2
Tahun
2003
“Cikgu
cakap adik selalu tak siap kerja sekolah. Kenapa dengan adik ni? Tahun depan
kan nak UPSR dah.”Marah Abdullah kepada Qisya Qasrina yang sudah berusia
sebelas tahun. Wajah anak kecil itu kelihatan ketakutan. Kedua-dua tangannya
memintal-mintal hujung baju kurung yang dipakainya. Mereka bertiga baru sahaja
pulang dari sekolah untuk mengambil buku prestasi Qisya sempena hari terbuka.
Habis segala rahsia Qisya diluahkan oleh cikgunya. Apalagi,mengamuklah ayahnya.