Rabu, 1 Mac 2017

Hanya Satu Jadi Milikmu; Bab 12


            Adam yang baru pulang kehairanan apabila suasana rumah kelihatan suram dan sepi.Mana semua orang?Senyap je.
            “Assalamualaikum,”
            “Wa’alaikumsalam.Eh,Along!” Farshah menghampiri Adam. Terkocoh-kocoh gadis itu keluar dari dapur.
            “Bila sampai ni?Mana semua orang?”
            “Petang tadi. Makan,jom.” Tangan Adam ditarik masuk ke dapur. Adam hanya menurut. Tali lehernya sudah dicampak entah kemana.
            “Makan Along,”pelawa Hanan.Adam terus duduk ditempatnya.Lehernya dipanjangkan mencari kelibat isterinya.“Mana Maira?”Soalnya.Farshah dan Afiq saling berpandangan.Bagai mahu tercekik nasi yang baru masuk ke dalam mulutnya.Sofea buat tidak tahu.Begitu juga Puan Aisyah dan Hanan.
            “Maira….”


            “Tak payahlah panggil. Isteri kamu dah tidur,”ujar Puan Aisyah seraya membantutkan panggilan Adam buat isterinya.
            “Tidur?”Adam mengerling jam di tangannya.“Baru pukul 8:45 malam,”Adam kehairanan.Berlapis-lapis dahinya.Bukan kebiasaan isterinya tidur awal begini.
            “Kak Long penatlah Along. Kena buli tadi petang dengan dua orang makhluk Allah ni.”
            “Angah,Farshah. What has you done?”Adam menyoal adik-adiknya.Tahulah dia sikap dua orang adiknya ini. Boleh tahan nakalnya dan boleh tahan juga idea jahatnya untuk mengenakan orang.
            Farshah dan Afiq saling berpandangan dan tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.
            “Dia orang berdua ni ingatkan kak Long tu maid mama. Suka hati je dia orang ni suruh kak Long buat macam-macam. Kemas biliklah,angkat beglah. Mentang-mentanglah kak Long tadi pakai kain batik dengan tshirt je.”Adu sofea. Adam sudah membulatkan matanya.Biar betul?
             “Sorrylah Along,bukan sengaja pun.Mana kami tahu tu wife Along.”kata Afiq selamba.
            “Betullah kau orang berdua ni.Langsung tak boleh harap.Lain kali,tak kiralah orang tu siapa tetap tak boleh buat macam tu ,faham?” Kata Adam berbaur nasihat. Nada suaranya juga kedengaran amat marah.
            “Mama,Maira dah makan?”
            “Belum rasanya.Dari lepas Maghrib tadi langsung tak keluar,”kata Puan Aisyah.Menjegil mata Adam mendengarnya.Dia terus bangkit.Luggage yang tersadai di tepi sofa dicapai.Dia ingin segera menemui Hani.
            “Sayang?” Pintu kamar ditolak.Suasana yang terang benderang memudahkan dirinya melihat Hani.Terkesima dia apabila melihat isterinya yang terlena sepi. Adam menghampiri.Dia duduk berhampiran Hani. Rambut panjang yang menutupi sebahagian wajah wanita itu diselak.Jelas kelihatan wajah itu penuh kepenatan.
            “Kesiannya isteri abang,”pipi dan dahi Hani dikucup penuh kasih. Hani terjaga sedikit.Adam terkaku. “Sayang,abang dah balik ni.” Kata Adam.Pipi gebu Hani diusap lembut.
            “Abang…”
            Adam mengukir senyuman di bibirnya.“Bila abang sampai?Kata balik esok,”
            “Abang saja nak buat surprise untuk Maira.Tapi tengok Maira dah tidur tak jadi dah surprise abang.”
            Hani tersenyum kelat.Dia bangkit dari pembaringannya dan duduk menghadap suaminya.
            Rambut yang terbiar tanpa diikat dikemaskan.Adam hanya tersenyum melihat isterinya.Biar dalam keadaan mengantuk,biar dalam keadaan penat,Hani tetap sedia membahagiakannya.“Abang dah makan?Kalau belum nanti Maira siapkan makan.”
            “Tak apalah,abang nak mandi dulu.Maira pun makan sekali dengan abang.Belum makan lagi kan?Kesian dia kena buli dengan adik-adik abang,”kata Adam sebelum melangkah masuk ke kamar mandi.
            Hani sekadar menguntum senyuman. Sementara menunggu suaminya bersiap,Hani membaca novel Bara Cinta Canberra karya Ilham Hamdi.Sudah lama novel itu dibeli,namun belum pernah sekalipun dia berpeluang menamatkan novel itu. Kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang isteri membuatkan dia langsung melupakan hobi yang sudah sekian lama tertanam dalam dirinya.
            “Tak habis lagi ke baca cerita tu?”Sapa Adam setelah keluar dari kamar mandi.Hani menoleh memandang suaminya.Senyuman dilontarkan buat lelaki itu.“Belum lagi.Tak sempat nak baca,penat.”
            “Nanti bila ada masa sayang bacalah. Janganlah asyik buat kerja je.Sekali sekala ambil masa untuk diri sendiri. Abang okey je kalau sayang pandai bahagikan masa untuk diri sendiri,untuk abang.”Pesan Adam.Baju dalam almari sudah dicapai dan disarungkan ketubuhnya.
            Sportingnya dia! Kak Wilda selalu kena marah dengan abang Aiman sebab selalu baca novel sampai tak ingat nak masak.Tak nak aku jadi macam tu jugak. Sudahlah aku ni jenis kalau dah buka novel langsung tak nak tutup. Tak apalah,biar aku biasakan diri dulu.
            “Nantilah.Maira nak biasakan diri dulu. Kalau abang puas hati dengan layanan Maira baru Maira sambung sampai habis,”katanya tenang.
            “Suka hati Maira la…Abang nak solat dulu baru abang turun.Maira dah solat?”
            “Dah sebelum Maira pengsan tadi.”Adam mengangguk. Sejadah sudah dibentangkan menghadap kiblat. Hani pula masuk ke kamar mandi untuk menyegarkan kembali wajahnya.Kemudian dia keluar.Tudung yang sudah tersedia di penyangkut dicapai.Hish,nasib baik aku tak pakai baju tidur lagi.Kalau tak jangan harap aku nak tukar baju lagi.

            “HAH,nak kemana ni?”
            “Nak masuk biliklah,nak pergi mana lagi?”Jawab Farshah apabila Adam menegurnya sewaktu dia baru keluar dari bilik tontonan.
            “Jom ikut Along,makan.”
            “Tak nak ah.Shah dah makanlah tadi.”Kata Farshah tanda tidak mahu menuruti Adam.Berkerut wajahnya.“Panggil Angah sekali,”kata Adam tanpa mempedulikan kata-kata Farshah.Lelaki itu sudah melangkah menuju ke dapur.
            “Ish,dia ni kan suka sangat mengarah.Orang cakap tak nak tu tak naklah.”Bebel Farshah sendiri.Kakinya sudah melangkah kembali ke bilik tontonan.
            “Kenapa ni Shah?”Hanan yang turut berada di bilik tontonan menegur apabila melihat wajah gadis itu berkerut.Afiq mengangkat wajahnya memandang adik kembarnya.
            “Along tu,orang cakap tak nak ikut,dia nak juga kita ikut dia.Mengarah je tau,”bebel Farshah lagi.
            “Pergi mana?Ikut jelah,”kata Hanan.
            “Entah,pergi je lah,”Sokong Afiq pula.
            “Jom,” kata Farshah spontan.Afiq mengerutkan dahinya.Hairan pula apabila Farshah mengajaknya.“Nak jumpa Along pun ajak Angah jugak ke?”
            “Banyak cekadak pulak. Along panggil Angah sekali.”Marah Farshah. Adoyai…kemarahan Farshah Akira sudah meletus.Awas!Jangan buat dia marah.
            “Yelah, yelah…”Afiq sudah bangkit.Tangan Farshah dicapai lalu ditarik untuk memudahkannya bangkit.
            “Hai,Kak Long!”Hani menguntum senyuman saat Afiq menyapanya.Lelaki itu sudah duduk berhadapan Adam.Manakala Farshah mengambil tempat di sisinya.“Makan Angah,”jemput Hani.Dia sudah menceduk nasi ke pinggan suaminya.
            “Tak apalah kak,Angah dah makan tadi.”Kata Afiq menolak lembut perlawaan kakak iparnya.“Kak Long tu makanlah.Fea cakap Kak Long ada gastrik,so Kak Long kena makan kalau tak nanti sakit.”Adam mengukir senyuman.
            “Hmm,baiklah doktor Syafiq.”
            “Eh,belum lagilah Kak Long!Tunggu Angah grad dulu baru boleh panggil doktor.”Terang Afiq.Adam sudah menggelengkan kepalanya perlahan. Ada-ada sahaja budak ni.
            “Masam je kenapa ni Shah?”
            “Mogok long,”Afiq pula yang menjawab.Farshah sudah memandang tajam ke arah Afiq. Menjegil matanya.
            “Dia ni kan semua nak ngadu.” Marah Farshah. Hani yang sudah duduk tidak berkelip matanya memandang Farshah.Garangnya dia mengalahkan aku.Dia ni tak suka ke aku jadi kakak ipar dia?
            “Tak payah nak gaduh. Say sorry to Kak Long untuk apa yang korang buat petang tadi.”Arah Adam.Afiq sudah tersengih-sengih. Cerianya mamat ni.Asyik senyum je macam abang dia.Tak penat ke mulut tu?
            “Sorry Kak Long,”ucap Afiq dan Farshah serentak.
            “Tak apalah,bukan salah korang pun.  Kak Long yang tak bagitau,”
            “Kak Long ni sportinglah!” Kata Afiq kuat.
            “Banyak kau punya sporting. Dah main jauh-jauh sana. Along nak dating ni,”kata Adam menghalau adik-adiknya.Afiq dan Farshah bangkit.

            “Ceh,dating dekat dapur,apa kelas!”Sempat Farshah berkata. Adam membulatkan matanya.Kurang asam jawa punya adik.

Tiada ulasan: