulasan: