AQIEL merenung Iman
dengan tajam selepas dia dimarahi ibu kerana memarahi wanita itu.Geram rasa
hati mahu sahaja dia lepaskan amarahnya ketika itu juga kepada Iman.Iman
menundukkan wajahnya.Pedih rasa pipinya selepas dia ditampar Aqiel kerana
memaksa lelaki itu untuk makan.
|
Aqiel
|
“Engkau tunggulah nanti.Mampus kau aku kerjakan.”Bisik
Aqiel ketika melintasi Iman untuk masuk ke rumah.Iman tersentak.Wajahnya di
angkat.Ibu sedang memerhatikan mereka.Habislah aku.
Apabila malam tiba,Iman menjadi gerun.Berdua di kamar
bersama Aqiel bagaikan mimpi ngeri buatnya.“Engkau memang sengaja nak cari
pasal dengan aku kan?”Jerkah Aqiel apabila lelaki itu masuk ke kamar.Iman
tersentak.Hampir sahaja pakaian yang sudah dilipat bertaburan.Wajah suaminya
dipandang dengan gerun.Dia pernah melihat wajah itu sekali dahulu.
“Iman tak sengaja.Iman minta maaf.”
“Maaf.Itu je yang kau tahu.Kau sengaja nak malukan aku
depan ibu kan?”Aqiel mencengkam lengan Iman dengan kejap.Wanita itu mengadu
kesakitan.“Sakit,bang.Iman minta maaf.”
“Kira apa aku dengan maaf kau tu.”Serta merta tubuh Iman
dihempaskan di atas katil.Iman cuba untuk melarikan diri.“Kau nak pergi mana ? Ke
mari sayang.”Air mata Iman mengalir dari tubir matanya.Dia takut peristiwa lama
itu berulang.Dia takut.Dia tidak rela jika semuanya terjadi lagi.Iman beranikan
diri turun dari katil untuk menyelamatkan diri.Namun pantas sahaja suaminya
menarik baju yang dipakai sehingga terkoyak di bahagian belakang lalu
menampakkan tubuhnya.Iman menggelengkan kepalanya.Dia tidak rela diperlakukan
begitu.Aqiel mengukir senyuman sinis.Dia mendekatkan wajahnya pada telinga
Iman.“Kau nak aku paksa atau kau serah diri.”Bisik Aqiel.Lemah lutut Iman saat
itu.Di mana maruahnya di hadapan lelaki bernama suami?
***Ingin Kamu***
IMAN kelesuan selepas
mengemas meja makan.Tubuhnya dihempaskan di atas sofa.Tubuhnya benar-benar lemah
sejak beberapa hari ini. Mahu mengadu kepada suaminya takut dikatakan
mengada-ngada.Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.Aqiel sudah naik ke bilik
untuk menunaikan solat Isya’ barangkali.
Perlahan Iman mendaki tangga.Tiba di bilik Aqiel yang
tidak ditutup rapat membuatkan dia menghentikan langkahnya.Dia tersenyum
melihat suaminya sedang menunaikan solat.Teringin rasanya mahu menjadi makmum
kepada lelaki itu.
“Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku
selama ini Ya Allah.Isteriku tidak lagi membenci diriku.
Ya Allah,aku berdosa terhadap isteriku.Terlalu banyak
khilaf yang aku buat sehingga mengalirkan air matanya.Ya Allah,jika ini yang
harusku bayar untuk semua kesakitan dan kesengsaraannya selama hidup
bersamaku,aku akur.Aku tak sanggup menerima kebaikannya Ya Allah.Dia wanita dan
isteri yang terbaik yang Engkau tentukan buatku.Tapi aku tak sanggup melihat
dia menangis lagi.Jika perpisahan jalan yang terbaik buat kami,aku redha dengan
ketentuanMu.Aku amat menyayanginya.Terlalu banyak air mata yang mengalir selama
dia bersamaku.
Andai masih ada lagi jodoh antara kami,aku terima dengan
seikhlas hati.Hanya padaMu aku meminta.Amin Ya Rabbal A’lamin.”
Iman yang mendengar jatuh terduduk di atas lantai.Air
matanya mengalir laju.Suaminya tidak pernah melupakannya.Suaminya hanya
berpura-pura supaya dia terus membenci lelaki itu.Itu matlamat sebenarnya.
|
Iman
|
“Iman?”Iman mendengar namanya disebut.Dia mengangkat
wajah dan melihat suaminya.“Kenapa abang tipu Iman?Abang tak pernah hilang
ingatan kan selama ni.”Soal Iman dalam sendunya.Aqiel terdiam.Rahsianya sudah
terbongkar.
“Abang
minta maaf sayang.Abang tak nak Iman bersama abang sebab perasaan bersalah Iman
terhadap abang.Abang nak Iman kembali pada abang sebab Iman sendiri.Sebab hati
ini untuk abang.Itu je.”Terang Aqiel.Iman menghamburkan tangisannya.Tubuh
suaminya dirangkul kuat.
“Kenapa
abang buat macam tu?Iman tak boleh bila abang tak ada.Iman sayangkan abang.”Luah
Iman.Aqiel tersenyum.Kata syukur diucapkan.Semuanya sudah kembali pulih.“Abang
minta maaf.Abang pun sayangkan Iman.I love you more.”Rangkulan Iman
dibalas.Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.
***Ingin Kamu***
“ABANG,cepatlah
bangun.Iman nak makan jagung bakar.”Pinta Iman.Aqiel yang terlena dikejutkan.“Ala...sayang.Mana
ada jagung bakar pagi-pagi ni.Tengok tu jam dah pukul berapa.”Aqiel
beralasan.Iman mencebikkan bibirnya.“Abang ni memang tak sayang Iman kan?Tak
apalah,Iman nak drive sendiri.”Ujar Iman.
Pantas Aqiel bangkit dari pembaringan.Segar terus matanya
setelah diugut oleh isteri tercinta.Mana boleh dibiarkan isterinya memandu
dengan keadaannya yang sarat membawa perut itu.Sememangnya sejak Iman disahkan
hamil 7 bulan yang lalu,selera makannya tidak menentu.Selalu benar dikejutkan
si suami untuk meminta makanan yang diinginkan.
|
jagung bakar |
“Sayang ni kalau tak mengugut tak sah
agaknya.Yalah-yalah.Jom kita cari.”Iman menguntum senyuman kemenangan.“Abang,”Iman
memanggil Aqiel yang baru sahaja mahu masuk ke kamar mandi.Lelaki itu menoleh.“Iman
nak pakai baju ni dengan cardigan je boleh tak?Malas nak tukar baju.”Soalnya.
Aqiel memandang isterinya dari atas ke bawah.Baju tidur
paras lutut corak minni mouse dan seluar tidur kotak-kotak.Haila...nasib baik
bini aku ni comel.“Baju tu dah okey.Seluar tu tukar.”Iman mencebik lagi.“Ala...boleh
la..”Pinta Iman lagi.
“Iman Rania,abang cakap tukar.”Huh,bila Aqiel Faheem
sudah menyebut nama penuhnya maknanya lelaki itu benar-benar serius.“Yelah-yelah.”Iman
menurut.Akhirnya dia tersenyum sendiri sambil mengusap perutnya.Bahagia itu
miliknya juga.Yang dia mahukan hanyalah Aqiel Faheem menjadi Imam dalam
hidupnya.
---Tamat---
***opss macam nak cepat habis ke?Maaf..
jangan lupa tinggalkan jejak ya.***