Khamis, 6 Oktober 2011

maaf kali ini


MAAF KALI INI


  Dari kejauhan kelihatan seorang gadis yang leka bermain dengan air.Wataknya sungguh bersahaja,bersama jeans biru dan t-shirt putih.Itulah Hani Syafiqah,biar wajah tak secantik rembulan,tetapi biarlah maruah setinggi langit.
   Perlahan dia melangkah ke arah kumpulan keluarganya yang bersantai di kawasan chalet sambil membakar hidangan BBQ.
    “Hani kemana tadi?”Along menyoal.Matanya tidak pula memandang Hani.
    “Jalan-jalan kat tepi tu.Dah lama tak datang sini.”Jawabnya bersahaja sambil mengikat kembali rambut panjangnya yang terurus cantik.Dia mengukir senyuman bila Along memandang wajahnya.“Lain kali jangan pergi jauh sangat,awak tu anak dara.Sekarang dah ramai orang kena culik dan rogol,”Along berpesan penuh prihatin.Maklum sahajalah,selepas ibu dan ayah meninggal,hanya tinggal Along dan Angah yang menjadi harapan keluarga.
    “Hani,tolong ambilkan ayam kat sana tu kejap.”Pinta Angah yang sedari tadi asyik diam membisu.Hani hanya menurut tanpa membantah.Dia tersenyum apabila melihat isteri abang-abangnya yang leka bermain air bersama anak-anak.
    “Hani?”
    “Hmm…Hani kat sini.Kenapa,Long?”Jawab Hani.Angah turut menoleh ke arahnya tanpa perasaan.Kemudian dia dan Angah saling memandang,bagai ada sesuatu yang mahu diperkatakan kepadanya.
    “Minggu lepas ada orang datang jumpa Along.”Lelaki itu memulakan bicaranya.Hani diam,setia menanti dan mendengar.“Dia orang datang merisik Hani,”sambung lelaki itu.Hani keelihatan tenang.Alah bisa tegal biasa,bukan pertama kali perihal dirinya disoal.Malah,semuanya ditolak mentah-mentah.
    “Angah dan Along bukan nak masuk campur dalam hal peribadi Hani,tapi dah banyak kali Hani tolak.Hani adik kami,tanggungjawab kami.Kami tak tahu tentang hidup Hani dulu atau Hani sedang menanti seseorang?”Angah mula menyampuk.Butir bicaranya tenang dan lagaknya bersahaja.Sesuai dengan karakternya sebagai seorang kaunselor.
    Hani masih tenang.Sedikitpun tidak membantah kata-kata abang-abangnya.“Umur Hani kian meningkat,kami tak nak masa Hani terbuang macam tu sahaja.Hani perlukan seorang lelaki yang menjadi peneman hidup sama ada senang atau susah.”
    “Tolong beri Hani masa.Hani perlu berfikir.”Katanya tenang.Dia kemudiannya menoleh ke arah kakak-kakaknya dan anak-anak saudaranya yang menghampiri.Dia menguntum senyuman kepada mereka yang tertawa riang.Tidak seperti dirinya yang masih tenggelam dalam kisah semalam yang mengguris hati.



“Kau Hani Syafiqah?”Teka seorang pelajar lelaki dengan wajah selamba.Wajahnya begitu kacak dan gayanya juga amat kemas.
     Hani hanya memandang tanpa jiwa.Belum pernah sekali orang memanggilnya dengan nama penuh.“Hmm…cantik nama,secantik orangnya,”pujinya.Wajah Hani yang sudah sediakala putih sudah bertukar rona.Malu!
     “Boleh kenal?Nama aku Adam.Adam Syah.”Sambungnya sambil memperkenalkan diri.Itulah pemulaan perkenalan yang singkat antara Hani dan Adam.Semenjak  hari itu,mereka menjadi rapat.Ah,cinta remaja penuh dengan misteri.Tiada siapa yang mengerti.
     “Hani?”Suara Along menyapa pendengaran Hani.Gadis itu menoleh sambil tersenyum.Namun sedikit hambar.“Dah nak balik KL?”Soalnya.Hani sekadar mengangguk.Beg pakaian sidah diangkat untuk dimasukkan ke dalam kereta.Ahli keluarganya hanya memandang tanpa kelip.Kemudian,mereka bersalaman.
    “Hani minta maaf kalau Hani dah banyak susahkan abang dan kakak semua.”Ujarnya.“Tentang perkara tu,Hani dah fikir masak-masak.Along dan Angah buatlah apa yang terbaik untuk Hani.Siapkanlah apa yang patut dan Hani akan balik untuk bertunang.”Ujarnya penuh sayu.Tangan kasar Along dan Angah dikucup.Tiada apa lagi yang harus diperkatakan olehnya andai perihal hidupnya sehingga kini yang masih menyendiri dipersoal.
     Kesal kerana hanya kerana seorang lelaki,dia hanyut ditenggelam arus masa.Cintanya yang suci dipersenda oleh seorang lelaki bernama Adam Syah.
     “Serius kau nak bertunang Hani?”Soal Fara teman sekerjanya sewaktu makan tengah hari.Hani menyedut air limau tanpa menjawwab pertanyaan sahabatnya itu.“Wah,tak lama lagi boleh makan nasi minyaklah kita nampaknya,”usik Razi pula sambil tertawa nakal.Disambut pula dengan tawa Fara dan Fikri di situ.Namun Hani tidak mengendahkan.Wajahnya tetap tenang biar hatinya sudah berkocak.
    “Wah,dalam diam kawan kita ni berisik.Kau orang ni  dah bercinta sejak zaman bila?Tak pernah aku nampak kau pergi date,”
    “Hmm…arrange by family.Aku hanya ikut je.”Hani berterus terang.Fara,Fikri dan Razi mengangguk tanda mengerti.Suasana sepi seketika.Hani melayan perasaan sendiri.Saat itu,dia bagaikan melihat kelibat seorang lelaki yang amat dikenalinya.
    “What’s wrong?Kau ada Nampak sesiapa ke?”Razi yang sedari tadi membisu menagurnya.Hani sekadar menggeleng lemah.Ah,mainan perasaan aku sahaja.
   
Kita insan,
Dilahirkan dilahirkan Tuhan,
Penuh dengan warna keindahan.

Dan rasa cinta
Adalah rasa yang teralu dekat dengan kita,

Tetapi,
Apa pula gunanya cinta
Andai diri merana?
Pengorbanan apakah yang dituntut
Andai kita saling mencintai.

  Hani merenung kembali coretannya.Air matanya mengalir tanpa disedari.Kertas itu diramas dan dimasukkan ke dalam tong sampah.Dia ingin melupakan segalanya.Dalam beberapa ketika,dia bakal menjadi tunangan orang dan saat itu,wajah Adam Syah akan terhapus dalam sekelip mata.
      “Hmm…cantik.Pandai Adam pilih menantu untuk mama.”Puji seorang wanita tua setelah menyarungkan cincin.Hani buat tidak endah dengan pujian itu.Dia hanya menguntum senyuman hambar.
        
        Salam,dah makan?

Mesej kiriman Adam,tunangan Hani bertandang lagi.

        W’salam.dah

Dia membalas.

        Dah lama kita bertunang,xnk jmpe ke?
        Xlame lgi we’re marriage.
        I fly nxt week.

Hani mengerutkan dahi.

      Xpe.xmnis org tgk,kte jmpe akdnikh t.
     Take care.

Hanya itu yang dibalas Hani.Handphone diletakkan kembali di atas meja.Siaran televisyen kembali ditonton.Seketika kemudian,kiriman kembali datang.

      Ok.Sory xdpt siapkn brg same2.
      Take care.miss u

Hani melepaskan keluhan.Sudah  lama dia menjadi tunangan orang  dan  belum pernah sekali mereka berjumpa.Dia begitu tekad akan keputusannya.Mengahwini Adam demi memenuhi hasrat keluarga.Sehingga hari ini,statusnya dipelihara.Waktu untuk diijabkabulkan semakin hampir.Kad perkahwinan juga sudah diedarkan kepada saudara,teman dan jiran-jiran.


  “Hani tak nak jumpa tunang Hani dulu ke sebelum kahwin?”Angah menyoal.Hani menjawab sambil tersenyum,“tak apalah.Nanti tak suprise .”Selamba dia menjawab.Baju perkahwinan yang sudah siap digantung dalam almari pakaian.
   Angah menggeleengkan kepalanya perlahan.Agak lucu dengan jawapan yang diberikan adik kesayangannya.Sabar menanti detik bergelar isteri.


HANI mengalirkan air mata kesyukuran setelah upacara ijab dan qabul selamat dilafazkan suaminya.Dirinya kini dimiliki oleh insan bernama Adam.Dia tersentak saat cincin disarungkan ke jarinya untuk membatalkan air sembahyang.Wajah suaminya dipandang dan dia tersentak melihat lelaki itu.Ternyata dia lelaki yang sama.Hadir dalam hidupnya bagaikan angin.Mengungkap kata cinta namun dia juga yang memusnahkan segala cinta yang  dimiliki seorang Hani.
       “Maafkan abang,sayang.”
       “Maaf?Awak ingat dengan kata-kata maaf tu boleh jadikan saya Hani yang dulu?”Wanita itu berkata sinis.langsung tidak menhormati lelaki dihadapannya.
       “Abang silap kerana lukakan hati Hani dulu,”
       “ Silap awak dah tak ada makna lagi.Hidup saya dah   hancur lepas awak lukakan hati saya.Senang-senang awak datang dalam hidup saya daan senang juga awak lukakan hati saya.Macam tu ke Adam?”
      “Abang minta maaf,”sekali lagi lelaki itu menuturkan perkataan itu.Hani sudah mengalirkan air matanya.Kesal kerana mengahwini Adam dan kesal kerana tidak bertemu sebelum disatukan.
      “Tak guna awak minta maaf lagi.Ni,boleh ke maaf awak tu gantikan kaki saya yang cacat ni?Permainan apalagi yang awak nak buat.Tak cukup lagi ke dengan semua yang berlaku pada saya 10 tahun yang dulu.Saya dah cukup derita,apalagi yang awak nak?Tak cukup lagi ke,”ujar Hani dalam sendunya sambil  menyelak kain yang dipakainya ke paras lutut.Itu bukanlah kaki asal yang diciptakan oleh Tuhan untuk hambanya tetapi kaki palsu yang dicipta manusia.Adam tersentak.Hani yang dilihat kini bukan lagi Hani yang sempurna seperti 10 tahun yang lalu.Kemalangan yang menimpa wanita itu berpunca darinya kerana menghancurkn perasaan wanita itu.
   “Berilah abang peluang  tebus segala kesilapan abang.Abang mohon pada Hani.”Pinta lelaki itu.Bahu isterinya dipaut dan dibawa ke dakapannya,Hani tidak membantah.Hanya air matanya sahaja yang tidak henti mengalir sedari tadi.“Abang janji takkan lukakan hati Hani lagi.Abang takkan tinggalkan Hani dan abang janji akan bahagiakan Hani sampai bila-bila,”itulah  janjinya.Air mata diwajah Hani dihapus dengan jarinya.
    Hani mencapai tangan suaminya.“Jangan tinggalkan Hani lagi,”dia merenung wajah suaminya sayu.Adam tersenyum bahagia.Ubun-ubun Hani dikucup penuh kasih.“Terima kasih sayang,”ucapnya.Hani mengukir senyuman bahagia.Ternyata bahagia itu masih menjadi miliknya biarpun lama menanti.Biar ombak badai melanda dia  masih di situ dan cintanya tetap teguh dalam lautan asmara  cinta lelaki bernama Muhd.Adam Syah Bin Kamarul.
        


Tiada ulasan: