Rabu, 29 Julai 2015

Andai Hati Bukan Milikku 2 (part 1)




Baju-baju Aziera yang berada dalam almari dikemas.Baju-baju itu mahu dihadiahkan kepada yang memerlukan.Mak bilang,tak elok simpan barang orang yang telah tiada.
“Pakai jelah baju tu Miera,”suara Zubaidah menjengah pendengaran Amiera.Amiera mengangkat wajahya.Entah bila emaknya masuk ke kamar dan duduk di birai katil.
Baju kebaya labuh berkain songket yang berada dalam tangannya dipandang sebelum matanya kembali beralih memandang wajah Zubaidah.Hanya tinggal mereka berdua sahaja dalam rumah ini.Adik-beradik yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing kerana mula bekerja.
“Miera nak pakai baju macam ni mak?Tak sesuailah mak.Miera ni gemuk,”
“Anak mak ni dah kurus dah.”Balas Zubaidah.
“Ada-ada jelah mak ni.”Amiera melepaskan tawa kecil.Sudah tiga hari Aziera meninggalkan mereka.Semua barangan milik Aziera akan disedekahkan kepada yang memerlukan.Itu lebih elok dari terbiar tanpa digunakan.Kebanyakan barang milik Aziera masih cantik dan boleh dipakai.
“Ira pernah cakap dekat mak dulu,dia nak Miera pakai baju ni bila dia dah tak ada.Dia tak pernah pakai sebab baju tu besar,”perbuatan Amiera terhenti untuk seketika.Lidahnya terkelu dari membalas kata-kata ibunya.Lama dia merenung baju songket merah yang masih berada dalam ribaannya.Diakui,baju untuk kelihatan besar berbanding tubuh Aziera yang lebih kecil.Lebih-lebih lagi sejak kesihatannya merosot.
“Simpanlah.Suatu masa nanti kamu akan pakai juga baju tu.”Ujar Zubaidah lagi dengan kata-kata yang lebih mendalam.
“Kenapa mak cakap macam tu?”Amiera menyoal.Wajah Zubaidah dipandang lama untuk menemukan jawapan.
“Ira nak Miera kahwin,cari teman hidup.Sampai bila kamu nak macam ni?Umur kamu makin bertambah Miera.Mak nak ada orang boleh jaga anak mak bila mak tak ada,”
Amiera menarik nafas.Berkerut dahinya apabila soal teman hidup dibangkitkan.“Miera pandai jaga diri Miera sendiri mak.Mak janganlah risau,”Balas Amiera bersahaja.Matanya kembali memberi tumpuan kepada barangan Aziera yang masih berselerakan di hadapan matanya.
“Mak tahu Miera boleh jaga diri.Sebab tu mak lepaskan Miera pergi belajar jauh-jauh dulu.”Kata Zubaidah.Nafasnya dihembus perlahan.“Miera tu perempuan,nak.Macam mana kuat pun Miera,Miera tetap perlukan seorang lelaki dan suami untuk melindungi Miera,”sambung Zubaidah lagi demi menasihati Amiera.Kerasnya hati anaknya seorang ini berbanding adik-beradik yang lain.
“Miera ada sukakan seseorang ke?”
“Mak...tak habis lagi ke?Miera bukan tak nak kahwin,Miera nak.Belum ada jodoh,kalau ada,adalah.Miera tak boleh nak janji apa-apa dengan mak,”
Zubaidah melepaskan keluhan panjang.Anak daranya hanya tinggal Amiera sahaja.Kini dialah si bongsu dan satu-satunya anak yang masih belum berkahwin.Umur kian meningkat namun seorang calon pun tidak pernah kelihatan.“Mak nak Miera kahwin sebelum umur Miera 29 tahun,”putus Zubaidah dengan tiba-tiba.

Tiada ulasan: