“MORNING!”Suara
abang Firman menyapa telingaku pada awal pagi.Entah bila lelaki itu berada
disisiku aku sendiri tidak tahu.“Masak apa?”Dia menyoal.
“Masak
kari.Tak Nampak?”Kataku selamba. Lelaki itu menguntum senyuman.“Beratlah nasi
ni.Nanti masakkan abang French toast,” bulat mataku mendengar permintaannya.Permintaan
ke?Lebih kepada arahan sebenarnya.“Ish,ingat aku ni bini dia ke apa nak
arah-arah.Berat konon.Baru balik overseas dah lupa diri.”gumamku sendiri
apabila lelaki itu berlalu dari dapur.
“I
hear you Wahirah!”Terkejut aku mendengar suaranya.Wahirah?
“Wahirah
balik bila?”Suara abang Firman menyapa lagi pendengaranku.Namun nama Wahirah
begitu asing padaku.“Siapa Wahirah?”Semua mata yang berada di meja makan
memandang kami.
“Ni,yang
tengah makan duduk depan abang.Wa untuk Wafa,hirah untuk Thahirah.”
“Suka
hati je ubah nama orang,”ujar Fieza.
“Suka
hatilah. Abang je yang boleh panggil nama tu,”kata lelaki itu selamba sambil
mengerling Fieza.Wanita itu mencebik tanda menyampah.“So,Wahirah balik bila?”Soal
abang Firman lagi.Dia kembali focus kepadaku selepas pertanyaannya tadi
diganggu oleh Fieza.
“Hmm,esok
kot.Tiket bas tak beli lagi.Kenapa?”
“Naik
bas ke?”Soalnya bagaikan terkejut mendengar jawapan yang aku berikan.“Kenapa
kalau naik bas pun.Tak salah pun kan.Tanya macam nak hantar je orang tu,”Fieza
menyampuk lagi.Aku memandang pada mama dan abah .Tersenyum-senyum mereka
melihatku.Dah kenapa?Mataku kembali focus pada abang Firman dan Fieza.“Abang
hantar nak?”
“Hantar
stesen bas?Boleh je.”Balasku spontan.
“Siapa
cakap nak hantar stesen bas?Abang nak hantar balik Johor.”Tersedak aku
mendengar kata-katanya.Abang Firman menghulurkan air teh kepadaku.Dia punya
pasallah.Nasib tak tersembur isi dalam mulut aku ni. Nak bergurau tu
agak-agaklah.
“Abang
nak hantar Wafa balik?”Mama menyoal.Abah memandang kami berdua tidak berkelip.Lelaki
itu mengangguk.Sah dia serius.“Haa.Sekali boleh kenal-kenal dengan bakal mak
mertua.”Selamba lelaki itu berkata.Sekali lagi Hani tersedak.Habis tersembur
air yang baru sahaja dihirup tepat mengenai wajah Firman.
Terkejut
aku dengan aksi spontanku yang tidak disengajakan itu.Bulat mataku melihat
wajah abang Firman yang serius.Marahkah dia?“Errr…sorry,”kataku sambil
mengangkat tangan menyatukan kedua-dua tapak tanganku.
Mama,abah
dan Fieza seronok mentertawakan kami berdua.Manakala abang Firman masih
berwajah serius.Mana tidaknya,habis wajahnya yang kacak dicemari air yang baru
keluar dari mulutku.Habislah!
****Wa.Hirah***
AKU
hanya buat tidak endah apabila abang Firman asyik tersenyum sumbing sejak kami
tiba di rumah emak. Sakit pula hati aku lihat dia begitu. Sukalah bila mak
suruh dia tidur di rumah malam ni kerana dia dah hantar aku balik.
“Apa tengok-tengok?”Teretus juga
rasa tak puas hati aku.
“Tengok je pun.Bukan luak
mana,”selamba dia membalas.Aku membesarkan matanya.Entah sejak bila aku punya
kekuatan untuk bercakap bebas dengan lelaki.Dia yang pertama.Kau dah pecah
rekod Wafa Thahirah! “Wahirah ke masak semua ni?”Soalnya pula.
“Yelah,”kataku.Nasi sudah aku
letakkan di pinggannya.Demand!Mentang-mentanglah dia tetamu.“Cuba cakap
baik-baik dengan Firman tu,”emak menegur.Aku menggumam.Manakala abang Firman
tersenyum nakal.
“Makan mak,”kata lelaki itu kepada
mak.Tengok tu,sejak bila entah dia diiktiraf menjadi anak mak dan mendapat
mohor untuk panggil mak dengan panggilan ‘mak’.Mak sudah duduk di kerusi.Hanya
kami bertiga sahaja yang ada di rumah.Adik aku dah duduk tempat lain.Kerja di
Bandar Johor.
“Mak,Fir nak duduk sini sampai lusa
boleh?”Tersedak aku mendengar permintaannya.
“Cuba makan tu elok-elok Wafa,”tegur
emak.Aku tarik muncung bila mak cakap macam tu.Lelaki tu punya pasal! “Fir nak
duduk sini sampai lusa?”Mak menyoal.Aku pula meneruskan suapanku yang
tergendala.Malas pula mahu ambil tahu.
“Wafa esok temankan Firman pusing
Johor.”Terkejut aku mendengar kata-kata emak yang lebih kepada arahan.“Wafa
banyak kerjalah mak.Banyak customer punya tempahan yang tak siap lagi,”
“Hish budak ni.Kerja tu sampai
bila-bila pun tak habislah,”ujar emak.
Aku pandang abang Firman yang sedang
tersengih bagai kerang busuk.Sukalah tu lihat aku kena marah dengan
mak.Sakitnya hati!