Seraut wajah menatap tajam ke arah
pasangan yang berada di hadapannya.Pasangan kekasih yang juga merupakan
sahabatnya sewaktu zaman universiti. “Korang dah fikirkan masak-masak ke?”
Dalam tenang dia menyoal. Nur Qisya Qasrina itulah namanya. Biarpun dia selalu
kelihatan tenang dan diam,namun tiada siapa menyangka wanita itu punya seribu
kelebihan dalam dirinya.Dialah tempat mencurah segala masalah, sahabat yang
baik saat diperlukan, penuntut yang genius.Pokoknya,pikirannya sangat meluas.
“Kami
okey je. Cuma family je yang belum tahu,” kata si lelaki yang bernama Ikram.
Qisya
membulatkan matanya memandang dua orang manusia di hadapannya. “Kepala kau!
Macam mana family boleh tak tahu. Korang ingat nikah kahwin ni main-main
ke?”Ujar Qisya.Suaranya sudah naik satu oktaf.Gaya percakapannya langsung tidak
menampakkan dia seorang wanita yang bertudung.Cakap main ikut sedap mulut je.
“Aku
takutlah Qisy,kau tahulah bapak aku tu garang macam mana.”si wanita yang
bernama Farahana pula bersuara. Qisya memandang pasangan itu. Kedua-dua insan
itu hanya melepaskan keluhan.Tahulah mereka apa yang bakal dikatakan oleh
Qisya. Apabila bercakap soal kahwin,sahabat mereka amat serius.Langsung tiada
peluang untuk bermain-main. Bukannya wanita itu pernah berkahwin dan mengalami
pengalaman disakiti pasangan.Cuma keadaan dan persekitaran yang mempengaruhi
pemikiran insan yang bernama Nur Qisya Qasrina.
“Bila
kau nak hantar rombongan meminang?Sebaiknya kau bagitahulah cepat. Bila cepat
kau bagitahu,cepatlah korang bernikah. Korang nak dirikan masjid.Bukannya nak
buat perkara tak elok pon. Mesti family korang setuju,”Qisya berkata lagi.Dia
kini kelihatan lebih tenang.
Ikram
dan Farahana mengangguk.Berpuas hati dengan nasihat yang diberikan Qisya. “Okeylah.Aku
ada hal ni.Apa-apa hal nanti informlah okey?”
“Kau
nak pergi mana?”
“Jumpa
client,”balasnya sambil mengangkat punggung.
“Sejak
bila kau jumpa client?”Farahana menyoal.
“Baru
je.Bos aku suruh jumpa sebab client ni cerewet sangat. Design aku segala macam
tak kena dengan mata dia,”
“Kenapa
pula kau yang jumpa dia? Bukan sepatutnya dia yang jumpa kau?”Qisya menarik
nafasnya perlahan lalu dihembus.Penat juga apabila Farahana mula menyoalnya
dengan pelbagai persoalan. Wanita itu lurus bendul dan lambat pick-up boleh
tahan juga. Entah macam mana Ikram boleh tertarik dengan wanita itu.
“Kan
dia cakap client dia tu cerewet.”Kata Ikram selepas dia melihat Qisya tidak
sanggup menjawab pertanyaan kekasihnya.Farahana mengangguk mengerti sambil
memerhatikan Qisya yang sudah melangkah jauh meninggalkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan