MyVi dipandu laju oleh Amiera meninggalkan perkarangan
apartment pensyarah Kolej Matrikulasi Johor.Seawal jam 2 pagi dia dikejutkan
dengan panggilan daripada ibunya yang menyatakan tentang keadaan Aziera.Tiada
kata yang mampu diucapkannya di saat itu.Kaku lidahnya bagaikan dihempap dengan
batu yang berat.Selepas disampaikan,dia terus mematikan talian.Hanya tingkahnya
sahaja yang menunjukkan perasaannya pada ketika itu.Dia hanya mengenakan baju
tshirt lengan panjang dan seluar track wanita.Selendang labuh hanya dililit
ala-kadar sahaja pada kepalanya.
“Cik nak kemana?Awal pagi ni,”Soal guard saat kereta
melintasi kawasan pondok pengawal.
“Balik Johor.Ada hal keluarga.”
“Kenapa tak tunggu esok cik?”Soal guard itu lagi.Amiera
mengerutkan dahinya.Sudahlah kepalanya pusing memikirkan Aziera.Sebolehnya dia
mahu cepat sampai di sana.Pak Imran ni banya tanya pula.
“Takut tak sempat.Saya pergi dulu pak
cik.Assalamualaikum,”
Laju sahaja Amiera meninggalkan perkarangan kolej.Tangan
diangkat untuk meminta diri.
“Kemana cikgu tu nak pergi?”Soal Hisyam kepada Pak Imran.
“Balik Johor.Kelam kabut semacam je.Tak terurus tengok
dia.”
“Takkan ada kematian kot?”Hisyam sengaja meneka.Mulut
lelaki lewat 30-an ini boleh tahan juga cabulnya.
“Isk,kau ni pandai je.Doakanlah yang terbaik.”Tegur Pak
Imran.Hisyam tersengih bagaikan kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak
gatal.
LANGKAH Amiera kian perlahan saat kaki kian menghampiri
katil yang meletakkan Aziera.Seluruh ahli keluarganya berada di luar menanti
giliran mereka untuk bertemu Aziera yang sedang tenat.
“Masuk
dulu. Ira nak jumpa kau. Amir ada di dalam.”Pesan abangnya, Azam kepada Amiera
yang berada di hadapan Zubaidah. Amiera memandang wajah Zubaidah. Memohon
kekuatan daripada wanita separuh abad itu.“Pergilah.”Pinta Zubaidah.
Amiera
tidak beriak. Dia bangkit dari kerusi. Pintu kamar yang menempatkan Aziera
ditolak perlahan. Langkah diatur perlahan sehingga dia melihat kelibat Amir dan
Aziera.
Allah,berikanlah
aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini.Bisik Amiera dalam hatinya.Pedih
rasa hati ditanam dalam sudut hati yang dalam kerana melihat keadaan adiknya
yang sungguh menyedihkan.
Azmir
yang menyedari kehadiran Amiera segera bangkit dari duduknya untuk memberi
ruang kepada wanita itu.Kemudian dia berdiri di hujung katil Aziera dan melihat
dua beradik itu.
“Ira?”Amiera
menyeru Aziera yang tidak menyedarkan diri.Wajahnya kelihatan cengkung dan
tidak bermaya. Perlahan,mata Aziera terbuka.Terasa Aziera sukar untuk
bernafas.Dia cuba menarik alat bantuan pernafasan yang melekat pada wajahnya.
“Aku
datang,”tangan Aziera digenggam untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada wanita
malang itu.
“Maafkan
aku,”Allah,sesaknya dada mendengar kepayahan Aziera menutur kata.“Aku banyak
salah pada kau,”
“Jangan
bagi Ira cakap banyak,”tersentak Amiera mendengar amaran yang dikeluarkan
Azmir.Matanya memandang tepat kepada lelaki itu yang merenung tajam kepadanya.Amiera
terdiam.Lelaki yang bergelar doktor itu lebih tahu tentang keadaan Amiera
berbanding dirinya.
“Ira,jangan
cakap lagi okey?Ira rehat.”
Aziera
menggeleng lemah.Jelas kedegilannya terpancar di situ.“Tak...tak sempat.”
Pilu
hati Amiera mendengar kata-kata adiknya.Sepertinya dia tahu saat kembalinya
sudah hampir tiba.Saat terakhir ini dia mahu digunakan untuk berbicara dengan
lebih dekat dengan Amiera yang pernah dianggapnya sebagai musuh.
“Aku
sayang kau,”
“Ira,sudahlah. Rehat
jangan banyak bercakap.”Pesan Amiera. Lembut suaranya menuturkan kata.Wanita itu
menggelengkan kepalanya perlahan.Bibirnya bergerak mengatakan tidak kepada
Amiera biarpun hanya angin sahaja yang kedengaran.
“Aku
banyak dosa dengan kau.”Aziera masih belum mahu berhenti.
“Aku dah
lama maafkan kau,”balas Amiera.Genggaman tangannya erat.Perlahan,Aziera
mengangkat tangan Amiera dan dibawa kebibirnya.Amiera menjadi sayu.Pertama kali
dalam 23 tahun dia hidup bersama Aziera tangannya dikucup penuh kasih dan
sayang oleh wanita itu.
“Aku
sayangkan kau kak...”
Amiera
diam membisu.Tiada langsung reaksi wajah yang ditunjukkannya.Hanya hatinya yang
menyatakan melihat semua itu.Amiera bangkit,wajahnya didekatkan dengan Aziera.Sebuah kucupan penuh
kasih sayang singgah pada dahi Aziera.
Amir
juga turut membisu menyaksikan babak sedih di hadapannya matanya.Dia juga perlu
menjadi sekuat dan setabah Amiera yang punya hubungan yang lebih kuat
berbanding dirinya yang hanya menjadi kekasih untuk seketika cuma.
“Amiera?”Amir
memanggil Amiera kerana menyedari keadaan Azira yang semakin lemah.Nafasnya
mula tercungap-cungap dan matanya kian tertutup.
“Allahuakhbar!”Ucap
Amiera.Kepala dan wajah Aziera diusap perlahan dan kasih sayang.Namun,matanya
tetap kaku tanpa sebarang air mata.“Mengucap Dik!”Bisik Amiera perlahan.Amir
sudah keluar untuk memanggil Zubaidah.
“Ira?”Zubaidah
memanggil Aziera.Amiera menjauhkan sedikit tubuhnya dari katil Aziera untuk
memberi laluan kepada Amir dan ibunya dekat dengan Aziera untuk kali terakhir.
Selangkah
demi selangkah,Amiera kian menjauh.Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan
kesedihan dan kehilangan yang sekali lagi melanda dalam kehidupannya.Tangisan
yang kuat kedengaran dari kamar sakit amat difahami Amiera.Tahulah dia bahawa
saat itu,Aziera sudah pergi buat selamanya.
“Miera?”Amiera
mengangkat kepalanya memandang kak Azah,kakak sulungnya.Tanpa sedar,air matanya
mulai gugur.Kepalanya digelengkan perlahan.
“Ira?”Kak
Azah seperti terkejut dengan reaksi Amiera lalu menolak perlahan tubuh Amiera
yang berada di pintu.Amiera terdiam dan pasrah sahaja saat tubuhnya ditolak
perlahan.Kak Azah sudah masuk untuk melihat Aziera.Tinggallah Amiera bersedih sendirian.Bawalah dia kembali bersamaMu di
tempat orang beriman Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan