Ingin Kamu-Novel.
1.
Iman
Rania meletakkan beg sebuah beg pakaiannya di atas katil bujang. Memandangkan
dia penghuni pertama yang mendaftarkan diri masuk ke bilik pada hari itu dia
memilih katil bujang untuk memudahkan dirinya sendiri.
“Iman
nak meja mana?Meja tengah ni kecil je.”Zahira menyoal demi keselesaan adik
iparnya.Iman masih berfikir setelah melihat ketiga-tiga buah meja yang ada di
bilik itu.“Akak pilihkan meja tepi ye?Tersorok sikit.Kalau ada orang datang tak
terganggu sangat.”Kata Zahira tanpa sempat Iman membuat keputusan.Kemudian dia
tersenyum.“Okey,”
“Semua
barang dah cukup?”Umi menyoal pula.Iman memandang umi yang sedang duduk di
katilnya.“Entah.Cawan ada.Nescafe,Nestum,susu,gula tak ada.Iman bawak Milo yang
umi bagi tu aja.”Balas Iman bersahaja.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam
warah matullah…”mereka menjawab serentak salam yang diberi.Ada penghuni baru
masuk.Iman memaniskan wajahnya dan melihat penghuni baru yang masuk.Kawan baru!
“Iman,jom
turun.Beli barang.Abang Iqbal dengan Iqraam tunggu dekat bawah.”Kata
Zahira.Iman menganggukkan kepalanya perlahan.Umi sudah bangkit dari duduknya.Mereka
bertiga beriringan turun ke bawah.
Suasana
di sekitar kolej Gemia amat sesak kerana ramai pelajar yang mandaftarkan
diri.Iman melihat sahaja barang yang dibawa oleh penghuni lain.Ada yang membawa
barang sehingga penuh satu kereta.Tidak cukup dengan beg pakaian,dibawa sekali
dengan comforter, dan kotak-kotak yang entah apa yang di isi didalam.
“Ingatkan
Iman punya barang yang banyak.Rupanya orang lain lagi banyak.Gaya macam tak nak
balik rumah.Nak duduk sini je.”Ulas Iman sendiri.Zahira dan umi menguntum
senyuman mendengar kata-kata gadis itu.
“Bilik
okey tak?”Iqbal menyoal apabila Iman,umi dan Zahira berada di hadapannya.
“Okey.Tapi
kecil.Kalau besar macam dekat matrik tu lagi best,”kata Iman.
“Amboi,nak
besar.Syukurlah ada bilik.Kalau kena duduk luar, macam mana?”Iqraam menyampuk.
“Duduk
ajelah.Buat apa nak takut.Iman nak indipendentlah.”Kata Iman dengan berani
membalas kata-kata Iqraam yang selalu suka mengusiknya.
“Hah,sudah-sudahlah
tu.Naik!Kata nak beli barang.”Ujar Iqbal yang sudah masuk ke dalam
kereta.Iqraam dan Iman tersengih.Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.“Ladies
first.”Kata Iqraam bersahaja.Iman
mencebikkan bibirnya memandang abangnya.
“ALONG
dengan Uda belanjalah top up. Belikan stok untuk Iman dekat sini.”Kata
Iman.Wajah comel ditunjukkan pada kedua-dua abangnya. Iqbal menarik nafas
perlahan.Manakal Iqraam buat tidak tahu.“Ala…bolehlah…bolehlah…”Pujuk Iman
lagi. Tangan kedua-dua abangnya dipeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan.Habis
mereka berdua ditarik masuk ke kedai hotlink.
“Hish,budak kecil ni.Mengada betul.”Kata
Iqraam.Iman tersengih.Bahagia rasanya apabila mereka menurut sahaja langkahnya
menuju ke kedai Hotlink.Bukan selalu!
“Ha,yelah-yelah,”Iqraam
bersuara bagaikan dipaksa.Berkerut sahaja wajah lelaki itu apabila Berjaya dibuli
oleh si adik.
“Abang,nak
beli top up 10 ringgit nak 5.Nak yang kad tau,”
Iqraam
dan Iqbal saling berpandangan.Habis mereka dibuli Iman.Top up RM50?
“Masuk
bukulah dik.Kad dah habis,”kata penjaga kedai.
“Ala…”Iman
memandang Iqraam dan Iqbal.Mereka berdua tersenyum nakal kepadanya.“Tak apalah.Masuk sepuluh ringgit
ajelah.”Iman menulis data di buku rekod.“Duit biar abang saya yang bayar ye?”Kata
Iman selamba sambil menguntum senyuman.Tubuhnya dipalingkan menghadap Iqbal dan
Iqraam sekali lagi.Keningnya dimainkan dengan nakal.Iqbal yang mengerti
mengeluarkan beg duit dari saku seluar jeans yang dipakai.Tak apalah sepuluh
je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan