Isnin, 21 November 2011
tangis cinta 6
"Pak Su,mana cik Miera?Lea rindu kat dia."Ujar Lea,anak saudara Azmir.Lelaki itu tersenyum.Tangan kecil Lea ditarik dan dibawa ke dalam dakapannya.
"Lea rindu kat cik Miera ya?"Gadis kecil itu mengangguk.Azmir masih terus mengukir senyuman.Lea benar-benar rapat dengan Amiera."Bila cik Miera nak balik?"
"Cik Miera tak balik sinilah,"jawab Azmir.Lea sudah mendongakkan kepalanya memandang pak sunya.Wajahnya yang tadinya ceria berubah menjadi muncung empat belas."Kenapa cik Miera tak balik?Cik Miera tak sayang Lea ya?"
"Bukanlah...Cik Miera ada hal,"
"Tak,pak su tipu.Mesti Pak su marah cik Miera kan?"Ujar Lea dengan petah.Azmir sudah mengerutkan dahinya."Bila masa pak su marah Cik Miera?"
"Alah, ada hari tu Lea nampak."Balas Lea."Kesian Cik Miera,hari tu Lea nampak muka cik Miera merah sangat.Dia pun tak makan hari tu.Cik Miera makan masa Lea suruh makan.Pak Su nak tau?"
Azmir hanya menjadi pendengar setia buat anak saudaranya itu.Tiada langsung respond yang diberikan perihal Amiera."cik Miera muntah,kesian dia."
Azmir terkedu.Lea yang masih kecil itu pun tahu menyayangi Amiera.Sedangkan dia sebagai suami langsung tidak mengendahkan wanita itu.
"Banyak tak Cik Miera muntah?"
"Banyak,Lea yang tolong Cik Miera urut belakang.Habis pak su tak ada."
"Kenapa tak beritahu pak su?"
"Alah Cik Miera tak bagi.Lagipun pak su tak ada masa tu.Pak su keluar,"jawab Lea."Pak Su telefonlah Cik Miera.Lea nak cakap kat dia,"pinta Lea.
Bagi memenuhi permintaan anak saudaranya,Azmir mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Amiera.Setelah beberapa ketika menunggu,Amiera akhirnya menjawab panggilan.
"Lea nak cakap,"katanya tanpa langsung bertanya khabar isterinya.Lea yang setia di situ memandang wajah Azmir.Anak kecil yang comel itu sudah berdiri tidak sabar untuk bercakap dengan mak cik kesayangannya.
"Hello,"sapa Lea selepas Azmir memberikan telefon bimbitnya kepadanya.
"Hai,sayang.Rindu cik ya?"
"Ha'ah,kenapa cik Miera tak nak balik?Cik Miera tak sayang Lea ya?"Adunya.Azmir yang menjadi peneman tersenyum melihat gelagat Lea.
Amiera di hujung talian terdiam seketika.Entah alasan apa yang harus digunakan untuk diberikan kepada Lea.
"Cik Miera...."
"Sorry Lea,cik busy sangat minggu ni."Kata Amiera di hujung talian."Lea janganlah merajuk,nanti minta pak su bawa Lea jalan-jalan okey,"
"Tak apa,Lea tak merajuk pun.Lea kan pandai,"ujar Lea bersahaja.Amiera di hujung talian sudah tergelak.Begitu juga Lea.Azmir yang terus berada di sisi Lea menggelengkan kepalanya perlahan.Entah perkara apa yang dibualkan bersama mak ciknya.
"Nah pak su,"
Azmir tercengang.Lea sudah memberikan kembali telefon bimbitnya.Lea sudah tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya."Dah puas dah cakap dengan cik Miera?"Lelaki itu menyoal sambil menyambut huluran anak kecil itu.
"Belum,"spontan Lea menjawab.Azmir kaget.Masih belum puas bercakap dengan Amiera dalam talian?"Pak su kedekut,"Azmir mengangkat keningnya.Dia pula dipersalahkan.Ah,nasib badan.Keluh Azmir sendiri.
"Kenapa pulak pak su kedekut?"Soalnya.
"Yelah,Lea belum habis cakap lagi dengan Cik Miera.Handphone pak su dah habis kredit."
Azmir terkejut mendengar kata-kata Lea.Seingatnya dia baru sahaja reload kredit sebanyak RM50."Lea biar betul ni.Pak Su baru je top up tadi."
"Mana Lea tahu,"selamba sahaja Lea berkata sambil mengangkat punggungnya.Dia masuk ke dalam sambil tersenyum.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Khamis, 6 Oktober 2011
maaf kali ini
MAAF KALI INI
Dari kejauhan kelihatan seorang gadis yang
leka bermain dengan air.Wataknya sungguh bersahaja,bersama jeans biru dan
t-shirt putih.Itulah Hani Syafiqah,biar wajah tak secantik rembulan,tetapi
biarlah maruah setinggi langit.
Perlahan dia melangkah ke arah kumpulan
keluarganya yang bersantai di kawasan chalet sambil membakar hidangan BBQ.
“Hani kemana tadi?”Along menyoal.Matanya
tidak pula memandang Hani.
“Jalan-jalan kat tepi tu.Dah lama tak
datang sini.”Jawabnya bersahaja sambil mengikat kembali rambut panjangnya yang
terurus cantik.Dia mengukir senyuman bila Along memandang wajahnya.“Lain kali
jangan pergi jauh sangat,awak tu anak dara.Sekarang dah ramai orang kena culik
dan rogol,”Along berpesan penuh prihatin.Maklum sahajalah,selepas ibu dan ayah
meninggal,hanya tinggal Along dan Angah yang menjadi harapan keluarga.
“Hani,tolong ambilkan ayam kat sana tu
kejap.”Pinta Angah yang sedari tadi asyik diam membisu.Hani hanya menurut tanpa
membantah.Dia tersenyum apabila melihat isteri abang-abangnya yang leka bermain
air bersama anak-anak.
“Hani?”
“Hmm…Hani kat sini.Kenapa,Long?”Jawab
Hani.Angah turut menoleh ke arahnya tanpa perasaan.Kemudian dia dan Angah
saling memandang,bagai ada sesuatu yang mahu diperkatakan kepadanya.
“Minggu lepas ada orang datang jumpa
Along.”Lelaki itu memulakan bicaranya.Hani diam,setia menanti dan
mendengar.“Dia orang datang merisik Hani,”sambung lelaki itu.Hani keelihatan
tenang.Alah bisa tegal biasa,bukan pertama kali perihal dirinya disoal.Malah,semuanya
ditolak mentah-mentah.
“Angah dan Along bukan nak masuk campur
dalam hal peribadi Hani,tapi dah banyak kali Hani tolak.Hani adik
kami,tanggungjawab kami.Kami tak tahu tentang hidup Hani dulu atau Hani sedang
menanti seseorang?”Angah mula menyampuk.Butir bicaranya tenang dan lagaknya
bersahaja.Sesuai dengan karakternya sebagai seorang kaunselor.
Hani masih tenang.Sedikitpun tidak
membantah kata-kata abang-abangnya.“Umur Hani kian meningkat,kami tak nak masa
Hani terbuang macam tu sahaja.Hani perlukan seorang lelaki yang menjadi peneman
hidup sama ada senang atau susah.”
“Tolong beri Hani masa.Hani perlu
berfikir.”Katanya tenang.Dia kemudiannya menoleh ke arah kakak-kakaknya dan
anak-anak saudaranya yang menghampiri.Dia menguntum senyuman kepada mereka yang
tertawa riang.Tidak seperti dirinya yang masih tenggelam dalam kisah semalam
yang mengguris hati.
“Kau
Hani Syafiqah?”Teka seorang pelajar lelaki dengan wajah selamba.Wajahnya begitu
kacak dan gayanya juga amat kemas.
Hani hanya memandang tanpa jiwa.Belum
pernah sekali orang memanggilnya dengan nama penuh.“Hmm…cantik nama,secantik
orangnya,”pujinya.Wajah Hani yang sudah sediakala putih sudah bertukar
rona.Malu!
“Boleh kenal?Nama aku Adam.Adam
Syah.”Sambungnya sambil memperkenalkan diri.Itulah pemulaan perkenalan yang
singkat antara Hani dan Adam.Semenjak
hari itu,mereka menjadi rapat.Ah,cinta remaja penuh dengan misteri.Tiada
siapa yang mengerti.
“Hani?”Suara Along menyapa pendengaran
Hani.Gadis itu menoleh sambil tersenyum.Namun sedikit hambar.“Dah nak balik
KL?”Soalnya.Hani sekadar mengangguk.Beg pakaian sidah diangkat untuk dimasukkan
ke dalam kereta.Ahli keluarganya hanya memandang tanpa kelip.Kemudian,mereka
bersalaman.
“Hani minta maaf kalau Hani dah banyak
susahkan abang dan kakak semua.”Ujarnya.“Tentang perkara tu,Hani dah fikir
masak-masak.Along dan Angah buatlah apa yang terbaik untuk Hani.Siapkanlah apa
yang patut dan Hani akan balik untuk bertunang.”Ujarnya penuh sayu.Tangan kasar
Along dan Angah dikucup.Tiada apa lagi yang harus diperkatakan olehnya andai
perihal hidupnya sehingga kini yang masih menyendiri dipersoal.
Kesal kerana hanya kerana seorang
lelaki,dia hanyut ditenggelam arus masa.Cintanya yang suci dipersenda oleh
seorang lelaki bernama Adam Syah.
“Serius kau nak bertunang Hani?”Soal Fara
teman sekerjanya sewaktu makan tengah hari.Hani menyedut air limau tanpa
menjawwab pertanyaan sahabatnya itu.“Wah,tak lama lagi boleh makan nasi
minyaklah kita nampaknya,”usik Razi pula sambil tertawa nakal.Disambut pula
dengan tawa Fara dan Fikri di situ.Namun Hani tidak mengendahkan.Wajahnya tetap
tenang biar hatinya sudah berkocak.
“Wah,dalam diam kawan kita ni berisik.Kau
orang ni dah bercinta sejak zaman
bila?Tak pernah aku nampak kau pergi date,”
“Hmm…arrange
by family.Aku hanya ikut je.”Hani berterus terang.Fara,Fikri dan Razi
mengangguk tanda mengerti.Suasana sepi seketika.Hani melayan perasaan
sendiri.Saat itu,dia bagaikan melihat kelibat seorang lelaki yang amat
dikenalinya.
“What’s
wrong?Kau ada Nampak sesiapa ke?”Razi yang sedari tadi membisu
menagurnya.Hani sekadar menggeleng lemah.Ah,mainan perasaan aku sahaja.
Kita insan,
Dilahirkan dilahirkan
Tuhan,
Penuh dengan warna
keindahan.
Dan rasa cinta
Adalah rasa yang
teralu dekat dengan kita,
Tetapi,
Apa pula gunanya
cinta
Andai diri merana?
Pengorbanan apakah
yang dituntut
Andai kita saling
mencintai.
Hani merenung kembali coretannya.Air matanya
mengalir tanpa disedari.Kertas itu diramas dan dimasukkan ke dalam tong
sampah.Dia ingin melupakan segalanya.Dalam beberapa ketika,dia bakal menjadi
tunangan orang dan saat itu,wajah Adam Syah akan terhapus dalam sekelip mata.
“Hmm…cantik.Pandai Adam pilih menantu
untuk mama.”Puji seorang wanita tua setelah menyarungkan cincin.Hani buat tidak
endah dengan pujian itu.Dia hanya menguntum senyuman hambar.
Salam,dah makan?
Mesej
kiriman Adam,tunangan Hani bertandang lagi.
W’salam.dah
Dia
membalas.
Dah
lama kita bertunang,xnk jmpe ke?
Xlame lgi we’re marriage.
I fly nxt week.
Hani
mengerutkan dahi.
Xpe.xmnis org tgk,kte jmpe akdnikh t.
Take care.
Hanya
itu yang dibalas Hani.Handphone diletakkan kembali di atas meja.Siaran
televisyen kembali ditonton.Seketika kemudian,kiriman kembali datang.
Ok.Sory
xdpt siapkn brg same2.
Take care.miss u
Hani
melepaskan keluhan.Sudah lama dia
menjadi tunangan orang dan belum pernah sekali mereka berjumpa.Dia
begitu tekad akan keputusannya.Mengahwini Adam demi memenuhi hasrat
keluarga.Sehingga hari ini,statusnya dipelihara.Waktu untuk diijabkabulkan
semakin hampir.Kad perkahwinan juga sudah diedarkan kepada saudara,teman dan
jiran-jiran.
“Hani tak nak jumpa tunang Hani dulu ke
sebelum kahwin?”Angah menyoal.Hani menjawab sambil tersenyum,“tak apalah.Nanti
tak suprise .”Selamba
dia menjawab.Baju perkahwinan yang sudah siap digantung dalam almari pakaian.
Angah menggeleengkan kepalanya perlahan.Agak
lucu dengan jawapan yang diberikan adik kesayangannya.Sabar menanti detik
bergelar isteri.
HANI
mengalirkan air mata kesyukuran setelah upacara ijab dan qabul selamat
dilafazkan suaminya.Dirinya kini dimiliki oleh insan bernama Adam.Dia tersentak
saat cincin disarungkan ke jarinya untuk membatalkan air sembahyang.Wajah
suaminya dipandang dan dia tersentak melihat lelaki itu.Ternyata dia lelaki
yang sama.Hadir dalam hidupnya bagaikan angin.Mengungkap kata cinta namun dia
juga yang memusnahkan segala cinta yang
dimiliki seorang Hani.
“Maafkan abang,sayang.”
“Maaf?Awak ingat dengan kata-kata maaf
tu boleh jadikan saya Hani yang dulu?”Wanita itu berkata sinis.langsung tidak
menhormati lelaki dihadapannya.
“Abang silap kerana lukakan hati Hani
dulu,”
“ Silap awak dah tak ada makna
lagi.Hidup saya dah hancur lepas awak
lukakan hati saya.Senang-senang awak datang dalam hidup saya daan senang juga
awak lukakan hati saya.Macam tu ke Adam?”
“Abang minta maaf,”sekali lagi lelaki itu
menuturkan perkataan itu.Hani sudah mengalirkan air matanya.Kesal kerana
mengahwini Adam dan kesal kerana tidak bertemu sebelum disatukan.
“Tak guna awak minta maaf lagi.Ni,boleh
ke maaf awak tu gantikan kaki saya yang cacat ni?Permainan apalagi yang awak
nak buat.Tak cukup lagi ke dengan semua yang berlaku pada saya 10 tahun yang
dulu.Saya dah cukup derita,apalagi yang awak nak?Tak cukup lagi ke,”ujar Hani
dalam sendunya sambil menyelak kain yang
dipakainya ke paras lutut.Itu bukanlah kaki asal yang diciptakan oleh Tuhan
untuk hambanya tetapi kaki palsu yang dicipta manusia.Adam tersentak.Hani yang
dilihat kini bukan lagi Hani yang sempurna seperti 10 tahun yang
lalu.Kemalangan yang menimpa wanita itu berpunca darinya kerana menghancurkn
perasaan wanita itu.
“Berilah abang peluang tebus segala kesilapan abang.Abang mohon pada
Hani.”Pinta lelaki itu.Bahu isterinya dipaut dan dibawa ke dakapannya,Hani
tidak membantah.Hanya air matanya sahaja yang tidak henti mengalir sedari
tadi.“Abang janji takkan lukakan hati Hani lagi.Abang takkan tinggalkan Hani
dan abang janji akan bahagiakan Hani sampai bila-bila,”itulah janjinya.Air mata diwajah Hani dihapus dengan
jarinya.
Hani mencapai tangan suaminya.“Jangan
tinggalkan Hani lagi,”dia merenung wajah suaminya sayu.Adam tersenyum
bahagia.Ubun-ubun Hani dikucup penuh kasih.“Terima kasih sayang,”ucapnya.Hani
mengukir senyuman bahagia.Ternyata bahagia itu masih menjadi miliknya biarpun
lama menanti.Biar ombak badai melanda dia
masih di situ dan cintanya tetap teguh dalam lautan asmara cinta lelaki bernama Muhd.Adam Syah Bin
Kamarul.
Rabu, 5 Oktober 2011
tangis cinta 1
Malam yang kian beranjak ke subuh ditempuh Amiera bersama linangan air mata.Perihal Azira yang sedang nazak menggamit rasa pilu dihati.Dia tidak sanggup kehilangan lagi.
"Ira...akak di sini,"dahi Azira dikucup penuh kasih seorang kakak.Mata-mata yang memandang termasuk Azmir yang setia menanti langsung tidak dihiraukan.
"Maafkan...Ira...."
"Shh...Ira tak salah.Akak yang banyak salah dengan Ira.Mengucap dik,"
"i...ra....sayangkan..."
"Ira,mengucap,jangan cakap apa-apa lagi,"potong Amiera.Air mata hangat mengalir membasahi wajahnya.
"Abang Amir..."Azmir yang setia menanti.Lelaki itu menghampiri katil yang menepatkan Azira.Huluran Azira disambut.Mata Azira yang kuyu itu ditatap sayu.Sedihnya hati apabila melihat orang yang disayangi bakal pergi menghadap Ilahi.
"Tolong...Ira,"kata Azira.Nafasnya turun naik menahan sesak di dada.Azmir dan Amiera sama-sama memandang Azira.Amiera mengusap ubun-ubun Azira.Manakala Azmir mengusap lembut jemari Amira.Mariyam sebagai ibu hanya menjadi pemerhati.Tubuh anaknya yang susut membuatkan hatinya sayu."Tolong jaga akak untuk Ira ya?"pinta wanita itu.
Amiera terkedu.Wajah lelaki di hadapannya dipandang sekilas.Nyata lelaki itu turut terkejut dengan ucapan yang lafazkan Azira."Ira..."
"Demi Ira....bang..."mengalir air mata Azira tika itu.Amiera yang mendengar menggelengkan kepalanya perlahan.Dia tidak mengerti akan permintaan Azira."Ira..."
Azira memandang wajah Amira.Perlahan tangannya menggenggam tangan Amiera yang sekian lama bertaut di jemarinya.
"Ira,mengucap,jangan cakap apa-apa lagi,"potong Amiera.Air mata hangat mengalir membasahi wajahnya.
"Abang Amir..."Azmir yang setia menanti.Lelaki itu menghampiri katil yang menepatkan Azira.Huluran Azira disambut.Mata Azira yang kuyu itu ditatap sayu.Sedihnya hati apabila melihat orang yang disayangi bakal pergi menghadap Ilahi.
"Tolong...Ira,"kata Azira.Nafasnya turun naik menahan sesak di dada.Azmir dan Amiera sama-sama memandang Azira.Amiera mengusap ubun-ubun Azira.Manakala Azmir mengusap lembut jemari Amira.Mariyam sebagai ibu hanya menjadi pemerhati.Tubuh anaknya yang susut membuatkan hatinya sayu."Tolong jaga akak untuk Ira ya?"pinta wanita itu.
Amiera terkedu.Wajah lelaki di hadapannya dipandang sekilas.Nyata lelaki itu turut terkejut dengan ucapan yang lafazkan Azira."Ira..."
"Demi Ira....bang..."mengalir air mata Azira tika itu.Amiera yang mendengar menggelengkan kepalanya perlahan.Dia tidak mengerti akan permintaan Azira."Ira..."
Azira memandang wajah Amira.Perlahan tangannya menggenggam tangan Amiera yang sekian lama bertaut di jemarinya.
Langgan:
Catatan (Atom)