Hani terjaga saat azan Subuh sedang berkumandang. Mujurlah rumah yang diduduki bersama keluarga Adam berhampiran dengan masjid,dapat juga dia mendengar azan yang berkumandang saat waktu telah tiba.
Tangan Adam yang masih melingkari
pinggangnya cuba dialihkan.Tetapi terasa amat payah kerana pautan tangan lelaki
itu begitu kuat dan kejap. Dia ni mesti dah bangun. Fikir Hani sendiri.
“Abang,bangunlah dah Subuh dah ni,” kata
Hani memujuk si suami yang payah untuk bangkit.
Adam masih tetap diam tanpa
berkutik.Hani sudah mengetap bibir. Geram pula melihat suaminya yang
mengalahkan anak kecil. Merengek pula bagaikan bayi yang baru berusia satu
bulan.
“Dah Subuh dah ni,bangunlah.”
“Nantilah sayang. Abang mengantuk
lagi ni,” kata Adam.
Hani sudah menggelengkan kepalanya
perlahan. Apa nak jadilah laki aku ni. Macam ni ke rupa anak sulung dalam
keluarga? Tak ada rupa anak sulung pun,anak manja adalah. “Abang,malaikat tak
tunggu kalau nak ambil nyawa. Nanti kalau dah tidur tak bangun-bangun baru
tau,” ujar Hani sebagai tazkirah kepada suaminya.
Adam segera melarikan tangannya
dipinggang isterinya. Ada sahaja tazkirah Hani pada pagi yang hening ini.Lelaki
itu segera bangkit dari pembaringannya. Hani sudah tersenyum saat Adam
memandang ke arahnya. “Cantiknya isteri abang.” Puji Adam.
“Dah,tak payah nak membodek
pagi-pagi,” kata Hani. Malas mahu melayan Adam yang andai dilayan,semakin
menggila perangainya.
“Ish,suami sendiri puji pun marah,dapat
pahala tahu puji isteri.” Protes Adam sedikit terasa dengan balasan isterinya.
“Bukan marah. Abang tu bukan boleh
dilayan sangat pagi-pagi ni. Makin dilayan makin pening kepala Maira
dibuatnya.”
“Siapa suruh Maira goda abang,” balas
Adam selamba. Dia sudah menapak ingin masuk ke kamar mandi dengan tuala yang
sudah bersangkut dibahunya.
Membulat mata Hani saat mendengar
balasan daripada suaminya. Serta merta bantal kecil yang tersedia di atas katil
dicapai dan dibaling ke arah suaminya. Termati langkah Adam buat seketika. Dia
menoleh ke arah Hani yang duduk di birai katil. Kemudian,pandangannya jatuh ke
bawah kakinya. Serta merta lelaki itu ketawa. Bantal yang sudah dicapai
dibaling kembali dan tepat mengena tubuh Hani. Terkejut Hani dibuatnya.
“Abang!”Hani menjerit.
“Apa?Nak ikut mandi sama?”
Hani sudah membeliakkan matanya.Adam
sudah melangkah kembali ke arahnya. Dia nak buat apa pulak ni?
Hani sudah bangkit dari katil secara
mengejut.Adam pula semakin menghampirinya.
“Abang nak buat apa ni?” Hani
menyoal. Adam tersenyum nakal.“Abang nak buat apa ni?Abang jangan…nanti Maira
jerit bagi semua orang dengar,”Hani sudah mengugut.
“Jeritlah,siapa nak dengar Maira
menjerit. Tak ada orang nak dengar Maira jerit.Jom,ikut abang mandi,”kata Adam
selamba.
Hani sudah melarikan diri sehingga
ke penjuru bilik. Wajahnya ditutup dengan tangannya saat Adam sudah berada di
hadapannya.
“Jom lah sayang,temankan abang
mandi,” kata Adam dengan nakal. Wajahnya sudah satu inci daripada wajah Hani. Terasa
hembusan nafasnya pada wajah Hani.
“Tak nak!”Kata Hani separuh
menjerit.
“Jom lah sayang,”Adam berkata penuh
menggoda. Lembut sahaja suara lelaki itu pada pendengaran Hani. Seram sejuk
dibuatnya.
Hish,dia ni la…pagi-pagi kalau tak
kacau aku tak boleh agaknya. Rungut Hani dalam hatinya.Geram dengan Adam yang
suka mengusiknya.
“Abang pergi mandilah sana! Subuh
dah separuh waktu dah ni,”marah Hani.
Adam tetap diam di situ.Tangannya
sudah merayap di wajah mulus milik Hani.
“Hmm…malu lagi isteri abang
ni.Yelah,abang tak kacau dah,”kata Adam seraya menjarakkan sedikit wajahnya
daripada Hani.
Hani menjatuhkan tangannya.Lega pula
apabila Adam berkata begitu.Nafas kelegaan dilepaskan apabila lelaki itu sudah
menjauhkan sedikit wajahnya.
Cup!!Satu kucupan hinggap di pipi
Hani.Bulat matanya.Dia ni kan.Hani melihat suaminya sudah masuk ke kamar mandi
bersama sisa tawanya.Ada-ada sahaja suaminya ini.
“PAGI-PAGI dah termenung.Ingat kat
siapa?”Hani menyapa Sofea yang duduk di taman sendirian.
Sofea menoleh ke arah Hani yang
sedang menghampirinya.Gadis itu menguntum senyuman.“Kenapa ni?Senyap je,selalu
pagi-pagi dah kacau Kak Long.”Kata Hani.Dia melabuhkan punggung di sisi Sofea.
“Along dah pergi office ye kak?”Soal Sofea langsung lari
dari pertanyaan Hani.
“Dah…mama dengan Mak Su Hanan pun
dah pergi butik.Fea kenapa ni,tayang muka sedih pulak ni.Cuba cakap dengan Kak
Long,”ujar Hani.Sejak dia duduk di rumah ini,sudah menjadi rutinnya mendengar
cerita Sofea.Itu merupakan langkah untuk merapatkan hubungannya dengan gadis
remaja itu.Ternyata bukan sukar sangat untuk dekat dengan gadis seperti Sofea
yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bandar.
“Kak Long…”Panggil Sofea.Gadis itu
sudah menayangkan muka sedihnya.Hani mengerutkan dahinya.Kenapa pulak budak ni?
“Kenapa ni?”
“Fea dah break dengan pakwe
Fea,”kata gadis itu.Serta merta kening Hani terangkat.Alahai,sedihnya
suara.“Malam tadi Fea keluar dengan kawan Fea terserempak dengan dia.Lepas tu
Fea Nampak ada perempuan kat sebelah dia.”
“Perempuan tu adik dia agaknya,”teka
Hani sendiri.Seraya untuk menyedapkan hati gadis remaja itu.Belajar lagi,dah
bercinta!
“Tak…perempuan tu panggil dia
sayang.Mana Fea tak geram.Time tu
jugak Fea mintak putus dengan dia.”Kata Sofea dengan geram.
Terkesima Hani mendengar luahan rasa
adik iparnya itu.Macam ni ke punya gaya kalau orang putus cinta? Haru!Nasib
baik Sofea tak menangis macam kawan-kawan aku masa dekat sekolah dulu.“Sedih ke
ni?”Apa punya soalan ni Hani Humairah?Adoyai…janganlah buat lawak antarabangsa
dekat sini.
“Kak Long ni…Sedihlah,”Kata Sofea.Hani
menggaru kepalanya yang tidak gatal.“Tak nangis pun,”kata Hani selamba.Terkejut
Sofea mendengar kata-kata Hani.“Sorrylah,akak tak tahu rasanya kalau putus
cinta ni,”
“Kak Long tak pernah bercinta
ke?”Sofea menyoal. Lagaknya terkejut.Hilang terus perasaan sedihnya pada ketika
itu.
Bagaikan anak kecil,Hani
menggelengkan kepalanya perlahan.Ternganga mulut Sofea.“Biar betul Kak Long
ni.Dulu masa dengan Along pun tak pernah bercinta ke?”
Hani mengukir senyuman dibibirnya.“Tak,”spontan
Hani menjawab.
“Habis tu macam mana Kak Long kahwin
dengan Along?”
“Kak Long tak kenal pun Along tu.Dia yang lamar Kak Long dulu.Kak Long tau
dia pun kat fb je sebab dia friend dengan Kak Long and follow Kak Long selalu.Eh,masa malam tu
kan mc ada cerita.”
“Mana Fea tau.Fea tak ada pun masa
tu.Pergi toilet.”Kata Sofea.“Eh,Kak
Long ceritalah lagi!”Pinta Sofea yang lebih teruja mendengar kisah cinta Hani
dan Adam.Terlupa terus kisah ‘cinta monyet’nya yang mahu diceritakan kepada
Hani.
“Tak nak ah.Nak tau tanya Along.Kak
Long nak masuk nak kemas dalam.Angah dengan Shah dah bangun belum?” Hani
menyoal.
Sofea menjungkitkan bahunya tanda
tidak tahu.Dagunya ditongkat.
“Tak apalah,Kak Long nak masuk dulu.
Ni dah sarapan ke belum ni? Tadi tak ada pun masa Kak Long sarapan,”
Sofea mengukirkan senyuman
dibibirnya.Kelihatan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.“Belum,frust tadi. Lepas bangun tidur terus
duduk sini.”
“Solat
Subuh tak tadi?”
Sofea menayangkan gigi putihnya.“Fea
angkat bendera merah,”Hani mengangguk tanda mengerti.“Habis ni frust lagi ke?”
“Hmm…frust kot,”jawab Sofea acuh tak acuh.
“Dik,masa adik masih panjang.Fea
baru 18 tahun,nanti bila kat universiti,ramai lagi yang Fea akan kenal.”
“Ala…kawan-kawan Fea semua ada boyfriend,”kata Sofea selamba.Hani menggelengkan
kepalanya perlahan.Bukannya dia tidak tahu trend
remaja sekarang. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Orang nak bercinta dia
pun nak bercinta.“Ini kes ikut kawanlah ni.” Sofea sudah tersengih. “Tak
payahlah kalau ikut kawan ni. Buang masa je kalau setakat suka-suka. Bercinta
lepas kahwin lagi indah dik,”ikhlas Hani memberi nasihat demi mengelakkan adik
iparnya ini terjebak dengan gejala yang tidak elok.
“Macam Kak Long,”
Hani menguntum senyuman. “Dah, tak
mau sedih-sedih ni. Jom ikut Kak Long masuk.”
“Tak nak ah,”
“Jom!” Tangan Sofea ditarik.Sofea
mengeraskan badannya tanda tidak mahu menuruti kemahuan kakak iparnya.“Ala Kak
Long ni…Fea nak layan perasaan kat sinilah,”
“Tak ada-tak ada.Jom,kalau tak Kak Long
cakap dengan Along nanti,”
“Yelah yelah Fea ikut.”Katanya
terpaksa mengalah apabila tangannya terus ditarik Hani.
Mereka beriringan jalan masuk ke
dalam rumah.
“Bah!”Afiq dan Farshah sama-sama
menyergah Hani dan Sofea di muka pintu.Spontan tangan Sofea menampar bahu
Afiq. Mengekek Afiq dan Farshah ketawa.
“Eh terkejutnya,”kata Hani pura-pura
terkejut.
“Dah tak ada kerja eh pagi-pagi
menyergah orang.Dah lah bangun lambat.”Marah Sofea.
“Kenapa Kak Long tak
terkejut?”Farshah menyoal kebingungan.Hani tersenyum.“Kak Long Nampak korang tadi.Tak
payahlah nak tipu,”kata Hani.Afiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Plan tidak menjadi.“Dah tak payah nak
buat muka seposen kat sini.Jom pergi
sarapan sana,”arah Hani.
“Kak Long masak apa?”laju Farshah
menyoal.Tubuh Sofea ditolak ketepi sedikit supaya dia boleh mencelah ke sisi
Hani.Sofea merengus geram.
“Laju je kalau bab makan.Badan macam
gitu jugak,kudut.”Kata Afiq.Farsha menoleh ke arah Afiq.Lidahnya dijelirkan.
“Kak Long masak mi goreng je,”
“Wah,mi goreng?Favourite tu,”kata
Afiq.
“Angah nak tau tak,Kak Long masak superb habis.Sedap sampai boleh buka restoran dah,”sampuk Sofea.
“Hish,ada-ada je Sofea ni.Tak payah
nak puji lebih-lebih sangat.Nanti Kak Long riak pulak,”Hani membalas selamba.Tidak
berkelip Farshah dan Afiq memandang Hani.
Baiknya kakak ipar aku ni. Dah la
pandai,cantik baik pulak tu.Memang pakej lengkap habis ni.Memang padanlah
dengan taste Along. Pandai Along cari. Susah betul nak jumpa jodoh dekat alam
maya ni. Tabik springlah dekat Along. Fikir Farshah sendiri.
“TENGAH hari ni abang balik
tak?”Hani menyoal suaminya yang berada dalam talian.Selepas mengemas dia duduk
di meja suaminya dan melayari internet. Kebiasaannya dia akan mencari menu
masakan untuk dipelajari.Tiba-tiba sahaja tadi dia terjumpa resepi masak lemak cili
api. Satu persatu bahan yang diperlukan dicatat dalam buku nota khasnya. Bahan
yang tiada nanti akan dibeli di pasar. Kebetulan adik-adik iparnya di rumah
bolehlah dibuli mereka buat sementara ini.
“Hmm,balik kot. Abang tak busy sangat hari ni.Sayang masak apa?”
“Hmm..Maira ingatkan nak masak lemak
cili api. Abang baliklah ya? Maira jumpa resepi dalam internet tadi.Dessert yang Maira buat semalam pun dah
jadi. Nanti boleh makan sama,”ujar Hani lagi.Matanya masih tertumpu pada blog
MyResepi.com di skrin lap top.
“Dessert? Siap ada dessert sekali? Terbaiklah.Okeylah,nanti
abang balik.” Ujar Adam.
“Abang nak ayam ke nak ikan?” Hani
menyoal lagi.Sekarang,menu masakannya perlu disoal dengan suaminya supaya kena
dengan selera lelaki itu yang boleh dikatakan cerewet . Dia pula jenis yang
tidak kisah. Asalkan makanan itu kena dengan seleranya. Begitu juga dengan
penghuni lain di rumah ini. Masakan kampung menjadi kegemaran.
“Tak kisahlah.Sayang masak je
apa-apa. Hmm…nanti kalau ada bahan yang tak cukup ajak Angah pergi beli.Jangan
nak pergi sendiri pula. Sayang bukan kenal sangat dengan kawasan ni,”pesan
lelaki dengan panjang lebar sebelum dia mematikan talian.
“Kak Long!” Suara Farshah yang
menjerit dari dapur mengejutkan Hani.Berlari-lari anak dia turun ke dapur.
“Ye,kenapa?” Hani menyoal setelah
tiba di pintu dapur. Tiga orang adik iparnya sudah bertenggek di kaunter bar
.“Ni ais krim yang kak Long buat semalam ke?” Farshah menyoal.Bulat mata Hani
melihat mangkuk di atas kaunter.
“Err…emm…ha’a. Kak Long buat
semalam.” Jawab Hani dengan suaranya sedikit tergagap-gagap. Janganlah di
habiskan semua mangkuk tu.Aku dah buat dua bekas je semalam.
“Sedap.Ingatkan nak ambil lagi satu
bekas dalam tu. Tapi tak sampai hati.”Selamba Afiq berkata.Terjungkit terus kening
Hani mendengar kata-kata lelaki itu.
“Jangan. Hmm..Kak Long
maksudkan…simpankan untuk mama,mak su dengan Along.Nanti lain kali kak Long
buatkan lagi,”ujar Hani.Bahaya betul adik-adik iparnya ini.Rupanya semasa dia
dalam bilik melayari internet tadi adik-adik ipanya sudah membalun ais krim
yang dibuatnya semalam.Nasib masih tinggal satu bekas lagi yang tidak
diusik.Sudahlah dia sudah berjanji dengan suaminya tentang dessert yang dibuatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan