Solekan yang melekat pada wajah mulus Hani terasa memberat.Solekan yang tebal amat merimaskannya apatah lagi mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan.Sudahlah dia tidak suka berdandan.Tetapi hari ini dia terpaksa lakukannya kerana majlis akad nikahnya bakal berlangsung jam 10 pagi nanti.Kamudian,akan diteruskan dengan majlis persandingan pada petang nanti,selepas Zohor.
“Lambat
lagi ke kak?”Soal Hani dengan perasaan tidak sabar.Dah lah tak boleh tengok
muka sendiri.Desis Hani dalam hati.Cermin di belakangnya ditutup dengan kain
supaya tidak dilihatnya.Pelik dibuatnya.Kononnya,orang tua-tua cakap nanti
hilang seri bila tengok cermin.Layankan ajalah.
“Hish,duduk
diam-diamlah.Sekejap lagi siaplah.”Kata Sally,mak andamnya.
“Akak
ni dari tadi cakap kejap.Tak siap juga.Penatlah,”Rungut Hani.
“Hmm,dah
siap ni.Bising aja mulut dia.Karang tak cantik marah pulak,”Hani sudah
tersenyum sumbing.Pakaian pengantin berwarna putih yang tersarung di tubuhnya
kelihatan indah.Baju itu adalah hadiah pemberian Adam untuk membuat kejutan
buat Hani.Lelaki itu telah memcuri rekaan Hani yang tersimpan dalam fail rekaan
peribadinya dengan bantuan Aiman.
“Pengantin
lelaki dah sampai,”kata Wilda.Degupan jantung Hani berdegup kencang.Sebentar
lagi statusnya akan berubah untuk selama-lamanya.Suara orang ramai yang baru
masuk ke rumah menambah debar dalam hatinya.Kak Sally sudah membuat sentuhan
akhir sebelum membawa Hani keluar dari bilik untuk ke ruang tamu.
“Okey,jom.”Kata
kak Sally.Dia pula yang bersemangat lebih.
Hani
keluar dari bilik diiringi Kak Sally dan Kak Wilda.Duduknya dilabuhkan di sisi
Mak Su dan tempat khas untuknya.Perasaan malu dan takut menyerbu dalam
hatinya.Dia dikelilingi oleh keluarga Adam dan saudaranya.Masing-masing tidak
mahu terlepas melihat majlis akad nikahnya.
Dari
jauh dia dapat melihat Adam yang segak dengan baju melayunya yang berwarna
putih.Lelaki itu kelihatan tenang sewaktu berhadapan dengan tok kadi.Kemudian,dia
memandang pula ke arah Aiman. Abangnya itulah yang mewalikankannya.Tiba-tiba
hatinya dirundung sebak.Seandainya ayah dan ibu masih ada tidaklah hatinya
sedih begini.
Entah
bila lafaz janji sehidup semati itu dibacakan dia sendiri tidak tahu.Yang dia tahu,Adam
sudah bergerak untuk pembatalan air sembahyang.Hani mengucup lembut tangan
Adam.Lelaki itu sudah sah menjadi suaminya.Kemudian,Adam menghadiahkan sebuah
kecupan di keningnya pula.Lama.
“Okey,stop dekat situ.”Kata jurukamera.Naik
berbahang wajah Hani apabila jurukamera menangkap gambarnya yang sedang dikecup
oleh Adam.Ada juga suara-suara nakal yang sempat mengusik menambah perisa dalam
hatinya.
Air
matanya menitis saat menatap wajah Adam.Pantas air matanya diseka oleh
suaminya. “I don’t want to say 143 but I
love to say that I really love you,”bisik Adam.Hani menguntum
senyuman.Tangan Adam digenggam erat.Kemudian,dia membetulkan kedudukan untuk
mengambil gambar kenangan.Ada juga saudara-mara yang mahu mengambil gambar
dengan mereka.Alhamdulillah dia sudah selamat menjadi seorang suri.
Keluarga
Adam sudah berlalu keluar ke bawah khemah untuk menjamu selera sebelum pulang
ke rumah jirannya untuk membuat persiapan untuk majlis petang nanti pula.Hanya
dia dan Adam sahaja yang masih berada di ruang tamu.Hani masih kaku dan belum
terbiasa dengan situasi ini.Dia kekok untuk melayan suaminya sendiri.
“Hani,bawa
suami kamu makan sana tu.Nanti petang nak siap lagi,”ujar Kak Miera yang
kebetulan baru sahaja keluar dari bilik.Kelam kabut sahaja gayanya.Tadi wajahnya
tidak kelihatan.Mungkin sibuk menenangkan anaknya,Firman yang baru berusia 5
bulan.
“Jom,sayang.”Adam
pula yang mengajaknya.Tangannya ditarik oleh lelaki itu untuk ke khemah.
“Awak
nak makan apa?Nak bihun ke nak nasi himpit?” Hani menyoal Adam.Tugasnya sebagai
seorang isteri sudah dilaksanakan . Pagi ini makanan ringan sahaja.Hanya nasi
himpit,bihun dan sup ayam.Petang nanti baru diadakan makan berdamai.
“Abang
nak bihun dengan sup tu aje,”kata Adam.Tangannya masih tidak lepas menggenggam tangan
isteri yang baru sahaja dinikahi itu.“Awak,macam mana nak ambil kalau tangan
saya awak tak lepas?”Hani berbisik perlahan.
“Tak
apalah,abang pegang mangkuk ni,sayang isi semua dalam ni.”Jawab Adam dengan
selamba.Hani melepas nafasnya perlahan namun tetap menurut sahaja kata-kata
lelaki itu biarpun kekok.
“Adam,tahulah
dah sah.Sabar-sabarlah sikit.Isteri awak tu nak ambil makanan.Bukan nak lari
pun,”sampuk satu suara dari arah belakang mereka.Dush!Ambik kau!Wajah Hani
sudah merah menahan malu.Manakala Adam
buat muka selambanya.
“AWAK pergilah mandi dulu,saya nak
tolong dekat dapur kejap.”Kata Hani kepada Adam yang sedang berehat di atas
katil.Penat masih terasa.Ingatkan jadi pengantin tak penat.Cuma duduk atas
pelamin bersanding je.Mujurlah semuanya sudah selesai.Adam bangkit dan
menghampiri Hani yang baru selesai solat asar .“Kenapa ?”Soal Hani hairan.Adam
menyentuh bahu isterinya.Lelaki itu tersenyum.
“Awak
ni tak reti nak jawab ke?Dah bisu ke?”
“Panggil
abang,sayang,”kata Adam.Sejak dari pagi tadi dia menanti Hani memanggilnya
dengan panggilan itu.Namun,isterinya seperti tidak mahu dan malu.Hani menelan
liur.Apa aku nak jawab ni?
“Nanti-nantilah
panggil.Tak retilah,”kata hani selamba.Adam sudah melarikan tangannya dan
memeluk pinggang Hani.“Apa main peluk-peluk ni?Nak makan selipar apa,”
Adam
mengangkat keningnya.“Amboi,ganasnya isteri abang ni.”
“Biarlah.”Kata
Hani dengan berani.
“Tak
baik tau lawan cakap suami.Nanti tak cium bau syurga,”kata Adam.Hani
terdiam.Tiada ayat yang terbaik untuk membalas kata-kata Adam.Lidahnya kelu.
“Dah
lah…saya nak buat kerja dulu la…”Kata Hani cuba untuk melarikan diri daripada
Adam.
“Nak buat kerja apa?Kalau abang cakap
tak boleh macam mana?”Soal Adam.Pinggang Hani dipeluk erat bagai tidak mahu
dilepaskan.
Hani
mengerutkan dahinya.Tangan kasar Adam ditolak,namun tidak
berjaya.“Ala..bolehlah,sekejap je.Saya nak basuh periuk kat belakang je.Saya
janji lepas ni saya dah tak lari dah.”
“Betul
ni?”
“Betul…”Hani
meyakinkan Adam.Adam diam seketika.Hani memandang suaminya yang sudah
meleraikan pelukannya.Lelaki itu sedang tersenyum.Pasti ada idea dia nak kenakan
aku ni.Fikir Hani sendiri.
“Kalau
macam tu abang nak mintak hadiah boleh?”Hadiah apa pulak ni?Aku mana ada duit banyak nak belikan dia
hadiah.Kalau setakat belanja makan kat kedai mamak tu bolehlah.“Kiss abang dulu,”Hani kaget.Permintaan
Adam sungguh diluar jangkaannya. “Ala…”
“Cepat,kalau
tak abang tak bagi keluar.”Adam mengugut.Pipinya sudah dihulurkan bersedia
menerima kucupan pertama daripada isteri tercinta.
Akhirnya
rela dalam paksa Hani menjengketkan kakinya untuk sampai ke wajah Adam.Matanya
dipejamkan.“Ei,tak nak ah.”Kata Hani pantas melarikan diri keluar dari kamar.
“BUAT apa duduk sini sorang-sorang ni,”tegur Adam apabila
melihat isterinya sendirian di atas pangkin.Selepas membantu isterinya membasuh
periuk belanga di belakang,wanita itu hilang entah kemana.Semasa makan malam
tadipun isterinya tidak kelihatan.Mujur waktu Maghrib tadi isterinya turut serta
berjemaah sekali bersama ahli keluarga yang lain.
Hani
menoleh kepada Adam.Kemudian dia menguntum senyuman buat lelaki itu.“Tak buat apa,saja
je.”Balas Hani lembut.
“Kenapa
tak makan tadi?”
“Hani
tak lapar,”jawab Hani.
“Risaulah
abang tengok Hani ni.Makan tak,rehat pun tak.Asyik nak buat kerja je.Tak penat
ke?Nanti kena gastrik macam mana?Abang jugak yang susah.”
“Kenapa
pulak abang nak susah?”Soal Hani hairan.Dia sudah memanggil Adam dengan
panggilan Adam.
“Yelah,you’re my wife sayang.kalau Hani masuk
hospital tak bolehlah abang peluk bantal peluk abang,”kata Adam selamba.Hani
menepuk peha suaminya.“Adoi!”
“Padan
muka,suka sangat menyakat Hani.Kan dah kena,”marah Hani.Adam sudah tersengih
bagai kerang busuk.Bahu Hani ditarik supaya tubuh wanita itu bersandar pada
tubuhnya.
Suasana
sepi seketika.Hani dan Adam sama-sama menikmati pemandangan dilangit pada waktu
malam.
“Abang…”
“Hmm?”
“Esok
kita pergi melawat kubur ayah dan ibu nak tak?”Kata Hani perlahan.Dia
mendongakkan wajahnya memandang wajah si suami.Lelaki itu tersenyum
memandangnya.Wajah mulus isterinya ditatap penuh kasih.
“Boleh…Esok
kita pergi ya? Maira rindukan ayah dengan ibu ya?”Hani mengerutkan
dahinya.“Maira?”
“Itu
nama sayang.Mulai hari ni abang tak akan panggil sayang dengan panggilan
Hani,tapi abang akan panggil dengan panggilan Maira.Humairah.Maira maksudnya
bulan.Maira bulan dalam hidup abang yang akan menerangi saat abang kegelapan.”Kata
Adam tulus.Hani mengangguk kemudian dia tersenyum.
MAK su menjengah dapur yang terang benderang
saat jam sudah menginjak ke jam 1:00 pagi.“Astaghfirullah budak-budak ni,buat
apa pagi-pagi ni?”Sergah Mak su apabila melihat Adam dan Hani di meja
makan.Aiman dan Wilda sudah lama dibuai mimpi .Saudara yang lain sejak petang
sudah berangkat pulang ke rumah masing-masing.Hanya mereka yang tinggal.
“Teman
tuan puteri ni makan Mak su,”jawab Adam selamba.Hani yang sedang terkulat-kulat
mengunyah nasi di pinggan menjeling suaminya.
“Hmm…eloklah
tu.Tadi pun dia tak makan kan?”
“Gemuklah
Hani nanti,”rungut Hani.
“Tak
apa,kalau Maira gemuk pun abang tetap sayang,”kata Adam.Mak su tersenyum.Senang
melihat anak-anak buahnya gembira.“Mak Su nak apa ni?Adam boleh ambilkan.”
“Hmm…Mak
su nak air masak je.”Adam bangkit.gelas di capai dan dia membuka peti sejuk
untuk mengambil air masak.“Kenapa pulak ni Hani?Berkerut je muka tu,”
Adam
segera menoleh ke arah Hani.Pantas sahaja dia menghampiri isteri yang baru
sahaja dinikahinya pagi tadi. “Hani
sakit perutlah mak su.nasi ni pun tak boleh sumbat dah.”Kata Hani.
“Tu
lah,abang dah pesan tadi suruh makan.Nak kena gastrik lagilah tu,”bebel
Adam.Hani sudah memandang ke arah mak su.Sedih pula apabila suaminya berkata
begitu.Mak su pun tak pernah bising bila
aku kena gastrik.“Nanti makan ubat.Jangan degil,”
“Yelah-yelah,”kata
Hani sambil mengangkat pinggan menuju ke sinki.
“Dah
lah,Mak su nak masuk bilik dah.Jangan tidur lewat sangat.”Pesan Mak su.
“Lewatlah
Mak Su,”jawab Adam selamba.Hani yang sedang menyusun pinggan membuntangkan
matanya.“Tak tahu malu apa?”
Adam
sudah tersenyum menggoda.“Huh,jangan harap Maira nak tergoda,”kata Hani
selamba.
“Okey,kita
tengok siapa yang tergoda nanti ya?You’re
mine Puan Hani Humairah,”
Alamak!Hani
menelan liur.Pantas sahaja dia berlari masuk ke kamar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan