Sabtu, 8 Julai 2017

Aku Bukan Feminim 1

‘SELAMAT DATANG KE TERENGGANU.’ Aku membaca ucapan selamat datang yang tertera pada pintu gerbang negeri Terengganu. Pertama kali menjejakkan kaki ke negeri yang terkenal dengan keropok losong ini demi menuntut ilmu. Dari Johor ke Terengganu, satu perjalanan yang panjang dan melelahkan. Bertemankan mak dan saudaraku seramai tiga orang. Kami menginap di Kuantan dan meneruskan perjalanan ke Dungun awal pagi tadi. Aku masih memandang ke luar tingkap. Jauh memikirkan kehidupan yang pertama kali berada jauh di negeri orang dalam pada usia 19 tahun.

Rabu, 1 Mac 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu; Bab 13

       Hani terjaga saat azan Subuh sedang berkumandang. Mujurlah rumah yang diduduki bersama keluarga Adam berhampiran dengan masjid,dapat juga dia mendengar azan yang berkumandang saat waktu telah tiba.

            Tangan Adam yang masih melingkari pinggangnya cuba dialihkan.Tetapi terasa amat payah kerana pautan tangan lelaki itu begitu kuat dan kejap. Dia ni mesti dah bangun. Fikir Hani sendiri.
            “Abang,bangunlah dah Subuh dah ni,” kata Hani memujuk si suami yang payah untuk bangkit.
            Adam masih tetap diam tanpa berkutik.Hani sudah mengetap bibir. Geram pula melihat suaminya yang mengalahkan anak kecil. Merengek pula bagaikan bayi yang baru berusia satu bulan.
            “Dah Subuh dah ni,bangunlah.”
            “Nantilah sayang. Abang mengantuk lagi ni,” kata Adam.

Hanya Satu Jadi Milikmu; Bab 12


            Adam yang baru pulang kehairanan apabila suasana rumah kelihatan suram dan sepi.Mana semua orang?Senyap je.
            “Assalamualaikum,”
            “Wa’alaikumsalam.Eh,Along!” Farshah menghampiri Adam. Terkocoh-kocoh gadis itu keluar dari dapur.
            “Bila sampai ni?Mana semua orang?”
            “Petang tadi. Makan,jom.” Tangan Adam ditarik masuk ke dapur. Adam hanya menurut. Tali lehernya sudah dicampak entah kemana.
            “Makan Along,”pelawa Hanan.Adam terus duduk ditempatnya.Lehernya dipanjangkan mencari kelibat isterinya.“Mana Maira?”Soalnya.Farshah dan Afiq saling berpandangan.Bagai mahu tercekik nasi yang baru masuk ke dalam mulutnya.Sofea buat tidak tahu.Begitu juga Puan Aisyah dan Hanan.
            “Maira….”

Rabu, 22 Februari 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 11


            “Sayang abang tak?”Adam menyoal di hujung talian. Hani yang mendengar menutup mulut menahan gelak. Apa punya soalanlah dia ni. Buang tabiat ke apa? Dah dua bulan kahwin baru nak tanya?
            “Abang ni tengah mengigau ke apa?”
            “Jawablah sayang…”
            “Sayang…”Jawab Hani lembut.Adam diam seketika.“Abang sayang Maira tak?”Soal Hani kembali.
            “Abang pun sayang Maira,”Hani menguntum senyuman.Sudah angau laki aku ni.Desis Hani dalam hati.“Abang bila nak balik?” Soal Hani tiba-tiba.Sudah dua hari Adam ke Sarawak kerana menguruskan projek di sana.
            “Hmm…esok kot kalau tak ada aral. Kenapa,rindu abang eh?” Teka Adam.Hani mengukir senyuman. Suaminya bagaikan tahu sahaja apa yang ada dalam hatinya.“Yelah tu,”
            “Abang ni…”
            “Alo..lo…malu lagi isteri abang ni. Maira tengah buat apa ni?”Adam mengalih perbualan.Tiak mahu mengusik isterinya lagi.
            “Ish,tanya lagi. Tengah gayut dengan abanglah,”
            “Aik,buat lawak pulak dia. Abang tahulah tengah gayut dengan abang. Tadi…”
            Hani tergelak. Saja mahu mengusik suaminya.“Maira tengah mop lantai tadi. Tak ada orang kat rumah,bosan. Fea pergi keluar dengan kawan-kawan dia,mama dengan Mak Su Hanan pulak pergi butik,” Hani mengadu.
            “Kesiannya wife abang ni kena tinggal sorang-sorang. Tak apalah esok abang balik. Abang rindu sangat dekat Maira. Okeylah,abang ada kerja ni,nak jumpa staff dekat tapak pulak.Maira jaga diri tau.Mop lantai tu elok-elok jangan sampai jatuh,” lelaki itu sempat memberi pesan.
            “Okey,abang pun jaga diri masa kat tapak tu. Jangan lupa makan tau,”Hani turut mengingatkan.“Bye abang, I love you,assalamualaikum,”
            “Love you too,assalamualaikum,”
            Hani meletakkan handphone di atas meja.Kayu mop dan baldi yang berisi air diangkat untuk diletakkan ke belakang.Dia tidak bekerja,jadi bolehlah dia membantu mengemas rumah.Hai,sijil degree first class tu buat hiasan ajelah.Desis Hani dalam hatinya. Adam tidak membenarkannya bekerja.Kata lelaki itu,dia mampu menyara anak isterinya.Yelah,orang berniaga kan?
            Rambutnya yang lurus memanjang itu dilepaskan ikatannya buat seketika. Rimas pula apabila rambut itu tidak dikemaskan. Dia melangkah ke dapur untuk memulakan tugas memasak pula. Ayam di peti dikeluarkan.
            “Nak masak apa ni?Semua orang balik ke tengah hari ni?”

            “YOU can’t do like this!”Kata Farshah kepada Afiq. Marahnya bukan kepalang apabila tahu tiada siapa yang menjemput mereka di airport. Abang kembarnya yang bijak pandai itu sudah buat rancangan yang padanya tidak masuk akal.
            “I just want make a surprise for mama,”kata Afiq selamba.Farshah menarik muka.Dia memeluk tubuh.
            “Kalau mama tak ada kat rumah macam mana? Macam mana nak balik ni?”Kata Farshah lagi dengan marahnya.Bulat matanya memandang abang kembarnya yang terlampau bijak itu.
            “Naik teksilah.Tu pun nak cakap ke? Dah jom,”kata Afiq.Tangan Farshah ditarik.Farshah hanya menurut.
            “Agak-agak mama masak apa ha?” Farshah menyoal apabila mereka sudah naik teksi untuk pulang kerumah. Afiq angkat bahu. Tangan sibuk bermain dengan IPad di tangan.Salah satu hobinya ialah bermain game.Itulah perkara terbaik yang dia lakukan daripada mendengar kembarnya berceloteh. Boleh bingit telinganya apabila mendengar Farshah berbicara.“Dia ni tak boleh harap betullah.” Protes Farshah.“Call mama lagi baik,”kata Farshah.Beg sandangnya diseluk untuk mengeluarkan handphone.
            “Tak payah nak mengada-ngada nak spoilt plan Angah eh,” kata Afiq. Handphone Farshah ditarik.Farshah sudah menarik muka. Perutnya sudah mula memainkan irama keroncong. Bila nak sampai ni? Lapar gila! Kata Farshah sendiri sehingga akhirnya dia tertidur.
            “Shah,wake up. Dah sampai rumah ni,”
            “Hah?” Farshah mamai.Matanya dipisat.
            “Dah sampai,jom!” Afiq sudah membuka pintu teksi.“Dah sampai?”Farshah mahukan kepastian.Afiq pula malas mahu melayan.Dia keluar sahaja dari teksi selepas membayar tambang.
“Senyap je,mesti tak ada orang,” kata Farshah.
“Ada,tengok tu BMW Along,”kata Afiq sambil jarinya menunjuk ke arah kereta BMW yang tersadai di garaj.
“Eleh,kereta je tu. Belum tentu ada orangnya. Macam tak kenal je Along tu macam mana.” Kata Farshah.“Dah ah malas nak cakap lagi.Yang penting ni Shah nak masuk,nak makan. Perut Shah ni dari tadi bunyi rock kapak je,”Farshah sudah mengatur langkahnya ke pagar.Loceng ditekan sebanyak tiga kali.Akhirnya barulah ada orang yang buka pintu.
“Eh,mama ambil maid ke?”

“TOLONG buatkan orange juice untuk saya,”arah Afiq.Dia sudah duduk bersantai di sofa.Lagaknya mengalahkan seorang bos. Luggage yang dibawa sudah dicampak ke tepi.Farshah pula sudah duduk di meja makan,menunggu hidangan disediakan.
            Hani hanya menurut sahaja arahan Afiq dan Farshah.Dia mengenali Afiq dan Farshah ialah adik iparnya.Si kembar yang menuntut di luar negara. Dia orang ni tak kenal aku lagi rupanya.Tak apalah,kita tengok dulu.Desis Hani dalam hatinya.
            “Cepatlah kak,saya dah lapar ni.”
            “Saya pun dah haus ni,”kata Afiq pula.Hani yang berada di dapur menahan sabar.Sabar Hani,sabar.
            “Ini je ke lauk yang ada?”Farshah menyoal.
            Hish,budak ni.Demand pulak,makan je lah.“Hmm…tak ada orang yang balik makan tengah hari.Ini je yang ada.”Jawab Hani selamba.Dia merenung jam di dinding.Sudah jam 6:00 petang.Sekejap lagi mama dengan Mak Su Hanan baliklah tu agaknya.
            “Sejak bila akak duduk sini?Lagi satu,wife Along saya ikut ke Along pergi Sarawak,”
            “Hmm…dah dua bulan dah.Isteri Along ada.Tak apalah Shah,akak nak kemas dapur.”Kata Hani.
            “Oh,sejak Along kahwinlah ni,” kata Farshah lagi.Hani mengangguk.
            “Eh,kak!” Hani tidak jadi melangkah ke dapur apabila Afiq memanggil."Tolong angkatkan beg kita orang naik atas. Malaslah nak naik.Kemaskan sekali bilik kita orang,”
            “Hmmm…yelah,”
            Bagai mahu terkeluar biji mata Hani apabila melihat beg-beg yang tersadai di tepi pintu utama.Rela dalam paksa dia  mengangkat luggage milik Farshah dan Afiq. Mak aih,ni bawak baju ke batu beratnya.
            Afiq bangkit tiba-tiba apabila mendengar bunyi deruman kereta yang masuk. Farshah mengerutkan dahinya kehairanan. Afiq sudah pergi menjengah ke tingkap. Matanya dikenyitkan memandang Farshah.
            “Kenapa?”Farshah menyoal.
            “Mama…”Farshah meloncat dari kerusi.Pasti ada idea jahatnya.
            “Surprise!”Jerit Farshah dan Afiq apabila Puan Aisyah dan Hanan melangkah masuk.
            “Astaghfirullah….”Puan Aisyah memegang dadanya.Afiq dan Farshah tersenyum tanpa jiwa.“Nasib baik mama tak ada sakit jantung kau orang berdua ni lah.Bila sampai,”
            “A few minute ago.”Jawab Afiq.Tangan Puan Aisyah dan Hanan disalam dan dicium.
            “Dah makan?”

            “Dah,maid mama yang cantik tu sediakan.Sedap pulak tu,”kata Farshah pula.Hanan dan Puan Aisyah saling berpandangan. Maid?

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 10


            Sudah lama Hani termenung di hadapan katilnya. Baju kurung moden berwarna merah dan dress labuh berwarna hitam merah menambat hatinya. Malam ini akan diadakan majlis untuk meraikan perkahwinannya bersama Adam.
            “Lah, tak siap lagi. Abang ingatkan dah pakai dah baju tu. Dari abang mandi sampai abang dah siap mandi,” ujar Adam. Dia baru sahaja keluar dari kamar mandi. Lelaki itu yang hanya memakai tuala separas pinggang menampakkan tubuh sasanya kepada Hani. Tersipu malu wanita itu. Namun dibuat tidak tahu demi menutup rasa gugup.
             Hani masih merenung baju-baju dihadapannya dengan bercekak pinggang tanpa jiwa. Adam menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Pakai baju ni,” usul Adam. Lelaki itu mengangkat dress hitam merah. Hani mengangkat wajahnya memandang suaminya.“ Serius pakai yang ni? Tak seksi sangat?”
            “Design Maira kan?” Soal Adam. Hani mengangguk tanpa jiwa. “Apa kaitan baju ni dengan design Maira?”Adam tepuk dahi. Isteri sememangnya polos tetapi ratu blur juga.
            Adoyai! Hani Humairah dah buat muka blur. “Kalau Maira yang design baju ni mestilah islamik, mestilah tak seksi sangat.” Jelas Adam dengan penuh kesabaran. Hani sudah mengukir senyuman menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik. Dia berdiri di hadapan Adam. Perlahan pipi suaminya dikucup Hani. Adam tersentak. Kemudian dia tersenyum sambil mengatur langkah masuk ke kamar mandi untuk menukar baju.
            Jam sudah menunjukkan ke angka 7.45 malam. Adam dan Hani sudah bersiap untuk turun ke bawah. Pada jam 8.30 nanti, majlis akan bermula. Sengaja majlis dilewatkan kerana memberi ruang kepada umat Islam untuk melaksanakan solat Maghrib. Mujur sahaja Adam sudah membuat tempahan di hotel. Jadi, segala persiapan diri dilakukan di hotel sahaja.
            “Sayang dah siap?” Adam menyoal isterinya yang masih berada di hadapan cermin. Dia sedang membuat sentuhan akhir pada selendang yang dipakainya. Gaya yang dikenakan sungguh cantik dan sesuai dengan citarasa terkini. Tidak dinafikan Hani mempunyai citarasa tinggi terhadap pemakaiannya. Biarpun ringkas,tetap menyerlah.
            “Hmm,dah. Jom,” ujar Hani. Dia menghampiri suaminya yang segak bergaya dengan suit hitam yang dipakainya. Adam bagaikan terpegun melihat keanggunan isterinya malam ini.
            “Cantiknya sayang!” Ujar lelaki itu bagaikan disampuk.Hani hanya mampu mengulum segaris senyuman di bibir. Tidak tahu ayat yang harus dikatakan untuk membalas pujian suaminya. Hanya ucapan syukur yang dipanjatkan dalam hati.


HANI dan Adam berpegangan tangan melangkah masuk ke dalam dewan. Semua mata tetamu yang hadir memandang Hani dan Adam,seperti terpegun melihat pasangan itu. Adam dan Hani melangkah ke meja makan utama yang sudah disiapkan dengan hiasan bunga ros merah. Meja itu sudah disiapkan khas untuk mereka. Puan Aisyah, Mak Su Hanan, Mak Tok dan Sofea juga ditempatkan di meja itu. Cantik! Majlis pada malam ini diadakan dua dalam satu. Majlis resepsi Adam dan Hani serta majlis ulangtahun syarikat.
            Ketika sedang menjamu selera, MC mula bersuara.Video yang memaparkan gambar Adam dan Hani membuatkan Hani hampir tersedak. Bila masa pulak dia ambil gambar aku ni? Satu persatu gambarnya ditayangkan dalam klip video.
            “Perkenalan antara Muhd Adam Hariz dan Hani Humairah bermula di laman sosial Facebook. Kata Adam dia tertarik dengan kata-kata cinta yang terpamer di wall Hani.Ayat-ayat yang sering dikeluarkan oleh Hani Humairah menjadikan cinta itu hidup. Perkenalan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 5 tahun membuatkan Adam ingin segera bertemu Hani Humairah.Tetapi Hani tak mahu katanya,” kata MC itu.Orang dalam dewan sudah gelak dan Adam hanya tersenyum.
            “Adam buat keputusan datang ke Terengganu kerana Hani sedang menuntut di sana dalam Degree Operations Management di tahun akhir. Tapi tak jumpa kerana Hani bijak sembunyikan diri.” Orang dalam dewan gelak lagi. Hani pandang Adam yang tengah gelak sakan. “Selepas itu,terjadi pertemuan antara mereka apabila Hani buat practical di syarikat milik Adam .Sejak itu,bermulalah siri-siri pertemuan antara Adam dan Hani. Pertemuan itu akhirnya menamatkan penantian Adam dan menjadikan Hani Humairah sebagai suri hidupnya selepas beberapa bulan Hani graduate. Oh,baru graduate rupanya,” kata MC itu lagi.
            Hani yang di sisi Adam sudah merah wajahnya.nasib baik suasana gelap yang bertemakan romantic tidak menampakkan wajah Hani yang sudah merona merah. Kemudian skrin di hadapan kembali memaparkan satu lagi klip video.Semuanya bagaikan mengulang pertemuannya dengan Adam.Pelakon-pelakon yang berada dalam klip video itu bijak menghidupkan suasana dan lakonan dengan menjadi Adam dan dia sendiri.
            “This is my surprise for you,”bisik Adam ke telinga Hani.Hani melemparkan senyumannya kepada Adam. Lampu kembali dihidupkan apabila paparan sudah hilang.Yang kedengaran hanya irama lagu yang berentak sentimental melatari ruang dewan.
            Hani hanya memerhatikan orang ramai yang mula bangun untuk menari dengan pasangan masing-masing. Nasib baik tak ada acara laga-laga gelas. Kalau tak, mati hidup semula Hani jadiya. Adam sudah hilang entah kemana.
            “Hani, kenalkan ni kawan-kawan mama,” Hani bangkit dan menyalami kawan-kawan Puan Aisyah.Senyuman manis segera diukirkan.
            “Cantik menantu you Aisyah.Pandai Adam pilih.” Puji salah seorang kawan puan Aisyah.
            “Hmm…saya ni ikutkan je siapa pilihan Adam saya terima asalkan dia boleh jaga Adam dengan baik,” ulas Puan Aisyah. Hani hanya tersenyum. Kemudian,dia terlihat kelibat Adam yang kian menghampiri.
            “Sorry,abang pergi toilet kejap. Jom,jumpa kawan-kawan abang,” ujar Adam setibanya di hadapan Hani. “Ma, Along pinjam Maira kejap,”katanya kepada Puan Aisyah.
            Adam meletakkan tangannya di pinggang Hani. Wanita itu hanya membiarkan.
            “Hei, bro!” Sapa Adam sambil tangannya berjabat mesra dengan teman-temannya. Hani hanya jadi pemerhati di sisi suaminya.
            “Bila masa bercinta, bila masa bertunang tau-tau dapat kad. Kawan ke ni namanya?”Asak teman Adam. Adam hanya tersenyum. “Sorrylah, bukan sengaja pun. Hah, ni wife aku. Dah kenal kan? Maira ni kawan-kawan abang. Yang ada janggut ni Hafiz, yang muka ala-ala playboy ni Iskandar, dia dah kahwin tapi tak bawa wife dia. Dia ni business partner abang and…Syafik. Dia orang ni semuanya dah kahwin. Kecuali Syafik ni je yang dah bertunang. Tak lama lagi kahwinlah tu kot,”
            “Hai,” sapa Hani.
            “Double H kan?” Hafiz menyoal. Hani mengangguk.
            “Dah agak dah. Patut pun rajin je follow your post dalam FB tu,ada  cinta yang berputik rupanya.” Hafiz menyakat. Hani pandang Adam yang sedang tersenyum tu.
            “Tapi kan,you look differentlah bila kat luar.” Kata Iskandar pula. Hani mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.“Lain macam mana tu?”
            “Simple,pic dalam fb tu banyak dengan kawan-kawan. Then banyak pulak pic pemandangan yang cantik and di edit.”Ulas Iskandar. Hani mengukir senyuman.
            “Wo…wo…aku tahulah kau tu playboy, janganlah tilik isteri aku pulak,” kata Adam bersulam gurauan. Syafik dan Hafiz sudah ketawa.
            “Hmm, agak-agaklah kau. Kau ingat aku tak ada kerja macam kau? Dok stalk orang. Bukan aku tak tahu kau tak sudah tag nama kau sendiri bila Hani post something dekat FB.” Ujar Iskandar seraya memecahkan tembelang Adam. Adam hanya tersengih sambil melihat isterinya. Malulah tu tembelang dia dah pecah.
            “Hmm…saya memang suka ambil gambar pemandangan.Termasuk masa enjoy dengan kawan-kawan kampus dulu. Aktiviti rutin bila tension baca buku,” jelas Hani.
            “Habis yang design baju tu aktiviti apa pulak?”Adam menyoal.
            “Tu lain.Maira buat tu masa ada idea and tengah pegang pensil.” Kata Hani lebih kepada Adam.
            “Wife kau design baju jugak ke?”Soal Syafik.Adam mengangguk,"yup,tapi suka-suka je kan?Baju yang dia pakai sekarang ni pun design dia sendiri.Aku je yang suruh mama aku jahitkan.”terang adam dengan penuh bersemangat.
            Hani tersentak.Mama yang jahitkan? Gila kentang mak mertua yang jahitkan. Entah-entah baju nikah aku sebelum ni pun mama yang jahitkan.Adoyai,kau memang tak boleh haraplah Hani Humairah!

HAMPIR jam 12:00 malam barulah majlis bersurai. Hani yang keletihan terus terlena apabila kereta yang dipandu Adam bergerak meninggalkan dewan. Ikutkan hatinya mahu bermalam di hotel yang disewa merekat sebentar tadi. Disebabkan memikirkan keselesaan isterinya dia pulang juga ke rumah.
            Wajah mulus si isteri yang terlena kepenatan dipandang sekilas. Adam mencapai tangan Hani dan dibawa ke bibirnya. Tangan itu dikucup penuh rasa cinta dan sayang. Sungguh,dia tidak pernah merasakan cinta yang sebegini. Penangan ayat-ayat cinta Hani yang membawanya untuk lebih mengenali wanita itu. Lalu membawa mereka ke  jinjang perkahwinan.
            Setibanya di rumah,Adam tidak terus mengejutkan isterinya. Dia tidak mahu isterinya terjaga. Tubuh Hani dicempung dan dibawa masuk ke kamar. Puan Aisyah dan Sofea mungkin sudah lama terlena kerana pulang awal.iba-tiba sahaja muncul dari dapur menegur.
            “Hani dah tidur Adam?” Mak Tok yang tiba-tiba sahaja muncul dari dapur menegur.
            “Hmm,mak tok. Tak tidur lagi? Hani dah tidur dah.Malas Along nak kejut dia.”
            “Hati-hati naik tangga tu,” ujar mak tok kepada cucunya. Dia hanya duduk di bilik bawah. Di usia emas begini,tidak terdaya rasanya mahu mendaki tangga. Jadi dia memilih bilik bawah untuk memudahkannya.
            “Hmm,okey mak tok. Selamat malam,”ujar lelaki itu.Dia kembali meneruskan langkah sehingga ke kamar.
            Berhati-hati Adam meletakkan tubuh isterinya di atas tilam. Tudung yang masih tersarung dikepala Hani ditanggalkan Adam. “Syhh…”Adam bersuara apabila Hani mula bergerak. Wajah Hani diperhatikan. Ada tahi lalat halus di dagu isterinya. Tahi lalat manis!
            “Sayang tahu tak,abang bertuah kerana memiliki sayang. Tapi abang masih belum kenal sayang sepenuhnya. Beri abang masa ya? Tapi abang tahu,abang sayang sangat dengan sayang,” ujar Adam sendiri. Bibir Hani yang merekah dikucup sekejap. Kemudian beralih pula ke dahi wanita itu.Good night sweetheart!


 

Selasa, 21 Februari 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu; bab 9

            “Mana menantunya kak? Tak nampak pun,” Hanan, adik bongsu Puan Aisyah yang baru sahaja tiba dari luar negara itu menyoal. Sejak tiba tadi, dia langsung tidak melihat menantu kakaknya yang sering diceritakan Adam kepadanya setiap kali mereka online.
            Puan Aisyah mengangkat wajahnya mencari kelibat anak dan menantunya. “Ada dekat atas lah tu. Tengah bersiap agaknya. Tadi dia teman Sofea pergi jogging,” kata Puan Aisyah kepada adik bongsunya.
            “Mak Su Hanan!” Sofea menghampiri Hanan. Tubuh Hanan dirangkul erat. Sudah lama tidak bersua muka, rasa rindu berpaut dalam diri. Antara anak saudaranya, Sofealah yang paling manja dengannya. Berjauhan dengan gadis remaja itu membuatkan rindu itu tidak pernah hilang dalam dirinya. Kerjaya yang diceburinya dalam dunia fesyen di luar negara menuntutnya berjauhan daripada keluarga.
            Mak su Hanan satu-satunya adik yang dimiliki Puan Aisyah. Jarak umur yang jauh tidak menghasilkan jurang antara mereka berdua. Mak su Hanan umurnya hanya berbeza 6 tahun dari Adam Hariz.
            “Hani, mari sini. Inilah Mak Su Hanan. Mak Su Hanan ni adik mama yang duduk dekat Paris.” Jelas Puan Aisyah apabila melihat kelibat Hani di belakang Sofea. Hani menguntum senyuman apabila wajah Hanan menyapa pandangannya.
            “Cantik menantu akak. Adam mana? Dari tadi tak nampak,”  mula memuji Hani apabila melihat wanita itu.
            Hani tersenyum kelat. Dia sendiri tidak tahu kemana suaminya pergi. Sejak pagi tadi lelaki itu hilang dan sehingga kini wajahnya langsung tidak kelihatan.
            “Entah, pagi tadi keluar tak balik-balik lagi. Ditanya laju pula di pecut kereta. Jumpa kawan-kawanlah tu agaknya. Eh, akak ke dapur kejaplah buat air,”
            “Eh, mama! Tak apalah, Hani boleh buatkan. Mama duduk je sini berbual dengan Mak Su Hanan.” Putus Hani apabila Puan Aisyah mahu bangkit. Sudah tiba masanya Hani melaksanakn tanggungjawabnya sebagai menantu di rumah itu. Takkan selamanya mahu ibu mertuanya menguruskan segalanya.
            Hani sudah melangkah ke dapur diikuti dengan Sofea.
            “Along kemana kak?” Hani mengangkat bahu apabila disoal Sofea. Botol kordial yang berada dalam kabinet dicapai.
            “Sorry pasal pagi tadi. Fea tak tahu pun…”
            “Tak apa, bukan salah Fea pun. Akak yang degil tak dengar cakap. Akak memang tak boleh bersukan pun,” potong Hani. Sofea tercengang mendengar penjelasan kakak iparnya. “Serius ke akak tak boleh bersukan lagi?”
            Hani mengangguk. Sememangnya sejak kecil lagi dia ditegah daripada melakukan aktiviti lasak. Pada zaman persekolahannya dulu sewaktu pendidikan jasmani dia hanya duduk di tepi dan melihat orang lain beriadah. Pernah sekali dia dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas selepas dia main bola baling dengan kawan sekelas sewaktu ketiadaan cikgu.
            Ligat tangannya membancuh air strawberi dalam jug.“Dah lah, jom ke depan.” Kata Hani seraya mematikan lamunannya sendiri.
            “Eh, kek semalam yang akak bawak tu ada lagi tak? Boleh letak depan,”
            “Ada rasanya dalam peti sejuk. Kejap akak ambil dulu.” Kata Hani.Peti sejuk dibuka. Kek yang dibawa semalam dikeluarkan lalu dihidangkan.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumsalam…” Puan Aisyah, Hanan, Hani dan Sofea menjawab salam serentak salam Adam. “Eh, Mak Su Hanan pun ada? Bila sampai?”
            “Baru je. Dari mana ni baru muncul.” Soal Hanan. Hani menghidangkan air di hadapan Hanan. Wajah suaminya dipandang sekilas. Dia masih sebal dengan lelaki itu. “Hani ambil cawan lagi.” Ujar Hani. Bahasanya lebih diutarakan buat Puan Aisyah, Hanan dan Sofea. Sofea sudah pandang Adam dan Hani bersilih ganti. Adam hanya memerhatikan langkah isterinya yang sudah berlalu ke dapur.
            “Hei, Mak Su tanyalah,” tegur Puan Aisyah apabila Adam tidak menjawab pertanyaan Hanan. Adam tersentak. Sibuk matanya memerhatikan isterinya. Perhatiannya kembali kepada Hanan.“Err…jumpa kawan tadi,”


SORRY pasal pagi tadi,”kata Adam kepada Hani yang sedang menyiapkan bahan masakan tengah hari.
             “Sorry naik lorilah.” Balas Hani selamba. Sebal dengan sikap Adam. Jenuh dia menunggu suaminya memujuk sejak pagi tadi. Bukannya mahu dipujuk, dia boleh keluar rumah dengan selamba. Tengah hari ini baru menampakkan batang hidungnya.
            Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hilang idea memujuk isterinya. Lebih-lebih lagi Hani yang sememangnya tidak makan pujukan dan Adam pula memang tidak pandai memujuk.
            “Ala…sayang janganlah macam ni. Kesianlah kat suami awak ni,”kata Adam.
            “Eleh, abang kesian ke dekat Maira? Tahu nak marah je. Sakit tau hati ni,” kata Hani berbaur geram.Ayam di sinki dibasuh dengan rakus.
            “Abang tahu abang salah,”
            “Tahu pun salah, tapi buat jugak,”
            Adam terdiam.“Yelah, apa denda abang ni? Nak abang tolong?”
            “Tak payah, Maira bukan kejam macam abang pun,” kata Hani selamba. Adam membuntangkan matanya. Kejam dia cakap aku?
            “Meh abang tolong,” kata Adam. Dia sudah berdiri di sebelah Hani. Ayam mentah juga sudah berada di tangannya. Hani menjeling suaminya.“Tak payahlah orang cakap,”
            “Payah!” Kata Adam tidak mahu kalah.  “Tak payah,”
            “Payah,”
            “Abang, orang cakap tak payah tu tak payahlah!” Kata Hani berang. Dia sudah bercekak pinggang menghadap suaminya yang degil itu.
            Adam juga masih tak mahu kalah. Ada juga perang mulut sekejap lagi. “Maira ni kenapa? Abang cakap payah tu payahlah!”
            “Bertuah betul budak-budak ni. Ingatkan dah kahwin dewasa sikit perangainya. Tengok sekarang ni dua-dua, dua kali lima je. Pening kepala mama ni,” Puan Aisyah yang mendengar pertengkaran Hani dan Adam. “Along tu mama suka cari pasal. Tadi Fea nampak dia kacau kak Long,” adu Sofea. Adam terdiam. Jika dijawab nanti senduk pula naik atas kepalanya. Tiga orang wanita lawan seorang lelaki, siapa yang menang?


 

Rabu, 15 Februari 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 8


            Adam meraba-raba tilam di sisinya. Hani tiada di situ. Dia bangkit dan dan memisat-misat matanya. Matanya terarah pula di pintu bilik air yang baru sahaja terbuka. Muncul wajah Hani di situ yang sudah lengkap berpakaian. Wajahnya juga basah.
            “Assalamualaikum,selamat pagi.”
            “Wa’alaikumsalam, pagi sayang.” Balas Adam berserta senyuman.
            “Abang bangun dulu,s olat Subuh, dah pukul 6:15 pagi ni,” kata Hani. Telekung sudah dicapai lalu dibentang menghadap kiblat. Adam diam tanpa kata. Hanya geraknya menuju ke kamar mandi.
            Hani sudah selesai mengenakan pakaian solatnya saat Adam keluar dari kamar mandi.
            “Hani tunggu abang ya?”Hani mengangguk saat di tanya Adam.
            Di atas nama cinta. Kuserah cintaku untuknya,pada dia yang selayaknya menjadi pendampingku. Semoga kami di dalam lindungan rahmat-NYA sehingga di hujung nyawa. Biarlah hanya maut menjadi pemisah antara aku dan dia. Doa Hani di dalam hatinya.
            “Amin..” Terdengar suara Adam yang baru sahaja mengaminkan doa. Hani meraup wajah mengaminkan doanya. Adam menghulurkan tangan lalu disambut Hani. Tangan kasar Adam dikucup lama. Kemudian Adam pula memberikan kucupan hangat di dahinya.
            “Tidur pukul berapa malam tadi?”Adam menyoal.
            “Lepas abang tidur Maira pun tidur.”
            “Abang dah ngantuk dah,”kata Adam.
            “Tahu…Maira pun  ngantuk.”Kata Maira berserta senyuman.Telekung dan sejadah disimpan di tempatnya.Manakala Adam sudah naik ke atas katil. Barangkali mahu menyambung tidur. Cuti lelaki itu masih ada beberapa hari sahaja yang tinggal. Sementara tersisa waktu yang ada dapatlah mereka meluangkan masa berdua.
            Tok!Tok!Ketukan di pintu memaksa Hani membuka pintu. Muncul wajah Sofea yang sudah sedia tersenyum.Pasti gadis itu mahukan sesuatu.Fikir Hani sendiri.
            “Nak apa pagi-pagi dah meredah bilik orang ni. Dah tak ada kerja?” Sergah Adam yang sudah membaringkan tubuhnya di tilam.
            “Memang tak ada kerja,sebab tu cari kerja.” Jawab Sofea sambil matanya tidak lari dari menjeling Adam.Hani menoleh ke arah Adam. Lelaki itu sudah buat muka. Malas melayan.Macam budak-budak.“Kak,jom pergi jogging ,”
            “Tak boleh!” Putus Adam ketika Hani baru sahaja mahu membuka mulutnya.Tak jadi nak cakap.
            “Ala…Along ni kan kedekutlah.Orang nak pinjam Kak Long sekejap pun tak boleh,”protes Sofea.
            “Yelah,bini Along.” Kata Adam selamba. Hani membulatkan matanya. Laju langkahnya diatur menghampiri suaminya yang sedang bersenang di atas katil.
            “Adoi! Sakitlah sayang. Suka sangat cubit abang.”Adu Adam apabila tangan Hani hinggap dilengannya.
            “Padan muka. Pagi-pagi tak buli Sofea tak boleh ke?”
            “Yes, Kak Long back up Fea.” Sorak Sofea dengan bangga. Hani dan Adam sama-sama memandang Sofea yang masih tegak berdiri di muka pintu.
            “Back up je. Belum tentu boleh join Fea,” kata Adam selamba.
            “Abang…”Adam memandang isterinya.“Yelah. Yelah,susah betul kalau nak ikut cakap abang kan? Yelah,pergilah.” Putus Adam. Suaranya perlahan tanda tidak restu apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya buat seketika.
            “Set! Fea tunggu kat bawah ye nanti Kak Long,”

SEDIH pula hati Hani selepas suaminya memarahinya tadi.Semuanya gara-gara dia yang mengalami masalah pernafasan selepas beriadah bersama Sofea. Dia tahu dia bersalah kerana tidak mendengar kata suaminya. Mana dia tahu bahawa dia akan sesak nafas. Sudah lama dia tidak diserang dengan penyakit yang dibencinya itu.
            “Kalau dah tahu sakit,tak usah nak berlari ke nak apa ke.kan dah susah. Nasib baik ada Sofea. Kalau tak,macam mana? Siapa nak tolong?” Masih terngiang-ngiang lagi suara amarah Adam di mindanya. Handphone Samsung di tangannya di renung.Dia rindukan Aiman dan Mak Su.
            “Hai, adik!” Suara Aiman ceria di hujung talian.
            “Abang Aiman…” Perlahan suara Hani.Air mata sudah mula bertakung di kolam air matanya saat mendengar suara Aiman.
            “Lah,kenapa pulak ni sedih je suaranya.”
            Hani diam seketika. Nafasnya di tarik supaya Aiman tidak dapat meneka dirinya yang sedang bersedih.“Tak adalah. Hani rindu abang Aiman dengan Mak Su,”
            “Eleh,nak tipulah tu.”Hani terdiam.Aiman tahu!
            Perlahan air mata Hani mula jatuh membasahi wajahnya.“Adik?”Aiman memanggil.Saat itu,sendu Hani mula kedengaran.“Hani sedih,tadi abang Adam marah.”
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab tadi Hani jogging dengan Sofea. Lepas tu dada Hani sakit,”
            “Kenapa adik lari kalau macam tu? Adik kan tahu adik tak boleh bersukan,”
            “Hani nak juga rasa hidup normal macam orang lain,”kata Hani tidak mahu kalah.
            “That’s the other man adik.But not you.You’re different with the other.You have to realize that.” Kata Aiman. Semakin laju tangisan hani apabila Aiman berkata begitu.“Adik dah jadi isteri Adam. Adik mesti kuat. Dah,jangan nangis lagi. Tak elok kalau Adam nampak.”  
            “Biarlah kalau dia nampak. Bukannya dia nak pujuk pun,” kata Hani dalam sendunya. Sedih benar suaranya ketika itu.       
            “Adik…”“Hani nak balik…”Potong Hani dalam sendunya.Aiman terkesima.Sedih pula mendengar tangisan adiknya.Hani,biar segarang manapun dia,hatinya mudah terusik.

            “THAT’S your fault.Jangan salahkan Fea.”Kata Sofea geram.Kak Longnya sejak awal lagi sudah menyembunyikan diri selepas dimarahi Adam.
            “Fea yang salah.Kenapa ajak Kak Long jogging pagi tadi? Kalau tak,tak adalah Kak Long tu sakit. Tak adalah Along marah dia,” kata Adam  masih mahu cuba membela dirinya. Bukannya dia tidak tahu bahawa isterinya mempunyai masalah pernafasan. Apabila terlalu berkeras mahu beriadah dan terlalu memaksa diri ,inilah yang terjadi. Aiman sudah pesan dengannya awal-awal lagi.
            “Huh,malas nak layan Along. Buat sakit hati je!” Kata Sofea. Dia memeluk tubuh dan berjalan ke arah tangga untuk naik ke bilik.
            “Huh,ingat Along nak ke layan Fea. Buat sakit jiwa je.” Kata Adam membalas kata-kata Sofea. Dia menghempaskan tubuhnya di sofa empuk. Malas naik ke bilik memujuk sang isteri yang sedang melayan rajuknya.
            “Keluar lagi baik,”ujar Adam sendiri. Dia terus bangkit dan memanjat tangga. Pintu bilik dibuka. Dicari wajah hani di situ. Isterinya tiada di situ. Bunyi siraman air di kamar mandi menandakan isterinya sedang mandi.
            Almari pakaian di buka. Baju kemeja kasual dicapai lalu disarungkan di tubuhnya.
            “Nak ke mana tu Along?” Puan Aisyah menyoal apabila melihat kelibat Adam  di garaj.
            “Nak keluar,” jawabnya spontan.
            “Tak bawa Hani sekali?” Soal Puan Aisyah lagi.B elum sempat soalan dijawab,Adam sudah masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang sudah dihidupkan dipecut keluar.Puan Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya.