Selasa, 16 Julai 2013

Konvensyen Usahawan Muslim: Islam ,aku & Peniagaan.

Assalamualaikum wbt buat semua readers blog Miera. Anda semua sihat kawan-kawan?Alhamdulillah...Miera sihat je.Dugaan sebagai seorang siswi di bulan Ramadhan penuh barakah ini. Lagi-lagi bila di UiTM shah Alam ni.Banyak betul dugaan.Macam kejutan budaya pun ada juga maklumlah,sebelum ni Miera kan hanya berada di kampus cawangan.

Baru hari ni tengok e-mail.Hmm,ada invitation untuk konvensyen Usahawan Muslim.Macam menarik kan?Memang menarik pun.Lagi-lagi bila buka website dia ni.Terus Miera subscribe newsletter strategi perniagaan Abdul Rahman Bin Auf.Mesti semua kenal kan?

Ni yang miera dapat lepas subscribe.

3 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf
Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Beliau juga adalah merupakan salah seorang saudagar yang paling kaya ketika di zaman nabi.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: 

"Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?"

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...

2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...

3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran... 

Apa yang boleh dihuraikan dari nasihat beliau ini ialah:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit.Kadangkala, ada di kalangan pelanggan kita yang ingin membeli produk kita dengan kuantiti atau harga yang sedikit. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanlah mereka sebaik mungkin sepertimana kita melayan pelanggan yang membeli "banyak" dari kita. Insyallah, bermula dari pembelian yang sedikit dari pelanggan tersebut, apabila dia menerima layanan yang terbaik, pelanggan itu akan datang semula dan membeli lagi berulang-ulang kali. Lebih menakjubkan lagi, si pelanggan tadi, mungkin akan menjadi si tukang promosi bagi perniagaan kita apabila dia merekemenkan kita kepada rakan-rakannya yang lain.

2. Percepatkan segala urusan jual beli.Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Penjualan hanya secara tunai..
Sememangnya itulah yang terbaik apabila kita menjual produk kita kepada pelanggan. Elakkan menjual secara hutang. Menjual produk secara hutang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai risiko yang akhirnya akan mengugat perjalanan perniagaan kita. 



Miera pun ada pengalaman berniaga masa semester 1.Idea berniaga ni datang bila semua student degree ketiadaan makanan semasa student diploma cuti semester. Pada mulanya memang tiada sambutan.Tapi makin lama makin ramai yang datang ke bilik untuk membeli makanan.Miera dan kawan-kawan satu bilik share modal. Sebelum tu secara jujur katakan,Miera dan kawan-kawan menjual secara sembunyi.Kalau pegawai kolej tahu kami akan dikenakan kompaun RM200.

Kami masa tu bukan jual makanan yang perlu dimasak.Kami hanya jual makanan segera dan ringan.Seperti mi segera,roka,nescafe dan sebagainya.Sambutan menggalakkan bila kami jual dengan harga biasa di kedai runcit.Kalau roka tu standar rm0.10.Harga itulah yang kami jual.Yang lain juga begitu.Kami tak menitik beratkan sangat tentang berapa banyak profit yang kami dapat.Kalau banyak alhamdulillah.Sedikit pun kami bersyukur.Selama kami berjual,tak pernah loss.paling sikit pun kami hanya dapat pulang modal.Syukur sesangat.

Bisnes kami berakhir bila ,terkantoi dengan pegawai kolej masa mereka buat spot check.Tapi kami tak kena marah.Syukur sesangat encik tu nasihatkan jangan jual lagi.Nasib dia yang nampak kalau pegawai lain yang nampak mesti kena saman.Dia pun tahu kami susah nak dapatkan makanan masa tu.

Berniaga ni memang sangat menguntungkan.Tak hairanlah bila ada peniaga-peniaga di luar sana banyak kali jatuh pun bangkit dengan cepat sehingga berjaya sehingga kini.Tapi dalam berniaga ni jangan hanya ingat pada keuntungan semata-mata.Segala nikmat dikurniakan oleh Allah.kita sebagai khalifah di muka bumi ni perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan.jangan hanya zaman kejatuhan dan kemunduran sahaja ingat pada Allah.Bersyukurlah selalu. 

Miera perhatikan,hanya sebilangan kecil sahaja orang Islam di Malaysia ni berjaya dalam perniagaan.Ekonomi kita ni pun dikuasai oleh orang Cina.Entah bila agaknya Malaysia akan muncul ramai orang Islam  yang menguasai ekonomi dan berlandaskan hukum Islam. Jika kita berusaha pasti kita mampu.Berusaha,berdoa,tawakal pasti berjaya In Shaa Allah.Miera pun dalam usaha nak libatkan diri dalam perniagaan ni.Sama-sama nak bantu si kakak yang kehilangan upaya.Apa kata gunakan kemahiran yang dia ada dalam rekaan fesyen untuk mulakan perniagaan.Si abang pun ada kemahiran dalam bidang perkaunan. dan si adik pun ada kemahiran dalam seni kosmetik.Itu pun boleh digunakan.Bila lagi kan nak gunakan semua tu?In Shaa Allah...sama-sama kita doakan ya.



Sahabat sekalian,jangan lupa lawat ke link ini ya.


Salam sayang semua.
Assalamualaikum wbt.









Tiada ulasan: