Solekan yang melekat pada wajah mulus Hani terasa memberat.Solekan yang tebal amat merimaskannya apatah lagi mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan.Sudahlah dia tidak suka berdandan.Tetapi hari ini dia terpaksa lakukannya kerana majlis akad nikahnya bakal berlangsung jam 10 pagi nanti.Kamudian,akan diteruskan dengan majlis persandingan pada petang nanti,selepas Zohor.
“Lambat
lagi ke kak?”Soal Hani dengan perasaan tidak sabar.Dah lah tak boleh tengok
muka sendiri.Desis Hani dalam hati.Cermin di belakangnya ditutup dengan kain
supaya tidak dilihatnya.Pelik dibuatnya.Kononnya,orang tua-tua cakap nanti
hilang seri bila tengok cermin.Layankan ajalah.
“Hish,duduk
diam-diamlah.Sekejap lagi siaplah.”Kata Sally,mak andamnya.
“Akak
ni dari tadi cakap kejap.Tak siap juga.Penatlah,”Rungut Hani.