Rabu, 15 Februari 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 8


            Adam meraba-raba tilam di sisinya. Hani tiada di situ. Dia bangkit dan dan memisat-misat matanya. Matanya terarah pula di pintu bilik air yang baru sahaja terbuka. Muncul wajah Hani di situ yang sudah lengkap berpakaian. Wajahnya juga basah.
            “Assalamualaikum,selamat pagi.”
            “Wa’alaikumsalam, pagi sayang.” Balas Adam berserta senyuman.
            “Abang bangun dulu,s olat Subuh, dah pukul 6:15 pagi ni,” kata Hani. Telekung sudah dicapai lalu dibentang menghadap kiblat. Adam diam tanpa kata. Hanya geraknya menuju ke kamar mandi.
            Hani sudah selesai mengenakan pakaian solatnya saat Adam keluar dari kamar mandi.
            “Hani tunggu abang ya?”Hani mengangguk saat di tanya Adam.
            Di atas nama cinta. Kuserah cintaku untuknya,pada dia yang selayaknya menjadi pendampingku. Semoga kami di dalam lindungan rahmat-NYA sehingga di hujung nyawa. Biarlah hanya maut menjadi pemisah antara aku dan dia. Doa Hani di dalam hatinya.
            “Amin..” Terdengar suara Adam yang baru sahaja mengaminkan doa. Hani meraup wajah mengaminkan doanya. Adam menghulurkan tangan lalu disambut Hani. Tangan kasar Adam dikucup lama. Kemudian Adam pula memberikan kucupan hangat di dahinya.
            “Tidur pukul berapa malam tadi?”Adam menyoal.
            “Lepas abang tidur Maira pun tidur.”
            “Abang dah ngantuk dah,”kata Adam.
            “Tahu…Maira pun  ngantuk.”Kata Maira berserta senyuman.Telekung dan sejadah disimpan di tempatnya.Manakala Adam sudah naik ke atas katil. Barangkali mahu menyambung tidur. Cuti lelaki itu masih ada beberapa hari sahaja yang tinggal. Sementara tersisa waktu yang ada dapatlah mereka meluangkan masa berdua.
            Tok!Tok!Ketukan di pintu memaksa Hani membuka pintu. Muncul wajah Sofea yang sudah sedia tersenyum.Pasti gadis itu mahukan sesuatu.Fikir Hani sendiri.
            “Nak apa pagi-pagi dah meredah bilik orang ni. Dah tak ada kerja?” Sergah Adam yang sudah membaringkan tubuhnya di tilam.
            “Memang tak ada kerja,sebab tu cari kerja.” Jawab Sofea sambil matanya tidak lari dari menjeling Adam.Hani menoleh ke arah Adam. Lelaki itu sudah buat muka. Malas melayan.Macam budak-budak.“Kak,jom pergi jogging ,”
            “Tak boleh!” Putus Adam ketika Hani baru sahaja mahu membuka mulutnya.Tak jadi nak cakap.
            “Ala…Along ni kan kedekutlah.Orang nak pinjam Kak Long sekejap pun tak boleh,”protes Sofea.
            “Yelah,bini Along.” Kata Adam selamba. Hani membulatkan matanya. Laju langkahnya diatur menghampiri suaminya yang sedang bersenang di atas katil.
            “Adoi! Sakitlah sayang. Suka sangat cubit abang.”Adu Adam apabila tangan Hani hinggap dilengannya.
            “Padan muka. Pagi-pagi tak buli Sofea tak boleh ke?”
            “Yes, Kak Long back up Fea.” Sorak Sofea dengan bangga. Hani dan Adam sama-sama memandang Sofea yang masih tegak berdiri di muka pintu.
            “Back up je. Belum tentu boleh join Fea,” kata Adam selamba.
            “Abang…”Adam memandang isterinya.“Yelah. Yelah,susah betul kalau nak ikut cakap abang kan? Yelah,pergilah.” Putus Adam. Suaranya perlahan tanda tidak restu apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya buat seketika.
            “Set! Fea tunggu kat bawah ye nanti Kak Long,”

SEDIH pula hati Hani selepas suaminya memarahinya tadi.Semuanya gara-gara dia yang mengalami masalah pernafasan selepas beriadah bersama Sofea. Dia tahu dia bersalah kerana tidak mendengar kata suaminya. Mana dia tahu bahawa dia akan sesak nafas. Sudah lama dia tidak diserang dengan penyakit yang dibencinya itu.
            “Kalau dah tahu sakit,tak usah nak berlari ke nak apa ke.kan dah susah. Nasib baik ada Sofea. Kalau tak,macam mana? Siapa nak tolong?” Masih terngiang-ngiang lagi suara amarah Adam di mindanya. Handphone Samsung di tangannya di renung.Dia rindukan Aiman dan Mak Su.
            “Hai, adik!” Suara Aiman ceria di hujung talian.
            “Abang Aiman…” Perlahan suara Hani.Air mata sudah mula bertakung di kolam air matanya saat mendengar suara Aiman.
            “Lah,kenapa pulak ni sedih je suaranya.”
            Hani diam seketika. Nafasnya di tarik supaya Aiman tidak dapat meneka dirinya yang sedang bersedih.“Tak adalah. Hani rindu abang Aiman dengan Mak Su,”
            “Eleh,nak tipulah tu.”Hani terdiam.Aiman tahu!
            Perlahan air mata Hani mula jatuh membasahi wajahnya.“Adik?”Aiman memanggil.Saat itu,sendu Hani mula kedengaran.“Hani sedih,tadi abang Adam marah.”
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab tadi Hani jogging dengan Sofea. Lepas tu dada Hani sakit,”
            “Kenapa adik lari kalau macam tu? Adik kan tahu adik tak boleh bersukan,”
            “Hani nak juga rasa hidup normal macam orang lain,”kata Hani tidak mahu kalah.
            “That’s the other man adik.But not you.You’re different with the other.You have to realize that.” Kata Aiman. Semakin laju tangisan hani apabila Aiman berkata begitu.“Adik dah jadi isteri Adam. Adik mesti kuat. Dah,jangan nangis lagi. Tak elok kalau Adam nampak.”  
            “Biarlah kalau dia nampak. Bukannya dia nak pujuk pun,” kata Hani dalam sendunya. Sedih benar suaranya ketika itu.       
            “Adik…”“Hani nak balik…”Potong Hani dalam sendunya.Aiman terkesima.Sedih pula mendengar tangisan adiknya.Hani,biar segarang manapun dia,hatinya mudah terusik.

            “THAT’S your fault.Jangan salahkan Fea.”Kata Sofea geram.Kak Longnya sejak awal lagi sudah menyembunyikan diri selepas dimarahi Adam.
            “Fea yang salah.Kenapa ajak Kak Long jogging pagi tadi? Kalau tak,tak adalah Kak Long tu sakit. Tak adalah Along marah dia,” kata Adam  masih mahu cuba membela dirinya. Bukannya dia tidak tahu bahawa isterinya mempunyai masalah pernafasan. Apabila terlalu berkeras mahu beriadah dan terlalu memaksa diri ,inilah yang terjadi. Aiman sudah pesan dengannya awal-awal lagi.
            “Huh,malas nak layan Along. Buat sakit hati je!” Kata Sofea. Dia memeluk tubuh dan berjalan ke arah tangga untuk naik ke bilik.
            “Huh,ingat Along nak ke layan Fea. Buat sakit jiwa je.” Kata Adam membalas kata-kata Sofea. Dia menghempaskan tubuhnya di sofa empuk. Malas naik ke bilik memujuk sang isteri yang sedang melayan rajuknya.
            “Keluar lagi baik,”ujar Adam sendiri. Dia terus bangkit dan memanjat tangga. Pintu bilik dibuka. Dicari wajah hani di situ. Isterinya tiada di situ. Bunyi siraman air di kamar mandi menandakan isterinya sedang mandi.
            Almari pakaian di buka. Baju kemeja kasual dicapai lalu disarungkan di tubuhnya.
            “Nak ke mana tu Along?” Puan Aisyah menyoal apabila melihat kelibat Adam  di garaj.
            “Nak keluar,” jawabnya spontan.
            “Tak bawa Hani sekali?” Soal Puan Aisyah lagi.B elum sempat soalan dijawab,Adam sudah masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang sudah dihidupkan dipecut keluar.Puan Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya.



Tiada ulasan: