“Besarnya rumah abang,”puji Hani dengan
ikhlas.Adam mengulum senyuman.Beg pakaian sudah dijinjitnya untuk dibawa masuk
ke dalam rumah.“Hadiah arwah papa untuk mama dulu.Abang menumpang je kat rumah
ni,”kata Adam.Hani tersenyum.Rendah dirinya suami aku ni.
“Assalamualaikum,ma
Adam balik ni!”Laung Adam saat dia membuka pintu yang terukir indah.
“Wa’alaikumsalam,”jawab Sofea yang berada di kaki
tangga.“Eh,Along!”Kata Sofea riang.Dia menghampiri Adam dan Hani di pintu.Tangan
Adam dan Hani di capai dan dikucup tanda hormat antara adik,abang dan kakak.Kemudian,tubuh
kakak iparnya dipeluk mesra.
“Mama mana Fea?”Hani menyoal.
“Mama?Hmmm….Mama!Along dengan Kak Long dah
balik ni,”laung sofea.Hani terkesima mendengar jeritan Sofea.Ya Allah,adik
dengan abang sama je suka jerit-jerit. Detik Hani dalam hatinya.
“Astaghfirullah al azim budak
ni.Kalau tak menjerit tak boleh ke?”Kata Puan Aisyah dari dapur.Tangannya masih
memegang senduk.Sedang memasak mungkin.
“Menantu
mama ni dah sampai dah ni.”
“Ya
Allah,budak ni.Kenapa tak cakap nak balik hari ni?”Soal Puan Aisyah.Baru dua
hari lepas Hani dan Adam bernikah.Belum sempat sesuaikan diri di sana,Adam
sudah membawa isterinya ke sini.
Hani hanya mampu menguntum
senyuman.Pasti idea suaminya kerana tidak melapor.
“Saje je,ma tak nak bagitahu.Nak
buat surprise.”Kata Adam selamba.Hani
mengkerling suaminya.
“Along kan memang ma,kalau dia rasa
nak balik dia balik.Kalau tak nak,telefon pun tak mahu.” Sofea berkata dengan
selamba.Adam membulatkan matanya.Dengan berani dia memusingkan telinga
adiknya.“Adoi,sakitlah Along.Mama,tengoklah Along ni,suka sangat buli Fea,”adu
Fea.Dia yang duduk di antara Adam dan Hani beralih tempat ke sisi Puan Aisyah.
“Tengoklah ni Hani,budak berdua ni
memang selalu macam ni.Asal jumpa je macam anjing dengan kucing.Yang Fea ni tak
padan dengan umur dah 18 tahun masih nak bermanja lagi.Si Adam ni pulak tak
padan dengan dah kahwin,tu pun tak puas lagi nak mengusik adiknya.Tu belum
tambah lagi dengan si kembar.Pening mama dibuatnya,”terang mama dengan
mesra.Hani hanya tersenyum.Namun berkaitan dengan kembar itu dia tidak tahu
langsung.
“Biasalah tu mama.Macam Hani dengan
abang Aiman jugak.Abang Aiman tu memang suka menyakat.Hmm…kembar?Mama ada anak
kembar ke?”Hani menyoal untuk mendapat jawapan bagi persoalannya.Adam hanya
mampu tersenyum.Senang melihat isterinya yang bijak membawa diri di rumah orang
tuanya.
“Ha’a kembar.Adam ni ada adik kembar
bawah dia ni.Sepasang.Tapi dia orang tak ada dekat sini.Sambung belajar dekat
overseas,”terang Puan Aisyah lagi.Hani mengangguk tanda mengerti.“Dah lah
Along.Bawak isteri kamu ni naik bilik.Nanti turun makan sekali.”Arah Puan
Aisyah.
“Jom,sayang.”Kata Adam.Dia bangkit
dan mencapai tangan isterinya.
“Amboi,romantiknya Along!!”Kata
Sofea.Hani sudah tersipu malu.Adam pula dengan wajah tak malunya.Tak malunya
laki aku ni!
“EII,pergi
mandilah sana.”Ujar Hani.Rimas rasanya apabila dipeluk lelaki itu.Mujur sahaja
dia sudah menunaikan solat Maghrib sendiri.Tadi suaminya tidur pulas kerana
kepenatan. Tidak sampai hati pula mahu memujuk lelaki itu lalu dibiarkan lelaki
itu tidur untuk seketika.
Elok sahaja dia menyudahkan
solat,dia melihat suaminya sudah bangkit dari lenanya.Wajahnya kelihatan
seperti tidak siap dengan rambutnya yang berserabut dan matanya yang kuyu.Selepas
melipat telekung,dia duduk di birai katil bersama suaminya.Baru sahaja
melabuhkan duduk dia sudah dipeluk oleh suaminya.
“Alah,sayang ni!Abang nak peluk
kejap pun tak boleh,”kata Adam dengan suara yang serak-serak basah.
“Geli tahu tak?”Kata Hani selamba.Tangan
Adam yang berlingkar di pinggangnya ditolak.“Nantilah sayang.”
“Pergi mandi sana dah Maghrib ni.Kalau
tak malam ni tidur luar,”Hani mengugut.Adam buat tidak endah.Semakin kuat pula tangannya melingkari batang tubuh
isterinya.
“Ish dia ni kan,rimas tahu tak.Dah
la bau badan tu busuk.Berpeluh.Pergilah mandi sana.”
“Wanginya rambut Maira.”Kata Adam
pula. Lari topic!
“Tahu pun wangi.Dah bercampur bau
badan abang ni jadi busuk tahu.”Marah Hani.Adam hanya tersenyum.“Tak
apalah,sama-sama busuk,”Hani membuntangkan matanya.Kurang asam jawa punya
laki.Orang dah wangi dia busukkan pulak.
“Abang…pergilah mandi,”kata Hani
lembut.Dia sudah penat memarahi Adam.Adam mengangkat wajahnya.Wajah isterinya
ditenung.“Alo lo…merajuk pulak tuan puteri ni.Yelah,abang lepas,” kata
Adam.Tangannya pantas melepaskan rangkulan.Sepantas kilat,bibirnya pula singgah
di pipi gebu isterinya.Cup!
Hani membuntangkn matanya.Lelaki itu
sedah berlalu ke kamar mandi dengan tuala yang bersangkut di bahu sambil
senyuman tidak lekang dibibirnya.Kemudian,Hani menguntum senyuman penuh
bahagia.Hani melangkah keluar kamar menuju ke dapur untuk melaksanakan tugasnya
sebagai seorang menantu pula.
“Mama masak apa ni?”Hani menyoal
sambil matanya menjengah ke periuk.
“Mama masak asam pedas je.Tak masak
apa pun,”kata Puan Aisyah.Api didapur sudah dimatikan.
“Nak Hani tolong?”
“Hmm…Hani tolong ambil pinggan
dengan gelas letak atas meja makan.Nanti mama cedokkan lauk ni.”Hani mengangguk
sambil menguntum senyuman. Pinggan diambil berhati-hati kerana takut pecah.Demi
melihatkan pinggan yang terukir cantik itu membuatnya lebih berhati-hati.Kalau
pecah siap aku nak menggantinya.Desis Hani dalam hatinya sambil seulas senyuman
terbit di bibirnya.
“Hai,sayang!”Hani kaget.Pastinya
Adam sudah memeluknya.Sebuah kucupan singgah dipipi Hani.Hani melepaskan nafas
panjang.“Abang ni kan….”
Adam sudah
tersengih.“Rajinnya,isteri siapa ni?”
“Entah
isteri siapa tah,tak tahu pun.”Balas Hani juga membalas usikan suaminya.
“Amboi,balas dendam nampak.Kecil
hati abang tau,”
“Ingat abang seorang je yang boleh
kecil hati?Hani pun boleh.Bukan setakat hati.Jiwa,urat saraf,jantung,semuanya
sakit.”Adam ketawa mendengar jawapan Hani.Hani turut ketawa mendengar
jawapannya sendiri.
“Along ni nak berasmaradana tak
tengok tempat,”suara Sofea menyapa.Laju sahaja langkah gadis itu masuk ke
dapur.Hani dan Adam saling memandang.Kemudian,Sofea keluar dari dapur dengan
membawa mangkuk nasi.
“Nampak ke?”Adam menyoal bagaikan orang
dungu.
“Kesian Kak Long.Orang berasmaradana
dalam bilik.Along ni tak malu,dekat dapur juga tempat dia tunjuk kasih
sayang.Punyalah luas rumah ni,dapur juga yang dipilih,”
Wajah Hani sudah merah.Adam buat
muka tak malunya.“Jeles cakap jelah,”
Sofea mencebik. Malas mahu melayan
abangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan