Iman Rania termenung
jauh memikirkan masa depannya yang dirasakan begitu gelap sekali.
Sesekali dia
merenung cincin yang tersarung pada jari
manisnya.Cincin pertunangan.Ya,cincin pertunangan dengan lelaki yang amat dia
kenali.Jika diberi pilihan,dia lebih rela tidak berkahwin dengan lelaki itu.
Entahlah,apa akan jadi
pada hidupnya pada masa akan datang.Dia sendiri tidak pasti.
“Aku nak kau terima pinangan keluarga
aku.Kalau tak,siap kau !”Ugutan itulah yang membuatkan dia di sini.Menjadi
tunangan Aqiel Faheem. Ya,Aqiel Faheem.Sungguh tidak tidak terduga dia akan
bertemu kembali lelaki itu setelah 7 tahun berlalu.
Aqiel Faheem |
“Ringkasnya majlis kau.Akad nikah je?”Ujar
Fazlin.Iman hanya tersenyum sahaja.Katil pengantin dikemas elok . “Cukuplah tu,aku bukan artis pun nak buat
besar-besaran.Ringkas-ringkas je sudah.”Ujarnya lembut.
“Hmm,untunglah laki kau dapat isteri yang
pandai berjimat-cermat.Eh,bakal hubby kau tu kerja apa?”Fazlin menyoal
lagi.Antara ramai kawan-kawan Iman,Fazlinlah banyak cakap.
“Entah,bukan aku kenal sangat dengan dia
pun.”Balas Iman selamba.Berkerut dahi Fazlin mendengar.Hairan dengan sahabatnya
seorang ini.Selalu sangat buat kejutan.
“Engkau ni kan,aku Tanya dia boleh jawab main-main pulak.”
“Dia buka bisnes sendirilah dengan kawan
dia,”Jawabnya.Fazlin sudah membesarkan matanya sambil tersenyum.“Wah,nanti
bolehlah kau tolong kenenkan aku dengan kawan dia,”ujar Fazlin dengan penuh
teruja.
Iman tersenyum kelat.Bagaimana harus
dijawab segala persoalan Fazlin.Seandainya wanita itu tahu siapa Aqiel.
******
IMAN memandang Aqiel yang
baru sahaja duduk dihadapan Imam.Wajah putih bersih lelaki itu yang segak
berbaju melayu putih gading.Tenang sahaja lelaki itu saat melafazkan ikrar
janjinya.
Laju
air mata Iman mengalir.Dengan sekali lafaz sahaja dia sudah sah menjadi seorang
isteri.Wajah umi di sisi dipandang sayu.Tangan umi digenggam erat bagaikan
tidak mahu dilepaskan.Ibu,ibu kepada Aqiel tersenyum memandangnya.Dia membalas
senyuman itu.
Entah
bila Aqiel berada dihadapannya.Gelang tangan diikat pada tangan kanannya.Selepas
itu tangan lelaki itu dikucup perlahan.Pelbagai rasa dalam jiwanya.
Ya Allah,tabahkanlah hatiku.Bisik Iman dalam
hatinya.
“Iman nanti ikut suami kena pandai jaga
diri.Jaga pakai makan suami.Ingat pesan umi ni.Umi tak ada dekat sana
nanti.”Pesan umi.Bagai mahu menitis air mata Iman mendengar kata-kata pesanan
daripada umi.Iqbal,Iqraam,Irfan memandangnya dengan pandangan yang nakal.Mereka
sudah tidak boleh membuli adik mereka lagi.
“Adik ni nangis sebab nak tinggal umi ke
sebab sedih tak dapat kena buli dengan abang ni,”usik Iqraam.Iman hanya
tersenyum kelat.Air matanya dikesat. Pantas sahaja tangannya menumbuk perlahan
perut abangnya itu.
“Aduh,ganasnya adik ni.Woi,Along kaulah ni
yang ajar dia.”Protes Iqraam.Iqbal dan Irfan hanya ketawa.
“Padan muka.”Ejek Iman sambil
tersenyum.Aqiel sudah memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta.Iman hanya
memandang bagaikan tiada apa yang berlaku.Kemudian,Aqiel menghampiri mereka .Pinggang
Iman diraih.Wanita itu terkaku seketika.Ya Allah.
“Umi,kami balik dululah.Nanti lewat pulak
sampai rumah.”Ujar Aqiel.
Umi dan abang-abang Iman menguntum
senyuman.Senang melihat Aqiel yang melayan Iman dengan baik. “Hmm,baiklah.Jaga
anak umi ni baik-baik.Dia seorang je puteri umi yang ada,”pesan umi.Aqiel
tersenyum mendengar pesanan itu .
“Yelah umi.Jangan risaulah.Anak kesayangan
umi akan saya jaga dengan baik.”Kata Aqiel dengan yakin.Iman mengukirkan
senyuman nipis.
“Jom,sayang.Nanti lewat pulak sampai.Lusa
abang dah mula masuk office,”ujar Aqiel sambil memandang Iman.Wanita itu hanya
menguntum senyuman.Apakah niat Aqiel yang sebenarnya?Tangan umi disalam.Sebuah
kucupan singgah pada pipi Iman.Bagai mahu menitis air matanya saat umi
melayangkan kucupan dipipinya. “Umi jaga diri ya?Nanti Iman akan selalu telefon
umi.”Katanya.Umi hanya mengangguk.Aqiel sudah merangkul pinggang Iman untuk
bergerak sama.
Ya Allah,engkau peliharalah anakku walau di
mana jua dia berada.Doa umi dalam hatinya.
***ingin kamu***
SUDAH dua bulan Iman
hidup bersama Aqiel.Tidak banyak yang dia harapkan melalui perkahwinan
itu.Aqiel juga bukan suami mengambil berat akannya.Mereka tidak tinggal dirumah
ibu.Kata Aqiel,dia mahukan ruang peribadi bersama isterinya dan hidup
berdikari.Keluarganya pula menyokong keputusan yang dibuat Aqiel.
“Kenapa abang kahwin dengan saya?Bukankah
awak bencikan saya?”Soal Iman dengan berani.Aqiel yang sedang menukar
pakaiannya memandang Iman dengan tajam.Sudah acapkali Iman menyoalnya dan
setiap kali,dia akan cuba mengelak menjawab setiap persoalan Iman.Kali ini dia
sudah mulai bosan dengan Iman.
Dia mendekati Iman yang sedang duduk
dibirai katil.Kepala Iman disentuh.Tanpa disangka,rambut Iman ditarik kasar.Ya
Allah!Iman tersentap.Sakitnya tidak tertahan.Tubir matanya terasa panas.“Sakit
bang...”
“Tahu sakit!Kau nak tahu kenapa aku kahwin
dengan kau?Engkau ingat,aku kahwin dengan kau sebab aku rasa bertanggungjawab
ke sebab aku dah rogol kau!Perempuan tak sedar diri!Aku benci kau,kau tahu
tak?Sebab kau,dengan kawan-kawan kau,aku dapat malu.”Ujar Aqiel dengan marah.
“Iman tak tahu semua tu,bang.Bukan Iman
yang report,”ujar Iman.
“Sama ada engkau report atau tidak,engkau
tetap terlibat.Kau ada masa tu,”ujar Aqiel.Bergenang sudah air matanya.Sungguh
tidak meyangka perkara yang terjadi sejak 7 tahun yang lalu meninggalkan dendam
pada lelaki itu.
Aqiel melepaskan rambutnya kasar.Sakitnya
mencengkam Iman.Sungguh,sehingga begitu sekali Aqiel membencinya.“Sampai mati
pun aku akan ingat semua tu Iman.Kau jangan harap aku akan lepaskan engkau kali
ni!”Ancam Aqiel.Sendu Iman sudah kedengaran.
Pintu dihempas kuat.Iman tersentak.Dia
pasti itu adalah suaminya kerana hanya mereka berdua sahaja menghuni apartment
yang mereka duduki kini.Laju sahaja air mata Iman menangis.Lututnya
dipeluk.Tiada langsungkah belas kasihan Aqiel buatnya?Selama hidup bersama
lelaki itu,saban hari dia berendam dengan air mata.Lelaki itu terlalu membencinya
kerana kesilapan semalam.Jiwa dan batinnya terseksa.
“Ya Allah,kuatkanlah hati ini.Selagi aku
mampu,aku akan menjalani ujianMu ini Ya Allah,”rintih Iman sendiri.Iman
mengusap perutnya yang masih kempis.Ada satu yang yang sedang dibawanya.Suaminya
langsung tidak diberitahu kerana dia terlalu takut lelaki itu akan
mengapa-apakannya.
“LUPA diri
betul.Tahulah laki kaya!”Iman terasa dirinya disindir.Sengaja dia memekakkan
telinga.Pedih hatinya kerana dituduh sebegitu rupa oleh temannya sendiri.
“Hei,korang ni apesal hah?Kalau tak tahu
apa-apa senyap ajelah.”Fazlin yang turut berada disitu membela Iman.Geram
dengan Ayisha dan Qaizara.“Zara ,Isha apesal dengan korang ni hah?Tak malu ke
orang tengok.Patutnya,kita kawan dia,bagi sokongan pada dia.Jangan nak tuduh
dia melulu macam ni.Kau tak kesian ke tengok dia ni.Korang tak perasan ke
perubahan pada dia ni.”Marah Fazlin.
“Lin,biar ajelah apa yang diorang nak
cakap.”
“Kenapa dengan kau ni.U change a lot Iman!Dulu kau bukan macam
ni.”
Iman terdiam.Air matanya mengalir
lesu.Tidak sangka,Fazlin seorang teman yang setia.Dahulu dialah yang
membangkang perkahwinannya bersama Aqiel Faheem.“We need to talk.”Putus Iman dengan tiba-tiba.Mereka berempat menuju
Restoran Ayam Mas.
“So,apa yang kau nak cakapkan sangat
tu.Cepatlah,aku nak balik cepat ni.”Ujar Ayisha.Iman memandang wajah
sahabat-sahabatnya satu persatu.Nafasnya dihembus perlahan.Kini masanya dia
menjelaskan mengapa dia menyepikan diri dan mengingkari janji yang pernah dibuatnya.
“Kau kenal dia ni?”Iman meyoal sambil
meletakkan Xperia Neo di atas meja.Ayisha dan Qaizara menilik Xperia Neo milik
Iman.Berkerut dahi mereka.“Aqiel?Kenapa….”
“He’s
my husband.”
“What?”Qaizara
dan Ayisha berkata serentak.Mereka terkejut.“Macam mana kau boleh kahwin dengan
dia?Kau bercinta dengan dia ke?”Teka Qaizara.
“Zara.Cakap tu biar berlapik sikit.Macam
baru sehari je kau kenal dia kan?Bukannya kau tak kenal siapa Iman sebelum
ni.Dia bukan macam kita semua.”Ayisha dan Qaizara saling berpandangan.Iman
melepaskan lelahnya lagi.Kandungannya yang berusia 5 bulan diusap.
“Kau ingat lagi peristiwa 7 tahun lepas?
Rupanya semua bermula dari situ.Sebuah dendam yang dibawa sampai ke hari
ini.”Iman memulakan cerita.“So,apa kaitannya dengan kau?Kes tu dah lama tutup
kan?Dia orang pun bukan kena apa-apa tindakan pun.Kes tu ditutup macam tu je
kan.”
“Betul tu.Aku sendiri tak boleh
jelaskan.Dendam tetap dendam.Benda yang korang takutkan jadi pada aku.Aku
diburu sejak aku jumpa dia.Aku dah tak boleh nak lari daripada dia.”
Mereka tersentak.“Apa yang dia dah buat
pada kau?”Air mata iman mengalir lagi.Tidak dapat dilupakan bagaimana peristiwa
itu terjadi.Tangannya terketar-ketar menahan perasaan.“Iman?”
“Sorry,I
need to go.”Putus Iman.Sahabat-sahabatnya kaget.Iman sudah
bangkit.“No,selagi kau tak ceritakan semuanya.”Desak Fazlin.Air mata Iman
mengalir laju.Dia perlu pergi.Tidak seharusnya dia membuka masalah rumah
tangganya kepada mereka.“Please Lin.Kau
tak kenal dia.Walau apapun dia tetap suami aku.Ayah kepada anak aku.”Ujar Iman
dalam sendunya.
“Kau sanggup korbankan hidup kau untuk
dia?”Sinis Qaizara menyoal.Iman membisu untuk seketika.Kemudian,langkahnya
kembali di atur.Langkahnya terasa sepi.Air matanya sudah kering.Sudah lima
bulan Aqiel tidak pulang kerumah.Saban hari dia menangis menanti kepulangan
lelaki itu.
Langkah Iman terhenti melihat sesuatu yang
terbentang dihadapan matanya.Dia kaget melihat pasangan itu.Hampir gugur air
matanya melihat mereka yang begitu mesra.Perutnya disentuh.Nafasnya
ditarik.Lelaki itu melihatnya.Pandangan mereka bersatu.Langkah Iman kembali
diatur.Dia perlu kuat.
***ingin kamu***
MALAM kian larut.Aqiel
tidak pulang lagi.Sudah lama lelaki itu tidak menampakkan dirinya.Entah dia
tahu ataupun tidak wanita itu sedang hamil.Iman yang baru sahaja mahu melangkah
masuk ke kamar terkejut mendengar bunyi pintu dibuka.Dia melangkah kea rah
pintu kerana memikirkan suaminya.Senyuman bahagia terukir pada bibirnya kerana
suaminya sudah pulang.“Abang...”Iman terkejut.Ternyata bukan Aqiel yang sedang
berdiri di hadapannya.Tetapi seorang lelaki yang pernah dikenali dahulu.
Setapak demi setapak dia berundur ke
belakang kerana pandangan lelaki itu amat menggerunkan.“Kau ingat aku lagi
Iman?”
“Kau?Kau yang rogol aku dulu kan?Apa lagi
yang kau nak daripada aku ni?”Ujar Iman.Lelaki itu ketawa kuat.“Kau masih belum
tahu siapa yang rogol kau sebenarnya Iman?”Iman mengerutkan dahinya.“Apa yang
kau cakap ni?”
“Kalau kau nak tahu,laki kau si Aqiel tu
yang rogol kau dulu!”Iman tersentak.Wajah lelaki dihadapannya dipandang tanpa
rasa takut lagi.“Apa lagi tujuan kau datang sini?”
“Kau!”Katanya.“Aku mahu tuntut kau
daripada Aqiel.Kau tahu,kami pernah berjanji,lepas dia dapat kau giliran aku
pulak.”Air mata Iman mengalir lesu mendengar kata-katanya.Sehingga begitu
sekali maruahnya dipijak oleh suaminya sendiri.“Keluar.”Ujar Iman spontan.Suaranya
perlahan meminta Izat keluar dari rumah itu.“Tak kan mudah untuk aku lepaskan
engkau kali ini Iman.”Iman mengerutkan dahinya.Entah bagaimana lelaki itu tahu
namanya.Dulu mereka tidak pernah bertegur sapa.
“Kau nak apa daripada aku!”Lantang suara
Iman mengeluahkan kata.Lelaki itu hanya ketawa sambil mendekati Iman.Iman
berundur ke dapur dan mencari alat untuk mempertahankan dirinya.Pisau di atas
cabinet menjadi pilihan untuk mempertahankan dirinya yang bila-bila masa sahaja
bakal tercedera.“Jangan dekat dengan aku.Pergi.”Iman mengacukan pisau ke arah
pemangsanya.Lelaki itu semakin mendekat.Iman menjadi gerun.Ya
Allah,selamatkanlah kami.Doanya di dalam hati.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila
Iman dan lelaki yang mahu mengapa-apakannya mula bergelut.Entah di mana
silapnya pisau yang berada di tangan wanita itu terkena perutnya.Allahu akhbar!
Iman Rania |
Lama Iman menahan kesakitan.Lelaki itu
telah lari meninggalkannya.Air mata Iman mengalir laju.Sungguh di waktu ini
hanya mengharapkan suaminya muncul di hadapan matanta sebelum segalanya
terlambat.Abang…
***ingin kamu***
“MASYA ALLAH…apa yang
kamu dah buat ni Aqiel?”Ibu memukul dada Aqiel.Kesal kerana lelaki itu tega
menghancurkan hati Iman.Kini wanita itu terlantar sakit di katil
hospital.Terkejut dia mendengar menantunya masuk ke hospital.
“Kak,sabarlah.”Ujar Umi menenangkan ibu.“Som,akak
minta maaf kerana tak jaga Iman dengan baik.”
“Ya Allah kak.Jangan cakap macam tu.Semua
ini ujian Allah.”Aqiel kaku di
kerusi.Lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata.Iman kritikal.Anaknya juga mati.
“Iman nak ikut umi balik.”Ujar Iman
selepas dia sedar dari pengsan.Aqiel memandang isterinya.Umi dan ibu pula
memandangnya.“Iman sayang...”
“Iman nak ikut umi balik rumah
kita.”Pintas Iman apabila umi cuba melontarkan pendapat.Aqiel memandang umi
lalu mengangguk sebagai isyarat.Umi melepaskan keluhan.Berat rasa hatinya
membiarkan Iman mengetepikan perasaan suaminya ditambah pula dengan rasa
kesalnya terhadap Aqiel.
“Abang hantar Iman.”Ujar Aqiel dengan
tiba-tiba.Tangan Iman disentuh untuk membantu wanita itu turun dari katil.Namun
ditolak Iman biarpun secara lembut.Aqiel terasa.Iman begitu
membencinya.“Bersabarlah.”Bisik umi perlahan sambil menepuk bahu
kanannya.Kerusi roda Iman ditolak Iqbal yang setia menunggu.Mujur sahaja lelaki
itu masih siuman dengan tidak membelasah Aqiel dengan apa yang terjadi.
Sepanjang perjalanan Iman hanya
membekukan diri.Sampai dirumah juga dia masih terus membisu.Abang-abangnya
setia menunggu.Perasaan Aqiel menjadi kecut.Iman buat tidak endah sahaja
dengannya dan masuk ke kamar.“Tidur sini malam ni Aqiel.Hujan dekat luar tu pun
lebat.”Kata Umi.Aqile tersenyum kelat,“tak apalah umi.Qiel balik malam ni,”
“Iman,abang minta maaf.”Begitukah
caranya?Dirinya diperkotak-katikkan lelaki itu.“Iman nak berpisah.”Kata
Iman.Serentak guruh diluar berdentum dengan kuat.Aqiel tersentak.“Abang dah
menang.Tahniah,dendam abang dah terbalas.Anak Iman dah mati.Abang dah berjaya
hancurkan Iman.”Kata Iman tanpa perasaan.
“Iman,anak tu anak abang juga.”
“Anak abang?5 bulan saya
kandungkannya.Sakit perih Iman tanggung semuanya sendiri.Kemana abang
pergi?Dengan kekasih abang?”
“Iman…”
“Pergilah abang.Iman tak nak tengok muka
abang di sini.”Kata Iman dengan tenang.Matanya dipejamkan.Malam kian larut
bersama hujan yang turun mencurah kebumi bagaikan dapat merasai kesedihan yang
ditanggung Iman.Iman berharap selepas esok,dia tidak akan melihat lelaki itu
dihadapannya.
****
Aqiel tersenyum melihat
anak saudaranya ,Ayusha yang sedang bermain air di kolam renang.Ceria sahaja
anak kecil yang berusia 4 tahun itu apabila bertemu air. Tiba-tiba sahaja Aqiel
merasakan ada air yang sengaja disimbah kepadanya.Aqiel mengangkat wajahnya dan
memandang ke arah Ayusha dan ibunya.Sakan mereka mentertawakannya.
“Ayusha!”Aqiel bangkit dari kerusi rehat
yang ditempatkan di tepi kolam dan menghampiri mereka.“Amboi,seronok ya siram
Pak Ngah.Nak kena ni!”Ugut Aqiel.Sengaja mahu mengusik gadis kecil itu.
“Arghhh....mama tengok pak ngah
ni!Janganlah pak ngah.Nanti Ayu tak nak kawan dengan pak ngah lagi.”Kata Ayusha
dengan petah.“Pak ngah tak takutlah.Pak ngah ramai lagi kawan.”Balas Aqiel.
“Eleh,yelah tu.Mak ngah tak kawan dengan
pak ngah pun.Dia tak ada pun sekarang.Mak ngah mesti malas nak kawan dengan pak
ngah sebab pak ngah jahat.”Terkedu Aqiel mendengar kata-kata Ayusha.Kak Long
yang turut berada di sini juga terkedu.Tidak sangka anak kecil seperti Ayusha
boleh berkata begitu dengannya.
Tiba-tiba sahaja Aqiel teringatkan Iman
yang sudah lama tidak ditemuinya.Sudah hampir dua bulan dia berjauhan dengan
isterinya.Sejak hari dia menghantar wanita itu di rumah umi,dia sudah tidak
bertemu isterinya lagi.Semua itu adalah atas permintaan isterinya sendiri.Wanita
itu perlukan masa untuk memikirkan semuanya kembali.
“Bila pak ngah nak pujuk mak ngah?Ayu nak
jumpa mak ngah.Dah lama Ayu tak jumpa mak ngah.”
“Ayu....stop talking sayang.Jom masuk.Nanti kejap lagi papa balik kita ajak
papa jalan-jalan okey?”Ujar Kak Long mematahkan percakapan anak gadisnya.Dia
menggapai tangan Ayusha untuk segera berlalu dari situ.Sebelum dia pergi,dia
sempat menepuk bahu Aqiel dan membisikkan sesuatu.“Sabarlah.Pergilah pujuk
dia.Kak Long yakin Iman boleh maafkan kamu.”
***ingin kamu***
IMAN tersenyum apabila
dia diterima bekerja di butik Andaman Nur Kaseh.Melalui bakat yang ada bolehlah
dia meneruskan kehidupan andainya benar dia dan Aqiel berpisah.“Iman ni macam
tak ada tempat lain nak cari kerja kan?Apa guna belajar tinggi-tinggi
dulu.”Ujar Iqraam yang menemani adiknya mencari kerja.Belum pun pulih
sepenuhnya dia sudah meminta untuk bekerja.
Iman hanya tersenyum menampakkan sebaris
gigi putihnya.Iqraam mengeluh dengan sikap adiknya.Mujur sahaja Iman bukan
jenis yang mudah patah semangat.“Bila mula kerja ni?”Iqraam menyoal.“Lusa.Gaji
boleh tahan.Cuti sehari je.”
Membuntang mata Iqraam mendengar kata-kata
Iman.Mula kerja lusa?Secepat itu?Adakah Iman sudah pulih
sepenuhnya.“Eh,cepatnya.Iman ni dah sihat betul ke ni?”Iqraam mula risau.
“Dah la.Adik abang ni kan kuat.”Selamba
Iman berkata sambil tersenyum.
“Yelah,abang lupa pulak adik abang ni
kuat sangat.”Kata Iqraam demi menyedapkan hati adiknya.Kepala Iman yang
dilitupi dengan pashmina di usap perlahan dan penuh kasih. Mereka beriringan
melangkah ke arah tempat parking kereta. “Nanti abang singgah dekat Secret
Recipe ya?Iman nak beli kek.”
Berlapis-lapis dahi Iqraam mendengar
permintaan Iman.Nak beli kek?Buat siapa?Setahunya tiada hari yang istimewa pada
hari ini.Majlis hari lahir bukan,hari ibu juga buka apatah lagi hari
kekasih.“Iman nak beli kek untuk siapa?”
Iman hanya mengangkat bahunya.Dia sendiri
tidak pasti mengapa dia boleh membuat permintaan seperti itu.Yang dia tahu di
mahu membeli kek.Iqraam menggelengkan kepalanya tidak faham.Akhirnya dia hanya
menurut sahaja kata-kata Iman.Adiknya masih dalam proses baik-pulihkan
semangatnya.
Dalam perjalanan pulang,Iman hanya
mendiamkan diri.Hanya lagu di radio yang berkumandang.Iqraam menjeling Iman di
sebelahnya.
Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk
Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra jika engkau jejaki diriku
Haruskah aku lalui dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Biar diri menunggu mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini menjadi dendam terlerai
Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk
Haruskah aku lalui dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Biar diri menunggu mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini menjadi dendam terlerai
Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku
Iqraam perasaan mata
Iman sudah mula berkaca.Sayu suara Iman apabila suaranya bergema turut sama
menyanyikan lagu dendam terlerai.Iqraam sudah mengangkatt tangannya untuk
menukar siaran namun dihalang Iman.
“Abang jangan.”
“Iman...”
“Please abang...”Pinta Iman.
****Ingin Kamu****
“AWAK buat apa di
sini?Kan saya dah cakap jangan datang sini lagi.”Ujar Iman kepada Aqiel.Hilang
sudah rasa hormat buat lelaki bernama Aqiel Faheem itu.“Abang nak jumpa
Iman.Dah lama Iman tak balik rumah.Ibu rindukan Iman.Ayusha juga rindukan mak
ngah dia.”Ujar Aqiel.Iman hanya membisu.Tubuhnya dipeluk.“Please Iman.Abang
masih suami Iman.Berikan abang peluang untuk tebus semua kesalahan abang dulu.”
“Saya dah tak boleh nak hidup dengan awak
lagi tahu tak?”
“Iman...please.Kalau Iman tak buat untuk
abang,buat untuk Ibu dan Ayusha.”
“Awak ingat saya ni apa?Awak tak faham ke apa
yang saya cakap dulu.Saya dah tak ada hati nak hidup dengan awak lagi.Awak dah
berjaya hancurkan saya.Apalagi yang awak nak?Cukup-cukuplah awak bunuh jiwa
saya,bunuh anak saya.Tapi tolong janga bunuh saya.”
“Iman!Umi tak pernah ajar anak umi kurang
ajar dengan suami.”Marah umi.Iman terkedu.Wajah umi dan Iqraam dipandang
bersilih ganti.Sedih hatinya apabila umi memarahinya kerana Aqiel.
“Kenapa umi marah Iman?Kenapa umi bela
lelaki ni?Dia yang hancurkan hidup iman.Dia bunuh anak Iman.Dia yang rogol
Iman.Kenapa umi bela sangat dia ni?”Iman mula membentak.Matanya mula
berkaca.Serentak dengan itu, tangan umi melayang di pipinya.Pedih!Itu yang
dirasakan saat ini.“Umi!”Jerit Aqiel dan Iqraam . Umi terkedu.Iman sudah jatuh
di atas marmar.
“Maafkan umi sayang.”Ujar umi.Aqiel sudah
duduk di sebelah Iman untuk membantunya bangkit.Namun dia ditolak kasar.Air
mata Iman merembes laju membasahi wajahnya.“Never touch me!”Ujar Iman.Iqraam
,Aqiel dan Umi sama-sama terkedu.Luka di hati Iman terlalu dalam untuk
disembuhkan.
***ingin Kamu***
SEDARI tadi Iman hanya
mendiamkan diri.Matanya sudah membengkak kerana terlalu lama menangis. Aqiel
yang memasukkan beg pakaian ke dalam kereta juga langsung tidak dihiraukan.Umi
dan Iqraam hanya melihat Iman yang hanya kaku berdiri.Umi terpaksa masuk campur
demi menyelamatkan rumah tangga Iman Rania dan Aqiel Faheem.Jika hanya mahu
menurut kata Iman yang degil itu sampai ke sudah tiada jalan penyelesaian buat
mereka.
“Jom
kita gerak.Takut nanti lambat sampai pulak.” Ujar Aqiel.Dia cuba menyentuh bahu
Iman namun wanita itu mengelak.Aqiel melepaskan keluhannya.Wajah Aqiel dan umi
dipandang.“Kami balik dulu umi.Terima kasih jagakan Iman untuk saya selama
ni.Maafkan saya umi ,banyak susahkan umi.”
“Tak
apalah Aqiel.Semua tu ujian Allah.Ada hikmah semua ni terjadi.Iman tu bukan
macam orang lain.Dia kena paksa baru dia akan buat.Bersabarlah dengan
dia.”Aqiel hanya mengangguk.Tangan umi disalam.Kemudian dia memeluk
Iqraam.Lelaki itu sudah dapat memaafkannya atas apa yang berlaku. “Jangan
sakitkan dia lagi.Itu tanggungjawab kau.Aku tahu kau boleh ubah dia
kembali.”Pesan Iqraam.Aqiel mengangguk.
“Jaga
diri baik-baik ya sayang.Umi tahu anak umi baik.Jangan buat perkara yang tak
disukai suami.Jangan ingkar suami ya sayang.”Ujar umi.Tubuh Iman yang kaku
dipeluk sayang.Sebuah kucupan singgah di dahi Iman.Umi mengalirkan airmata. Iman
hanya kaku.Matanya sahaja yang menggambarkan perasaannya ketika itu.Iman
langsung tidak membalas perbuatan umi. “Maafkan umi sayang.”Deras air mata Iman
mengalir.Umi mengesat air mata Iman.Iman masih tetap diam.Kecewa barangkali
dengan keputusan yang diambil umi.
***Ingin Kamu***
IMAN mengeluh berat
apabila matanya menatap jambangan bunga mawar merah di atas meja.Sudah naik
lelah dia menerima jambangan bunga yang segar itu setiap hari. Tidak penatkah
Aqiel dengan semua ini?Sanggup berhabis duit dengan bunga yang tidak pasti di
mana penghujung hayatnya.Sama ada dalam tong sampah ataupun dalam pasu bunga.
You’re the greatest love
that given to me.
Love you sayang,
Abang.
Iman mencebik apabila
membaca bait kata yang tertulis dalam kad.Dia ingat aku ni suka sangat dengan
bunga? Dengan ayat romeo dia tu?Mimpi ke langitlah.Bisik Iman dalam
hatinya.Akhirnya dia membiarkan jambangan itu terbiar sepi di ats meja.Entah
mahu diletakkan di mana dia sendiri tidak tahu.Boleh jadi kedai bunga agaknya
kalau rumah yang didudukinya ini dengan bunga.
“Hai
sayang , suka tak bunga yang abang bagi pagi tadi?”Aqiel menyoal sebaik sahaja
dia pulang dari kerja.Pipi Iman cuba dikucup namun pantas sahaja Iman melarikan
wajahnya.Matanya tertumpu pada pada televisyen. Aqiel melepaskan keluhan.Dia
bangkit dari kedudukannya dan naik ke bilik.Dia belum menunaikan solat
Isya’.Iman memandang kepergian Aqiel tanpa perasaan.Sudah penatkah lelaki itu
memujuknya?
“Esok saya nak keluar nak jumpa Lin.”Ujar Iman tanpa
reaksi pada wajahnya.Aqiel memandang isterinya yang elok sahaja melabuhkan
punggungnya di atas katil.Sejadah diletakkan di atas ampaian.“Nak jumpa Lin nak
buat apa?”
“Saja,saya
bosan duduk rumah.Bukan buat apa-apa pun.Awak izinkan ke tak?”
Aqiel menganggukkan kepalanya.Jika tidak di diizinkan pun
wanita itu tetap akan pergi.Iman berubah langsung sikapnya.Tidak seperti Iman
yang menjadi jirannya dahulu.Lemah lembut dan menurut kata .“Saya dah siapkan
makan malam awak . Pergilah makan .”Aqiel tersentak.Isterinya masih lagi sudi
memasak untuknya .Wajah Iman dipandang.Namun wanita itu sudah mengangkat
punggungnya dan keluar dari bilik .
***Ingin Kamu***
“AQIEL tak marah kau
keluar ni?”Iman mengangkat bahu saat
Fazlin menyoalnya.“Dia tak kerja kan hari ni.Hari ni kan hari Ahad.”
“Engkau ni.Dah terang-terang hari ni hari Ahad . Confirmlah
tak kerja .” Balas Iman.Mudah sahaja dia marah sekarang.Sabarlah wahai hati.Fazlin
melepaskan keluhannya.Benar apa yang dikatakan Aqiel.Iman sekarang bukan Iman
yang dulu lagi.Dia sudah lama memaafkan lelaki itu.Lelaki itu langsung tak
bersalah.Kerana hasutan kawan dan dendam membuatkan dia melukakan Iman yang
lansung tidak tahu duduk perkara sebenar.
“Kau sayangkan dia lagi?”Terkejut Iman apabila disoal
begitu.“Engkau sayangkan dia lagi kan Iman?”Iman tetap membisu.Fazlin suka
benar menggunakan fisiologi apabila bercakap tentang hati dan perasaan.“I know
you Iman Rania.Kau cakap,sekali kau cinta,takkan ada yang lain.Itu suami
kau.Aqiel Faheem,”
“Boleh
tak kau jangan bercakap pasal benda yang dah lepas?”Marah Iman.Benar,dia sudah
terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“Tak boleh ke kau maafkan dia?Aku pun dah maafkan dia
lama dulu Iman.Dia suami kau.Bukan orang lain.”Ujar Fazlin.Iman mengerutkan
dahinya.“Kau pun dah terpengaruh dengan dia ke? Kalau kau cakap benda lama
tu,aku pun dah lama maafkan dia.Tapi sekarang aku.Aku yang tanggung semuanya
sendiri.Bukan kau,bukan zara bukan Isya.But
me!Kau tahu tak apa rasanya bila suami kau sendiri buat kau macam
tu?Sakit!”
“Kau tahu Lin,aku gembira sangat bila tahu aku
mengandungkan anak lelaki yang aku sayang.Even
dia tak pernah nak layan aku sebagai isteri dia.Aku
bersyukur,sekurang-kurangnya dia dah bagi aku peluang untuk bergelar seorang
ibu.Tapi kegembiraan aku lenyap bila Izat datang.Izat kawan baik dia.Tempat dia
bercerita segala-galanya.Kau tahu apa Izat cakap pada aku?Dia cakap lepas Aqiel
dapat aku,giliran dia pulak.Hancur hati aku masa tu Lin.Mana maruah aku sebagai
isteri dia.”
“Aku tahu kau kecewa Iman.Bagilah Aqiel peluang untuk
tebus semuanya kembali.Dia sayang sangat dengan kau Iman.”
“Sayang dia dah tak ada nilai untuk aku Lin.”Ujar Iman
dengan selamba.Air matanya dikesat menggunakan hujung jari.Fazlin tersentap.
Dia mengangkat wajahnya apabila merasakan ada seseorang yang sedang berdiri di
tepi meja mereka.
“Iman?”Iman tersentak.Dia kenal suara itu.Aqiel Faheem!Entah
bila lelaki itu tiba.“I’m heard everything.Abang minta maaf sebab buat Iman tak
selesa.Abang...”Iman memandang Fazlin dengan perasaan marah.Tahulah dia bahawa
Fazlin sudah bersengkokol dengan Aqiel.
“I need to go.”Iman
mengangkat punggung sambil mencapai beg tangannya.Tidak dihiraukan mata-mata
yang memandang tingkah mereka. “ Dengar dulu apa yang abang nak cakap
Iman.”Pinta Aqiel.Tangan Iman disentuh.Cepat sahaja Iman menepis tangan kasar
suaminya sendiri.“Awak tak faham ke apa yang saya cakap dulu.Never touch
me!”Ujar Iman dengan kasar sambil mengatur langkahnya keluar dari restoran
masakan Thai .
Selamba sahaja Iman melintas jalan untuk ke keretanya
tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang.“Iman!”Iman mendengar namanya
dipanggil.Serentak dengan itu tubuhnya seakan ditolak kasar lalu jatuh di atas
jalan.Sakitnya tubuhnya pada ketika hanya Allah sahaja yang tahu.Orang ramai
sudah mengerumi jalan raya.Iman bangkit mahu melihat sendiri perkara yang
berlaku.Dadanya berdebar-debar.Seingatnya dia mendengar suara Aqiel yang
memanggil namanya.
Tersentak Iman melihat tubuh yang disimbahi dengan
darah.Air matanya mengalir.“Abang!”Iman memangku kepala
Aqiel.“Tolong,panggilkan ambulance.Tolong!”Pinta Iman.Wajah Aqiel di
usap.“Abang,maafkan Iman.Tolong,jangan tinggalkan Iman.Sabar ye bang.Jangan
pejam mata.”Pinta Iman.Pandangan Iman semakin kabur.Akhirnya dia turut rebah di
sisi Aqiel.
***Ingin Kamu***
“ABANG mana umi?Abang
okey tak?Iman nak tengok abang.Bawakan Iman jumpa abang.”Itulah yang dipinta
Iman sejak dia bangkit dari pengsan.Mata umi dan Ibu sudah membengkak kerana menangis.Tidak
sanggup rasanya mengkhabarkan berita mengenai Aqiel.Lelaki itu cedera parah di
bahagian kepala.
“Aqiel okey sayang.Iman jangan risau ye.Nanti Iman dah
sihat sikit ibu bawakan Iman jumpa Aqiel.”Lega sedikit hati Iman.Dia menguntum
senyuman.Umi sudah keluar dari bilik rawatan.
Sudah dua hari Iman di hospital.Sekalipun belum pernah
melihat suaminya.Apa khabar agaknya dia?“Iman,hari ni ibu dengan umi nak bawa
Iman jumpa Aqiel.”Ujar ibu lembut.Iman tersenyum bahagia.Dia rindukan lelaki
itu.
“Kau siapa?Sejak bila pulak aku kahwin ni?”Tersentak Iman
apabila disergah begitu.Benci sangatkah lelaki itu padanya sejak kemalangan
itu?“Abang,ni Iman isteri abang.”Ujar Iman.Air matanya sudah mengalir di tubir
matanya.“Hei,semak betullah perempuan ni.Tak ada selera aku nak makan macam
ni.”Angkuh Aqiel berkata.Iman terdiam.Langkahnya perlahan keluar dari bilik
rawatan suaminya.Dihamburkan tangisannya di situ.Ayah mertuanya hanya melihat
dengan pandangan yang sayu.
Sudah dua bulan Aqiel pulang ke rumah.Selama dua bulan
itu juga di sabar melayan kerenah lelaki itu. “Kau ni pandai masak ke tak!Pahit
je aku rasa lauk ni.Dah lah,makan dekat luar lagi baik.”Tengking
Aqiel.Terangkat bahu Iman apabila disergah begitu.Aqiel sudah bangkit dan
meninggalkan Iman.Menitis air matanya.Ya Allah,tabahkanlah hatiku.
Iman resah menanti kepulangan Aqiel.Jam sudah menunjukkan
angka 1 pagi.Matanya juga sudah tidak mampu di angkat.Akhirnya di lelapkan
matanya di ruang tamu sambil menanti kepulangan Aqiel yang keluar sejak tadi.
***Ingin Kamu***
AQIEL merenung Iman
dengan tajam selepas dia dimarahi ibu kerana memarahi wanita itu.Geram rasa
hati mahu sahaja dia lepaskan amarahnya ketika itu juga kepada Iman.Iman
menundukkan wajahnya.Pedih rasa pipinya selepas dia ditampar Aqiel kerana
memaksa lelaki itu untuk makan.
“Engkau tunggulah nanti.Mampus kau aku kerjakan.”Bisik
Aqiel ketika melintasi Iman untuk masuk ke rumah.Iman tersentak.Wajahnya di
angkat.Ibu sedang memerhatikan mereka.Habislah aku.
Apabila malam tiba,Iman menjadi gerun.Berdua di kamar
bersama Aqiel bagaikan mimpi ngeri buatnya.“Engkau memang sengaja nak cari
pasal dengan aku kan?”Jerkah Aqiel apabila lelaki itu masuk ke kamar.Iman
tersentak.Hampir sahaja pakaian yang sudah dilipat bertaburan.Wajah suaminya
dipandang dengan gerun.Dia pernah melihat wajah itu sekali dahulu.
“Iman tak sengaja.Iman minta maaf.”
“Maaf.Itu je yang kau tahu.Kau sengaja nak malukan aku
depan ibu kan?”Aqiel mencengkam lengan Iman dengan kejap.Wanita itu mengadu
kesakitan.“Sakit,bang.Iman minta maaf.”
“Kira apa aku dengan maaf kau tu.”Serta merta tubuh Iman
dihempaskan di atas katil.Iman cuba untuk melarikan diri.“Kau nak pergi mana ? Ke
mari sayang.”Air mata Iman mengalir dari tubir matanya.Dia takut peristiwa lama
itu berulang.Dia takut.Dia tidak rela jika semuanya terjadi lagi.Iman beranikan
diri turun dari katil untuk menyelamatkan diri.Namun pantas sahaja suaminya
menarik baju yang dipakai sehingga terkoyak di bahagian belakang lalu
menampakkan tubuhnya.Iman menggelengkan kepalanya.Dia tidak rela diperlakukan
begitu.Aqiel mengukir senyuman sinis.Dia mendekatkan wajahnya pada telinga
Iman.“Kau nak aku paksa atau kau serah diri.”Bisik Aqiel.Lemah lutut Iman saat
itu.Di mana maruahnya di hadapan lelaki bernama suami?
***Ingin Kamu***
IMAN kelesuan selepas
mengemas meja makan.Tubuhnya dihempaskan di atas sofa.Tubuhnya benar-benar
lemah sejak beberapa hari ini. Mahu mengadu kepada suaminya takut dikatakan
mengada-ngada.Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.Aqiel sudah naik ke bilik
untuk menunaikan solat Isya’ barangkali.
Perlahan Iman mendaki tangga.Tiba di bilik Aqiel yang
tidak ditutup rapat membuatkan dia menghentikan langkahnya.Dia tersenyum melihat
suaminya sedang menunaikan solat.Teringin rasanya mahu menjadi makmum kepada
lelaki itu.
“Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku
selama ini Ya Allah.Isteriku tidak lagi membenci diriku.
Ya Allah,aku berdosa terhadap isteriku.Terlalu banyak
khilaf yang aku buat sehingga mengalirkan air matanya.Ya Allah,jika ini yang
harusku bayar untuk semua kesakitan dan kesengsaraannya selama hidup
bersamaku,aku akur.Aku tak sanggup menerima kebaikannya Ya Allah.Dia wanita dan
isteri yang terbaik yang Engkau tentukan buatku.Tapi aku tak sanggup melihat
dia menangis lagi.Jika perpisahan jalan yang terbaik buat kami,aku redha dengan
ketentuanMu.Aku amat menyayanginya.Terlalu banyak air mata yang mengalir selama
dia bersamaku.
Andai masih ada lagi jodoh antara kami,aku terima dengan
seikhlas hati.Hanya padaMu aku meminta.Amin Ya Rabbal A’lamin.”
Iman yang mendengar jatuh terduduk di atas lantai.Air
matanya mengalir laju.Suaminya tidak pernah melupakannya.Suaminya hanya
berpura-pura supaya dia terus membenci lelaki itu.Itu matlamat sebenarnya.
“Iman?”Iman mendengar namanya disebut.Dia mengangkat
wajah dan melihat suaminya.“Kenapa abang tipu Iman?Abang tak pernah hilang
ingatan kan selama ni.”Soal Iman dalam sendunya.Aqiel terdiam.Rahsianya sudah
terbongkar.
“Abang
minta maaf sayang.Abang tak nak Iman bersama abang sebab perasaan bersalah Iman
terhadap abang.Abang nak Iman kembali pada abang sebab Iman sendiri.Sebab hati
ini untuk abang.Itu je.”Terang Aqiel.Iman menghamburkan tangisannya.Tubuh
suaminya dirangkul kuat.
“Kenapa
abang buat macam tu?Iman tak boleh bila abang tak ada.Iman sayangkan
abang.”Luah Iman.Aqiel tersenyum.Kata syukur diucapkan.Semuanya sudah kembali
pulih.“Abang minta maaf.Abang pun sayangkan Iman.I love you more.”Rangkulan
Iman dibalas.Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.
***Ingin Kamu***
“ABANG,cepatlah
bangun.Iman nak makan jagung bakar.”Pinta Iman.Aqiel yang terlena
dikejutkan.“Ala...sayang.Mana ada jagung bakar pagi-pagi ni.Tengok tu jam dah
pukul berapa.”Aqiel beralasan.Iman mencebikkan bibirnya.“Abang ni memang tak
sayang Iman kan?Tak apalah,Iman nak drive sendiri.”Ujar Iman.
Pantas Aqiel bangkit dari pembaringan.Segar terus matanya
setelah diugut oleh isteri tercinta.Mana boleh dibiarkan isterinya memandu
dengan keadaannya yang sarat membawa perut itu.Sememangnya sejak Iman disahkan
hamil 7 bulan yang lalu,selera makannya tidak menentu.Selalu benar dikejutkan
si suami untuk meminta makanan yang diinginkan.
“Sayang ni kalau tak mengugut tak sah
agaknya.Yalah-yalah.Jom kita cari.”Iman menguntum senyuman
kemenangan.“Abang,”Iman memanggil Aqiel yang baru sahaja mahu masuk ke kamar
mandi.Lelaki itu menoleh.“Iman nak pakai baju ni dengan cardigan je boleh
tak?Malas nak tukar baju.”Soalnya.
Aqiel memandang isterinya dari atas ke bawah.Baju tidur
paras lutut corak minni mouse dan seluar tidur kotak-kotak.Haila...nasib baik
bini aku ni comel.“Baju tu dah okey.Seluar tu tukar.”Iman mencebik
lagi.“Ala...boleh la..”Pinta Iman lagi.
“Iman Rania,abang cakap tukar.”Huh,bila Aqiel Faheem
sudah menyebut nama penuhnya maknanya lelaki itu benar-benar
serius.“Yelah-yelah.”Iman menurut.Akhirnya dia tersenyum sendiri sambil
mengusap perutnya.Bahagia itu miliknya juga.Yang dia mahukan hanyalah Aqiel
Faheem menjadi Imam dalam hidupnya.
---Tamat---
1 ulasan:
Fisiologi atau psikologi? There's mistake ... I cannot reached you.. Cerita ni mna kohensi dan koherannya? Serious x brp nk fhm...
Catat Ulasan