1
Riuh-rendah suara di dewan sekolah kerana pendaftaran
pelajar baru Tingkatan 1 sedang berlangsung.Aku juga tidak terkecuali.Terasa
janggal sekali apabila mengenakan baju putih bersama kain biru
muda.Dulu,disekolah rendah,kain biru gelap yang melindungi kaki ini.Tidak lupa
juga kaca mata yang melindungi mataku untuk pertama kali.Dalam diam,rupanya aku
mempunyai masalah penglihatan.Semua ini dikesan sewaktu darjah 6 di sekolah
rendah.
Dari pemerhatian,ada beberapa kumpulan pelajar yang
berbual sesama sendiri.Berkongsi cerita tentang keseronokan kemasukan alam
sekolah yang baru.Aku,duduk menyepikan diri dalam kenalan lama sewaktu di
sekolah rendah.Hanya sesekali aku menyampuk apabila namaku disebut.
Cekap!Itulah kelasku.Kelas pertama untuk sesi
petang.Ya,sesi petang.Selepas ini bermulalah sesi persekolahan pada waktu
petang.Mujur sahaja sesi petang.Satu kelebihan juga kerana aku dapat
melaksanakan tugas di rumah pada waktu pagi.Sekolah agama?Mujur sahaja aku
hanya bersekolah agama pada hujung minggu.Sekolah agama dengan peringkat
khas.Ustaz dan ustazah aku bilang,darjah khas ni kira macam peringkat
universiti.Kami pun dipanggil ustaz-ustazah oleh ustaz.Bangga sekejap jadi
rakyat Johor.
Ada 9 matapelajaran yang aku ambil tahun ni.Bahasa Melayu
dan Inggeris,Agama Islam,Sains dan Matematik haruslah ada. Boleh dikatakan
pelajaran basic yang pernah dipelajari waktu disekolah rendah .Matapelajaran
Sejarah,Kemahiran Hidup,Sejarah,Geografi dan matapelajaran baru ,Pendidikan
Sivik dan pendidkan seni perlu diberi tumpuan.Hanya Sivik dan pendidikan seni
sahaja yang aku leka sekejap.Buat kerja rumah pun main-main.Mana tidaknya,mata
pelajaran Sivik berkaitan dengan moral dan soal hidup kita seharian.Pejam mata
dah boleh jawab.Seni pula dah memang kemahiran aku.Pantang pegang pensil dan
kertas mulalah karya seni aku keluar walaupun lukisan aku tu selalu dikritik.
“Nama siapa?”Mardihah menyoal.Sapaan pertama dia
untukku.Aku pandang dia.Kami tak sempat berkenalan masa minggu orientasi minggu
lepas.Mana tidaknya,muka dia garang.Ramai kawan-kawan baru anggap kami
kembar.Bila aku pandang dia macam tengok cermin.Mira,itu panggilan aku.Seorang
yang pendiam dan kreatif.
Selepas itu,bermulalah cerita aku bersahabat dengan
Intan,Nadia,Mardihah dan Nina.Cara perkenalan aku dengan mereka teramatlah
unik.Semuanya bermula dengan sebuah lukisan yang aku reka dalam kelas sewaktu
ketiadaan cikgu.Intan gadis bermata sepet yang lemah lembut.Nadia,si gadis yang
terlalu bersahaja.Mardihah,dia yang aku lihat sebagai cerminan diriku.Dalam
diam,kami punya banyak persamaan,iaitu menulis.Manakala Nina,gadis yang
hipokrit.Lihat sahaja wajah kelembutan yang dimiliki.Namun disebalik wajah
lembut itu tersimpan sifat ganas.Pantang diusik mulalah tangannya berjalan.
“Cikgu Wan datang!”Laung Roy dari luar kelas.Kelas kami
yang berada di tingkat tiga memudahkan kami memantau perjalanan guru-guru ke
kelas kami.Kelam-kabut masing-masing dengan buku teks Sejarah di atas
meja.Masing-masing sibuk menghafal nota dan fakta yang tertulis dalam buku teks
kerana sebentar lagi kami semua akan disoal sebelum dibenarkan duduk.
“Mira!”Aku mengangkat kening.Kemudian melihat Nina yang
duduk di sebelah.Senyuman dia memang buat aku nak lempang je.Sukalah setiap
kali kelas Cikgu Wan,nama aku yang menjadi mangsa pertama yang disebut.
“Apa jawapannya?”Cikgu Wan menyoal.Aku tarik nafas
perlahan apabila Sejarah kerajaan di Asia Tenggara disoal.
“Kerajaan Funan,”tergagap-gagap aku menjawab kerana takut
salah.Pandangan ditundukkan memandang buku teks Sejarah yang tertutup.Dalam
hati aku merungut lambat betul cikgu aku ni nak bagi respons.Seluruh kelas
senyap menanti jawapan pasti cikgu Wan.
“Duduk,”ujar Cikgu Wan.Aku tersenyum sambil memandang
Nina dan sahabatku yang lain.Dengan bangganya aku duduk kerana menjadi orang
pertama yang menjawab soalan.Soalan seterusnya diberikan.Aku hanya duduk
menyepi layan diri sementara kawan-kawanku sibuk memikirkan jawapan.
“Psst,Mira apa jawapannya?”Intan membisikkan suaranya
untuk meminta jawapan daripadaku.Aku mengerutkan dahi.Nina sudah berjaya duduk
selepas disoal.“Sekejap bagi aku pikir.Tak ingatlah.”
“Dah,duduk semua.”Aku memandang tegak kehadapan apabila
mendengar arahan Cikgu Wan.Cikgu yang berkaca mata itu kelihatan tenang sambil
duduk di tempatnya.“Saya soal awak buka suka-suka.Saya soal sebab saya nak awak
semua ingat pelajaran yang lepas.Minggu depan ada ujian.Saya nak awak buat yang
terbaik.”Katanya.“Baiklah kita sambung pelajaran kita hari ni.Zaman
kegemilangan Melaka.”Sambung Cikgu Wan.
Kami satu kelas menyelak buku teks sehingga muka surat
yang seharusnya.Pelajaran kami berlangsung dengan lancar sehingga waktu
pelajaran tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan