Rabu, 29 Julai 2015

Andai Hati Bukan Milikku 2 (part 1)




Baju-baju Aziera yang berada dalam almari dikemas.Baju-baju itu mahu dihadiahkan kepada yang memerlukan.Mak bilang,tak elok simpan barang orang yang telah tiada.
“Pakai jelah baju tu Miera,”suara Zubaidah menjengah pendengaran Amiera.Amiera mengangkat wajahya.Entah bila emaknya masuk ke kamar dan duduk di birai katil.
Baju kebaya labuh berkain songket yang berada dalam tangannya dipandang sebelum matanya kembali beralih memandang wajah Zubaidah.Hanya tinggal mereka berdua sahaja dalam rumah ini.Adik-beradik yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing kerana mula bekerja.
“Miera nak pakai baju macam ni mak?Tak sesuailah mak.Miera ni gemuk,”
“Anak mak ni dah kurus dah.”Balas Zubaidah.
“Ada-ada jelah mak ni.”Amiera melepaskan tawa kecil.Sudah tiga hari Aziera meninggalkan mereka.Semua barangan milik Aziera akan disedekahkan kepada yang memerlukan.Itu lebih elok dari terbiar tanpa digunakan.Kebanyakan barang milik Aziera masih cantik dan boleh dipakai.
“Ira pernah cakap dekat mak dulu,dia nak Miera pakai baju ni bila dia dah tak ada.Dia tak pernah pakai sebab baju tu besar,”perbuatan Amiera terhenti untuk seketika.Lidahnya terkelu dari membalas kata-kata ibunya.Lama dia merenung baju songket merah yang masih berada dalam ribaannya.Diakui,baju untuk kelihatan besar berbanding tubuh Aziera yang lebih kecil.Lebih-lebih lagi sejak kesihatannya merosot.
“Simpanlah.Suatu masa nanti kamu akan pakai juga baju tu.”Ujar Zubaidah lagi dengan kata-kata yang lebih mendalam.
“Kenapa mak cakap macam tu?”Amiera menyoal.Wajah Zubaidah dipandang lama untuk menemukan jawapan.
“Ira nak Miera kahwin,cari teman hidup.Sampai bila kamu nak macam ni?Umur kamu makin bertambah Miera.Mak nak ada orang boleh jaga anak mak bila mak tak ada,”
Amiera menarik nafas.Berkerut dahinya apabila soal teman hidup dibangkitkan.“Miera pandai jaga diri Miera sendiri mak.Mak janganlah risau,”Balas Amiera bersahaja.Matanya kembali memberi tumpuan kepada barangan Aziera yang masih berselerakan di hadapan matanya.
“Mak tahu Miera boleh jaga diri.Sebab tu mak lepaskan Miera pergi belajar jauh-jauh dulu.”Kata Zubaidah.Nafasnya dihembus perlahan.“Miera tu perempuan,nak.Macam mana kuat pun Miera,Miera tetap perlukan seorang lelaki dan suami untuk melindungi Miera,”sambung Zubaidah lagi demi menasihati Amiera.Kerasnya hati anaknya seorang ini berbanding adik-beradik yang lain.
“Miera ada sukakan seseorang ke?”
“Mak...tak habis lagi ke?Miera bukan tak nak kahwin,Miera nak.Belum ada jodoh,kalau ada,adalah.Miera tak boleh nak janji apa-apa dengan mak,”
Zubaidah melepaskan keluhan panjang.Anak daranya hanya tinggal Amiera sahaja.Kini dialah si bongsu dan satu-satunya anak yang masih belum berkahwin.Umur kian meningkat namun seorang calon pun tidak pernah kelihatan.“Mak nak Miera kahwin sebelum umur Miera 29 tahun,”putus Zubaidah dengan tiba-tiba.

Rabu, 22 Julai 2015

Berikan Aku Secebis Rindu 1



"Dalaam diam aku jatuh hati padamu walaupun ku tahu hatimu milik dia."

1
MyVi dipandu laju oleh Amiera meninggalkan perkarangan apartment pensyarah Kolej Matrikulasi Johor.Seawal jam 2 pagi dia dikejutkan dengan panggilan daripada ibunya yang menyatakan tentang keadaan Aziera.Tiada kata yang mampu diucapkannya di saat itu.Kaku lidahnya bagaikan dihempap dengan batu yang berat.Selepas disampaikan,dia terus mematikan talian.Hanya tingkahnya sahaja yang menunjukkan perasaannya pada ketika itu.Dia hanya mengenakan baju tshirt lengan panjang dan seluar track wanita.Selendang labuh hanya dililit ala-kadar sahaja pada kepalanya.
“Cik nak kemana?Awal pagi ni,”Soal guard saat kereta melintasi kawasan pondok pengawal.
“Balik Johor.Ada hal keluarga.”
“Kenapa tak tunggu esok cik?”Soal guard itu lagi.Amiera mengerutkan dahinya.Sudahlah kepalanya pusing memikirkan Aziera.Sebolehnya dia mahu cepat sampai di sana.Pak Imran ni banya tanya pula.
“Takut tak sempat.Saya pergi dulu pak cik.Assalamualaikum,”
Laju sahaja Amiera meninggalkan perkarangan kolej.Tangan diangkat untuk meminta diri.
“Kemana cikgu tu nak pergi?”Soal Hisyam kepada Pak Imran.
“Balik Johor.Kelam kabut semacam je.Tak terurus tengok dia.”
“Takkan ada kematian kot?”Hisyam sengaja meneka.Mulut lelaki lewat 30-an ini boleh tahan juga cabulnya.
“Isk,kau ni pandai je.Doakanlah yang terbaik.”Tegur Pak Imran.Hisyam tersengih bagaikan kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

LANGKAH Amiera kian perlahan saat kaki kian menghampiri katil yang meletakkan Aziera.Seluruh ahli keluarganya berada di luar menanti giliran mereka untuk bertemu Aziera yang sedang tenat.
            “Masuk dulu. Ira nak jumpa kau. Amir ada di dalam.”Pesan abangnya, Azam kepada Amiera yang berada di hadapan Zubaidah. Amiera memandang wajah Zubaidah. Memohon kekuatan daripada wanita separuh abad itu.“Pergilah.”Pinta Zubaidah.
            Amiera tidak beriak. Dia bangkit dari kerusi. Pintu kamar yang menempatkan Aziera ditolak perlahan. Langkah diatur perlahan sehingga dia melihat kelibat Amir dan Aziera.
     Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini.Bisik Amiera dalam hatinya.Pedih rasa hati ditanam dalam sudut hati yang dalam kerana melihat keadaan adiknya yang sungguh menyedihkan.
            Azmir yang menyedari kehadiran Amiera segera bangkit dari duduknya untuk memberi ruang kepada wanita itu.Kemudian dia berdiri di hujung katil Aziera dan melihat dua beradik itu.
            “Ira?”Amiera menyeru Aziera yang tidak menyedarkan diri.Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya. Perlahan,mata Aziera terbuka.Terasa Aziera sukar untuk bernafas.Dia cuba menarik alat bantuan pernafasan yang melekat pada wajahnya.
            “Aku datang,”tangan Aziera digenggam untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada wanita malang itu.
            “Maafkan aku,”Allah,sesaknya dada mendengar kepayahan Aziera menutur kata.“Aku banyak salah pada kau,”
            “Jangan bagi Ira cakap banyak,”tersentak Amiera mendengar amaran yang dikeluarkan Azmir.Matanya memandang tepat kepada lelaki itu yang merenung tajam kepadanya.Amiera terdiam.Lelaki yang bergelar doktor itu lebih tahu tentang keadaan Amiera berbanding dirinya.
            “Ira,jangan cakap lagi okey?Ira rehat.”
            Aziera menggeleng lemah.Jelas kedegilannya terpancar di situ.“Tak...tak sempat.”
            Pilu hati Amiera mendengar kata-kata adiknya.Sepertinya dia tahu saat kembalinya sudah hampir tiba.Saat terakhir ini dia mahu digunakan untuk berbicara dengan lebih dekat dengan Amiera yang pernah dianggapnya sebagai musuh.
            “Aku sayang kau,”
            “Ira,sudahlah. Rehat jangan banyak bercakap.”Pesan Amiera. Lembut suaranya menuturkan kata.Wanita itu menggelengkan kepalanya perlahan.Bibirnya bergerak mengatakan tidak kepada Amiera biarpun hanya angin sahaja yang kedengaran.
            “Aku banyak dosa dengan kau.”Aziera masih belum mahu berhenti.
            “Aku dah lama maafkan kau,”balas Amiera.Genggaman tangannya erat.Perlahan,Aziera mengangkat tangan Amiera dan dibawa kebibirnya.Amiera menjadi sayu.Pertama kali dalam 23 tahun dia hidup bersama Aziera tangannya dikucup penuh kasih dan sayang oleh wanita itu.
            “Aku sayangkan kau kak...”
            Amiera diam membisu.Tiada langsung reaksi wajah yang ditunjukkannya.Hanya hatinya yang menyatakan melihat semua itu.Amiera bangkit,wajahnya  didekatkan dengan Aziera.Sebuah kucupan penuh kasih sayang singgah pada dahi Aziera.
            Amir juga turut membisu menyaksikan babak sedih di hadapannya matanya.Dia juga perlu menjadi sekuat dan setabah Amiera yang punya hubungan yang lebih kuat berbanding dirinya yang hanya menjadi kekasih untuk seketika cuma.
            “Amiera?”Amir memanggil Amiera kerana menyedari keadaan Azira yang semakin lemah.Nafasnya mula tercungap-cungap dan matanya kian tertutup.
            “Allahuakhbar!”Ucap Amiera.Kepala dan wajah Aziera diusap perlahan dan kasih sayang.Namun,matanya tetap kaku tanpa sebarang air mata.“Mengucap Dik!”Bisik Amiera perlahan.Amir sudah keluar untuk memanggil Zubaidah.
            “Ira?”Zubaidah memanggil Aziera.Amiera menjauhkan sedikit tubuhnya dari katil Aziera untuk memberi laluan kepada Amir dan ibunya dekat dengan Aziera untuk kali terakhir.
            Selangkah demi selangkah,Amiera kian menjauh.Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan kesedihan dan kehilangan yang sekali lagi melanda dalam kehidupannya.Tangisan yang kuat kedengaran dari kamar sakit amat difahami Amiera.Tahulah dia bahawa saat itu,Aziera sudah pergi buat selamanya.
            “Miera?”Amiera mengangkat kepalanya memandang kak Azah,kakak sulungnya.Tanpa sedar,air matanya mulai gugur.Kepalanya digelengkan perlahan.
            “Ira?”Kak Azah seperti terkejut dengan reaksi Amiera lalu menolak perlahan tubuh Amiera yang berada di pintu.Amiera terdiam dan pasrah sahaja saat tubuhnya ditolak perlahan.Kak Azah sudah masuk untuk melihat Aziera.Tinggallah Amiera bersedih  sendirian.Bawalah dia kembali bersamaMu di tempat orang beriman Ya Allah.