Hai,tahun lepas mira saje join penulisan cerpen Detik Terindah bersama Fair&Lovely.Hehe...even tak menang.Rasa teruja sebab company sudi publish semua cerpen yang sama tulis.2 cerpen hantar.Dua-dua ada buku ni.Nampak tak gelojoh dekat situ.
Antara kita ada rindu Love version |
ANTARA KITA ADA RINDU (love version)
Wujudnya persahabatan
itu umpama bunga dan bunga itu akan mekar andainya disirami dengan kasih sayang
dan keikhlasan.Dibajai pula dengan kejujuran . Tetapi,ia akan layu dan
menyembah bumi andai dibiarkan tanpa dijaga dan disayangi.
Ameera
menutup laman blog selepas mencoret bait-bait kata.“Amie,kau dah siapkan poster
untuk projek persatuan minggu depan?”Sara menegur Ameera yang masih berteleku
di hadapan lap top.Ameera menganggukkan kepalanya perlahan dan
berkata,“dah.Tapi,aku tak sure okey
ke tak ni.Takut ada yang tak nak.Esok aku tanya Jojo.”
“Esok
kau bawaklah design tu esok,bagi Jojo tengok dulu.”Kata Sara.Ameera menguntum
senyuman. Buku nota Technology and
Innovation ditarik dari rak.Sunyi rasanya malam ini kerana semua penghuni rumah sewa sudah
tidur. Ameera lebih suka belajar pada awal pagi kerana lebih aman dan tenang.Malam
ini dia perlu belajar lebih lagi kerana esok dia perlu membuat perbentangan di
kelas.Gugup pula rasanya kerana dia tidak hebat dalam membuat perbentangan
berbandingan pelajar lain.Rasa rendah diri dan kurang keyakinan member kesan
kepadanya.
“Ameera,kau
orang first yang present kan?”Ameera mengangguk.Dia bangkit dari kerusi dan menuju
ke hadapan kelas.Skrin LCD sudah terpasang slide yang sudah disiapkan sejak
malam semalam.Ucapan salam sebagai permulaan.Satu persatu dibentangkan dengan
perasaan gugup.
“You need improve your presentation skill
Ameera.”Komen Puan Dahlia.Ameera menarik senyuman paksa.Ah,sukarnya membentuk
keyakinan diri dalam dirinya yang kelihatan tidak sempurna. Kelas pertama untuk
hari ini sudah berakhir.Selepas ini dia perlu pulang ke rumah.Dia tidak seperti
pelajar lain yang menunggu kelas seterusnya kerana semester ini dia hanya
mengambil empat subjek.Dia perlu menangguhkan niat untuk membuat latihan industri
pada semester hadapan.
“Amie,malam
ni ada meeting untuk ajk
persatuan,kau datang tau.”Ujar Jojo.Aku mengangguk sambil menguntum
senyuman.Malam ni? Kenapa malam ni?Aku nak datang dengan siapa?Ameera membisik
dalam hatinya.Langkahnya perlahan menuju ke pos B untuk pulang ke rumah.
antara kita ada rindu friend version. |
Antara kita ada rindu(friends version)
Aku
lahir dari keluarga yang sederhana.Kekurangan hidup mengajar aku erti
berdikari.Girangnya rasa hati apabila surat kemasukan ke university sebagai
pelajar Ijazah diterima melalui email.Namun apabila membaca tempat yang
tertulis di atas surat,perasaan sedih menerpa dalam hati.Aku hanya memikirkan
emak yang mungkin kesepian jika aku pergi.
“Dapat mana Eiya?”Soal emak yang
sedang membuat kek.Eiya,panggilan mesra yang digunakan keluarga untuk
aku.“Terengganu.”Aku menjawab malas.Wajah emak aku pandang sekilas kerana emak
menyepi.Mungkin emak sedih kerana seorang demi seorang anak-anaknya melangkah
keluar rumah tanpa pimpinannya dan tanpa ditemaninya lagi.Abah?Abah dah lama
pergi sejak peperiksaan SPM tamat.“Kalau orang tak nak pergi boleh?”Kataku.
“Pergilah.Mak okey je.Nanti dah
habis belajar boleh kerja elok-elok.”Kata emak.Kursus yang ditawarkan kepadaku
bukan calang-calang.Pengajian Pengurusan Operasi yang berkaitan dengan kilang
dan disokong oleh adik-beradikku yang lain.Dulu,aku pernah menerima surat temuduga
untuk pengajian fesyen di Shah Alam kerana aku mempunyai bakat dalam lukisan
fesyen.
Nak baca lagi?Jangan lupa dapatkan buku Detik Terindah bersama Fair&Lovely:100 kisah terindah & Cetusan Hati Damya Hanna di pasaran.
Kenapa kena beli buku ni?Jawapannya mestilah nanti rugi.Nak baca kisah mira je?hehe tak menarik sangat kot.Belilah,cerita dalam buku ni semua kisah benar dan ada detik impian yang ingin dicapai oleh semua penulis.Tak rugi pun rasanya.
dapat buku dengan set Fair&Lovely. |
Hari tu mira pegi Pustaka Seri Intan dekat Dungun Terengganu tu.Ingat nak beli,tapi masa tu duit dalam tangan cukup untuk beli pen dan buku tulis je.Hehe...Semalam balik tak sangka pulak ada buku ni.Ni pun mak bagitahu dah 2 hari sampai katanya.Tapi mira bukan beli pun.Sponsor yang bagi.Thanks to Fair&Lovely and Ilham buku karangkraf.