“MAMA
kirim salam,”ujar Fieza demi menyampaikan titipan daripada Puan Zaharah.Matanya
masih lagi merenung aku yang sedang khusyuk menyiapkan tempahan daripada
pelanggan.Aku,seorang yang sangat bercita-cita tinggi.Baru sahaja tamat
belajar,aku sudah mampu membina perniagaan sendiri dengan menggunakan idea kreatif.
“Hmm,Waalaikumsalam,”balasnya.
“Hujung
minggu ni busy tak?”
“Tak
tahu lagi.Kenapa?”
“Jom,ikut
aku balik.Mama ajak.Mama nak buat kenduri.Abang Man dah balik dah.”Ujar
Fieza.Wafa mengangkat wajahnya.Sejak mereka bertemu dan berbual,baru kali ini
gadis itu mengangkat wajahnya.Berkerut dahinya.“Jomlah.Kau dah lama tak dating
rumah.Mama asyik tanya je.”Pujuk Fieza lagi tanpa mahu berserah.Dia sememangnya
tahu bahawa Wafa amat cair dengan pujukan.
“Aku
ada banyak kerja la nak kena buat.Customer nak mintak cepat.”
“Sekejap
je.Satu hari je.Aku janji satu hari je.Jomlah,ikut aku balik.Kau tak kesian
dekat mama ke?Mama nak sangat jumpa kau.”Fieza sudah membuat muka puppy face
dia.Manakala Wafa menarik kening double jerk.
“Hmm,tengoklah
dulu macam mana.”Selamba Wafa berkata.Kerja yang terbengkalai disambung
kembali.Fieza masih tidak berpuas hati.Pipi Wafa yang sedikit tembam ditarik
geram.“Ikut tau,”
Aku
menggosok pipi yang sedikit pijar kerana
perbuatannya itu.“Sakitlah,”ujarku sedikit marah.Pantang pula apabila pipiku
selalu menjadi mangsa geram Fieza. Fieza
menguntum senyuman nakal sebelum mengatur langkah meninggalkan dia dimeja makan.Aku
hanya mampu menggelengkan kepalaku perlahan.Masih sedia bersabar melayani
kerenah seorang teman.
Aku
sibuk membantu mama menghidangkan makanan di ruang hadapan.Sebentar lagi pasti
ramai tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis kesyukuran sempena
kepulangan Abang Firman dari luar negara.
“Wafa,tolong
mama sayang. Panggil abang dekat depan sekejap.Mama nak mintak tolong dia
angkat air ni,”aku yang sedang menyusun kuih di pinggan mengangkat muka
memandang mama.Manakala Fieza masih khusyuk memotong kuih muih yang ditempah
dan diberi oleh tetamu.“Fiz,”aku memanggil gadis itu.Baru kini dia mengangkat
muka dan memberi sepenuh perhatian kepadaku.Bulat matanya memandangku.“Kau
pergilah panggil abang Man.Mama suruh tu,”
“Eh,aku
pulak.Mama suruh siapa tadi?”Ujar Fieza.Sedaya upaya dia menolak
permintaanku.Aku melepaskan keluhan.Jika dibalas balik takut berlaku pergaduhan
pula.Aku,seorang mudah panas hati jika ada sesuatu yang aku tidak puas hati.
Aku
mula mengangkat punggung menuju ke ruang hadapan.Kosong!Langkah terus ku ayun
ke luar rumah apabila mendengar suara gelak ketawa lelaki di luar.Aku lihat
abang Firman sedang berbual mesra dengan seorang sahabatnya.
“Err…sorry.”Aku
mencelah setelah nafas kuatur mengikut rentak yang sepatutnya. Abang Firman dan
sahabatnya sama-sama menoleh ke arahku.“Err…mama panggil abang Man.Mama mintak
tolong angkatkan air dekat dalam tu untuk tetamu.”Aku menyusun kata.Wajah abang
Firman serius.Aku pula menelan liur.Seketika kemudian,aku melihat dia bangkit
dan mengatur langkah.Sahabatnya dibiarkan sendirian di bawah khemah.
“Jom,ikut
abang angkat air,”katanya membuatku tersentak.Entah bila dia berada di
hadapanku.Wajahku angkat untuk melihat dia yang lebih tinggi daripada aku.Kemudian,aku
mengangguk setuju dengan permintaannya.
“Dah
lama ke buat business printing card tu?”
Aku
tersentak.Abang Firman sudah mahu bercakap denganku.Jika tidak,lelaki itu lebih
banyak berdiam sahaja.“Siapa cakap saya buat business printing card ?”
“Fiz,”spontan
dia menjawab.Aku menganggukkan kepalaku perlahan.
“Tak
jugak.Baru je nak establish.Dulu buat part time masa belajar,nak cari duit untuk study dulu,”kataku perlahan.Wajahku
tundukkan sedikit ,mengelak dari bertentang mata dengan Abang Firman.Lelaki itu
menganggukkan kepalanya perlahan.“Bagus juga ye?Lepas ni boleh buat business
card abang.Sekali dengan diskaun?”
Aku
menjegilkan matak memandang dia.Patut pun tanya,nak minta diskaun
rupanya.Bisikku dalam hati.“Hmm…boleh.Nanti bagitahulah details ya?Sekarang ni
business ditutup buat sementara waktu sebab Wafa Thahirah sedang bercuti,”
Kedengaran
satu suara sedang melepaskan tawa.Seperti suara abang Firman.“Ada yang lawak
ke?”Serius wajahku saat bertanyakan soalan itu.Serta merta abang Firman
berhenti ketawa.Terpinga-pinga lelaki itu melihatku.
“Garang
sangatlah kau ni,”suara Fieza mententeramkan suasana yang kian tertekan.
Selamba dia berjalan menghampiri aku dan abang Firman.“Padanlah lelaki takut
nak dekat kau,”selamba sahaja dia berkata.Depan abang dia bolehlah dia buat
macam tu.
“Tak
ada boyfriend lagi ke?”Naif abang Firman menyoal.
“Motif
tanya soalan macam tu.”Kataku.
“Tanya
pun salah ke?”
“Tak
salah.Cuma soalan tu macam perli je. Biarlah tak ada boyfriend pun.”Kataku
dengan berani.Jawapan selamat kononnya.
“Kenapa
tak ada boyfriend?” Abang Firman menyoal lagi.Serius sahaja wajahnya
memandangku.Aku pun apalagi memandangnya dengan pandangan yang tajam.Fieza yang
yang berdiri di sisi abangnya tersengih memandangku.Sukalah tu apabila soalan
cepumas itu ditujukan kepadaku.
“Suka
hatilah nak ada boyfriend ke tak.Dah orang tak suka ada boyfriend.”Kataku dengan
garang. Pinggan polystyrene di tangan
aku letakkan dengan kasar di atas meja.Kemudian,aku melangkah laju masuk ke
dalam rumah meninggalkan mereka.Sakit hati punya pasal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan