“Mana menantunya kak? Tak nampak
pun,” Hanan, adik bongsu Puan Aisyah yang baru sahaja tiba dari luar negara itu
menyoal. Sejak tiba tadi, dia langsung tidak melihat menantu kakaknya yang
sering diceritakan Adam kepadanya setiap kali mereka online.
Puan Aisyah mengangkat wajahnya
mencari kelibat anak dan menantunya. “Ada dekat atas lah tu. Tengah bersiap
agaknya. Tadi dia teman Sofea pergi
jogging,” kata Puan Aisyah kepada adik bongsunya.
“Mak Su Hanan!” Sofea menghampiri
Hanan. Tubuh Hanan dirangkul erat. Sudah lama tidak bersua muka, rasa rindu
berpaut dalam diri. Antara anak saudaranya, Sofealah yang paling manja
dengannya. Berjauhan dengan gadis remaja itu membuatkan rindu itu tidak pernah
hilang dalam dirinya. Kerjaya yang diceburinya dalam dunia fesyen di luar negara
menuntutnya berjauhan daripada keluarga.
Mak su Hanan satu-satunya adik yang
dimiliki Puan Aisyah. Jarak umur yang jauh tidak menghasilkan jurang antara
mereka berdua. Mak su Hanan umurnya hanya berbeza 6 tahun dari Adam Hariz.
“Hani, mari sini. Inilah Mak Su
Hanan. Mak Su Hanan ni adik mama yang duduk dekat Paris.” Jelas Puan Aisyah
apabila melihat kelibat Hani di belakang Sofea. Hani menguntum senyuman apabila
wajah Hanan menyapa pandangannya.
“Cantik menantu akak. Adam mana? Dari
tadi tak nampak,” mula memuji Hani
apabila melihat wanita itu.
Hani tersenyum kelat. Dia sendiri
tidak tahu kemana suaminya pergi. Sejak pagi tadi lelaki itu hilang dan
sehingga kini wajahnya langsung tidak kelihatan.
“Entah, pagi tadi keluar tak
balik-balik lagi. Ditanya laju pula di pecut kereta. Jumpa kawan-kawanlah tu
agaknya. Eh, akak ke dapur kejaplah buat air,”
“Eh, mama! Tak apalah, Hani boleh
buatkan. Mama duduk je sini berbual dengan Mak Su Hanan.” Putus Hani apabila
Puan Aisyah mahu bangkit. Sudah tiba masanya Hani melaksanakn tanggungjawabnya
sebagai menantu di rumah itu. Takkan selamanya mahu ibu mertuanya menguruskan
segalanya.
Hani sudah melangkah ke dapur
diikuti dengan Sofea.
“Along kemana kak?” Hani mengangkat
bahu apabila disoal Sofea. Botol kordial yang berada dalam kabinet dicapai.
“Sorry
pasal pagi tadi. Fea tak tahu pun…”
“Tak apa, bukan salah Fea pun. Akak
yang degil tak dengar cakap. Akak memang tak boleh bersukan pun,” potong Hani. Sofea
tercengang mendengar penjelasan kakak iparnya. “Serius ke akak tak boleh
bersukan lagi?”
Hani mengangguk. Sememangnya sejak
kecil lagi dia ditegah daripada melakukan aktiviti lasak. Pada zaman
persekolahannya dulu sewaktu pendidikan jasmani dia hanya duduk di tepi dan
melihat orang lain beriadah. Pernah sekali dia dikejarkan ke hospital kerana
sesak nafas selepas dia main bola baling dengan kawan sekelas sewaktu ketiadaan
cikgu.
Ligat tangannya membancuh air
strawberi dalam jug.“Dah lah, jom ke depan.” Kata Hani seraya mematikan
lamunannya sendiri.
“Eh, kek semalam yang akak bawak tu
ada lagi tak? Boleh letak depan,”
“Ada rasanya dalam peti sejuk. Kejap
akak ambil dulu.” Kata Hani.Peti sejuk dibuka. Kek yang dibawa semalam
dikeluarkan lalu dihidangkan.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam…” Puan Aisyah, Hanan,
Hani dan Sofea menjawab salam serentak salam Adam. “Eh, Mak Su Hanan pun ada? Bila
sampai?”
“Baru je. Dari mana ni baru muncul.”
Soal Hanan. Hani menghidangkan air di hadapan Hanan. Wajah suaminya dipandang
sekilas. Dia masih sebal dengan lelaki itu. “Hani ambil cawan lagi.” Ujar Hani.
Bahasanya lebih diutarakan buat Puan Aisyah, Hanan dan Sofea. Sofea sudah
pandang Adam dan Hani bersilih ganti. Adam hanya memerhatikan langkah isterinya
yang sudah berlalu ke dapur.
“Hei, Mak Su tanyalah,” tegur Puan
Aisyah apabila Adam tidak menjawab pertanyaan Hanan. Adam tersentak. Sibuk
matanya memerhatikan isterinya. Perhatiannya kembali kepada Hanan.“Err…jumpa
kawan tadi,”
“SORRY pasal pagi tadi,”kata Adam kepada
Hani yang sedang menyiapkan bahan masakan tengah hari.
“Sorry
naik lorilah.” Balas Hani selamba. Sebal dengan sikap Adam. Jenuh dia menunggu
suaminya memujuk sejak pagi tadi. Bukannya mahu dipujuk, dia boleh keluar rumah
dengan selamba. Tengah hari ini baru menampakkan batang hidungnya.
Adam menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Hilang idea memujuk isterinya. Lebih-lebih lagi Hani yang sememangnya
tidak makan pujukan dan Adam pula memang tidak pandai memujuk.
“Ala…sayang janganlah macam ni. Kesianlah
kat suami awak ni,”kata Adam.
“Eleh, abang kesian ke dekat Maira? Tahu
nak marah je. Sakit tau hati ni,” kata Hani berbaur geram.Ayam di sinki dibasuh
dengan rakus.
“Abang tahu abang salah,”
“Tahu pun salah, tapi buat jugak,”
Adam terdiam.“Yelah, apa denda abang
ni? Nak abang tolong?”
“Tak payah, Maira bukan kejam macam
abang pun,” kata Hani selamba. Adam membuntangkan matanya. Kejam dia cakap aku?
“Meh
abang tolong,” kata Adam. Dia sudah berdiri di sebelah Hani. Ayam mentah juga
sudah berada di tangannya. Hani menjeling suaminya.“Tak payahlah orang cakap,”
“Payah!” Kata Adam tidak mahu
kalah. “Tak payah,”
“Payah,”
“Abang, orang cakap tak payah tu tak
payahlah!” Kata Hani berang. Dia sudah bercekak pinggang menghadap suaminya
yang degil itu.
Adam juga masih tak mahu kalah. Ada
juga perang mulut sekejap lagi. “Maira ni kenapa? Abang cakap payah tu
payahlah!”
“Bertuah betul budak-budak ni. Ingatkan
dah kahwin dewasa sikit perangainya. Tengok sekarang ni dua-dua, dua kali lima
je. Pening kepala mama ni,” Puan Aisyah yang mendengar pertengkaran Hani dan
Adam. “Along tu mama suka cari pasal. Tadi Fea nampak dia kacau kak Long,” adu
Sofea. Adam terdiam. Jika dijawab nanti senduk pula naik atas kepalanya. Tiga
orang wanita lawan seorang lelaki, siapa yang menang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan