Jumaat, 25 Julai 2014

Wafa Thahirah part 2


“MORNING!”Suara abang Firman menyapa telingaku pada awal pagi.Entah bila lelaki itu berada disisiku aku sendiri tidak tahu.“Masak apa?”Dia menyoal.
“Masak kari.Tak Nampak?”Kataku selamba. Lelaki itu menguntum senyuman.“Beratlah nasi ni.Nanti masakkan abang French toast,” bulat mataku mendengar permintaannya.Permintaan ke?Lebih kepada arahan sebenarnya.“Ish,ingat aku ni bini dia ke apa nak arah-arah.Berat konon.Baru balik overseas dah lupa diri.”gumamku sendiri apabila lelaki itu berlalu dari dapur.
“I hear you Wahirah!”Terkejut aku mendengar suaranya.Wahirah?
“Wahirah balik bila?”Suara abang Firman menyapa lagi pendengaranku.Namun nama Wahirah begitu asing padaku.“Siapa Wahirah?”Semua mata yang berada di meja makan memandang kami.
“Ni,yang tengah makan duduk depan abang.Wa untuk Wafa,hirah untuk Thahirah.”
“Suka hati je ubah nama orang,”ujar Fieza.
“Suka hatilah. Abang je yang boleh panggil nama tu,”kata lelaki itu selamba sambil mengerling Fieza.Wanita itu mencebik tanda menyampah.“So,Wahirah balik bila?”Soal abang Firman lagi.Dia kembali focus kepadaku selepas pertanyaannya tadi diganggu oleh Fieza.
“Hmm,esok kot.Tiket bas tak beli lagi.Kenapa?”
“Naik bas ke?”Soalnya bagaikan terkejut mendengar jawapan yang aku berikan.“Kenapa kalau naik bas pun.Tak salah pun kan.Tanya macam nak hantar je orang tu,”Fieza menyampuk lagi.Aku memandang pada mama dan abah .Tersenyum-senyum mereka melihatku.Dah kenapa?Mataku kembali focus pada abang Firman dan Fieza.“Abang hantar nak?”
“Hantar stesen bas?Boleh je.”Balasku spontan.
“Siapa cakap nak hantar stesen bas?Abang nak hantar balik Johor.”Tersedak aku mendengar kata-katanya.Abang Firman menghulurkan air teh kepadaku.Dia punya pasallah.Nasib tak tersembur isi dalam mulut aku ni. Nak bergurau tu agak-agaklah.
“Abang nak hantar Wafa balik?”Mama menyoal.Abah memandang kami berdua tidak berkelip.Lelaki itu mengangguk.Sah dia serius.“Haa.Sekali boleh kenal-kenal dengan bakal mak mertua.”Selamba lelaki itu berkata.Sekali lagi Hani tersedak.Habis tersembur air yang baru sahaja dihirup tepat mengenai wajah Firman.
Terkejut aku dengan aksi spontanku yang tidak disengajakan itu.Bulat mataku melihat wajah abang Firman yang serius.Marahkah dia?“Errr…sorry,”kataku sambil mengangkat tangan menyatukan kedua-dua tapak tanganku.
Mama,abah dan Fieza seronok mentertawakan kami berdua.Manakala abang Firman masih berwajah serius.Mana tidaknya,habis wajahnya yang kacak dicemari air yang baru keluar dari mulutku.Habislah!
****Wa.Hirah***
AKU hanya buat tidak endah apabila abang Firman asyik tersenyum sumbing sejak kami tiba di rumah emak. Sakit pula hati aku lihat dia begitu. Sukalah bila mak suruh dia tidur di rumah malam ni kerana dia dah hantar aku balik.
            “Apa tengok-tengok?”Teretus juga rasa tak puas hati aku.
            “Tengok je pun.Bukan luak mana,”selamba dia membalas.Aku membesarkan matanya.Entah sejak bila aku punya kekuatan untuk bercakap bebas dengan lelaki.Dia yang pertama.Kau dah pecah rekod Wafa Thahirah! “Wahirah ke masak semua ni?”Soalnya pula.
            “Yelah,”kataku.Nasi sudah aku letakkan di pinggannya.Demand!Mentang-mentanglah dia tetamu.“Cuba cakap baik-baik dengan Firman tu,”emak menegur.Aku menggumam.Manakala abang Firman tersenyum nakal.
            “Makan mak,”kata lelaki itu kepada mak.Tengok tu,sejak bila entah dia diiktiraf menjadi anak mak dan mendapat mohor untuk panggil mak dengan panggilan ‘mak’.Mak sudah duduk di kerusi.Hanya kami bertiga sahaja yang ada di rumah.Adik aku dah duduk tempat lain.Kerja di Bandar Johor.
            “Mak,Fir nak duduk sini sampai lusa boleh?”Tersedak aku mendengar permintaannya.
            “Cuba makan tu elok-elok Wafa,”tegur emak.Aku tarik muncung bila mak cakap macam tu.Lelaki tu punya pasal! “Fir nak duduk sini sampai lusa?”Mak menyoal.Aku pula meneruskan suapanku yang tergendala.Malas pula mahu ambil tahu.
            “Wafa esok temankan Firman pusing Johor.”Terkejut aku mendengar kata-kata emak yang lebih kepada arahan.“Wafa banyak kerjalah mak.Banyak customer punya tempahan yang tak siap lagi,”
            “Hish budak ni.Kerja tu sampai bila-bila pun tak habislah,”ujar emak.

            Aku pandang abang Firman yang sedang tersengih bagai kerang busuk.Sukalah tu lihat aku kena marah dengan mak.Sakitnya hati!

Ahad, 15 Jun 2014

Produk Ailin






 niteBig


Night Treatment (Krim malam)
Sangat berkesan merawat, membina jaringan sel kulit baru, membekalkan nutrisi pada
kulit sehingga menjadikan kulit kelihatan anjal, cerah, lebih muda dan berseri! Tinggalkan masalah kulit kusam, jeragat degil, jerawat,
gelang hitam bawah mata, pori-pori membesar, serta whitehead & blackhead degil yang
mengganggu penampilan anda.
**Penggunaan set lengkap amat membantu mempercepatkan proses rawatan serta
menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
Berat Bersih: 20g
Harga: WM RM60 / EM RM63
Postage: WM RM6 / EM RM9
**Penggunaan set lengkap kombinasi


        dayBig
Day Perfection (Krim Siang)
Sangat berkesan membantu proses pemutihan dengan memberi perlindungan optimum
SPF30, UV-A & UV, membekalkan nutrisi pada kulit sehingga menjadikan kulit
kelihatan cerah sekata, dan halus selembut kulit bayi..! Tinggalkan masalah kulit kusam,
jeragat degil, jerawat, gelang hitam bawah mata, pori-pori membesar, serta whitehead &
blackhead degil yang mengganggu penampilan anda.
**Penggunaan set lengkap kombinasi (Day Perfection + Night treatment + Facial Wash
Softly Toner) amat membantu mempercepatkan proses rawatan serta menggalakkan
pertumbuhan sel kulit baru.
Berat Bersih: 20g
Harga: WM RM60 / EM RM63
Postage: WM RM6 / EM RM9
boxSetBig
Koleksi Penjagaan Wajah Lengkap mengandungi Day Perfection 10g,
Night Treatment 10g, Softly Toner 60ml  & Facial Cleanser 60ml .
1) Facial Cleanser 60ml
(Ekstrak Papaya & Sirih)
- Agen mencerah serta mampu mematikan bakteria punca jerawat. Membuatkan kulit terasa segar dan mengawal penghasilan minyak di muka.. Lelaki terkadang malas pakai set lengkap, pakai facial cleanser sahaja pun boleh membantu mencerahkan kulit.
2) Softly Toner 60ml
(Ekstrak Pudina & Mentimun)
- Boleh dipakai selepas cuci muka dan sebelum tidur. Mampu menyegarkan kulit dan mengecutkan pori yang serius serta mampu membantu mata keletihan serta lebam bawah mata.
3) Day Perfection 10g
(Ekstrak Snowerry)
- Mempunyai pelembap serta sunblock SPF 30 yang mampu membantu kulit saat berdepan dengan sinaran UV.
4) Night Treatment 10g
(Ekstrak Bunga Saffron/Za’faran)
-Merawat masalah tona tidak sekata, jeragat, kusam, kulit gelap serta meremajakan kulit anda.. Menjadi kulit lebih berseri dan sihat semulajadi.
Harga: WM RM120 / EM RM123
Postage: WM RM6 / EM RM9


Softly Toner
toner
Toner lembut. Sangat berkesan membantu mengecilkan pori menegangkan membuang sel kulit mati serta mencerahkan kulit wajah. Pemakaian setiap hari akan membantu menjadikan kulit lebih anjal dan sentiasa kelihatan segar dan awet muda.
Berat Bersih: 115ml
Harga: WM RM45 / EM RM48
Postage: WM RM6 / EM RM9
Celfie Glow Cream.
webBanner_ailincellfie
FUNGSI 3 Kali ganda:
->Lebih menganjalkan kulit!
->Melambatkan proses penuaan kulit (antiglycation)!
->Kuasa pencerahan 3 kali ganda!
->Daya mengurangkan jeragat!
->Membantu mematikan kuman punca jerawat!
->Menjadikan wajah lebih muda!
Active ingredient:
Vitamin C , E,
Rice extract
Cranberry extract
harga:RM50
(normal price RM75sem/RM78ss)

Cara Penggunaan Lengkap Dan Fungsi :
Facial Cleanser (Ekstrak Papaya & Sirih)
> Dipakai sebagai pembersih wajah dengan agen mencerah serta mampu mematikan
bakteria punca jerawat.
> Cuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
> Membuatkan kulit terasa segar dan mengawal penghasilan minyak di muka.

Softly Toner (Ekstrak pudina & Mentimun)
> Dipakai selepas cuci muka, sebelum penggunaan krim.
> Letakkan beberapa titis di tapak tangan atau menggunakan facial cotton. Sapu
rata di permukaan kulit wajah. Tepuk-tepuk wajah sehingga kering sebelum menyapu
krim.
> Berupaya menyegarkan kulit dan mengecutkan pori yang serius.
> Membantu menyegarkan keletihan mata serta mengurangkan lebam bawah mata.

Anti Allergy Cream (Ekstrak Nigella Sativa)
> Dipakai waktu malam sebelum tidur atau ketika tidak keluar rumah. (Oles tebal di
atas jerawat sahaja)
> Merawat masalah keradangan kulit seperti kulit jerawat, kulit sensitif, ruam dan
alahan.
> Berupaya mengecutkan jerawat seawal 24 jam (bergantung jenis jerawat) ,
meredakan masalah ruam/alahan.

Cellfie Glo Cream (Ekstrak cranberry dan 24Gold Essence)
> Dipakai waktu malam sebelum tidur seperti memakai night treatment.
> Sapu rata seluruh wajah secara tipis. Oles selapis lagi dibahagian-bahagian
bermasalah seperti tompok hitam, parut dan jeragat.
> Bertindak sebagai 'repair cream' dengan agen pencerah 3 kali ganda, membantu
memperbaiki sel kulit mati, menghilangkan jeragat, hitam bekas jerawat dan
memulihkan parut.
*** Bagi kulit berjerawat, pastikan cellfie cream mula dipakai apabila jerawat
telah benar-benar pulih sepenuhnya.

Day Perfection (Ekstrak Snowberry/Gojiberry)
> Dipakai waktu siang atau ketika keluar rumah.
> Coletkan sedikit ditapak tangan gosok kedua-dua tangan sehingga rata. Sapu rata
ke seluruh wajah.
> Megandungi pelembap berasaskan foundation, menjadikan wajah kelihatan natural
glowing. Perfect touch-up seperti memakai BB cream!
> Sunblock dengan SPF 30 berfungsi memberi lapisan dan melindungi kulit daripada
sinaran UV.

Night Treatment (Ekstrak Bunga Saffron/Za'faran, Avocado & Snowberry/Gojiberry)
> Dipakai pada waktu malam selepas mencuci wajah dan selepas memakai softly toner.
> Sapu rata keseluruh wajah.
> Merawat pelbagai masalah kulit seperti tona tidak sekata, jerawat, jeragat
degil, kulit kusam, kulit gelap serta meremajakan kulit anda.
> Berupaya menjadikan kulit lebih berseri dan sihat semulajadi.

 Berminat?Hubungi saya .
whatsapp:014-8438891(mira)


Ahad, 8 Jun 2014

Wafa Thahirah (P1)



“MAMA kirim salam,”ujar Fieza demi menyampaikan titipan daripada Puan Zaharah.Matanya masih lagi merenung aku yang sedang khusyuk menyiapkan tempahan daripada pelanggan.Aku,seorang yang sangat bercita-cita tinggi.Baru sahaja tamat belajar,aku sudah mampu membina perniagaan sendiri  dengan menggunakan idea kreatif.
“Hmm,Waalaikumsalam,”balasnya.
“Hujung minggu ni busy tak?”
“Tak tahu lagi.Kenapa?”
“Jom,ikut aku balik.Mama ajak.Mama nak buat kenduri.Abang Man dah balik dah.”Ujar Fieza.Wafa mengangkat wajahnya.Sejak mereka bertemu dan berbual,baru kali ini gadis itu mengangkat wajahnya.Berkerut dahinya.“Jomlah.Kau dah lama tak dating rumah.Mama asyik tanya je.”Pujuk Fieza lagi tanpa mahu berserah.Dia sememangnya tahu bahawa Wafa amat cair dengan pujukan.
“Aku ada banyak kerja la nak kena buat.Customer nak mintak cepat.”
“Sekejap je.Satu hari je.Aku janji satu hari je.Jomlah,ikut aku balik.Kau tak kesian dekat mama ke?Mama nak sangat jumpa kau.”Fieza sudah membuat muka puppy face dia.Manakala Wafa menarik kening double jerk.
“Hmm,tengoklah dulu macam mana.”Selamba Wafa berkata.Kerja yang terbengkalai disambung kembali.Fieza masih tidak berpuas hati.Pipi Wafa yang sedikit tembam ditarik geram.“Ikut tau,”
Aku menggosok pipi yang  sedikit pijar kerana perbuatannya itu.“Sakitlah,”ujarku sedikit marah.Pantang pula apabila pipiku selalu menjadi mangsa geram Fieza.  Fieza menguntum senyuman nakal sebelum mengatur langkah meninggalkan dia dimeja makan.Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku perlahan.Masih sedia bersabar melayani kerenah seorang teman.

Aku sibuk membantu mama menghidangkan makanan di ruang hadapan.Sebentar lagi pasti ramai tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis kesyukuran sempena kepulangan Abang Firman dari luar negara.
“Wafa,tolong mama sayang. Panggil abang dekat depan sekejap.Mama nak mintak tolong dia angkat air ni,”aku yang sedang menyusun kuih di pinggan mengangkat muka memandang mama.Manakala Fieza masih khusyuk memotong kuih muih yang ditempah dan diberi oleh tetamu.“Fiz,”aku memanggil gadis itu.Baru kini dia mengangkat muka dan memberi sepenuh perhatian kepadaku.Bulat matanya memandangku.“Kau pergilah panggil abang Man.Mama suruh tu,”
“Eh,aku pulak.Mama suruh siapa tadi?”Ujar Fieza.Sedaya upaya dia menolak permintaanku.Aku melepaskan keluhan.Jika dibalas balik takut berlaku pergaduhan pula.Aku,seorang mudah panas hati jika ada sesuatu yang aku tidak puas hati.
Aku mula mengangkat punggung menuju ke ruang hadapan.Kosong!Langkah terus ku ayun ke luar rumah apabila mendengar suara gelak ketawa lelaki di luar.Aku lihat abang Firman sedang berbual mesra dengan seorang sahabatnya.
“Err…sorry.”Aku mencelah setelah nafas kuatur mengikut rentak yang sepatutnya. Abang Firman dan sahabatnya sama-sama menoleh ke arahku.“Err…mama panggil abang Man.Mama mintak tolong angkatkan air dekat dalam tu untuk tetamu.”Aku menyusun kata.Wajah abang Firman serius.Aku pula menelan liur.Seketika kemudian,aku melihat dia bangkit dan mengatur langkah.Sahabatnya dibiarkan sendirian di bawah khemah.
“Jom,ikut abang angkat air,”katanya membuatku tersentak.Entah bila dia berada di hadapanku.Wajahku angkat untuk melihat dia yang lebih tinggi daripada aku.Kemudian,aku mengangguk setuju dengan permintaannya.

“Dah lama ke buat business printing card tu?”
Aku tersentak.Abang Firman sudah mahu bercakap denganku.Jika tidak,lelaki itu lebih banyak berdiam sahaja.“Siapa cakap saya buat business printing card ?”
“Fiz,”spontan dia menjawab.Aku menganggukkan kepalaku perlahan.
“Tak jugak.Baru je nak establish.Dulu buat part time masa belajar,nak cari duit  untuk study dulu,”kataku perlahan.Wajahku tundukkan sedikit ,mengelak dari bertentang mata dengan Abang Firman.Lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan.“Bagus juga ye?Lepas ni boleh buat business card abang.Sekali dengan diskaun?”
Aku menjegilkan matak memandang dia.Patut pun tanya,nak minta diskaun rupanya.Bisikku dalam hati.“Hmm…boleh.Nanti bagitahulah details ya?Sekarang ni business ditutup buat sementara waktu sebab Wafa Thahirah sedang bercuti,”
Kedengaran satu suara sedang melepaskan tawa.Seperti suara abang Firman.“Ada yang lawak ke?”Serius wajahku saat bertanyakan soalan itu.Serta merta abang Firman berhenti ketawa.Terpinga-pinga lelaki itu melihatku.
“Garang sangatlah kau ni,”suara Fieza mententeramkan suasana yang kian tertekan. Selamba dia berjalan menghampiri aku dan abang Firman.“Padanlah lelaki takut nak dekat kau,”selamba sahaja dia berkata.Depan abang dia bolehlah dia buat macam tu.
“Tak ada boyfriend lagi ke?”Naif abang Firman menyoal.
“Motif tanya soalan macam tu.”Kataku.
“Tanya pun salah ke?”
“Tak salah.Cuma soalan tu macam perli je. Biarlah tak ada boyfriend pun.”Kataku dengan berani.Jawapan selamat kononnya.
“Kenapa tak ada boyfriend?” Abang Firman menyoal lagi.Serius sahaja wajahnya memandangku.Aku pun apalagi memandangnya dengan pandangan yang tajam.Fieza yang yang berdiri di sisi abangnya tersengih memandangku.Sukalah tu apabila soalan cepumas itu ditujukan kepadaku.

“Suka hatilah nak ada boyfriend ke tak.Dah orang tak suka ada boyfriend.”Kataku dengan garang. Pinggan polystyrene  di tangan aku letakkan dengan kasar di atas meja.Kemudian,aku melangkah laju masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka.Sakit hati punya pasal.

Sabtu, 12 April 2014

Reward for contest Detik Terindah bersama Fair&Lovely

Hai,tahun lepas mira saje join penulisan cerpen Detik Terindah bersama Fair&Lovely.Hehe...even tak menang.Rasa teruja sebab company sudi publish semua cerpen yang sama tulis.2 cerpen hantar.Dua-dua ada buku ni.Nampak tak gelojoh dekat situ.

Antara kita ada rindu
Love version

ANTARA KITA ADA RINDU (love version)
Wujudnya persahabatan itu umpama bunga dan bunga itu akan mekar andainya disirami dengan kasih sayang dan keikhlasan.Dibajai pula dengan kejujuran . Tetapi,ia akan layu dan menyembah bumi andai dibiarkan tanpa dijaga dan disayangi.
Ameera menutup laman blog selepas mencoret bait-bait kata.“Amie,kau dah siapkan poster untuk projek persatuan minggu depan?”Sara menegur Ameera yang masih berteleku di hadapan lap top.Ameera menganggukkan kepalanya perlahan dan berkata,“dah.Tapi,aku tak sure okey ke tak ni.Takut ada yang tak nak.Esok aku tanya Jojo.”
“Esok kau bawaklah design tu esok,bagi Jojo tengok dulu.”Kata Sara.Ameera menguntum senyuman. Buku nota Technology and Innovation ditarik dari rak.Sunyi rasanya malam  ini kerana semua penghuni rumah sewa sudah tidur. Ameera lebih suka belajar pada awal pagi kerana lebih aman dan tenang.Malam ini dia perlu belajar lebih lagi kerana esok dia perlu membuat perbentangan di kelas.Gugup pula rasanya kerana dia tidak hebat dalam membuat perbentangan berbandingan pelajar lain.Rasa rendah diri dan kurang keyakinan member kesan kepadanya.
“Ameera,kau orang first yang present kan?”Ameera mengangguk.Dia bangkit dari kerusi dan menuju ke hadapan kelas.Skrin LCD sudah terpasang slide yang sudah disiapkan sejak malam semalam.Ucapan salam sebagai permulaan.Satu persatu dibentangkan dengan perasaan gugup.
“You need improve your presentation skill Ameera.”Komen Puan Dahlia.Ameera menarik senyuman paksa.Ah,sukarnya membentuk keyakinan diri dalam dirinya yang kelihatan tidak sempurna. Kelas pertama untuk hari ini sudah berakhir.Selepas ini dia perlu pulang ke rumah.Dia tidak seperti pelajar lain yang menunggu kelas seterusnya kerana semester ini dia hanya mengambil empat subjek.Dia perlu menangguhkan niat untuk membuat latihan industri pada semester hadapan.
“Amie,malam ni ada meeting untuk ajk persatuan,kau datang tau.”Ujar Jojo.Aku mengangguk sambil menguntum senyuman.Malam ni? Kenapa malam ni?Aku nak datang dengan siapa?Ameera membisik dalam hatinya.Langkahnya perlahan menuju ke pos B untuk pulang ke rumah.


antara kita ada rindu
friend version.

Antara kita ada rindu(friends version)
Aku lahir dari keluarga yang sederhana.Kekurangan hidup mengajar aku erti berdikari.Girangnya rasa hati apabila surat kemasukan ke university sebagai pelajar Ijazah diterima melalui email.Namun apabila membaca tempat yang tertulis di atas surat,perasaan sedih menerpa dalam hati.Aku hanya memikirkan emak yang mungkin kesepian jika aku pergi.
            “Dapat mana Eiya?”Soal emak yang sedang membuat kek.Eiya,panggilan mesra yang digunakan keluarga untuk aku.“Terengganu.”Aku menjawab malas.Wajah emak aku pandang sekilas kerana emak menyepi.Mungkin emak sedih kerana seorang demi seorang anak-anaknya melangkah keluar rumah tanpa pimpinannya dan tanpa ditemaninya lagi.Abah?Abah dah lama pergi sejak peperiksaan SPM tamat.“Kalau orang tak nak pergi boleh?”Kataku.
            “Pergilah.Mak okey je.Nanti dah habis belajar boleh kerja elok-elok.”Kata emak.Kursus yang ditawarkan kepadaku bukan calang-calang.Pengajian Pengurusan Operasi yang berkaitan dengan kilang dan disokong oleh adik-beradikku yang lain.Dulu,aku pernah menerima surat temuduga untuk pengajian fesyen di Shah Alam kerana aku mempunyai bakat dalam lukisan fesyen.

Nak baca lagi?Jangan lupa dapatkan buku Detik Terindah bersama Fair&Lovely:100 kisah terindah & Cetusan Hati Damya Hanna di pasaran.
Kenapa kena beli buku ni?Jawapannya mestilah nanti rugi.Nak baca kisah mira je?hehe tak menarik sangat kot.Belilah,cerita dalam buku ni semua kisah benar dan ada detik impian yang ingin dicapai oleh semua penulis.Tak rugi pun rasanya.
dapat buku dengan set Fair&Lovely.
Hari tu mira pegi Pustaka Seri Intan dekat Dungun Terengganu tu.Ingat nak beli,tapi masa tu duit dalam tangan cukup untuk beli pen dan buku tulis je.Hehe...Semalam balik tak sangka pulak ada buku ni.Ni pun mak bagitahu dah 2 hari sampai katanya.Tapi mira bukan beli pun.Sponsor yang bagi.Thanks to Fair&Lovely and Ilham buku karangkraf.
           

Ahad, 9 Mac 2014

misteri kehilangan MH370

Masuk hari ke-3 pesawat MH370 hilang tanpa dijejaknya.Kemana pesawat itu hilang?semua itu menjadi tanda tanya pada kita rakyat Malaysia dan seluruh dunia.Misteri 2 penumpang menimbulkan pelbagai persoalan pada kita.
timbul juga pelbagai spekulasi yang menghangatkan lagi kisah ini.
ada yang mengatakan pesawat itu jatuh,ada yang katakan pesawat dirampas, air turn back dan pelbagai spekulasi lain.

Kehilangan ini mengingatkan aku pada tragedi di Tanjung Kupang Johor.

jika di langit turunkanlah jika di laut timbulkanlah dan jika di darat tunjukkanlah.
semoga mereka semua berada dlm keadaan yang selamat.Hanya Allah yang tahu rahsia di sebalik kejadian ini.Yang pasti ada hikmah disebaliknya.

MH370,pulanglah.

Isnin, 27 Januari 2014

Ingin kamu 1

Ingin Kamu-Novel.

1.
Iman Rania meletakkan beg sebuah beg pakaiannya di atas katil bujang. Memandangkan dia penghuni pertama yang mendaftarkan diri masuk ke bilik pada hari itu dia memilih katil bujang untuk memudahkan dirinya sendiri.

“Iman nak meja mana?Meja tengah ni kecil je.”Zahira menyoal demi keselesaan adik iparnya.Iman masih berfikir setelah melihat ketiga-tiga buah meja yang ada di bilik itu.“Akak pilihkan meja tepi ye?Tersorok sikit.Kalau ada orang datang tak terganggu sangat.”Kata Zahira tanpa sempat Iman membuat keputusan.Kemudian dia tersenyum.“Okey,”

“Semua barang dah cukup?”Umi menyoal pula.Iman memandang umi yang sedang duduk di katilnya.“Entah.Cawan ada.Nescafe,Nestum,susu,gula tak ada.Iman bawak Milo yang umi bagi tu aja.”Balas Iman bersahaja.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam warah matullah…”mereka menjawab serentak salam yang diberi.Ada penghuni baru masuk.Iman memaniskan wajahnya dan melihat penghuni baru yang masuk.Kawan baru!

“Iman,jom turun.Beli barang.Abang Iqbal dengan Iqraam tunggu dekat bawah.”Kata Zahira.Iman menganggukkan kepalanya perlahan.Umi sudah bangkit dari duduknya.Mereka bertiga beriringan turun ke bawah.

Suasana di sekitar kolej Gemia amat sesak kerana ramai pelajar yang mandaftarkan diri.Iman melihat sahaja barang yang dibawa oleh penghuni lain.Ada yang membawa barang sehingga penuh satu kereta.Tidak cukup dengan beg pakaian,dibawa sekali dengan comforter, dan kotak-kotak yang entah apa yang di isi didalam.

“Ingatkan Iman punya barang yang banyak.Rupanya orang lain lagi banyak.Gaya macam tak nak balik rumah.Nak duduk sini je.”Ulas Iman sendiri.Zahira dan umi menguntum senyuman mendengar kata-kata gadis itu.

“Bilik okey tak?”Iqbal menyoal apabila Iman,umi dan Zahira berada di hadapannya.

“Okey.Tapi kecil.Kalau besar macam dekat matrik tu lagi best,”kata Iman.

“Amboi,nak besar.Syukurlah ada bilik.Kalau kena duduk luar, macam mana?”Iqraam menyampuk.

“Duduk ajelah.Buat apa nak takut.Iman nak indipendentlah.”Kata Iman dengan berani membalas kata-kata Iqraam yang selalu suka mengusiknya.

“Hah,sudah-sudahlah tu.Naik!Kata nak beli barang.”Ujar Iqbal yang sudah masuk ke dalam kereta.Iqraam dan Iman tersengih.Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.“Ladies first.”Kata  Iqraam bersahaja.Iman mencebikkan bibirnya memandang abangnya.

“ALONG dengan Uda belanjalah top up. Belikan stok untuk Iman dekat sini.”Kata Iman.Wajah comel ditunjukkan pada kedua-dua abangnya. Iqbal menarik nafas perlahan.Manakal Iqraam buat tidak tahu.“Ala…bolehlah…bolehlah…”Pujuk Iman lagi. Tangan kedua-dua abangnya dipeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan.Habis mereka berdua ditarik masuk ke kedai hotlink.

            “Hish,budak kecil ni.Mengada betul.”Kata Iqraam.Iman tersengih.Bahagia rasanya apabila mereka menurut sahaja langkahnya menuju ke kedai Hotlink.Bukan selalu!

“Ha,yelah-yelah,”Iqraam bersuara bagaikan dipaksa.Berkerut sahaja wajah lelaki itu apabila Berjaya dibuli oleh si adik.

“Abang,nak beli top up 10 ringgit nak 5.Nak yang kad tau,”

Iqraam dan Iqbal saling berpandangan.Habis mereka dibuli Iman.Top up RM50?

“Masuk bukulah dik.Kad dah habis,”kata penjaga kedai.

“Ala…”Iman memandang Iqraam dan Iqbal.Mereka berdua tersenyum nakal  kepadanya.“Tak apalah.Masuk sepuluh ringgit ajelah.”Iman menulis data di buku rekod.“Duit biar abang saya yang bayar ye?”Kata Iman selamba sambil menguntum senyuman.Tubuhnya dipalingkan menghadap Iqbal dan Iqraam sekali lagi.Keningnya dimainkan dengan nakal.Iqbal yang mengerti mengeluarkan beg duit dari saku seluar jeans yang dipakai.Tak apalah sepuluh je.