2
“Eh,
cerita Barbie lah.Nak tengok nak tengok,”kata Hani apabila dia menekan remote
control Astro.Aiman yang baru sahaja tiba di anak tangga menggelengkan
kepalanya perlahan.Apa nak jadilah budak ni.Dah nak jadi bini orang pun
perangai macam budak-budak lagi.Desis Aiman sendiri dalam hatinya.
“Kenapa bang?”Wilda yang muncul dari dapur
berbisik dengan Aiman.Aiman memanjangkan muncungnya menunjuk ke arah Hani yang
khusyuk di hadapan televisyen.Wilda hanya tersenyum sambil turut sama memandang
ke arah Hani.“Tengoklah adik siapa.Dah lah panggil budak tu sana.Ajak sarapan,”Aiman
mengangguk mengerti.Wilda sudah masuk ke dapur kembali.
“Dik,jom.”
“Sibuklah
abang ni.Orang nak tengok Barbie la…nak pergi mana tah.Sibuk je,”Hani berkata
tanpa memandang sedikit ke wajah Aiman yang sedia menunggu di sisi.
“Amboi,sesedap
rasa je.Jom,sarapan.”Remote control
di tangan Hani dirampas.Dengan selamba dia menekan butang off.Berkerut wajah Hani menahan geram.“Abang!”
“Dah,tak
ada tak ada.Nanti boleh sambung.Pergi sarapan sana.”Marah Aiman.Dia perlu
bertegas dengan hani.Adiknya,jika sudah menontan rancangan kesukaannya tidak
ingat dunia.Jika dua jam rancangan itu,dua jam jugalah dia duduk di depan
televisyen tanpa berkutik sedikitpun.
Aiman
membuntangkan matanya.“Degil.Suka hatilah nak sarapan ke tak.Kalau kena gastrik
nanti jangan ngadu dekat abang,”kata Aiman terus berlalu meninggalkan Hani yang
termangu-mangu sendiri.Remote tv sudah dibawa bersama Aiman ke meja makan.
Loceng
rumah yang berbunyi mengganggu konsentrasi Hani.Semakin membara jiwanya.
“Ada
orang tu,pergilah keluar tengok.”Laung Aiman dari dapur.Mengarah Hani yang
masih tidak berganjak dari tempatnya.
“Malaslah,abang
pergilah.”
“Hani Humairah,jangan nak melebih pula ya!”Garang
Aiman bersuara.Semakin menjadi-jadi perangai adiknya seorang ini.
Hani
mendengus kasar.Tudung sarung yang sudah tersedia di tempatnya dicapai
kasar.Hish,sibuk je lah orang nak senang pun tak boleh.Buat apa entah pagi-pagi
dah bertandang kat rumah orang.Tak ada kerja agaknya.Rungut Hani sendiri.Kaki
dibentak ke lantai penuh kegeraman.Dia membuka pintu.Membuntang matanya melihat
gerangan yang datang.
“KAK LONG,yang ni cantik.Mesti
sesuai dengan kak long.”Hani mengerutkan dahinya sambil memandang Sofea.Kak
Long?Kemudian,dia memandang kepada Adam yang sedang bersantai di kerusi.Lelaki
itu sedang tersenyum memandangnya.Sakit hatinya memandang lelaki itu.Bersenang
lenang dia duduk di sofa.Bukannya mahu menolong fikirkan konsep untuk majlis
resepsi mereka nanti.Dia juga yang terkulat-kulat menjawab apabila disoa oleh
perancang perkahwinan mereka.
“Belasah
nak?”Hani menggerakkan mulutnya untuk menyampaikan mesej tanpa suara kepada
Adam.
“Garangnya.Jangan
garang sangat,nanti kena kiss,”balas Adam juga mesej tanpa suara.Jarinya
ditunjukkan ke bibir sambil matanya dikenyit nakal.
Hani
tersentak.Malas dilayan kepala gila Adam . Makin dilayan makin menjadi.Semakin
geram dia dengan lelaki itu.Sudahlah sesuka hatinya meredah rumah Aiman
pagi-pagi.Paksa pulak keluar.Melepaslah cerita Barbie yang baru ditayangkan di
TV3 tadi.
Aiman
pula sibuk menjadi reporter tak bertauliah mengatakan dia merajuk sebab tak
dapat tengok Barbie.Malu setahun Hani jadinya.Anak dara nak nangis sebab kena
sekat tak dapat tengok cerita favourite.Yelah,rancangan
kegemaran.Siapa yang tak marah?Sudahlah ini je masa yang ada untuk lepaskan
gian.Lepas ini,bila dah jadi isteri orang confirm tak dapat dah nak tengok.
“Kak
Long dengan Along nak warna apa?Fea boleh tolong carikan.”Usul Fea apabila
melihat Hani yang tidak tahu memilih baju yang sesuai untuknya.
“Purple,”kata Hani.
“Biru,”kata
Adam pula.Lelaki itu tidak mahu mengalah dengan Hani.
“Lah,yang sorang purple,yang sorang nak
biru.Macam mana ni?”Sofea pula yang pening kepala.
Hani dan Adam saling berpandangan.Berkerut
dahi masing-masing tidak mahu mengalah.“Biru,”Adam sudah bertegas.Serius sahaja
wajahnya.Alamak,Adam Hariz dah gunakan kuasa vetonya!Terpaksalah Hani mengalah.Mengikut
sahaja kemahuan Adam.
“Kak
Long,nah.Baju ni sesuai.”Kata Sofea sambil menghulurkan baju kebaya labuh
berwarna biru kepada Hani.Alahai,baju ni macam dah biasalah.Sudahlah seksi
habis.Bahu dan lengan terdedah walaupun ditutup dengan kain lace.Confirm
melekat dekat badan.Tak kesampaian aku nak kahwin guna rekaan sendiri.Kata Hani
dalam hatinya.
“Kenapa tak makan ni?”Adam menyoal
apabila menyedari Hani hanya memandang makanan yang tersedia di hadapannya.Hairan
pula melihat wanita itu.Tidak lapar ke?
Hani
hanya menggelengkan kepalanya perlahan.Wajahnya juga berkerut seribu.Sofea yang
sedang khusyuk meratah ayam gorengnya menghentikan kelakuannya.Dia juga hairan
melihat Hani begitu.Hani bagai ingin menangis.Perutnya sakit teramat
sangat.Itulah padahnya kerana tidak mengambil sarapan pagi tadi.Gastrik
menyerang!
“Cakaplah
kenapa ni?”Pujuk Adam lembut.Bahu Hani disentuh.Hani memandang bahunya.Sudahlah
aku sakit,boleh pulak dia ambil kesempatan main pegang-pegang pulak.Ada juga
yang makan kasut ni karang!“Opss,sorry,”Adam menarik kembali tangannya setelah
menyedari ketidak-selesaan Hani melalui pandangan matanya.Sofea sudah menahan
tawanya.
Hani
masih mahu berdegil.Soalan Adam tidak mahu dijawabnya.Perlahan,air matanya
mengalir membasahi wajahnya.Perutnya ditekan.“Hani,what’s wrong with you?Did I hurt you?”Kata Adam.Risau pula melihat
wanita itu.
“Sakit…”
“Hah,sakit?Sakit
perut ke?”
“Gastrik….”Suara
Hani sudah mula perlahan.Adam dan Sofea mula kaget.Tidak tahu apa yang harus
dilakukan.Masing-masing blur.Adam
menepuk dahinya.
“Fea,jom
ikut Along,kita pergi klinik.Teruk benar ni,”putus Adam.Hani hanya
menurut.Perlahan dia bangkit dari kedudukan sambil dibantu oleh Sofea.Orang
ramai yang turut berada di restoran Ayamas memerhatikan gelagat mereka.Hani
langsung tidak menghiraukan pandangan orang ramai, yang penting dia perlu
segera pergi mendapatkan rawatan.
MERAH padam wajah Hani apabila
doctor dihadapannya mengatakan bahawa dia isteri Adam.Adam yang berada di sisi
hanya tersenyum.Suka apabila doctor itu berkata begitu.
“Kalaupun
nak berdiet,janganlah sampai tak ambil sarapan pagi.Encik perlu selalu ingatkan
isteri encik ni.Sarapan pagi ni penting untuk kesihatan,”
“Hah,dengar
tu sayang.Kan abang dah cakap tadi,sarapan dulu sebelum keluar tadi.Kan dah
kena.Degil!”kata Adam.Sengaja menambah perencah dalam hati Hani.
Hani
menjegilkan matanya memandang Adam.Hish,dia ni suka suki je nak panggil aku
sayang.Aku lempang jugak nanti.
“Ni
abang cakap menjeling.Cuba dengar sikit.”Tambah Adam lagi.Semakin sakit hati
Hani mendengar kata-kata lelaki itu yang sengaja mahu menambah-nambah.Malu
dibuatnya dalam bilik doctor ni.
Hani
hanya diam membisu.Malas mahu membalas kata-kata lelaki itu.Nanti,jika dibalas
dia akan kalah sebab semestinya doctor dihadapan mereka akan back-up Adam.
“Nah,ni
ubat awak.Jangan lupa makan pulak.”Kata Adam setelah lelaki itu mengambil ubat
di kaunter farmasi.Hani mencapai kasar.“Aik,sakit-sakit pun garang lagi.”
“Suka
hatilah,awak peduli apa,”
“Tak
baiklah garang-garang sangat.Nanti ada penyakit.”
“Dah
berpenyakit pun.Nak penyakit apalagi,”balas Hani selamba.Mereka sudah keluar
dari klinik untuk ke tempat parkir kereta.
“Penyakit
cepat tua,”selamba Adam menjawab.Hani terkesima.Adam sudah meninggalkannya.Geramnya
aku dengan mamat ni!
“Ni
nak balik terus ke nak singgah rumah mak tok dulu?”Adam menyoal.Tadi pagi
sebelum dia menjemput Hani dia sudah berjanji dengan Mak Tok untuk membawa Hani
bertemunya.Hani diam membisu. Kesakitan masih terasa di perutnya.Namun,tidak
sehebat tadi.
“Awak
ada janji dengan Mak Tok ke nak bawa saya ke sana?”Hani menyoal kembali.Wajah
lelaki yang masih berdiri di sisinya dipandang.Sofea sudah menunggu dalam
kereta.Entah apalah yang dibuat oleh gadis itu semasa ditinggalkan kerana dia
dan Adam masuk ke dalam klinik.
Seperti
yang dijangka oleh Hani,bakal suaminya itu hanya mengukir segaris senyuman di
bibir.“Hmm,tahu dah jawapan awak.”Kata Hani.Dia sudah membuka pintu kereta dan
memboloskan tubuhnya dalam perut kereta.Sofea yang duduk di belakang dipandang.Gadis
itu sedang terlena dengan majalah Nur yang masih terbuka diletakkan di
ribaan.Senyuman terukir melihat gelagat gadis itu.
“Tak
payah nak pelik sangat.Dia memang macam tu bila penat,”ujar Adam
tiba-tiba.Enjin kereta sudah dihidupkan
dan kereta meluncur meninggalkan perkarangan klinik.
Hani
menyeluk ke dalam beg tangannya.Handphone Samsung dikeluarkan dan mencari
nombor seseorang .Adam yang perasan memusingkan kepalanya sekilas untuk melihat
wanita itu.
“Nak
call siapa?”Soalnya penuh prihatin.
“Abang
Aiman, nak cakap dengan dia nak pergi rumah mak tok,”ujar Hani tenang.Matanya
tetap tertumpu pada handphone di tangan.Senyuman terbentuk di bibir Adam.Senang
dengan sikap gadis polos di sisinya itu.“Tak payah.Saya dah bagitahu abang
Aiman tadi.”
Terjungkit
sebelah kening Hani mendengar kata-kata lelaki itu.Nampaknya lelaki itu sudah
merancang sejak dari awal lagi.“Kalau awak rasa tak selesa,tidurlah dulu.Perut
awak tu masih sakit kan?”
Hani
langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.Senyum tidak,marah juga tidak.Cuma
hatinya sahaja yang berbisik,lelaki ini yang terbaik untukku yang ditentukan
oleh Allah sejak di Loh Mahfuz lagi.Semoga kebahagiaan itu menjadi milik kami.
:::Dah baca?Tinggalkan jejak anda untuk cik Miera improve.Terima kasih ^_______^ :::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan