Selasa, 6 Oktober 2015

Langkah Sebuah Perjalanan

1
Riuh-rendah suara di dewan sekolah kerana pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 sedang berlangsung.Aku juga tidak terkecuali.Terasa janggal sekali apabila mengenakan baju putih bersama kain biru muda.Dulu,disekolah rendah,kain biru gelap yang melindungi kaki ini.Tidak lupa juga kaca mata yang melindungi mataku untuk pertama kali.Dalam diam,rupanya aku mempunyai masalah penglihatan.Semua ini dikesan sewaktu darjah 6 di sekolah rendah.
Dari pemerhatian,ada beberapa kumpulan pelajar yang berbual sesama sendiri.Berkongsi cerita tentang keseronokan kemasukan alam sekolah yang baru.Aku,duduk menyepikan diri dalam kenalan lama sewaktu di sekolah rendah.Hanya sesekali aku menyampuk apabila namaku disebut.
Cekap!Itulah kelasku.Kelas pertama untuk sesi petang.Ya,sesi petang.Selepas ini bermulalah sesi persekolahan pada waktu petang.Mujur sahaja sesi petang.Satu kelebihan juga kerana aku dapat melaksanakan tugas di rumah pada waktu pagi.Sekolah agama?Mujur sahaja aku hanya bersekolah agama pada hujung minggu.Sekolah agama dengan peringkat khas.Ustaz dan ustazah aku bilang,darjah khas ni kira macam peringkat universiti.Kami pun dipanggil ustaz-ustazah oleh ustaz.Bangga sekejap jadi rakyat Johor.
Ada 9 matapelajaran yang aku ambil tahun ni.Bahasa Melayu dan Inggeris,Agama Islam,Sains dan Matematik haruslah ada. Boleh dikatakan pelajaran basic yang pernah dipelajari waktu disekolah rendah .Matapelajaran Sejarah,Kemahiran Hidup,Sejarah,Geografi dan matapelajaran baru ,Pendidikan Sivik dan pendidkan seni perlu diberi tumpuan.Hanya Sivik dan pendidikan seni sahaja yang aku leka sekejap.Buat kerja rumah pun main-main.Mana tidaknya,mata pelajaran Sivik berkaitan dengan moral dan soal hidup kita seharian.Pejam mata dah boleh jawab.Seni pula dah memang kemahiran aku.Pantang pegang pensil dan kertas mulalah karya seni aku keluar walaupun lukisan aku tu selalu dikritik.
“Nama siapa?”Mardihah menyoal.Sapaan pertama dia untukku.Aku pandang dia.Kami tak sempat berkenalan masa minggu orientasi minggu lepas.Mana tidaknya,muka dia garang.Ramai kawan-kawan baru anggap kami kembar.Bila aku pandang dia macam tengok cermin.Mira,itu panggilan aku.Seorang yang pendiam dan kreatif.
Selepas itu,bermulalah cerita aku bersahabat dengan Intan,Nadia,Mardihah dan Nina.Cara perkenalan aku dengan mereka teramatlah unik.Semuanya bermula dengan sebuah lukisan yang aku reka dalam kelas sewaktu ketiadaan cikgu.Intan gadis bermata sepet yang lemah lembut.Nadia,si gadis yang terlalu bersahaja.Mardihah,dia yang aku lihat sebagai cerminan diriku.Dalam diam,kami punya banyak persamaan,iaitu menulis.Manakala Nina,gadis yang hipokrit.Lihat sahaja wajah kelembutan yang dimiliki.Namun disebalik wajah lembut itu tersimpan sifat ganas.Pantang diusik mulalah tangannya berjalan.
“Cikgu Wan datang!”Laung Roy dari luar kelas.Kelas kami yang berada di tingkat tiga memudahkan kami memantau perjalanan guru-guru ke kelas kami.Kelam-kabut masing-masing dengan buku teks Sejarah di atas meja.Masing-masing sibuk menghafal nota dan fakta yang tertulis dalam buku teks kerana sebentar lagi kami semua akan disoal sebelum dibenarkan duduk.
“Mira!”Aku mengangkat kening.Kemudian melihat Nina yang duduk di sebelah.Senyuman dia memang buat aku nak lempang je.Sukalah setiap kali kelas Cikgu Wan,nama aku yang menjadi mangsa pertama yang disebut.
“Apa jawapannya?”Cikgu Wan menyoal.Aku tarik nafas perlahan apabila Sejarah kerajaan di Asia Tenggara disoal.
“Kerajaan Funan,”tergagap-gagap aku menjawab kerana takut salah.Pandangan ditundukkan memandang buku teks Sejarah yang tertutup.Dalam hati aku merungut lambat betul cikgu aku ni nak bagi respons.Seluruh kelas senyap menanti jawapan pasti cikgu Wan.
“Duduk,”ujar Cikgu Wan.Aku tersenyum sambil memandang Nina dan sahabatku yang lain.Dengan bangganya aku duduk kerana menjadi orang pertama yang menjawab soalan.Soalan seterusnya diberikan.Aku hanya duduk menyepi layan diri sementara kawan-kawanku sibuk memikirkan jawapan.
“Psst,Mira apa jawapannya?”Intan membisikkan suaranya untuk meminta jawapan daripadaku.Aku mengerutkan dahi.Nina sudah berjaya duduk selepas disoal.“Sekejap bagi aku pikir.Tak ingatlah.”
“Dah,duduk semua.”Aku memandang tegak kehadapan apabila mendengar arahan Cikgu Wan.Cikgu yang berkaca mata itu kelihatan tenang sambil duduk di tempatnya.“Saya soal awak buka suka-suka.Saya soal sebab saya nak awak semua ingat pelajaran yang lepas.Minggu depan ada ujian.Saya nak awak buat yang terbaik.”Katanya.“Baiklah kita sambung pelajaran kita hari ni.Zaman kegemilangan Melaka.”Sambung Cikgu Wan.
Kami satu kelas menyelak buku teks sehingga muka surat yang seharusnya.Pelajaran kami berlangsung dengan lancar sehingga waktu pelajaran tamat.