Hidup ini hanya sementara.Aku
bagaikan pelakon yang berlayar di atas pentas dunia. Masa yang ada seakan
pantas berlalu.Sudah setahun,setelah dia pergi meninggalkan kami.Fika kini
berusia setahun.Sedih apabila si kecil sibuk bertanya kemana ibunya pergi.Dan
setiap kali ,jawapanku hanya ‘ibu pergi kerja.’
Hebat kan lakonanku?Saban malam aku
menangis setiap kali mengenang semuanya.Kerjayaku sebagai seorang doctor
langsung tidak mampu menyelamatkan seorang wanita yang bergelar isteri.Apa daya
yang aku miliki sebagai seorang manusia biasa.Hanya Allah yang tahu apa yang
aku lalui.Aku rindukan dia.
“Sedihnya.Isteri
dia dah meninggal rupanya.Mesti dia sayang sangat dengan arwah isteri dia.
Solute la dekat doctor ni.”
“Siapa
tu?Blogger yang kau stalker tu ke?”Aku menyoal Anis. Dia mengangguk sambil
tersenyum.“Dia ada anak.Nak tahu,dia cakap anak dia tu selalu tanya mana ibu
dia.Setiap kali jawapan dia Cuma ibu pergi kerja.Sedihlah pulak cerita mamat ni
malam ni.”Komen Anis.
“Dia
rindulah tu dengan arwah isteri dia.Cinta pandang pertamalah tu kot.”Komenku
pula.Mataku tetap tertumpu pada adunan kek di hadapan.
“Kau
buat kek untuk apa?Ada orang tempah ke?”Anis menyoal.Dia mula mengatur langkah
menghampiriku.Lehernya dipanjangkan melihat adunan.“Lusa rumah aku ada
kenduri.Mak aku pesan suruh buat kek.Kenapa?”
“Tak
ada apa-apa.Esok kau balik kampung ke?Gerak pukul berapa?”
“Tengoklah
lepas zohor kot.Tak pasti lagi sebab pagi esok aku nak hantar kek dekat taska
tu.Ada birthday budak dekat situ.Kau nak ikut aku balik tak?”
Anis
menguntum senyuman sambil memandangku.Aku mengerutkan dahi sambil membalas
pandangannya.“Tak apalah.Aku ada hal. Hakim nak bawa aku jumpa family
dia.”Tersenyum aku mendengar katanya.Syukurlah nampaknya dia dan Hakim
benar-benar serius dalam menjalin hubungan.“Wah,tak lama lagi makan nasi
minyaklah aku.Aku tumpang gembira untuk kau.”Kataku dengan teruja,macam aku
pula yang nak kahwin.
“Haha...excited
pula kau.Kau tu janganlah dok sibuk buat kek je.Carilah pasangan hidup.Umur
kita ni bukan makin muda.”
“Hish,kau
ni.Agak-agaklah.Aku baru 23 tahun okey.Muda lagi kalau nak kahwin.”Balasku
dalam gurauan.“Nantilah.Aku ni pun kerja belum lagi. Engkau tu lainlah.Habis
study terus dapat kerja.”Sambungku lagi.
“Belum
kerja?Kau nak kerja apa lagi.Aku tengok kau buat kek ni pun dah cukup
untung.Jadi tokey.Tak payah fikir nak balik kerja pukul berapa.”
“Hello,cik
Anis Kamila Binti Ahmad.Kau ingat jadi tokey senang?Banyak benda nak kena
fikir.”Balasku lagi.Anis hanya tersenyum kemudian melepaskan tawanya.
****Mr.blogger****
Fika merengek-rengek kerana mahukan
ibunya.Aku semakin buntu apabila ibu sudah mula mencari calon untuk gantikan
tempat Suraya.Aku tak tahu apa yang harusku lakukan.Bila aku menolak,aku
dimarah kembali.Katanya demi Fika.Aku tak sampai hati.Aku cintakan Suraya tapi
aku kasihan pada anakku.Sampai bila aku harus menipu?
Aku
membaca rentetan seorang lelaki yang bergelar lelaki dan ayah.Dia si blogger
yang sering diikuti Anis.Kala bosan,aku meminta alamat website daripada
Anis.Sedih juga kisahnya.Memang patut Anis selalu mengikuti kisah sedih lelaki
ini.Beginikah rasanya apabila kehilangan insan yang amat dicintai.
Ketukan
di pintu menerbangkan segala khayalanku terhadap mr.blogger. Wajah tembam Yani
muncul.“Kak,ayah panggil.Ada hal nak cakap.”Kata Yani.Adikku sudah selamat
berumah tangga dan kini sedang mengandung anak sulung.
Aku
bangkit dan mencapai tudung yang sengaja aku sangkut di belakang pintu.Tak
manis rasanya kerana semua ipar-duaiku berada di rumah kerana rumahku baru
sahaja selesai membuat kenduri.
“Mak
dan ayah ada hal nak cakap.”Ujar ayah apabila aku sudah melabuhkan punggung di
atas lantai memandangkan tiada tempat untukku di atas kerusi.Aku menguntum
senyuman.Semua ahli keluargaku memandangku dengan wajah yang serius.“Ada orang
datang rumah jumpa mak dan ayah.”Lurus dan tiada simpang siur. Itulah
ayah,sangat berterus terang.Aku mendengar ayat yang selanjutnya daripada
ayah.Wajah mak aku pandang.Mak juga kelihatan tenang.“Kamu dah ada calon?Ayah
nak kamu berterus terang.”
“Calon
apa?”Aku bertanya kerana pelik dengan soalan ayah.“Calon untuk dijadikan
suami.Ada orang datang merisik kamu.Kalau tak ada,ayah nak kamu terima.”Membulat
mataku.“Ayah,orang muda lagilah.Baru 23 tahun.Takkan nak kahwin,orang nak kerja
dulu.”Aku mula membentak.
“Muda
lagi?Cuba kamu tengok adik kamu tu,elok je kahwin.Dah nak jadi mak budak dah.Dah
lama kamu habis belajar,kerja pun tak ada ayah tengok.Dulu kalau kamu tolak
pinangan dari Lokman anak Haji Arshad tu ayah boleh terima sebab kamu
belajar.Sekarang kamu dah habis belajar.”
“Ayah!”Aku
memuncung.Kemudian memandang mak meminta simpati.Emak nampaknya sebelahkan
ayah.Ah,sudah!
Yani
pula tersenyum.Sukalah tu bila kakaknya ini bakal dikahwinkan dengan pilihan
keluarga.“Sebenarnya kami dah pun terima.Pihak sana cakap bulan depan bertunang
lepas seminggu terus khawin.”Kata emak.Aku terdiam seketika.Sampainya hati mak
dan ayah buat keputusan tanpa merujuknya terlebih dahulu.
“Alah,tak
nak.Orang mana kenal orang tu.Mak dan ayah suka buat keputusan tak tanya orang
dulu.”
“Kenal
lepas kahwin la.Akak kan cakap dulu nak bercinta lepas kahwin.Kononnya sweet
gitu.”Yani sudah menyampuk.Aku menjeling adikku tajam.Sedap rasa je
cakap.“Akak,orang dah tengok dah gambar bakal suami akak
tu.Handsome!”Sambungnya lagi sehingga membuatkan hatiku bertambah panas.
“Hah,adik
kamu pun kata handsome.Ni,kamu tengoklah sendiri.”Ayah menghulurkan sekeping
gambar kepadaku.Aku buat acuh tak acuh sahaja.Sekilas aku melihat gambar
itu.Kala hati sedang membara memang begitu lagaknya.Yang cantik juga boleh jadi
tak cantik.“Kamu jangan nak buat hal pulak.Bulan depan bertunang.”Pesan ayah.
“Yelah,”
****mr.blogger****
Sebulan
kemudian.
“Kenapa
nak jumpa saya?Tinggal minggu depan je majlis.”Kataku selepas majlis
pertunangan aku dan si dia.Make-up pun aku belum sempat cuci kerana dia mahu
jumpa sebentar sebelum pulang.
“I
thought you’re the one want see me.”Hish bongkaknya.Speaking pulak tu.Tak reti
nak cakap bahasa Melayu agaknya.Muka pun macam tak ada perasaan.Kataku sendiri
dalam hati.“Siapa cakap nak jumpa awak?Saya tak cakap apa-apa pun.”Kataku.
“Oh,tak
apalah.Kita dimainkan.”Ingatkan tak reti cakap bahasa Melayu tadi.Tanpa sepatah
kata,dia berlalu tinggalkan aku.Huh,sombongnya!Eh,kejap.Siapa nama dia?Teruk
betul aku kan? Sampai nama tunang sendiri pun tak tahu “Awak.”Aku memanggil.
“Siapa nama awak?”
Nama:Ahmad
Zariff Hazimi Bin Khalid
Kerja:Doktor
pakar bedah.
Umur:31
tahun.
Jauhnya beza umur aku dan dia,9 tahun
pulak tu.Maklumat tambahan yang aku baru dapat tahu.Dia duda dan ada seorang
anak.Huh,aku kena kahwin paksa dengan duda.“Sampainya hati mak dan ayah.Ingat
orang ni tak laku ke sampai nak kahwinkan dengan duda ada anak.”Protesku.
Menitis air mataku saat ni.
“Dah
kamu tak nak tanya.”Selamba sahaja emak membalas.Aku bangkit dan melangkah ke
dalam bilik.Seminggu aku kena duduk rumah.Emak dan ayah dan sekat setiap
langkahku.Darah manis katanya.Encik tunang langsung tak hubungi aku.Agaknya dia
pun tak ada perasaan.Sama je dengan aku kena kahwin paksa.
Anis
pula,elok aku telefon dia nak luahkan perasaan dia gelakkan aku.Mana
tidaknya,dia yang cerita nak kahwin dengan Hakim aku pula yang naik
pelamin.“Gelaklah engkau.Nanti kau kahwin aku tak nak datang.”Ugutku.
Entah
jam berapa aku tertidur aku pun tak tahu. Asyik sangat menangis sampai mata aku
bengkak.Malu rasa nak keluar bilik.Nasiblah aku dianugerah menjadi seorang
wanita,dapat pengecualian melaksanakan ibadat solat buat sementara.
“Hah,eloklah
tu.Dah nak jadi bini orang pun perangai tak berubah.Bangun lambat.Cubalah
bangun awal sikit,tolong mak ni.Pinggang tu mak tengok pun lebar sikit dah mak
tengok.”Mataku menjegil melihat mak.Main pinggang pulak mak aku ni.Sensitif
betul aku kalau orang sebut pasal pinggang.Tahulah aku dikurniakan dengan
bentuk badan yang comel.
Bunyi
kereta diluar rumah mengejutkan aku.Aku menjengah ke tingkap untuk melihat
gerangan yang datang.Terkejut aku lihat Zariff yang turun dari kereta.BMW 7 Series.
“Mak apa dia buat dekat sini?”
“Jemput
kamu cari baju nikah.Dia tak cakap ke semalam?” Bulat mataku. Baju nikah? Laju
langkahku masuk ke bilik mandi.
“Masuklah
Zariff. Yasmin tengah mandi.”Sayup-sayup aku dengar mak bercakap dengan Zariff.
Mak ni langsung tak boleh nak cover line.
“White
colour.” Terkejut aku mendengar dia cakap pada perancang perkahwinan itu. Aku
malas nak bertelagah dengan dia ikut sahaja apa katanya.Aku melihat pakaian
yang tergantung.Semuanya tak menepati citarasa aku,nampak bentuk badan,kain
nipislah.
Tanpa
sepatah kata,Zariff menghulurkan baju kurung berwarna putih kepadaku.Aku
pandang wajahnya yang tidak beriak itu.Sebelah tangannya pula mengendong
anaknya yang baru berusia setahun.
Hanya
sepasang sahaja baju yang aku perlukan kerana hanya majlis akad nikah sahaja
yang akan diadakan.Pedihnya rasa kerana segala impianku tentang perkahwinanku
punah.Tiada pelamin,tiada pakaian yang indah dan tiada majlis besar-besaran.Nikah
sahaja,rasa macam kahwin sebab kena tangkap basah pula.
****mr.blogger****
Selepas menidurkan
Fika,Zariff masuk ke dalam bilik.Siang tadi selepas Zohor,aku selamat menjadi
isterinya yang sah selepas dua kali lafaz. Seram sejuk aku rasa bila dia mula
buka pakaian di hadapanku.
“Err....abang nak air?”Soalku.Abang panggilanku buatnya
sebagai seorang suami.Dia hanya menjawab pertanyaanku dengan gelengan . Dia
menghampiri Fika yang terlena di atas katil.Sebuah kucupan hinggap pada dahi
anak kecil itu. “Min keluar kejap ye.”Kataku.Dia hanya diam.Beberapa ketika
ketika setelah aku masuk ke bilik,Zariff sudah lena dengan memeluk Fika. Aku
sedikit terasa dengan tindakannya.Nampaknya Zariff bersikap dingin denganku.
“Selepas membuka tudung,aku membaringkan tubuh di sebelah
kiri Fika.Setelah mengucup pipi si kecil aku terus memejamkan mata.
“Saya nak balik Shah Alam hari ni sebab saya tak apply
cuti kahwin. Patient banyak dekat hospital.”Terang Zariff sewaktu di meja
makan. Aku yang sedang menyuap nestum ke mulut Fika tenang.Sudahku jangka
perkara ini bakal terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan