“Sayang abang tak?”Adam menyoal di
hujung talian. Hani yang mendengar menutup mulut menahan gelak. Apa punya
soalanlah dia ni. Buang tabiat ke apa? Dah dua bulan kahwin baru nak tanya?
“Abang ni tengah mengigau ke apa?”
“Jawablah sayang…”
“Sayang…”Jawab Hani lembut.Adam diam
seketika.“Abang sayang Maira tak?”Soal Hani kembali.
“Abang pun sayang Maira,”Hani
menguntum senyuman.Sudah angau laki aku ni.Desis Hani dalam hati.“Abang bila
nak balik?” Soal Hani tiba-tiba.Sudah dua hari Adam ke Sarawak kerana
menguruskan projek di sana.
“Hmm…esok kot kalau tak ada aral. Kenapa,rindu
abang eh?” Teka Adam.Hani mengukir senyuman. Suaminya bagaikan tahu sahaja apa
yang ada dalam hatinya.“Yelah tu,”
“Abang ni…”
“Alo..lo…malu lagi isteri abang ni. Maira
tengah buat apa ni?”Adam mengalih perbualan.Tiak mahu mengusik isterinya lagi.
“Ish,tanya lagi. Tengah gayut dengan
abanglah,”
“Aik,buat
lawak pulak dia. Abang tahulah tengah gayut dengan abang. Tadi…”
Hani tergelak. Saja mahu mengusik
suaminya.“Maira tengah mop lantai tadi. Tak ada orang kat rumah,bosan. Fea
pergi keluar dengan kawan-kawan dia,mama dengan Mak Su Hanan pulak pergi
butik,” Hani mengadu.
“Kesiannya wife abang ni kena tinggal sorang-sorang. Tak apalah esok abang
balik. Abang rindu sangat dekat Maira. Okeylah,abang ada kerja ni,nak jumpa staff dekat tapak pulak.Maira jaga diri
tau.Mop lantai tu elok-elok jangan sampai jatuh,” lelaki itu sempat memberi
pesan.
“Okey,abang pun jaga diri masa kat
tapak tu. Jangan lupa makan tau,”Hani turut mengingatkan.“Bye abang, I love you,assalamualaikum,”
“Love
you too,assalamualaikum,”
Hani meletakkan handphone di atas meja.Kayu mop dan baldi yang berisi air diangkat
untuk diletakkan ke belakang.Dia tidak bekerja,jadi bolehlah dia membantu
mengemas rumah.Hai,sijil degree first
class tu buat hiasan ajelah.Desis Hani dalam hatinya. Adam tidak
membenarkannya bekerja.Kata lelaki itu,dia mampu menyara anak
isterinya.Yelah,orang berniaga kan?
Rambutnya yang lurus memanjang itu
dilepaskan ikatannya buat seketika. Rimas pula apabila rambut itu tidak
dikemaskan. Dia melangkah ke dapur untuk memulakan tugas memasak pula. Ayam di
peti dikeluarkan.
“Nak masak apa ni?Semua orang
balik ke tengah hari ni?”
“YOU
can’t do like this!”Kata Farshah kepada Afiq. Marahnya bukan kepalang
apabila tahu tiada siapa yang menjemput mereka di airport. Abang kembarnya yang
bijak pandai itu sudah buat rancangan yang padanya tidak masuk akal.
“I
just want make a surprise for mama,”kata Afiq selamba.Farshah menarik
muka.Dia memeluk tubuh.
“Kalau mama tak ada kat rumah macam
mana? Macam mana nak balik ni?”Kata Farshah lagi dengan marahnya.Bulat matanya
memandang abang kembarnya yang terlampau bijak itu.
“Naik teksilah.Tu pun nak cakap ke? Dah
jom,”kata Afiq.Tangan Farshah ditarik.Farshah hanya menurut.
“Agak-agak mama masak apa ha?” Farshah
menyoal apabila mereka sudah naik teksi untuk pulang kerumah. Afiq angkat bahu.
Tangan sibuk bermain dengan IPad di tangan.Salah satu hobinya ialah bermain game.Itulah perkara terbaik yang dia
lakukan daripada mendengar kembarnya berceloteh. Boleh bingit telinganya
apabila mendengar Farshah berbicara.“Dia ni tak boleh harap betullah.” Protes
Farshah.“Call mama lagi baik,”kata
Farshah.Beg sandangnya diseluk untuk mengeluarkan handphone.
“Tak payah nak mengada-ngada nak spoilt plan Angah eh,” kata Afiq. Handphone Farshah ditarik.Farshah sudah
menarik muka. Perutnya sudah mula memainkan irama keroncong. Bila nak sampai
ni? Lapar gila! Kata Farshah sendiri sehingga akhirnya dia tertidur.
“Shah,wake up. Dah sampai rumah ni,”
“Hah?” Farshah mamai.Matanya
dipisat.
“Dah
sampai,jom!” Afiq sudah membuka pintu teksi.“Dah sampai?”Farshah mahukan
kepastian.Afiq pula malas mahu melayan.Dia keluar sahaja dari teksi selepas
membayar tambang.
“Senyap je,mesti tak ada orang,” kata
Farshah.
“Ada,tengok tu BMW Along,”kata Afiq
sambil jarinya menunjuk ke arah kereta BMW yang tersadai di garaj.
“Eleh,kereta je
tu. Belum tentu ada orangnya. Macam tak kenal je Along tu macam mana.” Kata
Farshah.“Dah ah malas nak cakap lagi.Yang penting ni Shah nak masuk,nak makan. Perut
Shah ni dari tadi bunyi rock kapak
je,”Farshah sudah mengatur langkahnya ke pagar.Loceng ditekan sebanyak tiga
kali.Akhirnya barulah ada orang yang buka pintu.
“Eh,mama ambil
maid ke?”
“TOLONG
buatkan orange juice untuk saya,”arah
Afiq.Dia sudah duduk bersantai di sofa.Lagaknya mengalahkan seorang bos. Luggage yang dibawa sudah dicampak ke
tepi.Farshah pula sudah duduk di meja makan,menunggu hidangan disediakan.
Hani hanya menurut sahaja arahan
Afiq dan Farshah.Dia mengenali Afiq dan Farshah ialah adik iparnya.Si kembar
yang menuntut di luar negara. Dia orang ni tak kenal aku lagi rupanya.Tak
apalah,kita tengok dulu.Desis Hani dalam hatinya.
“Cepatlah kak,saya dah lapar ni.”
“Saya pun dah haus ni,”kata Afiq
pula.Hani yang berada di dapur menahan sabar.Sabar Hani,sabar.
“Ini je ke lauk yang ada?”Farshah
menyoal.
Hish,budak ni.Demand pulak,makan je
lah.“Hmm…tak ada orang yang balik makan tengah hari.Ini je yang ada.”Jawab Hani
selamba.Dia merenung jam di dinding.Sudah jam 6:00 petang.Sekejap lagi mama
dengan Mak Su Hanan baliklah tu agaknya.
“Sejak bila akak duduk sini?Lagi
satu,wife Along saya ikut ke Along
pergi Sarawak,”
“Hmm…dah dua bulan dah.Isteri Along
ada.Tak apalah Shah,akak nak kemas dapur.”Kata Hani.
“Oh,sejak Along kahwinlah ni,” kata
Farshah lagi.Hani mengangguk.
“Eh,kak!” Hani tidak jadi melangkah
ke dapur apabila Afiq memanggil."Tolong angkatkan beg kita orang naik
atas. Malaslah nak naik.Kemaskan sekali bilik kita orang,”
“Hmmm…yelah,”
Bagai mahu terkeluar biji mata Hani
apabila melihat beg-beg yang tersadai di tepi pintu utama.Rela dalam paksa
dia mengangkat luggage milik Farshah dan Afiq. Mak aih,ni bawak baju ke batu beratnya.
Afiq bangkit tiba-tiba apabila
mendengar bunyi deruman kereta yang masuk. Farshah mengerutkan dahinya
kehairanan. Afiq sudah pergi menjengah ke tingkap. Matanya dikenyitkan
memandang Farshah.
“Kenapa?”Farshah menyoal.
“Mama…”Farshah meloncat dari kerusi.Pasti
ada idea jahatnya.
“Surprise!”Jerit
Farshah dan Afiq apabila Puan Aisyah dan Hanan melangkah masuk.
“Astaghfirullah….”Puan Aisyah
memegang dadanya.Afiq dan Farshah tersenyum tanpa jiwa.“Nasib baik mama tak ada
sakit jantung kau orang berdua ni lah.Bila sampai,”
“A
few minute ago.”Jawab Afiq.Tangan Puan Aisyah dan Hanan disalam dan dicium.
“Dah makan?”
“Dah,maid mama yang cantik tu sediakan.Sedap pulak tu,”kata Farshah
pula.Hanan dan Puan Aisyah saling berpandangan. Maid?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan