Rabu, 22 Februari 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 10


            Sudah lama Hani termenung di hadapan katilnya. Baju kurung moden berwarna merah dan dress labuh berwarna hitam merah menambat hatinya. Malam ini akan diadakan majlis untuk meraikan perkahwinannya bersama Adam.
            “Lah, tak siap lagi. Abang ingatkan dah pakai dah baju tu. Dari abang mandi sampai abang dah siap mandi,” ujar Adam. Dia baru sahaja keluar dari kamar mandi. Lelaki itu yang hanya memakai tuala separas pinggang menampakkan tubuh sasanya kepada Hani. Tersipu malu wanita itu. Namun dibuat tidak tahu demi menutup rasa gugup.
             Hani masih merenung baju-baju dihadapannya dengan bercekak pinggang tanpa jiwa. Adam menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Pakai baju ni,” usul Adam. Lelaki itu mengangkat dress hitam merah. Hani mengangkat wajahnya memandang suaminya.“ Serius pakai yang ni? Tak seksi sangat?”
            “Design Maira kan?” Soal Adam. Hani mengangguk tanpa jiwa. “Apa kaitan baju ni dengan design Maira?”Adam tepuk dahi. Isteri sememangnya polos tetapi ratu blur juga.
            Adoyai! Hani Humairah dah buat muka blur. “Kalau Maira yang design baju ni mestilah islamik, mestilah tak seksi sangat.” Jelas Adam dengan penuh kesabaran. Hani sudah mengukir senyuman menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik. Dia berdiri di hadapan Adam. Perlahan pipi suaminya dikucup Hani. Adam tersentak. Kemudian dia tersenyum sambil mengatur langkah masuk ke kamar mandi untuk menukar baju.
            Jam sudah menunjukkan ke angka 7.45 malam. Adam dan Hani sudah bersiap untuk turun ke bawah. Pada jam 8.30 nanti, majlis akan bermula. Sengaja majlis dilewatkan kerana memberi ruang kepada umat Islam untuk melaksanakan solat Maghrib. Mujur sahaja Adam sudah membuat tempahan di hotel. Jadi, segala persiapan diri dilakukan di hotel sahaja.
            “Sayang dah siap?” Adam menyoal isterinya yang masih berada di hadapan cermin. Dia sedang membuat sentuhan akhir pada selendang yang dipakainya. Gaya yang dikenakan sungguh cantik dan sesuai dengan citarasa terkini. Tidak dinafikan Hani mempunyai citarasa tinggi terhadap pemakaiannya. Biarpun ringkas,tetap menyerlah.
            “Hmm,dah. Jom,” ujar Hani. Dia menghampiri suaminya yang segak bergaya dengan suit hitam yang dipakainya. Adam bagaikan terpegun melihat keanggunan isterinya malam ini.
            “Cantiknya sayang!” Ujar lelaki itu bagaikan disampuk.Hani hanya mampu mengulum segaris senyuman di bibir. Tidak tahu ayat yang harus dikatakan untuk membalas pujian suaminya. Hanya ucapan syukur yang dipanjatkan dalam hati.


HANI dan Adam berpegangan tangan melangkah masuk ke dalam dewan. Semua mata tetamu yang hadir memandang Hani dan Adam,seperti terpegun melihat pasangan itu. Adam dan Hani melangkah ke meja makan utama yang sudah disiapkan dengan hiasan bunga ros merah. Meja itu sudah disiapkan khas untuk mereka. Puan Aisyah, Mak Su Hanan, Mak Tok dan Sofea juga ditempatkan di meja itu. Cantik! Majlis pada malam ini diadakan dua dalam satu. Majlis resepsi Adam dan Hani serta majlis ulangtahun syarikat.
            Ketika sedang menjamu selera, MC mula bersuara.Video yang memaparkan gambar Adam dan Hani membuatkan Hani hampir tersedak. Bila masa pulak dia ambil gambar aku ni? Satu persatu gambarnya ditayangkan dalam klip video.
            “Perkenalan antara Muhd Adam Hariz dan Hani Humairah bermula di laman sosial Facebook. Kata Adam dia tertarik dengan kata-kata cinta yang terpamer di wall Hani.Ayat-ayat yang sering dikeluarkan oleh Hani Humairah menjadikan cinta itu hidup. Perkenalan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 5 tahun membuatkan Adam ingin segera bertemu Hani Humairah.Tetapi Hani tak mahu katanya,” kata MC itu.Orang dalam dewan sudah gelak dan Adam hanya tersenyum.
            “Adam buat keputusan datang ke Terengganu kerana Hani sedang menuntut di sana dalam Degree Operations Management di tahun akhir. Tapi tak jumpa kerana Hani bijak sembunyikan diri.” Orang dalam dewan gelak lagi. Hani pandang Adam yang tengah gelak sakan. “Selepas itu,terjadi pertemuan antara mereka apabila Hani buat practical di syarikat milik Adam .Sejak itu,bermulalah siri-siri pertemuan antara Adam dan Hani. Pertemuan itu akhirnya menamatkan penantian Adam dan menjadikan Hani Humairah sebagai suri hidupnya selepas beberapa bulan Hani graduate. Oh,baru graduate rupanya,” kata MC itu lagi.
            Hani yang di sisi Adam sudah merah wajahnya.nasib baik suasana gelap yang bertemakan romantic tidak menampakkan wajah Hani yang sudah merona merah. Kemudian skrin di hadapan kembali memaparkan satu lagi klip video.Semuanya bagaikan mengulang pertemuannya dengan Adam.Pelakon-pelakon yang berada dalam klip video itu bijak menghidupkan suasana dan lakonan dengan menjadi Adam dan dia sendiri.
            “This is my surprise for you,”bisik Adam ke telinga Hani.Hani melemparkan senyumannya kepada Adam. Lampu kembali dihidupkan apabila paparan sudah hilang.Yang kedengaran hanya irama lagu yang berentak sentimental melatari ruang dewan.
            Hani hanya memerhatikan orang ramai yang mula bangun untuk menari dengan pasangan masing-masing. Nasib baik tak ada acara laga-laga gelas. Kalau tak, mati hidup semula Hani jadiya. Adam sudah hilang entah kemana.
            “Hani, kenalkan ni kawan-kawan mama,” Hani bangkit dan menyalami kawan-kawan Puan Aisyah.Senyuman manis segera diukirkan.
            “Cantik menantu you Aisyah.Pandai Adam pilih.” Puji salah seorang kawan puan Aisyah.
            “Hmm…saya ni ikutkan je siapa pilihan Adam saya terima asalkan dia boleh jaga Adam dengan baik,” ulas Puan Aisyah. Hani hanya tersenyum. Kemudian,dia terlihat kelibat Adam yang kian menghampiri.
            “Sorry,abang pergi toilet kejap. Jom,jumpa kawan-kawan abang,” ujar Adam setibanya di hadapan Hani. “Ma, Along pinjam Maira kejap,”katanya kepada Puan Aisyah.
            Adam meletakkan tangannya di pinggang Hani. Wanita itu hanya membiarkan.
            “Hei, bro!” Sapa Adam sambil tangannya berjabat mesra dengan teman-temannya. Hani hanya jadi pemerhati di sisi suaminya.
            “Bila masa bercinta, bila masa bertunang tau-tau dapat kad. Kawan ke ni namanya?”Asak teman Adam. Adam hanya tersenyum. “Sorrylah, bukan sengaja pun. Hah, ni wife aku. Dah kenal kan? Maira ni kawan-kawan abang. Yang ada janggut ni Hafiz, yang muka ala-ala playboy ni Iskandar, dia dah kahwin tapi tak bawa wife dia. Dia ni business partner abang and…Syafik. Dia orang ni semuanya dah kahwin. Kecuali Syafik ni je yang dah bertunang. Tak lama lagi kahwinlah tu kot,”
            “Hai,” sapa Hani.
            “Double H kan?” Hafiz menyoal. Hani mengangguk.
            “Dah agak dah. Patut pun rajin je follow your post dalam FB tu,ada  cinta yang berputik rupanya.” Hafiz menyakat. Hani pandang Adam yang sedang tersenyum tu.
            “Tapi kan,you look differentlah bila kat luar.” Kata Iskandar pula. Hani mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.“Lain macam mana tu?”
            “Simple,pic dalam fb tu banyak dengan kawan-kawan. Then banyak pulak pic pemandangan yang cantik and di edit.”Ulas Iskandar. Hani mengukir senyuman.
            “Wo…wo…aku tahulah kau tu playboy, janganlah tilik isteri aku pulak,” kata Adam bersulam gurauan. Syafik dan Hafiz sudah ketawa.
            “Hmm, agak-agaklah kau. Kau ingat aku tak ada kerja macam kau? Dok stalk orang. Bukan aku tak tahu kau tak sudah tag nama kau sendiri bila Hani post something dekat FB.” Ujar Iskandar seraya memecahkan tembelang Adam. Adam hanya tersengih sambil melihat isterinya. Malulah tu tembelang dia dah pecah.
            “Hmm…saya memang suka ambil gambar pemandangan.Termasuk masa enjoy dengan kawan-kawan kampus dulu. Aktiviti rutin bila tension baca buku,” jelas Hani.
            “Habis yang design baju tu aktiviti apa pulak?”Adam menyoal.
            “Tu lain.Maira buat tu masa ada idea and tengah pegang pensil.” Kata Hani lebih kepada Adam.
            “Wife kau design baju jugak ke?”Soal Syafik.Adam mengangguk,"yup,tapi suka-suka je kan?Baju yang dia pakai sekarang ni pun design dia sendiri.Aku je yang suruh mama aku jahitkan.”terang adam dengan penuh bersemangat.
            Hani tersentak.Mama yang jahitkan? Gila kentang mak mertua yang jahitkan. Entah-entah baju nikah aku sebelum ni pun mama yang jahitkan.Adoyai,kau memang tak boleh haraplah Hani Humairah!

HAMPIR jam 12:00 malam barulah majlis bersurai. Hani yang keletihan terus terlena apabila kereta yang dipandu Adam bergerak meninggalkan dewan. Ikutkan hatinya mahu bermalam di hotel yang disewa merekat sebentar tadi. Disebabkan memikirkan keselesaan isterinya dia pulang juga ke rumah.
            Wajah mulus si isteri yang terlena kepenatan dipandang sekilas. Adam mencapai tangan Hani dan dibawa ke bibirnya. Tangan itu dikucup penuh rasa cinta dan sayang. Sungguh,dia tidak pernah merasakan cinta yang sebegini. Penangan ayat-ayat cinta Hani yang membawanya untuk lebih mengenali wanita itu. Lalu membawa mereka ke  jinjang perkahwinan.
            Setibanya di rumah,Adam tidak terus mengejutkan isterinya. Dia tidak mahu isterinya terjaga. Tubuh Hani dicempung dan dibawa masuk ke kamar. Puan Aisyah dan Sofea mungkin sudah lama terlena kerana pulang awal.iba-tiba sahaja muncul dari dapur menegur.
            “Hani dah tidur Adam?” Mak Tok yang tiba-tiba sahaja muncul dari dapur menegur.
            “Hmm,mak tok. Tak tidur lagi? Hani dah tidur dah.Malas Along nak kejut dia.”
            “Hati-hati naik tangga tu,” ujar mak tok kepada cucunya. Dia hanya duduk di bilik bawah. Di usia emas begini,tidak terdaya rasanya mahu mendaki tangga. Jadi dia memilih bilik bawah untuk memudahkannya.
            “Hmm,okey mak tok. Selamat malam,”ujar lelaki itu.Dia kembali meneruskan langkah sehingga ke kamar.
            Berhati-hati Adam meletakkan tubuh isterinya di atas tilam. Tudung yang masih tersarung dikepala Hani ditanggalkan Adam. “Syhh…”Adam bersuara apabila Hani mula bergerak. Wajah Hani diperhatikan. Ada tahi lalat halus di dagu isterinya. Tahi lalat manis!
            “Sayang tahu tak,abang bertuah kerana memiliki sayang. Tapi abang masih belum kenal sayang sepenuhnya. Beri abang masa ya? Tapi abang tahu,abang sayang sangat dengan sayang,” ujar Adam sendiri. Bibir Hani yang merekah dikucup sekejap. Kemudian beralih pula ke dahi wanita itu.Good night sweetheart!


 

Tiada ulasan: