Ahad, 10 November 2013

I love you mr.blogger part 2



****mr.Blogger****

Hampir 3 bulan aku hidup bersama Zariff. Aku semakin memahami kerjaya Zariff. Kadang-kadang lelaki itu tidak pulang ke rumah. Kadang-kadang pulangnya lewat malam.Jika dia cuti,masanya akan di habiskan dengan bermain dengan Fika dan jika tidak,dia akan duduk di hadapan lap top dan online.Aku dan Zariff punyai masalah berkomunikasi.Bila aku bertanya jawapannya hanya beberapa patah,angguk dan geleng sahaja.
            “Ma...ma...”Suara Fika memanggil mengejutkan aku yang sedang berkemas.Fika sudah pandai memanggilku mama.Aku gembira dengan telatah si kecil.“Iya,sayang.Fika main apa sayang?Mama kemas sekejap ya? ”Pesanku kepadanya.Anak kecil itu sedang belajar untuk berdiri.Kakiku menjadi punca untuknya berpaut.
            Aku terkejut apabila terdengar Fika menangis.Dahinya bengkak kerana jatuh.“Ya Allah,Fika sayang.Fika kenapa ni?Fika jatuh ya?”Pujukku.Dahi Fika aku kucup.Wajahnya basah disebabkan air mata.“Fika jangan takutkan mama sayang.”Tubuh Fika aku angkat dan naik ke tingkat atas.
            Tangisan Fika mula reda selepas aku menyapu minyak di dahinya untuk mengurangkan sakit dan bengkak.Tetapi,akumenjadi sedikit gementar sekiranya Zariff mendapat tahu.
            Usai solat Isya’ aku mendengar deruman kereta milik Zariff.Aku menanggalkan telekung dan turun ke tingkat bawah.Awal pula suamiku pulang.Seperti biasa,aku menyambut kepulangannya dia dan dia akan bertanya perihal anaknya.“Fika mana? ”
            “Fika tidur.Abang nak Min sediakan makan tak?”Zariff hanya mengangguk.Langkahnya laju untuk mendapatkan Fika.Aku menjadi semakin gementar.Entah hukuman apa yang bakal aku hadapi nanti.
            Sedang aku menyediakan makan malam di dapur.Zariff datang dan terus menerkam aku.“What has you done to my daughter?”Zariff bertanya berang.Wajahnya merah.Baru kali ini aku melihatnya marah begitu.
            “Min...Min..tadi kemas.Fika jatuh sebab...berdiri.”Tamat sahaja bicaraku, Zariff terus menghadiahkan tamparan yang tak pernah aku jangka sehingga aku jatuh di atas lantai.“Abang...”
            “Aku tinggalkan anak aku pada kau suruh kau jaga.Tapi apa yang kau buat?Kau nak bunuh anak aku??”Aku lihat Zariff menarik tali pinggang di seluarnya.Aku menjadi semakin takut.Zapp!Tepat mengena pada belakang tubuhku.Ya Allah,apa salahku?Aku isterinya bukan hambanya.
            Zariff memukulku sehingga dia puas.Aku pula,sudah hilang daya.Tubuhku terasa amat sakit.Terasa,untuk bangkit juga aku tak mampu.Akhirnya,aku terlena di lantai dapur sendirian.

****mr.blogger****

Selepas kejadian itu,setiap kali Zariff pergi ke hospital,Fika akan di tinggalkan di nursery.Aku pula lebih banyak termenung di rumah. Zariff menjauhkan aku daripada Fika.Kadang-kadang,aku akan berfikir untuk apa dia ambil aku sebagai isterinya?Sebagai ibu kepada anaknya?Sebagai hiasan sahaja atau sebagai pemuas nafsunya?
            Deringan dari handphone Sony Xperia L milikku bergema.Aku pantas menjawab apabila melihat nama Anis di skrin.“Amboi,dah kahwin langsung tak call aku. Kau apa cerita?”Soal Anis.
            “Aku?Aku macam biasalah.Kau nak apa?”Aku menyoal kembali.Sedikit ceria apabila mendengar suara Anis.“Amboi,macam tak sudi je nak cakap dengan aku.Tahulah dah jadi bini orang.Takkan busy memanjang kot.” Balas Anis.Aku tersenyum.“Mr.blogger.”
            “Kenapa dengan Mr.blogger?”Aku menyoal kembali.“He’s married,”kata Anis.Betul-betul stalker si Anis ni.“Nanti kau bacalah blog dia.”
            “Kau call aku semata-mata nak bagitau pasal tu aja? Motif sangatlah kau ni.Malas-malas. Aku busy.”Kataku.“Alah,kaubacalah.Okeylah,bye.Jaga diri.Aku nak kerja ni.”Talian terus dimatikan.Aku malas mahu bercakap panjang.Kepalaku terasa pusing.Segalanya bagaikan berputar. Sudah beberapa aku jadi begini.Apabila aku adukan kepada Zariff,lelaki itu hanya buat tidak endah.
            Aku sudah menelefon teksi untuk ke klinik.Aku harap kesihatanku seperti yang aku harapkan.
            “Congratulations!You’re become a mother soon.”Kata doctor Saraswathy.Aku mengusap perutku sambil tersenyum.Aku bakal menjadi ibu yang sebenar.
            “Tapi puan perlu hati-hati.Pada awal kandungan sangat lemah.Saya nasihatkan puan jangan lakukan kerja yang berat.Banyakkan makan makanan yang berkhasiat.”Pesannya.
            Aku pulang kerumah dengan perasaan gembira.Tidak sabar mahu katakan kepada Zariff bahawa benihnya sedang membesar dalam rahimku.Aku duduk di meja belajar di kamar kami dan membuka lap top. Aku masuk ke laman blog untuk masukkan kisah terbaru dan berkongsi kisah gembira ini.Aku puas selepas update blog. Selepas itu,aku masuk ke laman blogger lain termasuk mr.blogger.Sudah lama aku tidak masuk ke lamannya.
Aku nekad menerima pilihan ibu demi Fika.Rela dalam paksa,aku terimanya sebagai isteri.Aku lihat gambar yang diberikan ibu.Dia,gadis yang comel dan tembam.

Aku dan dia sudah bertunang.Hari ini merupakan perjumpaan kami yang pertama.Dia gadis yang bertudung.Tapi,aku tak suka pada solekan wajahnya yang tebal.Rasanya wajahnya lebih cantik tanpa solekan.

Hatiku terdera.Aku mula rindukan dia.Tapi kerana ego,aku sakiti dia hanya kerana luka sedikit pada dahi Fika.Sedangkan aku tahu dia tak bersalah.Aku tak sanggup mengkhianati cinta suraya.Suraya cinta pertama dan terakhirku.
Maafkan abang Yasmin Khafilah.
Air mataku menitis sedikit demi sedikit.Baruku tahu siapa dia. Zariff si Mr.Blogger.
Selepas kejadian itu,aku mula jauhkan Fika dari Yasmin kerana aku tak sanggup untuk sakiti dia lagi.Cukuplah sekali aku sakiti dia.
“Sampai hati abang.”Aku menyapu air mataku. Lap top aku tutup kerana tidak sanggup membaca coretan seterusnya.
Usai aku sediakan makan malam di meja makan,aku terus naik ke bilik.Seleraku tiada.Tubuhku amat letih.Begini rasanya sewaktu emak mengandungkan aku dulu.Aku bersyukur,kini aku dapat merasa nikmat yang sama sebagai seorang ibu.
Tangisan Fika mengejutkan aku yang terlena.Aku menoleh ke sebelah.Aku lihat Zariff tidur pulas.Entah bila masa lelaki itu pulang aku juga tidak pasti.Aku melihat jam di meja tepi.Jam 3:25 pagi.Selimut aku selak dan mengatur langkah ke bilik sebelah.
“Fika,kenapa ni sayang.Kenapa menangis,Fika nak susu ya?Mama buat susu ya?”Aku angkat Fika.Belakang tubuhnya aku tepuk perlahan untuk mengurangkan tangisannya.Aku meletakkan Fika kembali dan membuat susu. Mujur sahaja segala keperluannya ada di bilik ini .
Fika tetap tidak mahu apabila diberikan susu.Aku check pula pampers.Langsung tiada tanda dia tidak selesa.Aku sentuh lagi badannya.Panas! “Ya Allah,Fika demam ni sayang.”Aku angkat Fika dan mengejutkan Zariff.
“Abang,bangun.”Panggilku.Zariff tidak berkutik.“Abang,bangun. Fika demam ni.”Aku goncang lebih kuat tubuhnya.Bingkas Zariff bangkit. “Kenapa?”
“Fika demam.Kita bawak dia ke klinik ya?”Zariff kaget.Tubuh Fika di capai dan menyentuh dahinya.Sangat panas!“Bersiap cepat.”Arah Zariff.Aku hanya menurut.

****mr.Blogger****

Sudah dua hari Fika di tahan di wad.Dia semakin pulih dari demam panas.Setiap hari aku akan menjaganya setelah mendapat kebenaran daripada Zariff.
“You look pale.”Tegur Zariff kepadaku sedang aku menyiapkan Fika untuk pulang ke rumah. Aku meraba wajahku.Ketara sangatkah? “Go home and take a rest.I’ll take care of Fika here and she’s will be  fine at the nursery.”Kata lelaki itu lagi.
Aku bagai mahu menangis mendengar bicaranya.Fika baru pulih.Nampak sangat dia tidak mahu aku rapat dengan anaknya.Setelah mengucup tangannya dan memeluk Fika,aku pantas mengatur langkah,dan dia hanya melihatku.
Langkahku semakin lemah apabila kepalaku semakin pusing.Pandanganku berbalam-balam sehingga aku terjatuh. Aku hanya dapat menangkap suara seseorang yang memanggil namaku.

****Mr.Blogger****

“You better take a leave and taking good care of them.She and your baby need you.It will very hard for her,”sayup-sayup aku mendengar bicara seorang wanita.Kepalaku amat berat apabila aku cuba membuka mata.
“Yasmin...?”Aku mendengar suara Zariff memanggil namaku.Lembut dan sayu.Baru pertama kali aku mendengar dia menyebut lembut namaku.Mataku buka dan aku lihat dia sedang tersenyum dan merenung wajahku.Tanganku digenggam erat.“Syukurlah Min dah sedar.”Menitis air mataku mendengar katanya.
Sebelah tanganku meraba-raba perutkku.Aku takut perkara buruk berlaku ke atas anakku.“Our baby fine at mummy’s tummy.”Katanya.Aku mengerutkan dahi kerana belum mampu memproses setiap butir katanya.Lelaki itu menguntum senyuman.“Jom,kita balik.Fika dah lama tunggu.I had take a leave.”Tanganku di tarik.Sepanjang langkah,tanganku dipimpin bagai tidak mahu dilepaskan.Dia pula sentiasa tersenyum sambil mengendong Fika.
“Abang tak nak Min buat kerja berat.Rehat secukupnya.”Abang?Baru pertama kali dia membahasakan dirinya begitu.Ikhlaskah dia.Apabila aku teringat kisah cintanya pada Suraya,aku menjadi tawar hati.

****mr.blogger****

Berita gembira bila aku dapat tahu dia hamil.Tapi,dia mula berubah 180°.Dia menjadi pendiam dan dingin.Fika langsung tidak dilayan.Aku buntu dengan sikapnya.Aku juga risau apabila tubuhnya semakin susut.Aku takut tubuhnya tidak mampu menjalani semuanya sendiri.Perkara yang sama pernah terjadi pada Suraya.Akibatnya aku terpaksa memilih satu antara dua.
Setiap hari aku akan memantau pemakanan dan rutin harian Yasmin Khafilah.Aku takut kerana dia mengalami depression.Mungkin,semuanya kerana aku.
Aku membaca lagi coretan Zariff.Sampai bila dia perlu berpura-pura dan memainkan perasaanku.
            “Yasmin?”Aku mendengar Zariff memanggil.Dia sudah pulang dari kerja.Aku lihat bajunya sedikit basah kerana di luar hujan lebat.“Dekat luar hujan.Kenapa Min tak pakai sweater?”Soalnya sambil mengatur langkah ke wardrobe.Dia kembali dengan membawa jacket biru kegemarannya dan di sarungkan ke tubuhku. Sayu hatiku apabila kucupannya singgah pada ubun-ubunku.Untuk apa semuanya itu?
            “Kenapa abang baik dengan Min?”Aku mula menyoal.
“Min,please don’t start it again.”Pintanya.Aku menekan butang enter pada lap top lalu bangkit.Dia kaget.Wajahku dipandang bersilih ganti.“I know the answer,Mr.Blogger.”Aku menekan perkataan Mr.blogger.
“Salahkah kalau abang bagi sedikit rasa cinta itu untuk Min?I’m your wife.Bukan babysitter,bukan tempat abang lepaskan rasa bersalah abang pada Suraya.”Kataku.Aku sudah tidak mampu simpan segalanya sendiri.Aku perlu luahkan segalanya kepada Zariff.Zariff kehilangan kata.Dia cuba untuk menghampiri aku. “Stay away from me!”Aku membentak .Tubuhku jatuh melorot di atas lantai.Tangisanku semakin lebat,selebat hujan di luar sana.
“Min...”
“Abang tahu tak,Min tak pernah bercinta.Kalaulah Min tahu begini sakitnya bila mencintai,sumpah Min takkan pernah didik hati Min untuk cintakan abang.”Luahku.“Sakit sangat rasanya abang.Aku memukul-mukul dadaku sendiri.Kala itu,akudihampiri Zariff.Tubuhku dipeluk erat.Aku mula meronta-ronta.“Shh...abang tahu abang salah,”ucapnya.Tangisanku semakin kuat diiringi dengan hujan lebat di luar yang bagaikan memahami kesedihan yang aku alami.
Kandunganku sudah menginjak bulan ke tujuh.Syukur,aku tidak pernah mengalami alahan.Cuma,aku mengidam sesuatu ,aiskrim cokelat.Permintaanku tidak pernah sekalipun aku suarakan pada suamiku kerana aku tahu dia tidak akan biarkan aku makan makanan seperti itu memandangkan kesihatanku yang tidak mengizinkan.
Zariff masih belum pulang ke rumah.Sudah beberapa malam di mendapat panggilan kecemasan.Kadangkala aku kasihan melihatnya.Tapi,apa yang mampu aku lakukan?Bukan aku yang diinginkannya.Hanya Suraya berada dalam hatinya.Air mataku tanpa sedar menitis saat melihat foto-foto lama yang tersimpan dalam kotak rahsia milik Zariff.Wajah bahagia Zariff dan Suraya terpampang di mataku.Tidak pernah sekalipun aku melihat Zariff seceria itu.
“Kau buat apa tu!”Terkejut aku melihat Zariff di belakangku.Entah bila lelaki itu pulang,aku langsung tidak sedar.Pantas aku bangkit.Tanpa sedar,Zariff menolak tubuhku yang lemah ke tepi dengan kasar.Akibatnya aku terjatuh.Sakir,itu yang aku rasakan tika ini.Zariff terus berlalu meninggalkan aku.Terlupakah dia pada aku yang sedang mengandungkan anaknya?

****mr.Blogger****

Aku tidur awal mala ini kerana keletihan.Seharian aku menguruskan rumah kerana orang gajiku pulang ke kampung kerana hal keluarga.Aku memejamkan mataku apabila sedar Zariff baru keluar dari kamar mandi.Terasa sejuk tubuhku apabila tangannya menyentuh belakang tubuhku.Masih terasa kesan tali pinggang di belakang tubuhku.
            “Abang minta maaf sayang.”Untuk apa diluahkan kata itu sedangkan hatinya milik orang lain.Air mataku mengalir dalam diam.Mainan apa lagi yang dimainkan olehnya.
            Jam 3.30 pagi,aku terjaga untuk ke tandas.Sudah menjadi rutinku akan melakukan solat malam pada waktu malam.Pada masa yang sama aku mendengar Blackberry milik Zariff menjerit.Ada panggilan kecemasan dan aku sudah lali.Entah di mana silapnya apabila aku mahu keluar dari kamar mandi,aku tersungkur.Senak perutku.Zariff yang sedang menjawab panggilan terkejut melihatku.
            “Abang...”Zariff melompat mendapatkan aku.Darah sudah mengalir membasahi lantai.“Tolong abang...selamatkan anak kita...”Kataku perlahan.Tangannya aku genggam.Sakit yang teramat sangat yang aku rasakan.Dia sudah mematikan talian.Namun,sekali lagi Blackberry berbunyi.“Tolong Min,abang...”Pintaku lagi bersama air mata.Zariff merenung Blackberry di tangannya bersilih ganti dengan aku.“I said my wife bleeding!!”Kata zariff lantang kepada si pemanggil.Talian sekali lagi di matikan.ternyata dia memilih aku.
            Tubuhku dicempung dan dibawa ke kereta. “Min,sabar ye.Abang bawa Min ke hospital sekarang.”Ujarnya.Keretanya di pandu laju membelah malam.Aku semakin lemah kerana banyak darah yang mengalir.Pandanganku yang kabur menjadi gelap.
            “Anak kita selamat.”Kata Zariff apabila aku sedar.Aku menguntum senyuman buatnya.“Terima kasih,abang.”Balasku.Dia tersenyum dan dahiku dikucup.Kemudian,aku lihat bayiku dibawa masuk ke bilik rawatanku.“Comelnya anak mama,”ujarku.Pipinya aku cium dan mengalirlah air mata kegembiraan dan kesyukuran.Allah telah memberi kami peluang untuk bernafas di muka bumi ini.“Min...”
            Aku memandang wajahnya.“Abang minta maaf atas apa yang terjadi selama ini.Abang tak patut...”
            Aku memotong kata-katanya.“Syhh,Min dah lama maafkan abang.Tapi boleh abang janji sesuatu pada Min?”
            Dia tersenyum dan masih menunggu ayatku yang seterusnya.“Suraya masa lalu abang.Min dan anak-anak masa depan abang.Min takkan tinggalkan abang,kecuali kalau abang yang minta Min tinggalkan abang.Janji dengan Min jangan sia-siakan Min dan anak-anak.”Dia mengangguk.“Pasal blog...”
            “Min mula cintakan abang sejak Min baca blog abang.Hidup seorang pencinta,memang sakit kan bila mencintai.Min dah rasa perasaan tu dan min tak nak rasa sekali lagi.”Sekali lagi aku memotong.Dia tersenyum.Sekali dia mengucup dahiku demi melahirkan rasa cintanya.
            “I love you Mr.Blogger,”
            “I love you more Mrs.Blogger,”aku terkejut.Wajahnya aku lihat.“Abang tahu?”
            Dia mengangkat keningnya sebelah.“Of course I am.Sayang kan blogger Kata Hati.”Aku menguntum senyuman.Semoga cinta ini berkekalan hingga ke syurga.

Tiada ulasan: