Sabtu, 12 April 2014

Reward for contest Detik Terindah bersama Fair&Lovely

Hai,tahun lepas mira saje join penulisan cerpen Detik Terindah bersama Fair&Lovely.Hehe...even tak menang.Rasa teruja sebab company sudi publish semua cerpen yang sama tulis.2 cerpen hantar.Dua-dua ada buku ni.Nampak tak gelojoh dekat situ.

Antara kita ada rindu
Love version

ANTARA KITA ADA RINDU (love version)
Wujudnya persahabatan itu umpama bunga dan bunga itu akan mekar andainya disirami dengan kasih sayang dan keikhlasan.Dibajai pula dengan kejujuran . Tetapi,ia akan layu dan menyembah bumi andai dibiarkan tanpa dijaga dan disayangi.
Ameera menutup laman blog selepas mencoret bait-bait kata.“Amie,kau dah siapkan poster untuk projek persatuan minggu depan?”Sara menegur Ameera yang masih berteleku di hadapan lap top.Ameera menganggukkan kepalanya perlahan dan berkata,“dah.Tapi,aku tak sure okey ke tak ni.Takut ada yang tak nak.Esok aku tanya Jojo.”
“Esok kau bawaklah design tu esok,bagi Jojo tengok dulu.”Kata Sara.Ameera menguntum senyuman. Buku nota Technology and Innovation ditarik dari rak.Sunyi rasanya malam  ini kerana semua penghuni rumah sewa sudah tidur. Ameera lebih suka belajar pada awal pagi kerana lebih aman dan tenang.Malam ini dia perlu belajar lebih lagi kerana esok dia perlu membuat perbentangan di kelas.Gugup pula rasanya kerana dia tidak hebat dalam membuat perbentangan berbandingan pelajar lain.Rasa rendah diri dan kurang keyakinan member kesan kepadanya.
“Ameera,kau orang first yang present kan?”Ameera mengangguk.Dia bangkit dari kerusi dan menuju ke hadapan kelas.Skrin LCD sudah terpasang slide yang sudah disiapkan sejak malam semalam.Ucapan salam sebagai permulaan.Satu persatu dibentangkan dengan perasaan gugup.
“You need improve your presentation skill Ameera.”Komen Puan Dahlia.Ameera menarik senyuman paksa.Ah,sukarnya membentuk keyakinan diri dalam dirinya yang kelihatan tidak sempurna. Kelas pertama untuk hari ini sudah berakhir.Selepas ini dia perlu pulang ke rumah.Dia tidak seperti pelajar lain yang menunggu kelas seterusnya kerana semester ini dia hanya mengambil empat subjek.Dia perlu menangguhkan niat untuk membuat latihan industri pada semester hadapan.
“Amie,malam ni ada meeting untuk ajk persatuan,kau datang tau.”Ujar Jojo.Aku mengangguk sambil menguntum senyuman.Malam ni? Kenapa malam ni?Aku nak datang dengan siapa?Ameera membisik dalam hatinya.Langkahnya perlahan menuju ke pos B untuk pulang ke rumah.


antara kita ada rindu
friend version.

Antara kita ada rindu(friends version)
Aku lahir dari keluarga yang sederhana.Kekurangan hidup mengajar aku erti berdikari.Girangnya rasa hati apabila surat kemasukan ke university sebagai pelajar Ijazah diterima melalui email.Namun apabila membaca tempat yang tertulis di atas surat,perasaan sedih menerpa dalam hati.Aku hanya memikirkan emak yang mungkin kesepian jika aku pergi.
            “Dapat mana Eiya?”Soal emak yang sedang membuat kek.Eiya,panggilan mesra yang digunakan keluarga untuk aku.“Terengganu.”Aku menjawab malas.Wajah emak aku pandang sekilas kerana emak menyepi.Mungkin emak sedih kerana seorang demi seorang anak-anaknya melangkah keluar rumah tanpa pimpinannya dan tanpa ditemaninya lagi.Abah?Abah dah lama pergi sejak peperiksaan SPM tamat.“Kalau orang tak nak pergi boleh?”Kataku.
            “Pergilah.Mak okey je.Nanti dah habis belajar boleh kerja elok-elok.”Kata emak.Kursus yang ditawarkan kepadaku bukan calang-calang.Pengajian Pengurusan Operasi yang berkaitan dengan kilang dan disokong oleh adik-beradikku yang lain.Dulu,aku pernah menerima surat temuduga untuk pengajian fesyen di Shah Alam kerana aku mempunyai bakat dalam lukisan fesyen.

Nak baca lagi?Jangan lupa dapatkan buku Detik Terindah bersama Fair&Lovely:100 kisah terindah & Cetusan Hati Damya Hanna di pasaran.
Kenapa kena beli buku ni?Jawapannya mestilah nanti rugi.Nak baca kisah mira je?hehe tak menarik sangat kot.Belilah,cerita dalam buku ni semua kisah benar dan ada detik impian yang ingin dicapai oleh semua penulis.Tak rugi pun rasanya.
dapat buku dengan set Fair&Lovely.
Hari tu mira pegi Pustaka Seri Intan dekat Dungun Terengganu tu.Ingat nak beli,tapi masa tu duit dalam tangan cukup untuk beli pen dan buku tulis je.Hehe...Semalam balik tak sangka pulak ada buku ni.Ni pun mak bagitahu dah 2 hari sampai katanya.Tapi mira bukan beli pun.Sponsor yang bagi.Thanks to Fair&Lovely and Ilham buku karangkraf.
           

Tiada ulasan: