Jumaat, 25 Julai 2014

Wafa Thahirah part 2


“MORNING!”Suara abang Firman menyapa telingaku pada awal pagi.Entah bila lelaki itu berada disisiku aku sendiri tidak tahu.“Masak apa?”Dia menyoal.
“Masak kari.Tak Nampak?”Kataku selamba. Lelaki itu menguntum senyuman.“Beratlah nasi ni.Nanti masakkan abang French toast,” bulat mataku mendengar permintaannya.Permintaan ke?Lebih kepada arahan sebenarnya.“Ish,ingat aku ni bini dia ke apa nak arah-arah.Berat konon.Baru balik overseas dah lupa diri.”gumamku sendiri apabila lelaki itu berlalu dari dapur.
“I hear you Wahirah!”Terkejut aku mendengar suaranya.Wahirah?
“Wahirah balik bila?”Suara abang Firman menyapa lagi pendengaranku.Namun nama Wahirah begitu asing padaku.“Siapa Wahirah?”Semua mata yang berada di meja makan memandang kami.
“Ni,yang tengah makan duduk depan abang.Wa untuk Wafa,hirah untuk Thahirah.”
“Suka hati je ubah nama orang,”ujar Fieza.
“Suka hatilah. Abang je yang boleh panggil nama tu,”kata lelaki itu selamba sambil mengerling Fieza.Wanita itu mencebik tanda menyampah.“So,Wahirah balik bila?”Soal abang Firman lagi.Dia kembali focus kepadaku selepas pertanyaannya tadi diganggu oleh Fieza.
“Hmm,esok kot.Tiket bas tak beli lagi.Kenapa?”
“Naik bas ke?”Soalnya bagaikan terkejut mendengar jawapan yang aku berikan.“Kenapa kalau naik bas pun.Tak salah pun kan.Tanya macam nak hantar je orang tu,”Fieza menyampuk lagi.Aku memandang pada mama dan abah .Tersenyum-senyum mereka melihatku.Dah kenapa?Mataku kembali focus pada abang Firman dan Fieza.“Abang hantar nak?”
“Hantar stesen bas?Boleh je.”Balasku spontan.
“Siapa cakap nak hantar stesen bas?Abang nak hantar balik Johor.”Tersedak aku mendengar kata-katanya.Abang Firman menghulurkan air teh kepadaku.Dia punya pasallah.Nasib tak tersembur isi dalam mulut aku ni. Nak bergurau tu agak-agaklah.
“Abang nak hantar Wafa balik?”Mama menyoal.Abah memandang kami berdua tidak berkelip.Lelaki itu mengangguk.Sah dia serius.“Haa.Sekali boleh kenal-kenal dengan bakal mak mertua.”Selamba lelaki itu berkata.Sekali lagi Hani tersedak.Habis tersembur air yang baru sahaja dihirup tepat mengenai wajah Firman.
Terkejut aku dengan aksi spontanku yang tidak disengajakan itu.Bulat mataku melihat wajah abang Firman yang serius.Marahkah dia?“Errr…sorry,”kataku sambil mengangkat tangan menyatukan kedua-dua tapak tanganku.
Mama,abah dan Fieza seronok mentertawakan kami berdua.Manakala abang Firman masih berwajah serius.Mana tidaknya,habis wajahnya yang kacak dicemari air yang baru keluar dari mulutku.Habislah!
****Wa.Hirah***
AKU hanya buat tidak endah apabila abang Firman asyik tersenyum sumbing sejak kami tiba di rumah emak. Sakit pula hati aku lihat dia begitu. Sukalah bila mak suruh dia tidur di rumah malam ni kerana dia dah hantar aku balik.
            “Apa tengok-tengok?”Teretus juga rasa tak puas hati aku.
            “Tengok je pun.Bukan luak mana,”selamba dia membalas.Aku membesarkan matanya.Entah sejak bila aku punya kekuatan untuk bercakap bebas dengan lelaki.Dia yang pertama.Kau dah pecah rekod Wafa Thahirah! “Wahirah ke masak semua ni?”Soalnya pula.
            “Yelah,”kataku.Nasi sudah aku letakkan di pinggannya.Demand!Mentang-mentanglah dia tetamu.“Cuba cakap baik-baik dengan Firman tu,”emak menegur.Aku menggumam.Manakala abang Firman tersenyum nakal.
            “Makan mak,”kata lelaki itu kepada mak.Tengok tu,sejak bila entah dia diiktiraf menjadi anak mak dan mendapat mohor untuk panggil mak dengan panggilan ‘mak’.Mak sudah duduk di kerusi.Hanya kami bertiga sahaja yang ada di rumah.Adik aku dah duduk tempat lain.Kerja di Bandar Johor.
            “Mak,Fir nak duduk sini sampai lusa boleh?”Tersedak aku mendengar permintaannya.
            “Cuba makan tu elok-elok Wafa,”tegur emak.Aku tarik muncung bila mak cakap macam tu.Lelaki tu punya pasal! “Fir nak duduk sini sampai lusa?”Mak menyoal.Aku pula meneruskan suapanku yang tergendala.Malas pula mahu ambil tahu.
            “Wafa esok temankan Firman pusing Johor.”Terkejut aku mendengar kata-kata emak yang lebih kepada arahan.“Wafa banyak kerjalah mak.Banyak customer punya tempahan yang tak siap lagi,”
            “Hish budak ni.Kerja tu sampai bila-bila pun tak habislah,”ujar emak.

            Aku pandang abang Firman yang sedang tersengih bagai kerang busuk.Sukalah tu lihat aku kena marah dengan mak.Sakitnya hati!

Tiada ulasan: