Rabu, 19 Ogos 2015

Credit atau Copy Paste?

Assalamualaikum,hai cik miera menjengah lagi.

Anda biasa online?Berborak di laman sosial seperti Whatsapp,Wechat,,Beetal dan sebagainya?Hmm,beberapa bulan ni Cik Miera dok sign up di Beetalk.Jangan terkejut,Cik Miera suka cari kawan.tapi sangat payah nak jumpa face to face.Bukan sebab nak menyombong tapi sebab sedar,susah nak cari kawan yang sebenar-benarnya.Ada kawan depan cakap lain,tapi belakang dok tikam belakang kita.Ada pulak yang jenis aasabiah.Berkelompok dengan geng sendiri.Group cantik lain,group pandai lain. Itulah sikap sebenar manusia.

Okey back pada tajuk atas.Credit atau Copy?Cik Miera dok aktif dalam satu apps sosial.Lepas tu dalam tu adalah satu forum Sastera.Dalam forum tu pulak ada forum novel dan penulisan kreatif.Mula-mula join,rasa seronok.Boleh share pendapat dengan pembaca lain.Nak Share karya n nak berjinak-jinak menulis pon boleh.Tapi makin lama ,makin complicated di situ.Bila ada karya yang sering dipuji karya tulisannya,ada yang katakan karya itu copy dari novel lain.Cik Miera yang baca terkejut n tegur.Tak mungkin karya tu copy.Mungkin jalan cerita yang hampir sama.Sekarang trend novel cinta jalan ceritanya hampir sama spt kahwin kontrak,kahwin dgn kawan dan sebagainya.Lepas tu isu tu mula senyap.

Beberapa minggu lepas tu,cik miera cari karya lain yang menarik untuk dibaca.Cik Miera terjumpa novel Pergilah Air Mata.Tengok bawah tu nama si tukang pos dengan cut nama Penulis asal di layout atas cover book.Cik Miera memang tak baca novel tu tapi Cik Miera memang pernah tengok novel tu di website online bookstore n google.Cik Miera yang memang pantang,mula cari ini karya tu di blog penulis asal.Memang sebijik dengan tukang pos tulis.

Tanpa rasa segan,cik Miera mulalah tegur,'bukan tu karya Hanni Ramsul?Cover pon sebijik.'Maaf ye cik Miera kalau tegur memang direct.Pantang cik Miera bila karya orang lain digunakan tanpa kebenaran.Memang,niatnya untuk menarik para pembaca.Tapi bukankah untuk re-write karya orang lain itu perlukan kebenaran empunya diri.Sedangkan orang nak buat filem adaptasi pon minta kebenaran.Bila ditegur mulalah cakap lupa nak letak kredit.Tolonglah,jangan gunakan perkataan kredit itu untuk menulis karya orang lain.Mungkin orang lain nampak biasa.Tapi bagi cik Miera isu ni besar.Apa yang akan jadi pada penulis asal andai karyanya digunakan tanpa kebenaran?Bukankah akan beri kesan pada periuk nasi mereka?


Rabu, 29 Julai 2015

Andai Hati Bukan Milikku 2 (part 1)




Baju-baju Aziera yang berada dalam almari dikemas.Baju-baju itu mahu dihadiahkan kepada yang memerlukan.Mak bilang,tak elok simpan barang orang yang telah tiada.
“Pakai jelah baju tu Miera,”suara Zubaidah menjengah pendengaran Amiera.Amiera mengangkat wajahya.Entah bila emaknya masuk ke kamar dan duduk di birai katil.
Baju kebaya labuh berkain songket yang berada dalam tangannya dipandang sebelum matanya kembali beralih memandang wajah Zubaidah.Hanya tinggal mereka berdua sahaja dalam rumah ini.Adik-beradik yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing kerana mula bekerja.
“Miera nak pakai baju macam ni mak?Tak sesuailah mak.Miera ni gemuk,”
“Anak mak ni dah kurus dah.”Balas Zubaidah.
“Ada-ada jelah mak ni.”Amiera melepaskan tawa kecil.Sudah tiga hari Aziera meninggalkan mereka.Semua barangan milik Aziera akan disedekahkan kepada yang memerlukan.Itu lebih elok dari terbiar tanpa digunakan.Kebanyakan barang milik Aziera masih cantik dan boleh dipakai.
“Ira pernah cakap dekat mak dulu,dia nak Miera pakai baju ni bila dia dah tak ada.Dia tak pernah pakai sebab baju tu besar,”perbuatan Amiera terhenti untuk seketika.Lidahnya terkelu dari membalas kata-kata ibunya.Lama dia merenung baju songket merah yang masih berada dalam ribaannya.Diakui,baju untuk kelihatan besar berbanding tubuh Aziera yang lebih kecil.Lebih-lebih lagi sejak kesihatannya merosot.
“Simpanlah.Suatu masa nanti kamu akan pakai juga baju tu.”Ujar Zubaidah lagi dengan kata-kata yang lebih mendalam.
“Kenapa mak cakap macam tu?”Amiera menyoal.Wajah Zubaidah dipandang lama untuk menemukan jawapan.
“Ira nak Miera kahwin,cari teman hidup.Sampai bila kamu nak macam ni?Umur kamu makin bertambah Miera.Mak nak ada orang boleh jaga anak mak bila mak tak ada,”
Amiera menarik nafas.Berkerut dahinya apabila soal teman hidup dibangkitkan.“Miera pandai jaga diri Miera sendiri mak.Mak janganlah risau,”Balas Amiera bersahaja.Matanya kembali memberi tumpuan kepada barangan Aziera yang masih berselerakan di hadapan matanya.
“Mak tahu Miera boleh jaga diri.Sebab tu mak lepaskan Miera pergi belajar jauh-jauh dulu.”Kata Zubaidah.Nafasnya dihembus perlahan.“Miera tu perempuan,nak.Macam mana kuat pun Miera,Miera tetap perlukan seorang lelaki dan suami untuk melindungi Miera,”sambung Zubaidah lagi demi menasihati Amiera.Kerasnya hati anaknya seorang ini berbanding adik-beradik yang lain.
“Miera ada sukakan seseorang ke?”
“Mak...tak habis lagi ke?Miera bukan tak nak kahwin,Miera nak.Belum ada jodoh,kalau ada,adalah.Miera tak boleh nak janji apa-apa dengan mak,”
Zubaidah melepaskan keluhan panjang.Anak daranya hanya tinggal Amiera sahaja.Kini dialah si bongsu dan satu-satunya anak yang masih belum berkahwin.Umur kian meningkat namun seorang calon pun tidak pernah kelihatan.“Mak nak Miera kahwin sebelum umur Miera 29 tahun,”putus Zubaidah dengan tiba-tiba.

Rabu, 22 Julai 2015

Berikan Aku Secebis Rindu 1



"Dalaam diam aku jatuh hati padamu walaupun ku tahu hatimu milik dia."

1
MyVi dipandu laju oleh Amiera meninggalkan perkarangan apartment pensyarah Kolej Matrikulasi Johor.Seawal jam 2 pagi dia dikejutkan dengan panggilan daripada ibunya yang menyatakan tentang keadaan Aziera.Tiada kata yang mampu diucapkannya di saat itu.Kaku lidahnya bagaikan dihempap dengan batu yang berat.Selepas disampaikan,dia terus mematikan talian.Hanya tingkahnya sahaja yang menunjukkan perasaannya pada ketika itu.Dia hanya mengenakan baju tshirt lengan panjang dan seluar track wanita.Selendang labuh hanya dililit ala-kadar sahaja pada kepalanya.
“Cik nak kemana?Awal pagi ni,”Soal guard saat kereta melintasi kawasan pondok pengawal.
“Balik Johor.Ada hal keluarga.”
“Kenapa tak tunggu esok cik?”Soal guard itu lagi.Amiera mengerutkan dahinya.Sudahlah kepalanya pusing memikirkan Aziera.Sebolehnya dia mahu cepat sampai di sana.Pak Imran ni banya tanya pula.
“Takut tak sempat.Saya pergi dulu pak cik.Assalamualaikum,”
Laju sahaja Amiera meninggalkan perkarangan kolej.Tangan diangkat untuk meminta diri.
“Kemana cikgu tu nak pergi?”Soal Hisyam kepada Pak Imran.
“Balik Johor.Kelam kabut semacam je.Tak terurus tengok dia.”
“Takkan ada kematian kot?”Hisyam sengaja meneka.Mulut lelaki lewat 30-an ini boleh tahan juga cabulnya.
“Isk,kau ni pandai je.Doakanlah yang terbaik.”Tegur Pak Imran.Hisyam tersengih bagaikan kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

LANGKAH Amiera kian perlahan saat kaki kian menghampiri katil yang meletakkan Aziera.Seluruh ahli keluarganya berada di luar menanti giliran mereka untuk bertemu Aziera yang sedang tenat.
            “Masuk dulu. Ira nak jumpa kau. Amir ada di dalam.”Pesan abangnya, Azam kepada Amiera yang berada di hadapan Zubaidah. Amiera memandang wajah Zubaidah. Memohon kekuatan daripada wanita separuh abad itu.“Pergilah.”Pinta Zubaidah.
            Amiera tidak beriak. Dia bangkit dari kerusi. Pintu kamar yang menempatkan Aziera ditolak perlahan. Langkah diatur perlahan sehingga dia melihat kelibat Amir dan Aziera.
     Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini.Bisik Amiera dalam hatinya.Pedih rasa hati ditanam dalam sudut hati yang dalam kerana melihat keadaan adiknya yang sungguh menyedihkan.
            Azmir yang menyedari kehadiran Amiera segera bangkit dari duduknya untuk memberi ruang kepada wanita itu.Kemudian dia berdiri di hujung katil Aziera dan melihat dua beradik itu.
            “Ira?”Amiera menyeru Aziera yang tidak menyedarkan diri.Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya. Perlahan,mata Aziera terbuka.Terasa Aziera sukar untuk bernafas.Dia cuba menarik alat bantuan pernafasan yang melekat pada wajahnya.
            “Aku datang,”tangan Aziera digenggam untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada wanita malang itu.
            “Maafkan aku,”Allah,sesaknya dada mendengar kepayahan Aziera menutur kata.“Aku banyak salah pada kau,”
            “Jangan bagi Ira cakap banyak,”tersentak Amiera mendengar amaran yang dikeluarkan Azmir.Matanya memandang tepat kepada lelaki itu yang merenung tajam kepadanya.Amiera terdiam.Lelaki yang bergelar doktor itu lebih tahu tentang keadaan Amiera berbanding dirinya.
            “Ira,jangan cakap lagi okey?Ira rehat.”
            Aziera menggeleng lemah.Jelas kedegilannya terpancar di situ.“Tak...tak sempat.”
            Pilu hati Amiera mendengar kata-kata adiknya.Sepertinya dia tahu saat kembalinya sudah hampir tiba.Saat terakhir ini dia mahu digunakan untuk berbicara dengan lebih dekat dengan Amiera yang pernah dianggapnya sebagai musuh.
            “Aku sayang kau,”
            “Ira,sudahlah. Rehat jangan banyak bercakap.”Pesan Amiera. Lembut suaranya menuturkan kata.Wanita itu menggelengkan kepalanya perlahan.Bibirnya bergerak mengatakan tidak kepada Amiera biarpun hanya angin sahaja yang kedengaran.
            “Aku banyak dosa dengan kau.”Aziera masih belum mahu berhenti.
            “Aku dah lama maafkan kau,”balas Amiera.Genggaman tangannya erat.Perlahan,Aziera mengangkat tangan Amiera dan dibawa kebibirnya.Amiera menjadi sayu.Pertama kali dalam 23 tahun dia hidup bersama Aziera tangannya dikucup penuh kasih dan sayang oleh wanita itu.
            “Aku sayangkan kau kak...”
            Amiera diam membisu.Tiada langsung reaksi wajah yang ditunjukkannya.Hanya hatinya yang menyatakan melihat semua itu.Amiera bangkit,wajahnya  didekatkan dengan Aziera.Sebuah kucupan penuh kasih sayang singgah pada dahi Aziera.
            Amir juga turut membisu menyaksikan babak sedih di hadapannya matanya.Dia juga perlu menjadi sekuat dan setabah Amiera yang punya hubungan yang lebih kuat berbanding dirinya yang hanya menjadi kekasih untuk seketika cuma.
            “Amiera?”Amir memanggil Amiera kerana menyedari keadaan Azira yang semakin lemah.Nafasnya mula tercungap-cungap dan matanya kian tertutup.
            “Allahuakhbar!”Ucap Amiera.Kepala dan wajah Aziera diusap perlahan dan kasih sayang.Namun,matanya tetap kaku tanpa sebarang air mata.“Mengucap Dik!”Bisik Amiera perlahan.Amir sudah keluar untuk memanggil Zubaidah.
            “Ira?”Zubaidah memanggil Aziera.Amiera menjauhkan sedikit tubuhnya dari katil Aziera untuk memberi laluan kepada Amir dan ibunya dekat dengan Aziera untuk kali terakhir.
            Selangkah demi selangkah,Amiera kian menjauh.Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan kesedihan dan kehilangan yang sekali lagi melanda dalam kehidupannya.Tangisan yang kuat kedengaran dari kamar sakit amat difahami Amiera.Tahulah dia bahawa saat itu,Aziera sudah pergi buat selamanya.
            “Miera?”Amiera mengangkat kepalanya memandang kak Azah,kakak sulungnya.Tanpa sedar,air matanya mulai gugur.Kepalanya digelengkan perlahan.
            “Ira?”Kak Azah seperti terkejut dengan reaksi Amiera lalu menolak perlahan tubuh Amiera yang berada di pintu.Amiera terdiam dan pasrah sahaja saat tubuhnya ditolak perlahan.Kak Azah sudah masuk untuk melihat Aziera.Tinggallah Amiera bersedih  sendirian.Bawalah dia kembali bersamaMu di tempat orang beriman Ya Allah.

Isnin, 20 April 2015

Pahit Getir

Assalamualaikum w.b.t
Hai semuanya!Lama dah tak berjumpa.Naik berdebu blog ni dah.Okey back to the story.Title macam nak gempak je kan?Hari miera sibuk google panduan untuk hantar manuskrip.Nak jana ilmu kenalah usaha lebih kan?Usaha Tangga kejayaan. Hai,susahnya nak jadi penulis kan?Ada penulis dah siap manuskrip.Dah hantar,tapi feedback merendahkan semangatnya.Automatik!Miera pon rasa takut nak hantar manuskrip.

Eh,cik Miera,balik pada soul la!Jangan takut berdepan dugaan. Kalau dapat feedback negative tu nampaknya,kena tambah usaha lagi pada manuskrip.Perbaiki.Jangan give up.Tapi kalau dapat positif feedback jangan lupa Alhamdulillah.Syukur lah usaha selama ni dapat ganjarannya.Ehem,pandai cakap je kan cik Miera ni?Tapi betullah syukur!

Tak dinafikan,susah sebenarnya nak jadi penulis.Nak fikir idea,nak fikir genre,nak fikir plot,nak fikir ayat perkembangan.Macam-macam benda nak fikir.Tu yang sampai dah separuh jalan cerita terus give up. Ada yang sampai setahun,baru nak sambung balik.Aduh!Memang stress.(Cik Miera lah tu!)Tapi,cik kuatkan semangat.Usaha,berdoa dan tawakal.Tanamkan dalam hati "AKU NAK JADI NOVELIST". Tak lupa juga kaki supporter.Family semua,kawan-kawan dan kawan beetalk kita,en yuz namanya.Siap bagi idea lagi.Tak lupa juga pada Kak Alidah Jusoh yang bagi support sudi nilai skrip kita kat blog walaupun masa tu baru nak berjinak sampai bab 3 novel Hani Humairah.(Maaf kak,novel tu dah berabuk.Sekarang baru mula balik).Sebab kak Alidah tu la semangat kita bertambah kuat nak siapkan cita.

Opss,sebelum Cik Miera tutup kisah Cik nak bagi tips kat kengkawan kat luar sana kalau nak korang punya cerita orang baca jangan lupa hantar manuskrip anda pada Penulisan 2U dan Novel Melayu Kreatif.
Tak pun kalau nak ada Blog,jangan lupa Share kisah korang pada group FB.Confirm meletop-letop orang komen.

Otey,See ya!



Jumaat, 25 Julai 2014

Wafa Thahirah part 2


“MORNING!”Suara abang Firman menyapa telingaku pada awal pagi.Entah bila lelaki itu berada disisiku aku sendiri tidak tahu.“Masak apa?”Dia menyoal.
“Masak kari.Tak Nampak?”Kataku selamba. Lelaki itu menguntum senyuman.“Beratlah nasi ni.Nanti masakkan abang French toast,” bulat mataku mendengar permintaannya.Permintaan ke?Lebih kepada arahan sebenarnya.“Ish,ingat aku ni bini dia ke apa nak arah-arah.Berat konon.Baru balik overseas dah lupa diri.”gumamku sendiri apabila lelaki itu berlalu dari dapur.
“I hear you Wahirah!”Terkejut aku mendengar suaranya.Wahirah?
“Wahirah balik bila?”Suara abang Firman menyapa lagi pendengaranku.Namun nama Wahirah begitu asing padaku.“Siapa Wahirah?”Semua mata yang berada di meja makan memandang kami.
“Ni,yang tengah makan duduk depan abang.Wa untuk Wafa,hirah untuk Thahirah.”
“Suka hati je ubah nama orang,”ujar Fieza.
“Suka hatilah. Abang je yang boleh panggil nama tu,”kata lelaki itu selamba sambil mengerling Fieza.Wanita itu mencebik tanda menyampah.“So,Wahirah balik bila?”Soal abang Firman lagi.Dia kembali focus kepadaku selepas pertanyaannya tadi diganggu oleh Fieza.
“Hmm,esok kot.Tiket bas tak beli lagi.Kenapa?”
“Naik bas ke?”Soalnya bagaikan terkejut mendengar jawapan yang aku berikan.“Kenapa kalau naik bas pun.Tak salah pun kan.Tanya macam nak hantar je orang tu,”Fieza menyampuk lagi.Aku memandang pada mama dan abah .Tersenyum-senyum mereka melihatku.Dah kenapa?Mataku kembali focus pada abang Firman dan Fieza.“Abang hantar nak?”
“Hantar stesen bas?Boleh je.”Balasku spontan.
“Siapa cakap nak hantar stesen bas?Abang nak hantar balik Johor.”Tersedak aku mendengar kata-katanya.Abang Firman menghulurkan air teh kepadaku.Dia punya pasallah.Nasib tak tersembur isi dalam mulut aku ni. Nak bergurau tu agak-agaklah.
“Abang nak hantar Wafa balik?”Mama menyoal.Abah memandang kami berdua tidak berkelip.Lelaki itu mengangguk.Sah dia serius.“Haa.Sekali boleh kenal-kenal dengan bakal mak mertua.”Selamba lelaki itu berkata.Sekali lagi Hani tersedak.Habis tersembur air yang baru sahaja dihirup tepat mengenai wajah Firman.
Terkejut aku dengan aksi spontanku yang tidak disengajakan itu.Bulat mataku melihat wajah abang Firman yang serius.Marahkah dia?“Errr…sorry,”kataku sambil mengangkat tangan menyatukan kedua-dua tapak tanganku.
Mama,abah dan Fieza seronok mentertawakan kami berdua.Manakala abang Firman masih berwajah serius.Mana tidaknya,habis wajahnya yang kacak dicemari air yang baru keluar dari mulutku.Habislah!
****Wa.Hirah***
AKU hanya buat tidak endah apabila abang Firman asyik tersenyum sumbing sejak kami tiba di rumah emak. Sakit pula hati aku lihat dia begitu. Sukalah bila mak suruh dia tidur di rumah malam ni kerana dia dah hantar aku balik.
            “Apa tengok-tengok?”Teretus juga rasa tak puas hati aku.
            “Tengok je pun.Bukan luak mana,”selamba dia membalas.Aku membesarkan matanya.Entah sejak bila aku punya kekuatan untuk bercakap bebas dengan lelaki.Dia yang pertama.Kau dah pecah rekod Wafa Thahirah! “Wahirah ke masak semua ni?”Soalnya pula.
            “Yelah,”kataku.Nasi sudah aku letakkan di pinggannya.Demand!Mentang-mentanglah dia tetamu.“Cuba cakap baik-baik dengan Firman tu,”emak menegur.Aku menggumam.Manakala abang Firman tersenyum nakal.
            “Makan mak,”kata lelaki itu kepada mak.Tengok tu,sejak bila entah dia diiktiraf menjadi anak mak dan mendapat mohor untuk panggil mak dengan panggilan ‘mak’.Mak sudah duduk di kerusi.Hanya kami bertiga sahaja yang ada di rumah.Adik aku dah duduk tempat lain.Kerja di Bandar Johor.
            “Mak,Fir nak duduk sini sampai lusa boleh?”Tersedak aku mendengar permintaannya.
            “Cuba makan tu elok-elok Wafa,”tegur emak.Aku tarik muncung bila mak cakap macam tu.Lelaki tu punya pasal! “Fir nak duduk sini sampai lusa?”Mak menyoal.Aku pula meneruskan suapanku yang tergendala.Malas pula mahu ambil tahu.
            “Wafa esok temankan Firman pusing Johor.”Terkejut aku mendengar kata-kata emak yang lebih kepada arahan.“Wafa banyak kerjalah mak.Banyak customer punya tempahan yang tak siap lagi,”
            “Hish budak ni.Kerja tu sampai bila-bila pun tak habislah,”ujar emak.

            Aku pandang abang Firman yang sedang tersengih bagai kerang busuk.Sukalah tu lihat aku kena marah dengan mak.Sakitnya hati!

Ahad, 15 Jun 2014

Produk Ailin






 niteBig


Night Treatment (Krim malam)
Sangat berkesan merawat, membina jaringan sel kulit baru, membekalkan nutrisi pada
kulit sehingga menjadikan kulit kelihatan anjal, cerah, lebih muda dan berseri! Tinggalkan masalah kulit kusam, jeragat degil, jerawat,
gelang hitam bawah mata, pori-pori membesar, serta whitehead & blackhead degil yang
mengganggu penampilan anda.
**Penggunaan set lengkap amat membantu mempercepatkan proses rawatan serta
menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
Berat Bersih: 20g
Harga: WM RM60 / EM RM63
Postage: WM RM6 / EM RM9
**Penggunaan set lengkap kombinasi


        dayBig
Day Perfection (Krim Siang)
Sangat berkesan membantu proses pemutihan dengan memberi perlindungan optimum
SPF30, UV-A & UV, membekalkan nutrisi pada kulit sehingga menjadikan kulit
kelihatan cerah sekata, dan halus selembut kulit bayi..! Tinggalkan masalah kulit kusam,
jeragat degil, jerawat, gelang hitam bawah mata, pori-pori membesar, serta whitehead &
blackhead degil yang mengganggu penampilan anda.
**Penggunaan set lengkap kombinasi (Day Perfection + Night treatment + Facial Wash
Softly Toner) amat membantu mempercepatkan proses rawatan serta menggalakkan
pertumbuhan sel kulit baru.
Berat Bersih: 20g
Harga: WM RM60 / EM RM63
Postage: WM RM6 / EM RM9
boxSetBig
Koleksi Penjagaan Wajah Lengkap mengandungi Day Perfection 10g,
Night Treatment 10g, Softly Toner 60ml  & Facial Cleanser 60ml .
1) Facial Cleanser 60ml
(Ekstrak Papaya & Sirih)
- Agen mencerah serta mampu mematikan bakteria punca jerawat. Membuatkan kulit terasa segar dan mengawal penghasilan minyak di muka.. Lelaki terkadang malas pakai set lengkap, pakai facial cleanser sahaja pun boleh membantu mencerahkan kulit.
2) Softly Toner 60ml
(Ekstrak Pudina & Mentimun)
- Boleh dipakai selepas cuci muka dan sebelum tidur. Mampu menyegarkan kulit dan mengecutkan pori yang serius serta mampu membantu mata keletihan serta lebam bawah mata.
3) Day Perfection 10g
(Ekstrak Snowerry)
- Mempunyai pelembap serta sunblock SPF 30 yang mampu membantu kulit saat berdepan dengan sinaran UV.
4) Night Treatment 10g
(Ekstrak Bunga Saffron/Za’faran)
-Merawat masalah tona tidak sekata, jeragat, kusam, kulit gelap serta meremajakan kulit anda.. Menjadi kulit lebih berseri dan sihat semulajadi.
Harga: WM RM120 / EM RM123
Postage: WM RM6 / EM RM9


Softly Toner
toner
Toner lembut. Sangat berkesan membantu mengecilkan pori menegangkan membuang sel kulit mati serta mencerahkan kulit wajah. Pemakaian setiap hari akan membantu menjadikan kulit lebih anjal dan sentiasa kelihatan segar dan awet muda.
Berat Bersih: 115ml
Harga: WM RM45 / EM RM48
Postage: WM RM6 / EM RM9
Celfie Glow Cream.
webBanner_ailincellfie
FUNGSI 3 Kali ganda:
->Lebih menganjalkan kulit!
->Melambatkan proses penuaan kulit (antiglycation)!
->Kuasa pencerahan 3 kali ganda!
->Daya mengurangkan jeragat!
->Membantu mematikan kuman punca jerawat!
->Menjadikan wajah lebih muda!
Active ingredient:
Vitamin C , E,
Rice extract
Cranberry extract
harga:RM50
(normal price RM75sem/RM78ss)

Cara Penggunaan Lengkap Dan Fungsi :
Facial Cleanser (Ekstrak Papaya & Sirih)
> Dipakai sebagai pembersih wajah dengan agen mencerah serta mampu mematikan
bakteria punca jerawat.
> Cuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
> Membuatkan kulit terasa segar dan mengawal penghasilan minyak di muka.

Softly Toner (Ekstrak pudina & Mentimun)
> Dipakai selepas cuci muka, sebelum penggunaan krim.
> Letakkan beberapa titis di tapak tangan atau menggunakan facial cotton. Sapu
rata di permukaan kulit wajah. Tepuk-tepuk wajah sehingga kering sebelum menyapu
krim.
> Berupaya menyegarkan kulit dan mengecutkan pori yang serius.
> Membantu menyegarkan keletihan mata serta mengurangkan lebam bawah mata.

Anti Allergy Cream (Ekstrak Nigella Sativa)
> Dipakai waktu malam sebelum tidur atau ketika tidak keluar rumah. (Oles tebal di
atas jerawat sahaja)
> Merawat masalah keradangan kulit seperti kulit jerawat, kulit sensitif, ruam dan
alahan.
> Berupaya mengecutkan jerawat seawal 24 jam (bergantung jenis jerawat) ,
meredakan masalah ruam/alahan.

Cellfie Glo Cream (Ekstrak cranberry dan 24Gold Essence)
> Dipakai waktu malam sebelum tidur seperti memakai night treatment.
> Sapu rata seluruh wajah secara tipis. Oles selapis lagi dibahagian-bahagian
bermasalah seperti tompok hitam, parut dan jeragat.
> Bertindak sebagai 'repair cream' dengan agen pencerah 3 kali ganda, membantu
memperbaiki sel kulit mati, menghilangkan jeragat, hitam bekas jerawat dan
memulihkan parut.
*** Bagi kulit berjerawat, pastikan cellfie cream mula dipakai apabila jerawat
telah benar-benar pulih sepenuhnya.

Day Perfection (Ekstrak Snowberry/Gojiberry)
> Dipakai waktu siang atau ketika keluar rumah.
> Coletkan sedikit ditapak tangan gosok kedua-dua tangan sehingga rata. Sapu rata
ke seluruh wajah.
> Megandungi pelembap berasaskan foundation, menjadikan wajah kelihatan natural
glowing. Perfect touch-up seperti memakai BB cream!
> Sunblock dengan SPF 30 berfungsi memberi lapisan dan melindungi kulit daripada
sinaran UV.

Night Treatment (Ekstrak Bunga Saffron/Za'faran, Avocado & Snowberry/Gojiberry)
> Dipakai pada waktu malam selepas mencuci wajah dan selepas memakai softly toner.
> Sapu rata keseluruh wajah.
> Merawat pelbagai masalah kulit seperti tona tidak sekata, jerawat, jeragat
degil, kulit kusam, kulit gelap serta meremajakan kulit anda.
> Berupaya menjadikan kulit lebih berseri dan sihat semulajadi.

 Berminat?Hubungi saya .
whatsapp:014-8438891(mira)