Adam menyentuh bahu Hani apabila melihat
wanita itu tidak mahu berganjak dari tempat persemadian orang tuanya.“Sayang?”Adam
menyeru isterinya yang masih duduk berteleku di atas tikar mengkuang yang
dibawa mereka tadi.
Hani
menoleh.Matanya berkaca saat bertentang mata dengan suaminya.Lelaki itu
mengulum senyuman.“Jom kita balik,”kata lelaki itu.Hani mengangguk. Huluran
tangan Adam memaksa Hani untuk bangkit. Dia tidak mahu lelaki yang baru dua
hari menjadi suaminya terus tertunggu-tunggu.“Kita doakan ibu dengan ayah
senang di sana ya?”Kata Adam cuba untuk memujuk isterinya yang dilanda gundah.Hani
menguntum senyuman.Mereka beriringan meninggalkan tanah perkuburan Islam.
Selamat
tinggal ibu,ayah.Adik janji adik akan jadi isteri yang solehah untuk suami
adik.Kata Hani dalam hatinya.
“Abang
nak pergi mana ni?”Soal Hani hairan apabila Adam menghentikan kereta di tepi
jalan.
“Abang
nak beli kuih.Dekat rumah mak su kan ramai,”kata Adam.Hani mengukir
senyuman.“Maira ikut,”kata Hani.Adam mengangguk.Mereka berpimpim tangan saat
melintas jalan.Jalan kampung pun boleh dikatakan sesak juga.Jangan kata bandar
je yang sesak.
“Sayang
nak beli apa?”Soal Adam.Hani mengangkat bahu.Dia sendiri tidak tahu apa yang
hendak dibeli.Hani Humairah,tipikalnya bila dah keluar memang tidak pandai
membelanjakan wang biarpun wang dalam tangan beratus.“Abang pilihlah,Maira tak
tahu.Abang kan terror,”kata Hani.
“Hmm,jangan
menyesal tau nanti.”Hani tersenyum.Pandai-pandailah.
“AMBOI,pengantin baru pagi-pagi
lagi dah hilang,Pergi mana?”Aiman yang sedang membaca surat khabar di beranda
rumah sibuk menyergah.
“Pergi
jenguk kubur ayah dengan ibu,”kata Hani tenang.Dia sudah membimbit beg plastic
untuk dibawa ke dapur.Aiman terkesima mendengar jawapan adiknya.Adam yang baru
sahaja melangkah masuk tersenyum kepadanya.
“Aku
mandi dululah.Nanti sarapan kita borak,”kata Adam.Umurnya dengan umur Aiman
hanya muda setahun dari Aiman.Mereka lebih selesa menggunakan bahasa aku kau.Kononnya
lebih mesra katanya.
“Abang
nak mandi dulu ya?”Kata Adam sewaktu dia mencapai tuala di penyidai.Hani yang
baru sahaja menanggalkan tudungnya di kamar mengangguk.“Nanti Maira siapkan
baju abang ya?”Kata Hani.Adam juga mengangguk tanda setuju.
Hani
terus menghampiri beg pakaian suaminya yang terletak di sudut bilik.Pakaian
suaminya dicapai dan diletakkan di atas katil.Hani mencapai pula iPhone milik
Adam yang berbunyi di atas meja.
“Nak
angkat,ke tak?”Hani bersoal sendiri.
“Buat
apa ditenung iPhone tu? Macam nak tembus je abang tengok,”kata Adam yang baru
sahaja melangkah masuk ke kamar dengan hanya berbaju t-shirt dengan tuala.
“Tadi
ada bunyi.Maira takut nak angkat,takut abang marah,”kata Hani telus.Adam
tersenyum.Telusnya isterinya.Bertuah dia kerana memiliki wanita itu.“Nanti
abang call baliklah orang tu.Maira
nak mandi pulak,”iPhone sudah diserahkan kepada Adam.Lelaki itu menyambut
sambil tersenyum.
“BILA balik sana?”Soal mak Su
sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi.Hani dan Adam saling berpandangan.
“Hmm,kalau
ikut perancangan petang ni.Adam cuti pun tak panjang.Mama pun cakap nak buat
majlis dekat dewan.Nak kenalkan menantu pada kawan-kawan,”
“Hmm,tak
apalah kalau macam tu.Bawaklah Hani ni jumpa dengan keluarga kamu.Biar dia
sesuaikan diri di sana.”Kata Mak Su.Adam hanya mengangguk.Hani sudah
menundukkan wajahnya memandang mi goreng di pinggan dengan pandangan
kosong.Sayu pula hatinya apabila Mak Su berkata begitu.“Hani dah jadi isteri
Adam,dah tak boleh dah nak bermanja dengan Mak Su.Kena pandai bawak diri di
tempat orang.”
“Mak
Su ni buat Hani sedih je,”kata Hani selamba.Dia menguntum senyuman kerana mahu
menyembunyikan rasa dalam hatinya.
“Adik
dah tak boleh tengok cerita Barbie dah lepas ni,”sakat Aiman.
Hani
mengerutkan dahinya.“Benci ah abang ni.”
“Tengok
tu Mak Su,budak ni dah tak marah-marah macam dulu bila orang tak bagi tengok
cerita Barbie.”Tambah Aiman lagi.Hani sudah memandang Aiman dengan pandangan
yang tajam.
“Abang!”Semua yang berada di dapur sedah
pecah perut kerana telatah Hani.Adam hanya memerhatikan gelagat
isterinya.Karakter Hani apabila masih bujang dia seorang perempuan yang
garang.Apabila berkahwin dengan Muhd Adam Hariz Hamidi,terus berubah seratus
peratus menjadi seorang yang sangat manja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan