Awal
tahun 1992
“Ya Allah,abang kereta depan tu
kemalangan!” Zaiton menunjuk pada kereta yang sudah terbabas melanggar pokok di
tepi jalan. Wajahnya panik melihat kemalangan yang berlaku di depan matanya.
Suaminya ,Abdullah yang sedang memandu mula memberi signal untuk memberhentikan
kereta dan membantu mangsa kemalangan.
Zaiton tergesa-gesa membuka pintu
kereta dan turun untuk membantu mangsa yang mungkin masih dalam keadaan
selamat. “Abang,mereka masih selamat!”Ujar Zaiton setelah melihat isi kereta.
Abdullah segera mendapatkan isterinya.
Bau minyak kuat mencengkam deria
pernafasan pasangan suami isteri itu. Ditambah lagi dengan bau hanyir darah.
Baru sahaja Abdullah cuba untuk membuka pintu yang sudah tersekat,tangisan bayi
kedengaran.
“Ya Allah,ada bayi bang.”Zaiton dan
Abdullah saling berpandangan. Tangisan bayi itu kedengaran dari dalam kereta
yang sama. Ibu dan ayahnya sama-sama tidak sedarkan diri.“Kita kena cepat.
Kalau tak kita tak sempat nak selamatkan mereka,”kata Abdullah sambil tangannya
tidak berhenti berusaha membuka pintu kereta yang sudah tersekat. Mujur sahaja
dia punya pengalaman dalam keadaan sebegini selama bertugas sebagai pegawai
bomba dan penyelamat .
“To..long,”suara lelaki yang tadinya
tidak sedarkan diri menyapa pendengaran Zaiton dan Abdullah.
“Encik,encik boleh dengar kami?Encik
cuba tenangkan diri.Kami cuba untuk keluarkan encik dari sini.”Kata Abdullah.
Matanya melihat sekujur tubuh yang tidak berdaya hatta untuk mengeluarkan
sedikit suara pun. Darah merah pekat memenuhi hadapan tubuh lelaki itu. Jika
diperhatikan ,jelas kelihatan sebatang kayu tertusuk perutnya. Sungguh
menyedihkan.
“Se..la..matkan anak kami,”sebutir
demi sebutir perkataan yang keluar. Hujungnya hanya perkataan bayi yang mampu
didengarkan pasangan itu. Fahamlah mereka bahawa lelaki itu mahu mereka berdua
selamatkan bayi mereka.
“Encik!Encik!”Abdullah cuba
memanggil selepas pintu kerea berjaya dibuka. Bayi yang sudah berada dalam
pegangannya dipeluk erat. Suara lelaki yang tidak diketahui namanya tidak lagi
kedengaran.Tahulah mereka bahawa lelaki
itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Abang,api!” Zaitan menjerit panic
apabila melihat api yang mula naik.
“Zai,cepat Zai! Kita pergi dari
sini.”Kata Abdullah dengan kuat. Tangisan bayi yang berada dalam tangannya
membuatkannya meninggikan suara kepada isterinya.
“Tapi abang,mereka…” Zaiton masih
belum mahu beranjak biarpun selepas melihat api yang sudah mula marak. Perasaan
simpatinya menebal.
“Cepat Zai! Kita tak boleh
selamatkan mereka! Mereka dah tak ada! Kita tak boleh buat apa-apa!”Kata
Abdullah dengan tegak. Tangan isterinya ditarik agar mereka cepat berlalu dari
situ.
Zaiton menurut dalam terpaksa.
Wanita itu berlari kecil agar langkahnya dapat menyamai langkah suaminya yang
sudah kedepan dahulu.
Dumm! Bunyi letupan memeranjatkan
Zaiton dan Abdullah. Tubuh mereka terpelanting saat letupan mula meledak.
Abdullah sempat melindungi bayi yang mereka selamatkan dalam pelukannya.
“Arkhh..abang..”Zaiton tercari-cari
suaminya. Sebelah tangannya mencengkam perutnya yang kesakitan kesan terjatuh.
Abdullah yang baru tersedar dengan
keadaan isterinya mulai panik. Bahu Zaiton disentuh untuk memastikan keadaan
isterinya.“ Zaiton,awak tak apa-apa?” Lelaki itu menyoal cemas.
“Perut saya sakit,bang.”Ujar Zaiton.
Sebelah tangannya lagi mencengkam tangan suaminya dengan kuat. Tenaganya
seolah-olah hilang begitu sahaja.
Dalam kegelapan malam,mata Abdullah
sempat menangkap cecair pekat yang membasahi kain yang digunakan isterinya.
Bulat matanya melihat keadaan itu. Tak mungkin!
“Abang,saya sakit sangat…”suara
Zaiton mula melemah. Kudratnya benar-benar mengering. Matanya juga menangkap
cecair yang mengalir dicelah kelengkangnya. Semoga sahaja keadaannya membaik
seandainya apa yang difikirkannya dan suaminya sama. Jika sama,maknanya harapan
mereka tiada lagi selepas ini.
“MAAFKAN
Zai ,bang.” Ujar Zaiton selepas dia sedar dari pengsan. Wajah pucatnya menatap
sayu sang suami yang sedia menemaninya.
“Apa
yang awak cakap ni.Awak tak ada salah apa-apa dengan abang.”Ujar Abdullah. Tangannya
menggenggam tangan isterinya. Wajah pucat isterinya dipandang sayu. Jujur
sahaja dia juga terkilan kerana tidak memiliki anak. Sepuluh tahun berkahwin
dengan Zaiton belum pernah sekali mereka dikurniakan anak. Selama sepuluh tahun
dalam perkahwinan mereka,sudah tiga kali Zaiton keguguran. Puncanya bukan sebab
lalai dengan kesihatannya. Hanya Allah belum mengizinkan mereka menimang cahaya
mata sendiri.
“Saya
tak mampu nak bagi zuriat keturunan pada abang,”ujar Zaiton dengan sayu. Tangan
kasar Abdullah diramas lembut. Mengalir segala kekuatan yang dimiliki lelaki
itu dalam dirinya.
“Ada
hikmah Allah tak bagi kita timang cahaya mata sendiri.”
“Maksud
abang?” Zaiton mengangkat wajahnya memandang suaminya.“Abang dah ambil
keputusan untuk jadikan bayi tu sebagai anak angkat kita. Semuanya masih dalam
proses.”
Mata
Zaiton kelihatan bercahaya memandang senyuman yang terukir di wajahnya.
Syukur,Allah sudi mengabulkan doanya walaupun bukan menimang cahaya mata
sendiri.“Alhamdulillah…” Ucap Zaiton sebagai tanda kesyukuran. Senyuman mekar
terukir pada wajahnya yang pucat tidak berdarah. “Zai janji Zai akan jaga anak
tu dengan baik bang.” Zaiton melontarkan kata-kata janjinya demi sebuah
kebahagian. Biarlah dia tumpahkan segala kasih-sayangnya kepada bayi malang
yang sudah menjadi yatim piatu itu.
“Kita
akan jaga dia sama-sama,Zai.”Ujar Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan