Isnin, 27 Januari 2014

Ingin kamu 1

Ingin Kamu-Novel.

1.
Iman Rania meletakkan beg sebuah beg pakaiannya di atas katil bujang. Memandangkan dia penghuni pertama yang mendaftarkan diri masuk ke bilik pada hari itu dia memilih katil bujang untuk memudahkan dirinya sendiri.

“Iman nak meja mana?Meja tengah ni kecil je.”Zahira menyoal demi keselesaan adik iparnya.Iman masih berfikir setelah melihat ketiga-tiga buah meja yang ada di bilik itu.“Akak pilihkan meja tepi ye?Tersorok sikit.Kalau ada orang datang tak terganggu sangat.”Kata Zahira tanpa sempat Iman membuat keputusan.Kemudian dia tersenyum.“Okey,”

“Semua barang dah cukup?”Umi menyoal pula.Iman memandang umi yang sedang duduk di katilnya.“Entah.Cawan ada.Nescafe,Nestum,susu,gula tak ada.Iman bawak Milo yang umi bagi tu aja.”Balas Iman bersahaja.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam warah matullah…”mereka menjawab serentak salam yang diberi.Ada penghuni baru masuk.Iman memaniskan wajahnya dan melihat penghuni baru yang masuk.Kawan baru!

“Iman,jom turun.Beli barang.Abang Iqbal dengan Iqraam tunggu dekat bawah.”Kata Zahira.Iman menganggukkan kepalanya perlahan.Umi sudah bangkit dari duduknya.Mereka bertiga beriringan turun ke bawah.

Suasana di sekitar kolej Gemia amat sesak kerana ramai pelajar yang mandaftarkan diri.Iman melihat sahaja barang yang dibawa oleh penghuni lain.Ada yang membawa barang sehingga penuh satu kereta.Tidak cukup dengan beg pakaian,dibawa sekali dengan comforter, dan kotak-kotak yang entah apa yang di isi didalam.

“Ingatkan Iman punya barang yang banyak.Rupanya orang lain lagi banyak.Gaya macam tak nak balik rumah.Nak duduk sini je.”Ulas Iman sendiri.Zahira dan umi menguntum senyuman mendengar kata-kata gadis itu.

“Bilik okey tak?”Iqbal menyoal apabila Iman,umi dan Zahira berada di hadapannya.

“Okey.Tapi kecil.Kalau besar macam dekat matrik tu lagi best,”kata Iman.

“Amboi,nak besar.Syukurlah ada bilik.Kalau kena duduk luar, macam mana?”Iqraam menyampuk.

“Duduk ajelah.Buat apa nak takut.Iman nak indipendentlah.”Kata Iman dengan berani membalas kata-kata Iqraam yang selalu suka mengusiknya.

“Hah,sudah-sudahlah tu.Naik!Kata nak beli barang.”Ujar Iqbal yang sudah masuk ke dalam kereta.Iqraam dan Iman tersengih.Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.“Ladies first.”Kata  Iqraam bersahaja.Iman mencebikkan bibirnya memandang abangnya.

“ALONG dengan Uda belanjalah top up. Belikan stok untuk Iman dekat sini.”Kata Iman.Wajah comel ditunjukkan pada kedua-dua abangnya. Iqbal menarik nafas perlahan.Manakal Iqraam buat tidak tahu.“Ala…bolehlah…bolehlah…”Pujuk Iman lagi. Tangan kedua-dua abangnya dipeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan.Habis mereka berdua ditarik masuk ke kedai hotlink.

            “Hish,budak kecil ni.Mengada betul.”Kata Iqraam.Iman tersengih.Bahagia rasanya apabila mereka menurut sahaja langkahnya menuju ke kedai Hotlink.Bukan selalu!

“Ha,yelah-yelah,”Iqraam bersuara bagaikan dipaksa.Berkerut sahaja wajah lelaki itu apabila Berjaya dibuli oleh si adik.

“Abang,nak beli top up 10 ringgit nak 5.Nak yang kad tau,”

Iqraam dan Iqbal saling berpandangan.Habis mereka dibuli Iman.Top up RM50?

“Masuk bukulah dik.Kad dah habis,”kata penjaga kedai.

“Ala…”Iman memandang Iqraam dan Iqbal.Mereka berdua tersenyum nakal  kepadanya.“Tak apalah.Masuk sepuluh ringgit ajelah.”Iman menulis data di buku rekod.“Duit biar abang saya yang bayar ye?”Kata Iman selamba sambil menguntum senyuman.Tubuhnya dipalingkan menghadap Iqbal dan Iqraam sekali lagi.Keningnya dimainkan dengan nakal.Iqbal yang mengerti mengeluarkan beg duit dari saku seluar jeans yang dipakai.Tak apalah sepuluh je.