Rabu, 17 Februari 2016

Hani Humairah Bab 1



1

Hani melangkah lemah ke ruang tamu.Wajah kepenatan jelas terpamer di wajah mulusnya.Beg tangan sudah dicampak di atas sofa.Tudung pula tidak ditanggalkan.Tubuh yang kepenatan dilabuh kasar pada sofa.Aiman  yang duduk di sisinya hanya melihat adik manjanya yang selamba.

“Penat ke?” Tegur Aiman. Kepalanya digelengkan perlahan apabila dengan selamba Hani melentukkan kepalanya di bahu lelaki itu.
“Penatlah…”Kata Hani lemah.“Tak pernah adik keluar penat sampai macam ni.Ni dah pecah rekod tau adik keluar dengan Adam berdua je.Nak kahwin pun susah.Penat je lebih,”
“Baru sikit dah merungut.Tak payah kahwinlah macam tu.”Kata Aiman sengaja mahu menyakat adiknya.“ Macam tu lah abang masa nak kahwin dulu.”Sambungnya.Sempat juga lelaki itu menceritakan pengalamannya dahulu.
“Masalahnya abang kahwin dulu tu sempat juga ambil masa nak siapkan semua.Bukan macam adik ni.Mamat tu punya pasallah nak kahwin cepat.Suka-suki dia je cepatkan tarikh.”Kata Hani.Betul-betul membangkang tindakan yang diambil oleh Adam yang mahu mempercepatkan tarikh pernikahan mereka.Bukan lama,hanya tiga bulan.
“Amboi,tak baik tau kutuk bakal suami,”kata Wilda yang baru muncul dari dapur.Aiman sudah tersenyum melihat isterinya.
            “Biar padan muka dia.Nanti dah kahwin dah tak boleh kutuk dah,”kata Hani spontan.Gadis itu mengulum senyuman manja.
“Alahai,bang.Tengoklah tu,dah nak jadi isteri orang pun manja lagi.Nasiblah lepas ni dah tak boleh bermanja lagi dah dengan abang.”kata Wilda sambil mengerling adik iparnya.Duduknya mendarat pada sofa dua berangkai di hadapan Aiman dan Hani.
Hani menjeling ke arah Wilda.Dia menegakkan tubuhnya.Minuman yang sudah tersedia di atas meja dicapai lalu diteguk penuh tertib.
“Eleh,akak tu jeles sebenarnya.Saja tak nak mengaku,”kata Hani selamba.Nasib baik kakak iparnya satu-satunya itu seorang yang amat sporting.
Cawan diletakkan kembali di atas meja.Dia kemudiannya bangkit.Aiman dan Wilda hanya menjadi pemerhati.“Nak kemana pulak tu,”
“Nak pergi mandilah.Dah nak masuk Maghrib pun.”

 
 “Ha,yelah.Hilang sikit bau kambing tu.Patutlah dari tadi abang ada terhidu bau kambing,”usik Aiman selamba.Hani yang baru melangkah beberapa tapak menghentikan langkahnya.Tubuhnya dipusingkan dan bercekak pinggang.“Eh,cakap baik sikit eh.Ada jugak yang kena makan kasut karang.Sendiri pun tak mandi lagi nak cakap orang.”Kata Hani dengan garangnya.Aiman dan Wilda sudah sedia maklum dengan perangai Hani sengaja mengusik.Marah-marah Hani ,dia cuma cakap sahaja.Tidak pernah dia tunjuk kekasaran melalui perbuatannya.
Seingatnya,Hani yangpaling kasar pun apabila dia panjat pokok dan tebang pokok buah ceri di rumah mak su dulu.
Aiman dah tersengih memandang isterinya di sisi.
 “Padan muka abang.Kenakan budak tu lagi,kan dah terkena.”Kata Wilda selamba.“Dah pergi mandi sana.”sambung wanita itu lagi.Dia terus kedapur.Malas mahu melayan suaminya yang boleh tahan gila-gilanya.Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan Hani.Entah bagaimanalah sikap suaminya apabila berhadapan dengan pesakit di klinik.

“PENATLAH,awak ni tak reti penat ke? Dah satu hari berjalan pun masih tak puas lagi.Awak pergilah sendiri,saya dah penat.Esok saya nak rehat pulak,”rungut Hani dari dalam talian.Adam sudah tergelak.Dia sedang berbaring di atas tilam empuknya sambil menghadap syiling.
“Bolehlah,ni kan untuk majlis kita nanti,”
 “Malaslah,awak pergilah sendiri.Okeylah,Kak Wilda dah panggil tu ajak makan.Bye,Assalamualaikum,”Adam mengerutkan dahinya. Handphone di tangan direnung.Kepalanya digelengkan perlahan.Hani masih tetap dengan sikapnya yang cuba mengelakkan diri daripadanya.
“Along,mama panggil makan.”Adam menjengah ke arah pintu apabila adiknya,Sofea memanggil.
 “Nantilah,”
“Cepatlah,Long.Nanti mama bising.Mak tok dah tunggu tu,”kata Sofea.Gadis yang berusia 18 tahun itu menghampiri dan duduk di katil Adam.Tangan lelaki itu ditarik.“Cepatlah,Along.Fea dah lapar ni,”
“Ala…nanti kejaplah Fea.Along penat ni.”Kata Adam tanpa mahu bangkit dari pembaringannya.
“Along ni memang tau.Jalan dengan Kak Hani tak tahu penat pulak,dengan adik sendiri berkira,”kata Sofea dalam nada rajuknya.Adam tersenyum nakal. Dia segera bangkit.Wajah Sofea yang sudah berkerut itu direnung.
 “Memanglah tak penat.Dia tu buah hati Along,”usik Adam.Sofea memandang wajah abangnya.Matanya dibundarkan.
“Along memang.Dah lah malas nak cakap dengan Along lagi.”Sofea segera bangkit.Langkahnya laju keluar dari kamar Adam.Adam sudah ketawa terbahak-bahak.Seronok pula mengenakan adik bongsunya.
“Fea,cakap dengan mama kejap lagi along turun!”Laung Adam apabila Sofea sudah menutup pintu biliknya.
“Tak payah makan!Pergilah makan luar sana dengan tunang Along sana!”Laung Sofea juga.habis satu rumah sudah bingit dengan laungan mereka.
 “Astaghfirullah al azim budak-budak ni.Adam Hariz!Sofea Izara!”Mama sudah melenting kuat dari dapur.Bingit telinganya mendengar suara anak-anaknya yang tidak pernah menunjukkan perangai yang lebih dewasa.
“Yes,mama!”Adam dan Sofea menjawab serentak.Sofea di tangga,manakala Adam baru sahaja menapak keluar dari kamarnya.Adam segera menuruni tangga untuk ke meja makan di dapur.
“Kau orang berdua ni tak sayang mama ke?Penat tahu tak hari-hari nak marah je,”rungut Puan Aisyah di meja makan.Adam dan Sofea saling berpandangan.Sofea menguntum senyuman nakal.
“Kalau macam tu,mama jangan marah selalu.Confirm tak penat dah,”
“Ya Allah,budak bertuah ni ada aja yang nak dibalasnya.”
“Entah Fea ni.Jangan menyampuk boleh tak.”Kata Adam.
“Kamu pun sama Along.Dah nak kahwin pun perangai macam budak-budak lagi.Buanglah perangai budak-budak tu sikit.Buat malu je,”
“Sudah-sudahlah tu.Kau orang ni anak-beranak tak habis-habis .Bingit telinga mak tok ni dengar.Depan rezeki ni,tak elok.”Mak Tok sudah bersuara.Tiga pasang mata tertumpu kepada Mak Tok yang sedari tadi diam membisu memerhatikan tiga beranak itu.
“Biar dia mak.Masing-masing dah besar panjang.Pandailah piker sendiri,”kata Puan Aisyah dengan geram.
Adam terdiam.Sofea sudah menjelirkan lidah ke arahnya.Membulat mata Adam melihat Sofea.
“Hah,dengar tak apa yang mama cakap ni,”
“Dengar mama,”jawab Adam dan Sofea perlahan.
“Ma,esok Along nak keluar lagi dengan Hani,”kata Adam sewaktu mereka baru makan.
“Nak ikut,”kata Sofea.Wajahnya dicomelkan demi meraih simpati daripada Adam.
“Sibuklah,Along nak uruskan untuk majlis tu je nanti,”ujarnya.
“Bolehlah,nanti Fea boleh tolong.Lagipun Fea nak jugak kenal Kak Hani tu,kan mama.”Tutur Sofea.Seboleh-boleh dia mau mengikut abangnya esok hari.
Adam diam seketika.Dia cuba memikirkan sesuatu.Wajah Puan Aisyah dipandang.
“Bawak je lah,Long.Budak ni kat rumah pun buat apa.Buat semak je,”kata Puan Aisyah spontan.Adam sudah tergelak.
“Mama,sampai hati.”Puan Aisyah ketawa.
“Ha’a,bawa je Along.Boleh dia tengok-tengok kawasan sini.Nanti bila dah besar ke,dah sambung belajar ke,tak adalah sesat.”Mak Tok pula bersuara sekali menyokong Sofea yang terlebih manja.
“Yelah-yelah,boleh ikut.Tapi jangan buat kecoh pulak,”putus Adam akhirnya.Sofea sudah bersorak kegirangan.Suka apabila abangnya mahu membawanya esok.
 “Okey,bos!”

Tiada ulasan: