Khamis, 19 Januari 2012

AKU LEMPANG KAU!




  First time aku jejakkan kaki kat university.Agak takut jugaklah.Yelah,lepas ni mana boleh balik selalu.Jauh tu dari Johor ke Terengganu.Naik bas pergi balik dah buang RM100 dalam tangan.Nak tak nak terpaksalah tahan rindu dekat family,lagi-lagi dengan mak.Yelah,nie kali kedua aku jauh daripada mak.First dulu kat Tangkak sebab belajar kat matrik.Huyo!Bangga tu family aku sebab dalam family aku sorang je yang senang-senang dapat masuk matrik.Padahal result SPM aku dulu bukan gempak mana pun.Sekarang ni aku sambung degree pulak.Ambil business operation management.Jauh aku merantau kat Terengganu ni.
   “Eh,Mira kau tau tak nama aku?”Tulah Niesa roommate aku.Ayat first dia masa tegur aku tu memang gempak habis.Selalu orang first time jumpa bahasa punya cantik,saya-awak lagi.Sekali dengan Niesa ni,hambek kau!Aku dah tak reti nak guna ayat sopan dah.Lepas tu aku kenal pulak Rda.Orang Kelantan.Mula-mula tu aku takut jugak dengan dia orang ni.Sekali dah gurau memang pecah kepala.”Rda,Rda ade-ade aje,”tulah trademark aku dekat Rda.
    “Assalamualaikum,Niesa ade?”Aku memberi salam ketika masuk ke bilik.
    “Wa’alaikumsalam…Niesa?Mane Niesa?Mana Niesa?”Rda pulak yang sambung melawak.
    “Alah wak,Niesa tak adalah.Dia gi mana tah,”sambung Rda lagi.Kita orang dah tersengih-sengih.Sedangkan Niesa ada dalam bilik.Tengah tengok drama Korea.Khusyuk tu!Dalam bilik ni Cuma ada dua orang hantu Korea.Tak lain Niesa dengan Rda.Kalau nak tau synopsis cerita Korea tanya je Kat dia orang ni,confirm dapat.
    “Cerita apa ni?”Aku menyoal Niesa sambiltangan aku sibuk mencucuk bahu dia guna batang pensel.”Cek,cerita apa ni?”
    “Hah?Kau Tanya apa tadi?”Soal Niesa kembali.Dia ni kalau dah tengok dengar sesuatu benda tu khusyuk sangat sampai tak ingat dunia.Nak tunggu dia respon tu punya lah lama.Loading!Macam nak loading internet pun ada.
    “Wah,cerita apa ni?”Tu dia!Ni lah kawan aku lagi seorang ni.Pangkat kakak sebenarnya sebab umur atas kita orang.Nama dia Lin.Dia ni selalu lepak kat bilik kita orang.Nak rasa jiwa muda katanya layanlah kita orang bertiga ni.Memang pecah kepala dia lepas tu.
     “Tak tau,jangan tanya aku.”Aku menjawab setelah melihat Rda dan Niesa tidak memberi respons langsung.