Isnin, 21 November 2011

tangis cinta 6


"Pak Su,mana cik Miera?Lea rindu kat dia."Ujar Lea,anak saudara Azmir.Lelaki itu tersenyum.Tangan kecil Lea ditarik dan dibawa ke dalam dakapannya.
  "Lea rindu kat cik Miera ya?"Gadis kecil itu mengangguk.Azmir masih terus mengukir senyuman.Lea benar-benar rapat dengan Amiera."Bila cik Miera nak balik?"
  "Cik Miera tak balik sinilah,"jawab Azmir.Lea sudah mendongakkan kepalanya memandang pak sunya.Wajahnya yang tadinya ceria berubah menjadi muncung empat belas."Kenapa cik Miera tak balik?Cik Miera tak sayang Lea ya?"
  "Bukanlah...Cik Miera ada hal,"
  "Tak,pak su tipu.Mesti Pak su marah cik Miera kan?"Ujar Lea dengan petah.Azmir sudah mengerutkan dahinya."Bila masa pak su marah Cik Miera?"
  "Alah, ada hari tu Lea nampak."Balas Lea."Kesian Cik Miera,hari tu Lea nampak muka cik Miera merah sangat.Dia pun tak makan hari tu.Cik Miera makan masa Lea suruh makan.Pak Su nak tau?"
  Azmir hanya menjadi pendengar setia buat anak saudaranya itu.Tiada langsung respond yang diberikan perihal Amiera."cik Miera muntah,kesian dia."
  Azmir terkedu.Lea yang masih kecil itu pun tahu menyayangi Amiera.Sedangkan dia sebagai suami langsung tidak mengendahkan wanita itu.
  "Banyak tak Cik Miera muntah?"
  "Banyak,Lea yang tolong Cik Miera urut belakang.Habis pak su tak ada."
  "Kenapa tak beritahu pak su?"
  "Alah Cik Miera tak bagi.Lagipun pak su tak ada masa tu.Pak su keluar,"jawab Lea."Pak Su telefonlah Cik Miera.Lea nak cakap kat dia,"pinta Lea.
  Bagi memenuhi permintaan anak saudaranya,Azmir mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Amiera.Setelah beberapa  ketika menunggu,Amiera akhirnya menjawab panggilan.
  "Lea nak cakap,"katanya tanpa langsung bertanya khabar isterinya.Lea yang setia di situ memandang wajah Azmir.Anak kecil yang comel itu sudah berdiri tidak sabar untuk bercakap dengan mak cik kesayangannya.
  "Hello,"sapa Lea selepas Azmir memberikan telefon bimbitnya kepadanya.
  "Hai,sayang.Rindu  cik ya?"
  "Ha'ah,kenapa cik Miera tak nak balik?Cik Miera tak sayang Lea ya?"Adunya.Azmir yang menjadi peneman tersenyum melihat gelagat Lea.
  Amiera di hujung talian terdiam seketika.Entah alasan apa yang harus digunakan untuk diberikan kepada Lea.
  "Cik Miera...."
  "Sorry Lea,cik busy sangat minggu ni."Kata Amiera di hujung talian."Lea janganlah merajuk,nanti minta pak su bawa Lea jalan-jalan okey,"
  "Tak apa,Lea tak merajuk pun.Lea kan pandai,"ujar Lea bersahaja.Amiera di hujung talian sudah tergelak.Begitu juga Lea.Azmir yang terus berada di sisi Lea menggelengkan kepalanya perlahan.Entah  perkara apa yang dibualkan bersama mak ciknya.
   "Nah pak su,"
   Azmir tercengang.Lea sudah memberikan kembali telefon bimbitnya.Lea sudah tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya."Dah puas dah cakap dengan cik Miera?"Lelaki itu menyoal sambil menyambut huluran anak kecil itu.
   "Belum,"spontan Lea menjawab.Azmir kaget.Masih belum puas bercakap dengan Amiera dalam talian?"Pak su kedekut,"Azmir mengangkat keningnya.Dia pula dipersalahkan.Ah,nasib badan.Keluh Azmir sendiri.
   "Kenapa pulak pak su kedekut?"Soalnya.
  "Yelah,Lea belum habis cakap lagi dengan Cik Miera.Handphone pak su dah habis kredit."
   Azmir terkejut mendengar kata-kata Lea.Seingatnya dia baru sahaja reload kredit sebanyak RM50."Lea biar betul ni.Pak Su baru je top up tadi."
   "Mana Lea tahu,"selamba sahaja Lea berkata sambil mengangkat punggungnya.Dia masuk ke dalam sambil tersenyum.