Rabu, 9 Disember 2015

Cik Serba Boleh part1



Seraut wajah menatap tajam ke arah pasangan yang berada di hadapannya.Pasangan kekasih yang juga merupakan sahabatnya sewaktu zaman universiti. “Korang dah fikirkan masak-masak ke?” Dalam tenang dia menyoal. Nur Qisya Qasrina itulah namanya. Biarpun dia selalu kelihatan tenang dan diam,namun tiada siapa menyangka wanita itu punya seribu kelebihan dalam dirinya.Dialah tempat mencurah segala masalah, sahabat yang baik saat diperlukan, penuntut yang genius.Pokoknya,pikirannya sangat meluas.
            “Kami okey je. Cuma family je yang belum tahu,” kata si lelaki yang bernama Ikram.
            Qisya membulatkan matanya memandang dua orang manusia di hadapannya. “Kepala kau! Macam mana family boleh tak tahu. Korang ingat nikah kahwin ni main-main ke?”Ujar Qisya.Suaranya sudah naik satu oktaf.Gaya percakapannya langsung tidak menampakkan dia seorang wanita yang bertudung.Cakap main ikut sedap mulut je.
            “Aku takutlah Qisy,kau tahulah bapak aku tu garang macam mana.”si wanita yang bernama Farahana pula bersuara. Qisya memandang pasangan itu. Kedua-dua insan itu hanya melepaskan keluhan.Tahulah mereka apa yang bakal dikatakan oleh Qisya. Apabila bercakap soal kahwin,sahabat mereka amat serius.Langsung tiada peluang untuk bermain-main. Bukannya wanita itu pernah berkahwin dan mengalami pengalaman disakiti pasangan.Cuma keadaan dan persekitaran yang mempengaruhi pemikiran insan yang bernama Nur Qisya Qasrina.
            “Bila kau nak hantar rombongan meminang?Sebaiknya kau bagitahulah cepat. Bila cepat kau bagitahu,cepatlah korang bernikah. Korang nak dirikan masjid.Bukannya nak buat perkara tak elok pon. Mesti family korang setuju,”Qisya berkata lagi.Dia kini kelihatan lebih tenang.
            Ikram dan Farahana mengangguk.Berpuas hati dengan nasihat yang diberikan Qisya. “Okeylah.Aku ada hal ni.Apa-apa hal nanti informlah okey?”
            “Kau nak pergi mana?”
            “Jumpa client,”balasnya sambil mengangkat punggung.
            “Sejak bila kau jumpa client?”Farahana menyoal.
            “Baru je.Bos aku suruh jumpa sebab client ni cerewet sangat. Design aku segala macam tak kena dengan mata dia,”
            “Kenapa pula kau yang jumpa dia? Bukan sepatutnya dia yang jumpa kau?”Qisya menarik nafasnya perlahan lalu dihembus.Penat juga apabila Farahana mula menyoalnya dengan pelbagai persoalan. Wanita itu lurus bendul dan lambat pick-up boleh tahan juga. Entah macam mana Ikram boleh tertarik dengan wanita itu.
            “Kan dia cakap client dia tu cerewet.”Kata Ikram selepas dia melihat Qisya tidak sanggup menjawab pertanyaan kekasihnya.Farahana mengangguk mengerti sambil memerhatikan Qisya yang sudah melangkah jauh meninggalkan mereka.

Selasa, 6 Oktober 2015

Langkah Sebuah Perjalanan

1
Riuh-rendah suara di dewan sekolah kerana pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 sedang berlangsung.Aku juga tidak terkecuali.Terasa janggal sekali apabila mengenakan baju putih bersama kain biru muda.Dulu,disekolah rendah,kain biru gelap yang melindungi kaki ini.Tidak lupa juga kaca mata yang melindungi mataku untuk pertama kali.Dalam diam,rupanya aku mempunyai masalah penglihatan.Semua ini dikesan sewaktu darjah 6 di sekolah rendah.
Dari pemerhatian,ada beberapa kumpulan pelajar yang berbual sesama sendiri.Berkongsi cerita tentang keseronokan kemasukan alam sekolah yang baru.Aku,duduk menyepikan diri dalam kenalan lama sewaktu di sekolah rendah.Hanya sesekali aku menyampuk apabila namaku disebut.
Cekap!Itulah kelasku.Kelas pertama untuk sesi petang.Ya,sesi petang.Selepas ini bermulalah sesi persekolahan pada waktu petang.Mujur sahaja sesi petang.Satu kelebihan juga kerana aku dapat melaksanakan tugas di rumah pada waktu pagi.Sekolah agama?Mujur sahaja aku hanya bersekolah agama pada hujung minggu.Sekolah agama dengan peringkat khas.Ustaz dan ustazah aku bilang,darjah khas ni kira macam peringkat universiti.Kami pun dipanggil ustaz-ustazah oleh ustaz.Bangga sekejap jadi rakyat Johor.
Ada 9 matapelajaran yang aku ambil tahun ni.Bahasa Melayu dan Inggeris,Agama Islam,Sains dan Matematik haruslah ada. Boleh dikatakan pelajaran basic yang pernah dipelajari waktu disekolah rendah .Matapelajaran Sejarah,Kemahiran Hidup,Sejarah,Geografi dan matapelajaran baru ,Pendidikan Sivik dan pendidkan seni perlu diberi tumpuan.Hanya Sivik dan pendidikan seni sahaja yang aku leka sekejap.Buat kerja rumah pun main-main.Mana tidaknya,mata pelajaran Sivik berkaitan dengan moral dan soal hidup kita seharian.Pejam mata dah boleh jawab.Seni pula dah memang kemahiran aku.Pantang pegang pensil dan kertas mulalah karya seni aku keluar walaupun lukisan aku tu selalu dikritik.
“Nama siapa?”Mardihah menyoal.Sapaan pertama dia untukku.Aku pandang dia.Kami tak sempat berkenalan masa minggu orientasi minggu lepas.Mana tidaknya,muka dia garang.Ramai kawan-kawan baru anggap kami kembar.Bila aku pandang dia macam tengok cermin.Mira,itu panggilan aku.Seorang yang pendiam dan kreatif.
Selepas itu,bermulalah cerita aku bersahabat dengan Intan,Nadia,Mardihah dan Nina.Cara perkenalan aku dengan mereka teramatlah unik.Semuanya bermula dengan sebuah lukisan yang aku reka dalam kelas sewaktu ketiadaan cikgu.Intan gadis bermata sepet yang lemah lembut.Nadia,si gadis yang terlalu bersahaja.Mardihah,dia yang aku lihat sebagai cerminan diriku.Dalam diam,kami punya banyak persamaan,iaitu menulis.Manakala Nina,gadis yang hipokrit.Lihat sahaja wajah kelembutan yang dimiliki.Namun disebalik wajah lembut itu tersimpan sifat ganas.Pantang diusik mulalah tangannya berjalan.
“Cikgu Wan datang!”Laung Roy dari luar kelas.Kelas kami yang berada di tingkat tiga memudahkan kami memantau perjalanan guru-guru ke kelas kami.Kelam-kabut masing-masing dengan buku teks Sejarah di atas meja.Masing-masing sibuk menghafal nota dan fakta yang tertulis dalam buku teks kerana sebentar lagi kami semua akan disoal sebelum dibenarkan duduk.
“Mira!”Aku mengangkat kening.Kemudian melihat Nina yang duduk di sebelah.Senyuman dia memang buat aku nak lempang je.Sukalah setiap kali kelas Cikgu Wan,nama aku yang menjadi mangsa pertama yang disebut.
“Apa jawapannya?”Cikgu Wan menyoal.Aku tarik nafas perlahan apabila Sejarah kerajaan di Asia Tenggara disoal.
“Kerajaan Funan,”tergagap-gagap aku menjawab kerana takut salah.Pandangan ditundukkan memandang buku teks Sejarah yang tertutup.Dalam hati aku merungut lambat betul cikgu aku ni nak bagi respons.Seluruh kelas senyap menanti jawapan pasti cikgu Wan.
“Duduk,”ujar Cikgu Wan.Aku tersenyum sambil memandang Nina dan sahabatku yang lain.Dengan bangganya aku duduk kerana menjadi orang pertama yang menjawab soalan.Soalan seterusnya diberikan.Aku hanya duduk menyepi layan diri sementara kawan-kawanku sibuk memikirkan jawapan.
“Psst,Mira apa jawapannya?”Intan membisikkan suaranya untuk meminta jawapan daripadaku.Aku mengerutkan dahi.Nina sudah berjaya duduk selepas disoal.“Sekejap bagi aku pikir.Tak ingatlah.”
“Dah,duduk semua.”Aku memandang tegak kehadapan apabila mendengar arahan Cikgu Wan.Cikgu yang berkaca mata itu kelihatan tenang sambil duduk di tempatnya.“Saya soal awak buka suka-suka.Saya soal sebab saya nak awak semua ingat pelajaran yang lepas.Minggu depan ada ujian.Saya nak awak buat yang terbaik.”Katanya.“Baiklah kita sambung pelajaran kita hari ni.Zaman kegemilangan Melaka.”Sambung Cikgu Wan.
Kami satu kelas menyelak buku teks sehingga muka surat yang seharusnya.Pelajaran kami berlangsung dengan lancar sehingga waktu pelajaran tamat.




Rabu, 19 Ogos 2015

Credit atau Copy Paste?

Assalamualaikum,hai cik miera menjengah lagi.

Anda biasa online?Berborak di laman sosial seperti Whatsapp,Wechat,,Beetal dan sebagainya?Hmm,beberapa bulan ni Cik Miera dok sign up di Beetalk.Jangan terkejut,Cik Miera suka cari kawan.tapi sangat payah nak jumpa face to face.Bukan sebab nak menyombong tapi sebab sedar,susah nak cari kawan yang sebenar-benarnya.Ada kawan depan cakap lain,tapi belakang dok tikam belakang kita.Ada pulak yang jenis aasabiah.Berkelompok dengan geng sendiri.Group cantik lain,group pandai lain. Itulah sikap sebenar manusia.

Okey back pada tajuk atas.Credit atau Copy?Cik Miera dok aktif dalam satu apps sosial.Lepas tu dalam tu adalah satu forum Sastera.Dalam forum tu pulak ada forum novel dan penulisan kreatif.Mula-mula join,rasa seronok.Boleh share pendapat dengan pembaca lain.Nak Share karya n nak berjinak-jinak menulis pon boleh.Tapi makin lama ,makin complicated di situ.Bila ada karya yang sering dipuji karya tulisannya,ada yang katakan karya itu copy dari novel lain.Cik Miera yang baca terkejut n tegur.Tak mungkin karya tu copy.Mungkin jalan cerita yang hampir sama.Sekarang trend novel cinta jalan ceritanya hampir sama spt kahwin kontrak,kahwin dgn kawan dan sebagainya.Lepas tu isu tu mula senyap.

Beberapa minggu lepas tu,cik miera cari karya lain yang menarik untuk dibaca.Cik Miera terjumpa novel Pergilah Air Mata.Tengok bawah tu nama si tukang pos dengan cut nama Penulis asal di layout atas cover book.Cik Miera memang tak baca novel tu tapi Cik Miera memang pernah tengok novel tu di website online bookstore n google.Cik Miera yang memang pantang,mula cari ini karya tu di blog penulis asal.Memang sebijik dengan tukang pos tulis.

Tanpa rasa segan,cik Miera mulalah tegur,'bukan tu karya Hanni Ramsul?Cover pon sebijik.'Maaf ye cik Miera kalau tegur memang direct.Pantang cik Miera bila karya orang lain digunakan tanpa kebenaran.Memang,niatnya untuk menarik para pembaca.Tapi bukankah untuk re-write karya orang lain itu perlukan kebenaran empunya diri.Sedangkan orang nak buat filem adaptasi pon minta kebenaran.Bila ditegur mulalah cakap lupa nak letak kredit.Tolonglah,jangan gunakan perkataan kredit itu untuk menulis karya orang lain.Mungkin orang lain nampak biasa.Tapi bagi cik Miera isu ni besar.Apa yang akan jadi pada penulis asal andai karyanya digunakan tanpa kebenaran?Bukankah akan beri kesan pada periuk nasi mereka?


Rabu, 29 Julai 2015

Andai Hati Bukan Milikku 2 (part 1)




Baju-baju Aziera yang berada dalam almari dikemas.Baju-baju itu mahu dihadiahkan kepada yang memerlukan.Mak bilang,tak elok simpan barang orang yang telah tiada.
“Pakai jelah baju tu Miera,”suara Zubaidah menjengah pendengaran Amiera.Amiera mengangkat wajahya.Entah bila emaknya masuk ke kamar dan duduk di birai katil.
Baju kebaya labuh berkain songket yang berada dalam tangannya dipandang sebelum matanya kembali beralih memandang wajah Zubaidah.Hanya tinggal mereka berdua sahaja dalam rumah ini.Adik-beradik yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing kerana mula bekerja.
“Miera nak pakai baju macam ni mak?Tak sesuailah mak.Miera ni gemuk,”
“Anak mak ni dah kurus dah.”Balas Zubaidah.
“Ada-ada jelah mak ni.”Amiera melepaskan tawa kecil.Sudah tiga hari Aziera meninggalkan mereka.Semua barangan milik Aziera akan disedekahkan kepada yang memerlukan.Itu lebih elok dari terbiar tanpa digunakan.Kebanyakan barang milik Aziera masih cantik dan boleh dipakai.
“Ira pernah cakap dekat mak dulu,dia nak Miera pakai baju ni bila dia dah tak ada.Dia tak pernah pakai sebab baju tu besar,”perbuatan Amiera terhenti untuk seketika.Lidahnya terkelu dari membalas kata-kata ibunya.Lama dia merenung baju songket merah yang masih berada dalam ribaannya.Diakui,baju untuk kelihatan besar berbanding tubuh Aziera yang lebih kecil.Lebih-lebih lagi sejak kesihatannya merosot.
“Simpanlah.Suatu masa nanti kamu akan pakai juga baju tu.”Ujar Zubaidah lagi dengan kata-kata yang lebih mendalam.
“Kenapa mak cakap macam tu?”Amiera menyoal.Wajah Zubaidah dipandang lama untuk menemukan jawapan.
“Ira nak Miera kahwin,cari teman hidup.Sampai bila kamu nak macam ni?Umur kamu makin bertambah Miera.Mak nak ada orang boleh jaga anak mak bila mak tak ada,”
Amiera menarik nafas.Berkerut dahinya apabila soal teman hidup dibangkitkan.“Miera pandai jaga diri Miera sendiri mak.Mak janganlah risau,”Balas Amiera bersahaja.Matanya kembali memberi tumpuan kepada barangan Aziera yang masih berselerakan di hadapan matanya.
“Mak tahu Miera boleh jaga diri.Sebab tu mak lepaskan Miera pergi belajar jauh-jauh dulu.”Kata Zubaidah.Nafasnya dihembus perlahan.“Miera tu perempuan,nak.Macam mana kuat pun Miera,Miera tetap perlukan seorang lelaki dan suami untuk melindungi Miera,”sambung Zubaidah lagi demi menasihati Amiera.Kerasnya hati anaknya seorang ini berbanding adik-beradik yang lain.
“Miera ada sukakan seseorang ke?”
“Mak...tak habis lagi ke?Miera bukan tak nak kahwin,Miera nak.Belum ada jodoh,kalau ada,adalah.Miera tak boleh nak janji apa-apa dengan mak,”
Zubaidah melepaskan keluhan panjang.Anak daranya hanya tinggal Amiera sahaja.Kini dialah si bongsu dan satu-satunya anak yang masih belum berkahwin.Umur kian meningkat namun seorang calon pun tidak pernah kelihatan.“Mak nak Miera kahwin sebelum umur Miera 29 tahun,”putus Zubaidah dengan tiba-tiba.

Rabu, 22 Julai 2015

Berikan Aku Secebis Rindu 1



"Dalaam diam aku jatuh hati padamu walaupun ku tahu hatimu milik dia."

1
MyVi dipandu laju oleh Amiera meninggalkan perkarangan apartment pensyarah Kolej Matrikulasi Johor.Seawal jam 2 pagi dia dikejutkan dengan panggilan daripada ibunya yang menyatakan tentang keadaan Aziera.Tiada kata yang mampu diucapkannya di saat itu.Kaku lidahnya bagaikan dihempap dengan batu yang berat.Selepas disampaikan,dia terus mematikan talian.Hanya tingkahnya sahaja yang menunjukkan perasaannya pada ketika itu.Dia hanya mengenakan baju tshirt lengan panjang dan seluar track wanita.Selendang labuh hanya dililit ala-kadar sahaja pada kepalanya.
“Cik nak kemana?Awal pagi ni,”Soal guard saat kereta melintasi kawasan pondok pengawal.
“Balik Johor.Ada hal keluarga.”
“Kenapa tak tunggu esok cik?”Soal guard itu lagi.Amiera mengerutkan dahinya.Sudahlah kepalanya pusing memikirkan Aziera.Sebolehnya dia mahu cepat sampai di sana.Pak Imran ni banya tanya pula.
“Takut tak sempat.Saya pergi dulu pak cik.Assalamualaikum,”
Laju sahaja Amiera meninggalkan perkarangan kolej.Tangan diangkat untuk meminta diri.
“Kemana cikgu tu nak pergi?”Soal Hisyam kepada Pak Imran.
“Balik Johor.Kelam kabut semacam je.Tak terurus tengok dia.”
“Takkan ada kematian kot?”Hisyam sengaja meneka.Mulut lelaki lewat 30-an ini boleh tahan juga cabulnya.
“Isk,kau ni pandai je.Doakanlah yang terbaik.”Tegur Pak Imran.Hisyam tersengih bagaikan kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

LANGKAH Amiera kian perlahan saat kaki kian menghampiri katil yang meletakkan Aziera.Seluruh ahli keluarganya berada di luar menanti giliran mereka untuk bertemu Aziera yang sedang tenat.
            “Masuk dulu. Ira nak jumpa kau. Amir ada di dalam.”Pesan abangnya, Azam kepada Amiera yang berada di hadapan Zubaidah. Amiera memandang wajah Zubaidah. Memohon kekuatan daripada wanita separuh abad itu.“Pergilah.”Pinta Zubaidah.
            Amiera tidak beriak. Dia bangkit dari kerusi. Pintu kamar yang menempatkan Aziera ditolak perlahan. Langkah diatur perlahan sehingga dia melihat kelibat Amir dan Aziera.
     Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini.Bisik Amiera dalam hatinya.Pedih rasa hati ditanam dalam sudut hati yang dalam kerana melihat keadaan adiknya yang sungguh menyedihkan.
            Azmir yang menyedari kehadiran Amiera segera bangkit dari duduknya untuk memberi ruang kepada wanita itu.Kemudian dia berdiri di hujung katil Aziera dan melihat dua beradik itu.
            “Ira?”Amiera menyeru Aziera yang tidak menyedarkan diri.Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya. Perlahan,mata Aziera terbuka.Terasa Aziera sukar untuk bernafas.Dia cuba menarik alat bantuan pernafasan yang melekat pada wajahnya.
            “Aku datang,”tangan Aziera digenggam untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada wanita malang itu.
            “Maafkan aku,”Allah,sesaknya dada mendengar kepayahan Aziera menutur kata.“Aku banyak salah pada kau,”
            “Jangan bagi Ira cakap banyak,”tersentak Amiera mendengar amaran yang dikeluarkan Azmir.Matanya memandang tepat kepada lelaki itu yang merenung tajam kepadanya.Amiera terdiam.Lelaki yang bergelar doktor itu lebih tahu tentang keadaan Amiera berbanding dirinya.
            “Ira,jangan cakap lagi okey?Ira rehat.”
            Aziera menggeleng lemah.Jelas kedegilannya terpancar di situ.“Tak...tak sempat.”
            Pilu hati Amiera mendengar kata-kata adiknya.Sepertinya dia tahu saat kembalinya sudah hampir tiba.Saat terakhir ini dia mahu digunakan untuk berbicara dengan lebih dekat dengan Amiera yang pernah dianggapnya sebagai musuh.
            “Aku sayang kau,”
            “Ira,sudahlah. Rehat jangan banyak bercakap.”Pesan Amiera. Lembut suaranya menuturkan kata.Wanita itu menggelengkan kepalanya perlahan.Bibirnya bergerak mengatakan tidak kepada Amiera biarpun hanya angin sahaja yang kedengaran.
            “Aku banyak dosa dengan kau.”Aziera masih belum mahu berhenti.
            “Aku dah lama maafkan kau,”balas Amiera.Genggaman tangannya erat.Perlahan,Aziera mengangkat tangan Amiera dan dibawa kebibirnya.Amiera menjadi sayu.Pertama kali dalam 23 tahun dia hidup bersama Aziera tangannya dikucup penuh kasih dan sayang oleh wanita itu.
            “Aku sayangkan kau kak...”
            Amiera diam membisu.Tiada langsung reaksi wajah yang ditunjukkannya.Hanya hatinya yang menyatakan melihat semua itu.Amiera bangkit,wajahnya  didekatkan dengan Aziera.Sebuah kucupan penuh kasih sayang singgah pada dahi Aziera.
            Amir juga turut membisu menyaksikan babak sedih di hadapannya matanya.Dia juga perlu menjadi sekuat dan setabah Amiera yang punya hubungan yang lebih kuat berbanding dirinya yang hanya menjadi kekasih untuk seketika cuma.
            “Amiera?”Amir memanggil Amiera kerana menyedari keadaan Azira yang semakin lemah.Nafasnya mula tercungap-cungap dan matanya kian tertutup.
            “Allahuakhbar!”Ucap Amiera.Kepala dan wajah Aziera diusap perlahan dan kasih sayang.Namun,matanya tetap kaku tanpa sebarang air mata.“Mengucap Dik!”Bisik Amiera perlahan.Amir sudah keluar untuk memanggil Zubaidah.
            “Ira?”Zubaidah memanggil Aziera.Amiera menjauhkan sedikit tubuhnya dari katil Aziera untuk memberi laluan kepada Amir dan ibunya dekat dengan Aziera untuk kali terakhir.
            Selangkah demi selangkah,Amiera kian menjauh.Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan kesedihan dan kehilangan yang sekali lagi melanda dalam kehidupannya.Tangisan yang kuat kedengaran dari kamar sakit amat difahami Amiera.Tahulah dia bahawa saat itu,Aziera sudah pergi buat selamanya.
            “Miera?”Amiera mengangkat kepalanya memandang kak Azah,kakak sulungnya.Tanpa sedar,air matanya mulai gugur.Kepalanya digelengkan perlahan.
            “Ira?”Kak Azah seperti terkejut dengan reaksi Amiera lalu menolak perlahan tubuh Amiera yang berada di pintu.Amiera terdiam dan pasrah sahaja saat tubuhnya ditolak perlahan.Kak Azah sudah masuk untuk melihat Aziera.Tinggallah Amiera bersedih  sendirian.Bawalah dia kembali bersamaMu di tempat orang beriman Ya Allah.

Isnin, 20 April 2015

Pahit Getir

Assalamualaikum w.b.t
Hai semuanya!Lama dah tak berjumpa.Naik berdebu blog ni dah.Okey back to the story.Title macam nak gempak je kan?Hari miera sibuk google panduan untuk hantar manuskrip.Nak jana ilmu kenalah usaha lebih kan?Usaha Tangga kejayaan. Hai,susahnya nak jadi penulis kan?Ada penulis dah siap manuskrip.Dah hantar,tapi feedback merendahkan semangatnya.Automatik!Miera pon rasa takut nak hantar manuskrip.

Eh,cik Miera,balik pada soul la!Jangan takut berdepan dugaan. Kalau dapat feedback negative tu nampaknya,kena tambah usaha lagi pada manuskrip.Perbaiki.Jangan give up.Tapi kalau dapat positif feedback jangan lupa Alhamdulillah.Syukur lah usaha selama ni dapat ganjarannya.Ehem,pandai cakap je kan cik Miera ni?Tapi betullah syukur!

Tak dinafikan,susah sebenarnya nak jadi penulis.Nak fikir idea,nak fikir genre,nak fikir plot,nak fikir ayat perkembangan.Macam-macam benda nak fikir.Tu yang sampai dah separuh jalan cerita terus give up. Ada yang sampai setahun,baru nak sambung balik.Aduh!Memang stress.(Cik Miera lah tu!)Tapi,cik kuatkan semangat.Usaha,berdoa dan tawakal.Tanamkan dalam hati "AKU NAK JADI NOVELIST". Tak lupa juga kaki supporter.Family semua,kawan-kawan dan kawan beetalk kita,en yuz namanya.Siap bagi idea lagi.Tak lupa juga pada Kak Alidah Jusoh yang bagi support sudi nilai skrip kita kat blog walaupun masa tu baru nak berjinak sampai bab 3 novel Hani Humairah.(Maaf kak,novel tu dah berabuk.Sekarang baru mula balik).Sebab kak Alidah tu la semangat kita bertambah kuat nak siapkan cita.

Opss,sebelum Cik Miera tutup kisah Cik nak bagi tips kat kengkawan kat luar sana kalau nak korang punya cerita orang baca jangan lupa hantar manuskrip anda pada Penulisan 2U dan Novel Melayu Kreatif.
Tak pun kalau nak ada Blog,jangan lupa Share kisah korang pada group FB.Confirm meletop-letop orang komen.

Otey,See ya!