Jumaat, 5 Ogos 2016

Hanya Satu Jadi Milikmu: Bab 7



            “Nak tidur dah ke?”Soal Adam kepada Hani yang sudah naik ke atas katil.Dia turut melabuhkan duduknya di atas katil.Novel Inggeris yang berada di meja tepi dicapai.
            “Tak lah.”Kata Hani spontan.Adam sudah duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen.Tipikal orang kaya,dalam setiap bilik mesti ada sebuah televisyen agaknya.“Habis tu nak buat apa?”Soal Adam dari jauh.Hani sudah tersenyum.Senyuman menggoda.“Aik,nak ngurat abang nampak,”
            “Kenapa,tak boleh ke?”
            “Boleh je,”kata Adam.Lelaki itu sudah bangkit dari kedudukannya.Hani membuntangkan matanya yang sepet.“Abang nak pergi mana tu?”Adam tersenyum nakal.Alamak,matilah aku!Menyesal pulak goda dia tadi.