Khamis, 3 Mac 2016

Hani Humairah:Bab 3





Masa seakan pantas berlalu.Dua bulan yang dijanjikan akhirnya tiba untuk segalanya dimeterai.Segala perancangan dilakukan dengan teliti.Hati Hani kian berdebar kerana tinggal beberapa jam sahaja lagi dia bakal menjadi hak milik Muhd Adam Hariz Hamidi.
            Bagaikan baru sahaja semalam dia bergelar kanak-kanak.Bermain pondok-pondok bersama kawan-kawan.Selepas itu,menjadi pelajar di sekolah seterusnya seorang graduan.Bagaikan mimpi sahaja.
            “Apa ni bakal pengantin termenung.Tak eloklah,”

 
            “Mak Su…”Hani menoleh ke arah Mak Su.Bagai mahu menangis sahaja Hani disaat itu.Ramai tetamu yang telah hadir ke rumah Mak Su demi mengadakan majlis perkahwinan yang bakal diadakan esok hari.Saudara-mara juga sudah berkumpul untuk meraikannya.Meriah sungguh majlisnya.Awal-awal lagi saudara-mara sudah berkumpul untuk membantunya membuat persiapan perkahwinan.
            Di belakang rumah pula,jiran-jiran tetangga sibuk melakukan persiapan untuk memasak malam ni.Rewang besar.Mungkin jiran-jiran akan bertungkus-lumus sehingga tidak pulang ke rumah masing-masing. Masing-masing mula ambil kesempatan untuk melepak dan berborak sehingga ke pagi.
            “Kenapa pulak ni?”Mak Su menyoal.Hani sibuk menempel di bahunya.
            “Hani tak nak kahwin…”
            “Ya Allah budak bertuah ni,jangan nak mengarut boleh tak?”
            “Hani takutlah mak su.” Kata Hani perlahan.“Nanti kalau Hani sedih siapa nak pujuk?”Sambungnya lagi dengan membuat muka sedih.
            Mak su sudah tergelak.Hani melongo.
            “Buat apa kat sini.”Aiman menegur apabila melihat mak su dan adiknya berborak di beranda rumah sedangkan yang lain sibuk di dalam. Dia duduk di sisi hani.Wajah adiknya yang masam mencuka ditenung.“Hilang seri pengantin.”Kata Aiman spontan setelah melihat wajah adiknya.
            “Budak ni cakap dia tak nak kahwin.”
            “Hah?”Aiman terkejut.Hani buat lawak antarabangsa pula di sini.Boleh pula dia cakap tak nak kahwin.Mujur sahaja dia tidak punya sakit jantung.Majlis nikahnya pagi esok sahaja.
            “Adik buat lawak antarabangsa apa pulak ni?Jangan nak melawak boleh tak?”Suara Aiman sudah naik seoktaf.Terkejut benar dengan pengakuan Hani. Belum pernah lagi dalam kalangan keluarga mereka yang membatalkan perkahwinan saat-saat akhir.
            Hani menundukkan wajahnya daripada memandang Aiman dan mak su.“Hani saja je lah,”kata Hani perlahan sambil mengukir segaris senyuman di bibir.
            “Budak bertuah.Ingatkan betul tadi,karang kalau lari macam manalah abang nak hidup.Malu,”kata Aiman.
            “Hani sayang abanglah,takkan Hani sanggup buat macam tu,”kata Hani tulus.Aiman memandangnya.Lelaki itu tersenyum.“Abang pun sayang Hani.Hani seorang je adik abang kat dunia ni yang garang dan manja,”Aiman sempat mengusik.Melebar senyuman lelaki itu.
            “Abang ni memang tau!”Peha Aiman ditampar.Mak su tersenyum melihat kerenah dua beradik itu.Dia sahaja yang tahu ketabahan mereka yang membesar tanpa ibu dan ayah.Aiman tabah dan bertanggungjawab memikul amanah yang diberi oleh arwah ayahnya seawal usia 17 tahun.Manakala Hani ketika itu umurnya baru sahaja menjangkau 12 tahun.Sejak itu,dia bertanggungjawab menjaga anak-anak saudaranya memandangkan dia tidak ada komitmen lain selain menerima tempahan membuat kuih-muih.
            “Dah lah,mak su nak buat kerja kat dapur dulu.Layan kamu berdua memang tak siap kerja,”ujar mak su.
             “Bye bye mak su,”kata Hani nakal.Mak su hanya menjeling.Malas mahu melayan dua beradik itu.

“SIBUK jelah.Semua nak tahu.Dah tak ada kerja?”Sergah Hani.Tadi,sedang sibuk dia memakai inai dijari,ada panggilan masuk yang memerlukannya angkat.Bukan sekali,tetapi sudah hampir lapan kali.Semuanya nama Adam.
            “Sebab tak ada kerjalah saya call awak cik Hani sayang.”
            “Nak apa ni?Dah tak sabar tunggu esok ke?”Kata Hani.Semua tetamu yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing memandangnya.“Cik abang telefon dah ke?Tak sabar nak tunggu esok dah?”Suara yang mengusik mula kedengaran.Hani sudah tersipu malu.Dia memalingkan tubuhnya dari menghadap tetamu.
            “Ni awak punya pasallah,macam tak boleh tunggu esok.Malu tahu tak?”
            “Manalah saya tahu awak malu ke tak?Yang saya tahu saya tak sabar nak tunggu hari esok.Siaplah awak. Be ready my dear,”kata Adam dengan berani.Hani membuntangkan matanya.Berani sungguh Adam berkata begitu dengannya.
            “Awak ni kan…”Adam sudah ketawa dihujung talian.Kemudian,tanpa pamitan dia mematikan talian.Sewel punya mamat.Detik Hani sendiri.
            “Ya Allah budak bertuah ni.Dekat sini rupanya dia.Inai tu tak siap lagi.Mari sini,”sergah Mak Long  dari ruang tamu.Hani tersengih sambil mendekati.“Dia bergayut dengan buah hati dia tadi.”Adu Amiera kakak sepupunya.Mak Long sudah menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Kak Miera ni…kantoi la,”
            “Dah,jom.Karang tak siap jugak inai ni nanti.Malam ni kamu jangan tidur atas tilam Hani.”Pesan Mak Long.Hani terkejut,“hah!Kenapa Mak Long?”Hani menyoal hairan.
            “Sebab..habislah cadar pengantin kamu yang akak hias tu,”sampuk Wilda dari arah belakang.
            “Ala…habis tu nak tidur mana?”
            “Lantai,”jawab Wilda,Mak Long dan Amiera serentak.Hani menarik muncungnya.“Mana boleh,esok kan Hani nak menikah.Kalau sakit badan macam mana?”
            “Tak apalah kalau sakit badan,suruh je cik abang awak tu tolong urutkan.Kan dah sah masa tu,”kata Zara pula nakal.
            “Apa punya idealah.Adik-adik jangan tiru ayat ini dirumah ya?Ini ayat yang tidak ditapis lagi.”Kata Hani bagaikan membuat iklan di televisyen pula.Semua yang turut berada di situ ketawa mendengar kata-kata  Hani.“Apa-apa punya idealah korang ni.”

Tiada ulasan: