“Nak tidur dah ke?”Soal Adam kepada
Hani yang sudah naik ke atas katil.Dia turut melabuhkan duduknya di atas
katil.Novel Inggeris yang berada di meja tepi dicapai.
“Tak lah.”Kata Hani spontan.Adam
sudah duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen.Tipikal orang kaya,dalam
setiap bilik mesti ada sebuah televisyen agaknya.“Habis tu nak buat apa?”Soal
Adam dari jauh.Hani sudah tersenyum.Senyuman menggoda.“Aik,nak ngurat abang
nampak,”
“Kenapa,tak boleh ke?”
“Boleh je,”kata Adam.Lelaki itu
sudah bangkit dari kedudukannya.Hani membuntangkan matanya yang sepet.“Abang
nak pergi mana tu?”Adam tersenyum nakal.Alamak,matilah aku!Menyesal pulak goda
dia tadi.
“Err…abang Maira nak pinjam
broadband kejap boleh?”Kata Hani laju.mendengarkan kata-kata isterinya,Adam
ketawa kuat.Hani mengerutkan dahinya.“Kenapa?”perlahan Hani bersuara.
“We’re
husband and wife right?”hani mengangguk perlahan.Adam masih lagi ketawa.“So,everything that I have is yours.You don’t
have to borrow it from me,”
Hani menguntum senyuman.Laju sahaja
dia turun dari katil dan memeluk tubuh suaminya.Adam membalas rangkulan
isterinya.“I love you,”ucap Hani.Adam menguntum senyuman.“I love you too,”balas
Adam.
“Abang…”
“Hmm…”
“Maira nak online boleh?”Kata Hani.Perlahan,tubuh Adam ditolak.lelaki itu
sudah menggelengkan kepalanya perlahan.“Yelah,karang tak bagi merajuk
pula.Abang nak tengok tv.”Katanya.Novel yang dicapai tadi diletakkan kembali di
tempatnya.Lelaki itu kemudiannya bangkit dari duduknya dan berlalu ke sofa di
hadapan katil.
“Tengok bolalah tu,”kata hani
spontan.
“Ha’a,tengok bola.Bosan malam ni tak
ada aktiviti.Isteri abang pun malas nak layan abang.Sibuk nak online kerjanya.”Hani memusingkan
tubuhnya memandang kembali suaminya yang masih berdiri.“Abang marah ke?”
“Tak lah,pergilah online sana.”
“Tak nak ah,”
Adam terdiam.Wajah mulus isterinya
ditenung sedalamnya.“Kenapa pulak?”
“Hubby
saya tak restulah saya nak online,”kata
Hani manja.Penuh perasaan.Adam tersenyum lagi.hani buat muka sedih.Alahai comelnya
bini aku ni.Detik Adam dalam hatinya.
“Alah,awak nguratlah hubby awak tu.Mesti dia bagi.”Kata
Adam.Dia turut melayan isterinya.Cara komunikasi yang bebas.
“Alah,tak nak lah ngurat dia,nanti
dia melebih pula.Tak dapat nak lari dah.”
“Tahu pun takut.”Kata Adam kembali
kepada gayanya yang sebenar.Tegas suaranya.Hani yang duduk di birai katil
mengangkat wajahnya memandang Adam.“Pergilah online sana,”
Hani menggelengkan kepalanya
perlahan.Adam melepaskan nafasnya perlahan.Dia melangkah menghampiri isterinya
yang sugul kemudian duduk di sisi isterinya.“Kenapa ni?”
“Maira takut…”
“Takut apa?”
“Takut Tuhan laknat sampai pagi
sebab ingkar abang,” Adam terkesima.Begitu jujur dan tulusnya Hani Humairah
yang telah menjadi isterinya kini. “Okeylah,abang duduk sini teman Maira online okey.Sekejap je,lepas tu kita
tidur,”putus Adam.Dia menutup televisyen kembali dan naik ke atas
katil.Tubuhnya disandar di kepala katil rapat dengan Hani.Hani menguntum
senyuman ceria.
Dia hanya memerhatikan sahaja
isterinya membuka Lap Top.Paparan utama di lap top membuatkan nya tersenyum
sendiri.Wajah isterinya sedang ber’selfie’ sambil menguntum senyuman manis.
“Nak
buka apa ni?”Soal Adam.
“Hmm…Facebook.”Spontan Hani
menjawab.Adam diam,tidak memberi respon.Laju sahaja Hani membuka laman
facebook.
“Banyaknya notifications,”komen Adam.
“Memanglah,sebab Maira dah lama tak
buka facebook ni.Tak boleh buka selalu
nanti bosan.”Jawab Hani tanpa memandang Adam.“Maira dah tukar status pada married dah.”Ujar Hani.
“Berita hangat ni.Ramai yang komen
Maira dah tukar status.”Kata Hani sendiri.
AzleN >>>Bila
kahwin?Tak tahu pun.
shortWire >>>Ha’a
bila kahwin?Melepas nak makan nasi minyak.Congrats….
CaHaya CinTA >>>Double
H tak usah le buat berita TERHANGAT macam ni.I x suka u Know
Double H >>>ha3…just
a few 2 days…sory.
CaHaya CinTa >>>Your
hubby very handsome…
Double H >>>Heip.2
aq pnye.Watch out.Don’t disturb!
“Abang ke yang
upload gambar kahwin kita tu?”
Senyap.Tiada respond.
“Abang?”Hani memanggil lagi.Namun tiada
sahutan.Hani menoleh ke arah Adam yang sudah terlentok di kepala katil.Hani
menggelengkan kepalanya perlahan.“Hai,abang…abang…”
Hani
bangkit sebentar dan membetulkan pembaringan Adam.Perlahan dan tidak mahu
suaminya terjaga.Kemudian,pipi Adam di kucup sebagai tanda kasih seorang isteri
buat suaminya.
“Abang
tahu tak,Maira sayang sangat dengan abang.Maira harap Maira adalah cinta
terakhir abang kerana abanglah cinta pertama Maira.”tulus pengucapan Maira.Kemudian,sekali
lagi bibirnya singgah di pipi dan dahi suaminya.
Lap
top yang sudah di tutup diletakkan di meja kerja suaminya..Kemudian,dia
berbaring di sisi Adam.Tubuh sasa lelaki itu dirangkul erat.
Cinta tidak
pernah membenci
Kerana rasa
sayang telah lama bertapak di hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan