Jumaat, 26 Februari 2016

Hani Humairah:Bab 2



2

            “Eh, cerita Barbie lah.Nak tengok nak tengok,”kata Hani apabila dia menekan remote control Astro.Aiman yang baru sahaja tiba di anak tangga menggelengkan kepalanya perlahan.Apa nak jadilah budak ni.Dah nak jadi bini orang pun perangai macam budak-budak lagi.Desis Aiman sendiri dalam hatinya.
             “Kenapa bang?”Wilda yang muncul dari dapur berbisik dengan Aiman.Aiman memanjangkan muncungnya menunjuk ke arah Hani yang khusyuk di hadapan televisyen.Wilda hanya tersenyum sambil turut sama memandang ke arah Hani.“Tengoklah adik siapa.Dah lah panggil budak tu sana.Ajak sarapan,”Aiman mengangguk mengerti.Wilda sudah masuk ke dapur kembali.
             “Dik,jom.”
            “Sibuklah abang ni.Orang nak tengok Barbie la…nak pergi mana tah.Sibuk je,”Hani berkata tanpa memandang sedikit ke wajah Aiman yang sedia menunggu di sisi.
            “Amboi,sesedap rasa je.Jom,sarapan.”Remote control di tangan Hani dirampas.Dengan selamba dia menekan butang off.Berkerut wajah Hani menahan geram.“Abang!”
            “Dah,tak ada tak ada.Nanti boleh sambung.Pergi sarapan sana.”Marah Aiman.Dia perlu bertegas dengan hani.Adiknya,jika sudah menontan rancangan kesukaannya tidak ingat dunia.Jika dua jam rancangan itu,dua jam jugalah dia duduk di depan televisyen tanpa berkutik sedikitpun.
             “ Tak nak,”spontan Hani menjawab.

Rabu, 17 Februari 2016

Hani Humairah Bab 1



1

Hani melangkah lemah ke ruang tamu.Wajah kepenatan jelas terpamer di wajah mulusnya.Beg tangan sudah dicampak di atas sofa.Tudung pula tidak ditanggalkan.Tubuh yang kepenatan dilabuh kasar pada sofa.Aiman  yang duduk di sisinya hanya melihat adik manjanya yang selamba.

“Penat ke?” Tegur Aiman. Kepalanya digelengkan perlahan apabila dengan selamba Hani melentukkan kepalanya di bahu lelaki itu.
“Penatlah…”Kata Hani lemah.“Tak pernah adik keluar penat sampai macam ni.Ni dah pecah rekod tau adik keluar dengan Adam berdua je.Nak kahwin pun susah.Penat je lebih,”
“Baru sikit dah merungut.Tak payah kahwinlah macam tu.”Kata Aiman sengaja mahu menyakat adiknya.“ Macam tu lah abang masa nak kahwin dulu.”Sambungnya.Sempat juga lelaki itu menceritakan pengalamannya dahulu.
“Masalahnya abang kahwin dulu tu sempat juga ambil masa nak siapkan semua.Bukan macam adik ni.Mamat tu punya pasallah nak kahwin cepat.Suka-suki dia je cepatkan tarikh.”Kata Hani.Betul-betul membangkang tindakan yang diambil oleh Adam yang mahu mempercepatkan tarikh pernikahan mereka.Bukan lama,hanya tiga bulan.
“Amboi,tak baik tau kutuk bakal suami,”kata Wilda yang baru muncul dari dapur.Aiman sudah tersenyum melihat isterinya.
            “Biar padan muka dia.Nanti dah kahwin dah tak boleh kutuk dah,”kata Hani spontan.Gadis itu mengulum senyuman manja.
“Alahai,bang.Tengoklah tu,dah nak jadi isteri orang pun manja lagi.Nasiblah lepas ni dah tak boleh bermanja lagi dah dengan abang.”kata Wilda sambil mengerling adik iparnya.Duduknya mendarat pada sofa dua berangkai di hadapan Aiman dan Hani.
Hani menjeling ke arah Wilda.Dia menegakkan tubuhnya.Minuman yang sudah tersedia di atas meja dicapai lalu diteguk penuh tertib.
“Eleh,akak tu jeles sebenarnya.Saja tak nak mengaku,”kata Hani selamba.Nasib baik kakak iparnya satu-satunya itu seorang yang amat sporting.
Cawan diletakkan kembali di atas meja.Dia kemudiannya bangkit.Aiman dan Wilda hanya menjadi pemerhati.“Nak kemana pulak tu,”
“Nak pergi mandilah.Dah nak masuk Maghrib pun.”